Monday, February 28, 2011

Perjumpaan Datuk KP dengan Kakitangan JKT

Salam dan selamat pagi semua Salam hari Isnin..
Mujur pagi ni rasa sihat sikit..
Malam tadi dah rasa nak demam telan panadol 1+1 biji
then pagi tadi bangun kul 5 n basuh rambut,
alhamdulillah,
skang ni dah rasa selesa....
Pagi ni ada perjumpaan dengan Datuk Ketua Pengarah jam 9.00 pagi di Dewan Terbuka DRB, Pusat Bandar Damansara
Mendengar amanat Datuk KP untuk tahun 2011
so, sementara tunggu time nak ke sana tu yg mengomel jap
harini rasa cam ceria jer macam ada semangat baru naper yer? hahahahahahahha...
Apapun moga hari2 yang akan ditempuhi akan terus bertambah ceria

Friday, February 25, 2011

Perjalanan Menuju Hari Bahagia...

Wahhhh........
tajuk memang best...
Sebenarnya niat di hati ini untuk mengabadikan
kisah2 perjalanan hidup aku menuju Hari Bahagia bersama En Tunang tersayang.
terdetik di hati untuk menghasilkan satu blog khas tentang kisah tersebut.
Tapi... yang bermain difikiran aku adalah....
mampu atau tidak untuk aku menghasilkan blog baru tersebut???
bergantung kepada keadaan dan kesibukan tugas...
kite tengok hasilnya dalam masa terdekat ok tak?
Moga2 akan terhasil lah satu blog khas itu..
InsyaALLAH....

Jumaat oh Jumaat

Salam dan rasanya tak terlewat lagi untuk aku ucapkan selamat pagi. Actly pagi lagi tadi aku nak mengomel dah. Tapi boss hantar sms minta gantikan tempatnya untuk meeting bajet bahagian pagi tadi. So, aku perlu tinggalkan ngomelan dulu kerana ada tugas yang lebih penting. Penting tu... agihan bajet untuk unit kami sepanjang tahun ni.

Erm..skang ni yang bermain kat fikiran aku adalah peruntukan sebanyak RM 1.2 Juta yang Pengarah putuskan untuk unit kami. Sedangkan mengikut list aku unit kami memerlukan RM 1.6 Juta untuk aktiviti sepanjang tahun ni. Erm... macam mana yer? hopefully dapat peruntukan lain untuk penganjuran kursus kepada PBT seperti yang pengarah maklumkan tadi..

kite lupakan la dulu bab duit2 ni. Aku nak membebel jap pasal hari Jumaat ni. Hari Jumaat memang saat yang aku tunggu2 dalam kalender seminggu tu. Ada 3 sebab utama kenapa aku suka hari jumaat....

1. Hari terakhir bekerja dalam setiap minggu..

2. Hari untuk aku balik kampung. hahahaha ( macamla kg aku tu jauh sangat kan? Anak mak n abah memang cam tu kot? Macam mano nak kawin ni Cik Suhaila oii... hehehe x per kawin nanti pepandai la kan? ni sementara nak habiskan zaman bujang ni kene la gunakan masa sebaik2nya. hik hik hik. Poyos.. bak kata kawan baik aku..wakakaka )

3. Bila tibanya hari Jumaat, maka akan muncullah hari sabtu n ahad. Hari untuk aku berehat, melaskan diri dan menenangkan fikiran bersama insan2 tersayang dalam hidup aku (family dan tunang tersayang.. sayannnnnnng kamu semua)

begitulah serba sedikit kenapa aku suka sangat hari Jumaat... hahahahha.. korang sume cam ner pulak? Hari apa yang korang suka bangat??? :-)

Thursday, February 24, 2011

Debaran Kian Terasa

Pejam Celik.. Pejam Celik...
Tinggal lagi lebih kurang 3 bulan je untuk aku menamatkan zaman bujang yang telah aku lalui selama hampir 28 tahun ni.. mmmmm.. apa perasaan aku skang ni? sume ada. bercampur baur.. gembira, berdebar silih berganti... Betul la kata orang kan.. Penantian tu satu penyiksaan :-) Dalam tempoh 3 bulan ni.. macam2 nak kene settlekan.. besar harapan ni agar sumenya berjalan dengan lancar.. Apa yang penting...... Senyum.. senyum dan terus senyum hingga waktu dan masanya tiba... InsyaALLAH..

Akhirnya......

Petang semalam balik dari kerja ke Alamanda Putrajaya bersama member opis aku kak Mizan untuk.......... menikmati hari terakhir 'Prosperity Burger' . huhuhu.. Punya la gatalnya selama ni tak teragak pun nak makan Prosperity ni. Aku rasa dah banyak kali jugak aku g makan McD sepanjang promotion keluar.. kelmarin baru terasa kat tekak ni nak makan. Mengada2 betul je bunyinya kan..Tapi, lagi best kalau dapat makan dengan 'My Mr Love'.. takper.. tahun depan leh makan bersama.. Tak sempat nak snap gambar, aku post je la picture ihsan dari 'google image' ni yer... Jom tengok apa aku makan semalam.. mmmmm...






Salam...

Salam semua... aku masih lagi dalam mood kemalasan melanda diri. Tapi sekarang dah 70% Ok. Kerja sume dah berjalan dengan lancar seperti hari2 biasa. Cuma nak memblogging ni yg masih lagi malas.... tak der idea yang menarik nak di ngomelkan sejak dua menjak ni. Maybe sebab difikiran ni macam2 yang datang mengambil tempat untuk singgah berehat. Tapi tak per.. akan aku cuba gagahkan juga untuk luangkan masa memblogging di sini. Kalau tak nanti sunyi sepi jer blog ni.. jangan bagi pisang berbuah 2 kali. Blog pertama dulu bertahun aku tinggalkan sebelum aktif semula.. harap tiada lagi peninggalan kali kedua... hehe... Chayok.. Chayok...

Friday, February 18, 2011

Penyakit Malas Melanda.......

Ohhhh Tidakkkkkkkkk....
Kenapa aku malas dua tiga hari ni?
kerja ada tapi tak nak buat..
Mujur harini dah Jumaat...
klu baru pertengahan minggu mesti bosan giler nak tunggu.
Sampai biler la aku nak jadi macam ni?????

Thursday, February 17, 2011

Biler Jam nak Kul 10.00 pagi ni??

salam

Mana la aku nyer kontraktor yg buat Iklan Video ni
dah dekat kul 10 tapi tak sampai2
aku plak dah naik mengantuk dibuatnya...
mmmmmmmm.....
Pagi ni ada presentation Iklan Video dengan Pengarah
sebelum dorang present dengan Datuk KP on 21th February ni
so, at least Dr bley komen apa2 yg tak sesuai n tak cukup
hope sumenya ok harini...
tak sabar nak tunggu dorang present hasil dorang
setelah berpanas dan berhujan buat shooting... huhu
ok la...
nanti aku leka plak kat sini..
nak siap sedia tunggu dorang sampai... :-)

Wednesday, February 16, 2011

Birthday Wishes...

Happy Belated Birthday to My Mom Pn. Latifah Ishak (14 Februari 1959)Semoga panjag umur, ditambahkan rezeki. Moga tahun ni membawa banyak kegembiraan dalam diri mak.Birthday mak kami dah celebrate hari Sabtu n Ahad lepas..mmm,tahun ni celebrate birthday mak 2x.. hehe. tak pe, asalkan mak gembira.. Kami semua sayang mak :-)

Happy Birthday to Rusni Ibrahim... (16 Februari 1983)
semoga panjang umur, ditambahkan rezeki dan berbahagia selalu disamping suami dan anak tersayang.

Happy Belated Birtday ti Nor Faridza Mohd Rashid (15 Februari 1983)
Semoga panjang umur, ditambahkan rezeki dan berbahagia selalu disamping keluarga.. Semoga selamat melahirkan cahaya mata kedua tak lama lagi...

Ermmmmmm... Malasnya

Salam..
tengok tajuk kat atas je orang pun tak semangat nak baca
tapi tu la hakikatnya
dah 4 hari cuti direct... harini pastinya malas sangat nak pergi keje
bestnya kalau dapat cuti panjang kan?
tapi tahun ni tak bleh buang2 cuti sesuka hati.. huhu
ok la...
nak jengok blog je kejap
yang sebenarnya kerja banyak ni...
nanti aku sambung ngomel smula...
tunggu kerja sume siap ..

Tuesday, February 8, 2011

Bulan Februari

Kajian menunjukkan mereka yang lahir pada bulan Februari seperti berikut:-

* Berfikiran abstrak.
* Sukakan benda yang realiti dan abstrak.
* Bijak dan pintar
* Berpewatakan yang mudah berubah.
* Mudah menawan orang lain.
* Agak pendiam.
* Pemalu dan rendah diri.
* Jujur dan setia pada segalanya.
* Keras hati untuk mencapai matlamat.
* Tidak suka dikongkong.
* Mudah memberontak apabila dikongkong.
* Suka kegiatan yang lasak.
* Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif.
* Mudah mempamerkan marahnya.
* Tidak suka benda yang remeh-temeh.
* Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
* Sangat berani dan suka memberontak.
* Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya.
* Pemerhatian yang tajam.
* Suka hiburan dan sukan.
* Suka benda yang bersifat seni.
* Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran.
* Berkecenderungan pada benda yang tahyul.
* Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros.
* Belajar untuk mempamerkan emosi

Monday, February 7, 2011

Lamanya saya menyepikan diri..

Salam dan selamat pagi.....
nak singgah jengok blog aku ni jap
wah...
lama betul aku menyepikan diri
tak sedar Februari dah sampai 7hb dah..
cepatnya masa berlalu....
Tinggal beberapa bulan je lagi????
mmmmmmm...
maka dengan itu, bertambahlah kesibukan aku nampaknya..
harap blog ni tak tinggal sepi la lagi...
Skang ni ada keje skit...
nanti sambung lagi .. tata