Wednesday, January 26, 2011

Ya Allah...... Kembalikan Semangatku... :-(

Jam dah menghampiri pukul 3.00 petang
Tapi...............
Aku rasa makin lama makin downnnnn
Ya Allah.....
Kembalikan semula semangatku..
Aku rasa makin petang makin lemah......
Arrggggggghhhhhhh.. tidakkkkkkkkkkkk..
Aku tidak suka hari ini.........

Monday, January 24, 2011

Hari Keluarga JKT

Hari Keluarga JKT ni dah lama tertangguh akibat dari macam2 hal yang tak dapat dielakkan. Maka dengan itu, akhirnya hari keluarga JKT tahun 2010 telah dapat disempurnakan pada 22 Januari 2011 bertempat di FRIM, Kepong.. Sudahnya masuk ke tahun baru la pulak.. huhu..Ada la beberapa aktiviti yang dijalankan pada pagi tu. Aku tak sempat nak amik gambar sangat sebab sibuk..Almaklumla kene jadi salah seorang dari krew hari keluarga.. huhu.. Aku ditugaskan menjaga pertandingan Mewarna kanak2.. ermmm. apa lagi... gambar2 bebudak mewarna je la yang sempat aku snap beberapa keping. Jom kite layan picture2 yang sempat aku snap pada hari tersebut..



















Biler Last Aku Mengomel? Huhu

Salam..

Erm... lama gak rasanya aku langsung tak bukak blog nie..
agak kebizian dan agak kemalasan sedikit sejak kebelakangan ni
macam2 benda nak buat n nak fikir..
malam ni ada masa free skit, so nak ngomel n post apa2 cite menarik sepanjang seminggu dua ni...
jom kite layan sekejap...

Friday, January 14, 2011

Siap Juga Akhirnya..

Salam dan selamat pagi semua...
dah 2 hari rasanya tak bukak blog..
sibuk skit dengan kerja kat pejabat
balik rumah dah penat n buat kerja rumah
tak larat nak mengomel. hehe
2 hari ni sibuk menyiapkan sijil2 penyertaan
untuk Pertandingan Tandas Bersih tahun lepas.
mmmm.. beratus sijil nak siapkan
berpinar biji mata aku mengadap PC.. hehe
AKhirnya pagi ni siap jugak semuanya
Skarang ni tinggal nak serahkan kat Datuk KP untuk tandatangan saja
bestnyer....
Boleh la bercuti hujung minggu dengan tenang
sebab tak der kerja nak settlekan..
SPP-II dan Helpdesk pun dah diupdate untuk status terkini pagi tadi...
mmmmm... Leganyaaaaaaaa.... :-)

Wednesday, January 12, 2011

Hilang Demam Dengar Berita Gembira...

salam

ALhamdulillah, pagi ni rasa sihat dah..
malam tadi dah telan panadol 2x..
pagi ni rasa kepala ni ringan skit
mmm..
pagi ni nak citer skit
berita2 gembira yang diterima seawal pagi tadi

Berita pertama semua exam2 dan induksi aku dah lulus.
akhirnya, setelah beberapa kali aku mohon penundaan kursus induksi
ekoran dari masa yang bertindih dengan final exam ..
give up jugak selama ni sebab asal nak final jer.. dapat surat pegi induksi..
Alhamdulillah, harini keputusan induksi dah keluar...
so, pasni dah leh submit untuk pengesahan jawatan.
hope tak sampai 2 tahun ni leh sah jawatan yang skang..

Berita kedua.. yang ditunggu2 selama ni...
pagi tadi Jabatan aku ada meeting untuk pengurusan fail 2011
salah seorang member aku attend meeting ni..
dan...........
gembira tak terkata aku rasa
bila Pengarah Khidmat Pengurusan Jabatan aku memaklumkan
perpindahan secara berperingkat ke Putrajaya akan bermula
pada bulan Mei dah berakhir pada bulan Ogos...
Alhamdulillah...
lega rasanya.. tak lama lagi..
pasni tak payah nak berletih2an mengadap jammed ke KL setiap hari
dah dekat dengan rumah..

tu jer yg aku nak kongsikan pagi ni..hehehe
yang nyata..
hari ni hari yang mengembirakan... :-)

Tuesday, January 11, 2011

Kurang Sihat....

Salam

harini aku rasa makin lama makin x ok
pagi tadi ok je aku bangun kul 5 pagi
siap boleh masak lagi..
lepas breakfast pagi tadi aku rasa badan aku tak sedap
makin lama makin x ok, badan aku sakit2 jadinya.
hope dapat bertahan sampai ke petang nanti.. :-(

Monday, January 10, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

salam
oleh kerana petang ni aku rasa ngantuk sangat. meh aku mengomel jap. nak borak tak tau nak citer apa. idea tak ada. jom layan aktiviti aku hujung minggu lepas.

Sabtu 8 Januari 2011

Awal pagi ke City-Park, Seremban 2 jogging bersama bonda dan ayahanda..hehe.. dah lama tak kuar bertiga mcm ni. Sejak Kerja KL, aku tak der pergi jogging. Hari Sabtu ahad adalah masa untuk tidur.huhu. adik aku biasala.tido kat umah. tinggal bersama nenda.

Lepas sarapan,Keluar ronda2 ke bandar bersama ibunda tersayang sambil hantar tempah baju. huhu.. dah lama kak liza bagi baju tu sempena hari lahir aku yang ke 27 haritu. Aku tak hantar2. Actly aku tengah fikir apa fesyen baju yang aku nak buat dengan kain tu. Akhirnya aku tempah baju kurung moden je. Senang... tak payah fikir n boleh pakai ke mana sahaja.

hampir tengahari kami balik, teragak nak makan beriani gam pulak. Kebetulan nenda tersayang ada di rumah. (makanan fav nenek aku ni) so, apa lagi.. berhenti sekejap beli nasi beriani... tengahari kami dah tak payah nak masak. hehehe... Abah pulak keluar hantar servis kereta anakanda dia ni.. huhu(anakanda dia ni tak pernah pergi servis kereta sendiri). So, tengahari tu kami sekeluarga layan beriani gam la.

Petang... keluar dengan tunang tersayang.. tak ke mana pun, cuma jalan2 di JUSCO je. Thanks pada tunang tersayang aku kerana sudi temankan pegi beli handbag. Handbag ke pejabat aku dah xelok. nak pakai handbag biasax bleh, sebab ke pejabat ni banyak barang nak bawak.so, kene beli beg yg saiznya besar.

Ahad,9 Januari 2011

Awal pagi keluar jogging ke City-Park semula. tapi harini satu family pergi. nenda juga nak ikut. nak jalan2 sambil tengok ikan kat tasik tu. Lepas jogging pergi sarapan dan terus ke Port Dickson (pergi pasar). Balik tolong bonda kemas2 barang yg dibeli dan masak di dapur..

Petang... membuat kek coklat moist yg diminta oleh ibu mengandung sempena hari lahirnya harini. Alhamdulillah, kek coklat moist tu menjadi walaupun dah lama tak buat.

selesai semua, kemas2 barang n balik ke Putrajaya... tu la aktiviti aku minggu lepas... huhu

Friday, January 7, 2011

Menambah Koleksi Lagi...

Aduhai..
aku ingatkan aku dah berhenti dari menambah koleksi kad dalam wallet
rupanya tidak lagi......
baru je jap tadi aku turun g bank,
lalu kat watson masuk jap ronda2.
seperti biasa....
ader je la yang sebat dari rak2 barang tu...
menyebat barang2 keperluan tu ok lagi la kan
tapi yg satu ni aku memang tak bleh nak elak la..
dah lama aku tahan untuk tidak menjadi ahli kad watson ni
tapi akhirnya hari ni aku tewas jugak..
huhuhu...
ni kalau si Dura tau ni mesti dia geleng kepala
aper2 je la Kaksu dia ni.. suke buang duit sesuka hati
Wahai Cik Suhaila....
biler la nak berhenti buat benda2 tak faedah ni,
cuber la duit tu disimpan
memang la jumlahnya sedikit jer yg dilaburkan
tapi klu yg sikit2 tu dilaburkan untuk tujuan suka2 banyak kali
tak ke menggunung jadinya?
Kalau duit tu biar tinggi menggunung,
sok2 dah banyak leh la buat apa2 yg patut..
mmmm..
harap pasni tak der la aku buat benda main2 ni lagi




(Nila kad ahli watson yg aku register tadi dengan nilai RM12. Sabo je la aku ni kan?)

Salam dan Selamat Pagi...

Semoga harini menceriakan kita semua.
dah 2 hari cuaca mendung jer
semalam satu hari matahari tak keluar
jemur baju kat umah pun tak kering
harini bertambah lagi dengan baju semalam
nampaknya tak bleh terus balik kampung ler harini
kene balik umah angkat jemuran sume dulu baru balik umah mak. huhu

kejap je kan dah hari jumaat
dah hampir seminggu kita melangkah ke tahun baru
mmmm..
cepatnya masa ni berlalu
rasa belum sempat nak buat apa2
dah seminggu di bulan Januari
tup tup nanti dah sampai sebulan kita di tahun baru
nampaknya skang ni klu nak buat apa2
tak bleh nak berlengah2 n tunggu2 lagi
sume kene berjalan lancar dan pantas
so... semangat untuk tahun baru 2011... :-)

Tuesday, January 4, 2011

Permintaan Ibu Mengandung.. huuhu

Salam

Nak masak ayam lom lembut lagi..
Meh aku ngomel kejap, sementara nak masak
teringat permintaan adik aku yg sorang kat pejabat tadi
"Kaksu, biler nak buat kek coklat lagi? dah lama kaksu tak bawak"
mmmm... alahai adik akak sorang ni
teringin nak makan kek coklat rupa ea.
Actly dah lama dia sebut swoh aku buat kek coklat lagi
aku tak berkesempatan je nak buat
dari sebelum dia mengandung lagi dia dah mintak
kali ni nampaknya kene la aku buatkan kek coklat tu
almaklumla orang tengah mengandung
nanti kang meleleh pulak air liur baby
ditambah pulak besday nya yang bakal tiba 10/1 ni nanti
so, hari ahad ni kene la kaksu dia ni buatkan kek hari jadi untuk NORADURA
takper..balik seremban nanti buat,
hari ahad balik putrajaya bleh singgah jap umah dia hantarkan
Kek Untuk Baby dan Ibu Baby..... :-)
hopefully tak ada apa hal la hari ahad tu nanti

Hujung Minggu Bersama Keluarga

Hujung minggu haritu
kitorang 3 family pergi picnic kat PD
tak der buat apa kat umah
so, maklong aku nak bawak cucu2 mandi laut
kitorang pun join skali la..
berkumpul la 3 family.. maklong aku, makndah aku n family aku + ngan wan(nenek)
kitorang pergi PD pagi..
bfast kat sana..
pastu bagi budak2 kecik mandi manda sambil kitorang berlumba2 cari remis
huhuhuhu........ best... aku rasa rileks sangat time tu..
(lagi best klu orang tersayang ada skali) hehehe
kitorang habiskan masa setengah hari jugak la kat sana
kitorang gerak balik umah masing2 dalam kul 2 lebih..
jom tengok picture2 yg sempat aku upload kan ni
(aku malas nak upload sebab lama sangat nak tunggu dia siap upload.. huhu














Universal Studios Singapore????

Tengok tajuk kat atas tu mesti teruja kan?
mmm.. itulah yg tengah aku fikirkan ni
malam tadi maksu aku call ajak pergi bulan 2 ni nanti..
nak pergi ke tak nak?
tapi bila fikir nak pegi jalan2 memang rasa nak ke sana
last aku pergi singapore tahun 2009.. tapi tak sempat nak ke Sentosa Island
skang ni pulak klu nak pergi aku dah mula sibuk
banyak persiapan yang aku kene settlekan dalam sebulan dua ni
tengok la nanti mcm mana.. akan ku pertimbangkan cadanganmu ni wahai makcu..huhu


Bestnya Kalau Dapat Tengok Wayang...

sehari dua ni selera aku pelik je..
ape kene tah...
merapu2 jer...
semalam aku teragak nak makan tomyam/sambal ayam..
at last balik umah masuk dapur aku masak sotong pulak..
harini aku teragak nak g tengok wayang pulak
macam la dah lama tak pergi tengok wayang
seingat aku baru je dua tiga minggu lepas aku g tgk wayang
aper je la kene ngan aku ni?
tapi yg pastinya perasaan pelik2 ni dtg bila time2 mcm ni
aku rasa ada kaitan dengan aku yg tak tau nak buat apa kat pejabat time2 ni kot..
hahahahahahhahahaha..
sabar je la aku nie.. macam2.. :-)

Monday, January 3, 2011

Apa Nak Masak Harini?

Jam dah pukul 3 lebih.. jap lagi kul 4.30pm nak balik dah.. kat kepala aku skang ni tengah fikir apa yang aku nak masak lauk untuk harini. Semalam dah selamat, sebab aku balik lepas makan kat umah mak.. huhu.. petang ni aku kena la mula masak semula untuk rutin weekday aku. nak masak apa tak tau.. tapi kat fikiran aku nak makan.....


(Tom Yam Ayam)

ataupun....


(Sambal Ayam)

Erm... apsal la aku ni harini? macam2 teragak nak makan...

Salam Tahun Baru 2011

Salam...

Salam tahun baru buat semua..
Alhamdulillah.... kite diberi kesempatan untuk bertemu dengan Tahun 2011
Semoga kedatangan tahun baru ni memberi semangat baru dalam hidup kite semua
Apa azam tahun nie?
Emmm... pastinya azam tahun ni adalah yang lagi baik dari tahun sebelumnya :-)
Semoga dengan kedatangan tahun baru ni akan membawa sinar baru dalam kehidupan aku
InsyaALLAH....