Tuesday, June 29, 2010

Salam..

bila dah siap keje baru terasa penatnya..hehe
dari pagi tadi ngadap PC dan menaip
baru skang ni siap
bila keje sume dah siap baru terasa letihnya

kalau ikutkan belum siap 100% lagi ni
tinggal lagi 5% tak siap
sebab nak tunggu quotation dari beberapa buah hotel lagi
dapat je quotation tu nanti baru paperwork ni bleh siap 100%
hope menjelang petang ni boleh settle semuanya..

sebut pasal petang,
terus kepala ni terfikir
apa nak masak petang ni untuk makan malam?
erm, dulu duduk ngan mak balik keje semua da siap
skang ni semua kene buat sendiri
hehehe
tapi, aku rasa seronok sangat
sebab buat semua kerja rumah sendiri
dari masak, kemas rumah sampaila menghias rumah
semuanya sendiri
so, pendek kata.. kalau bersih tu rajin la namanya
kalau bersepah tu pemalas la nampaknya.. hahaha...
cumanya rumah aku tak penuh lagi ngan peralatan
sekadar peralatan2 asas dan yang perlu je baru ada
almaklumla orang bujang..
kalau dah berkeluarga lain la kan?
he..he..he..

okla, jumpa lagi di lain entry

Thursday, June 24, 2010

Boleh Jadi Beku Kalau Berterusan Begini....

salam


aku dah tak tau aper nak buat lagi ngan aircond pejabat aku ni. tak mampu nak atasi masalah kesejukan terlampau ni. Dah berstokin pun masih sejuk? hahahahaha.. kat opis aku ni dah macam orang2 dalam pantang pun ada, tapi masih sejuk lagi. apa nak jadi pun tak tau la.. rasanya kalau lagi 10 jam duk sini tanpa keluar mau beku kot. Nak buat kerja pun terganggu.. kulit kering. sume standby losyen atas meja masing2 aku tengok.. huhu.. nak lagi teruk, tengahari tadi jumpa kawan kat bawah opis, time tu aku baru keluar dari lift saje nak amik cahaya matahari,, kawan aku tegur... "su, nampak pucat jer, ko tak sihat ker?" aduhhhhh.. pucat dan sakit apernya kak.. dia tak tau betapa sejuknya aku kat pejabat tu. sampai pucat kaki tangan. kalau tak keluar bersiar2 cari cahaya matahari mau aku beku agaknya.. hahahaha.. erm, cam tu la kesejukan terlampau kat opis aku. nak upload gambar2 orang dalam pantang tak leh.. demi menjaga dan menghormati rakan2. hanya kami dalam opis ni je tau n tengok cam ner.. nak gelak pun tak larat, sebab masing2 macam tu..setiap hari hanya tunggu time balik je la untuk keluar dari sengasara aircond sejuk ni. org maintenance tu pun tak leh nak tolong cam ner.. berapa besar kuasa aircond ni aku pun tak tau da... huhu

Moga Ini Jalan Terbaik Untuk Aku

Ya Allah
Moga keputusan yang aku buat ini merupakan jalan terbaik dalam hidup aku
dalam hidup ni ada masanya pengorbanan menjadi perkara penting
dalam menentukan arah tuju dan masa depan
dalam hidup ni juga ada kalanya kita tak sedar apa yang kite buat
adakalanya bukanlah yang terbaik untuk kita
justeru itu kite perlu lakukan sesuatu
untuk mendapat kebahagiaan dan masa depan
perjalanan masa depan kite tak tahu panjang pendeknya
yang nyata adalah hari2 yang telah kita lalui
itu yang pasti dan kita jadikan pengajaran dan pengalaman untuk hari akan datang
namun, tak salah rasanya kalau kita berusaha lakukan sesuatu pengorbanan
untuk cuba dapatkan kebahagiaan hari2 yang bakal menjelma

sama dengan aku
harapan aku moga keputusan yang aku buat
merupakan jalan yang betul demi masa depan aku
masa depan yang tidak diketahui bila hujungnya
biarlah pengorbanan ini menjadi kenangan manis
sepanjang hidup aku
moga keputusan aku ini membuatkan aku lebih ceria dan bahagia

Wednesday, June 23, 2010

Rindunya nak Menjahit Manik

lama sungguh dah aku tinggalkan
hobi masa lapang aku yang satu ni
menjahit manik di baju..

tetiba pagi ni dapat email dari Kak Imass
kak Imass ni orang Klang yang mahir dalam menjahit manik dan labuci
aku memang ikuti setiap email atau promotion yang diterima dari dia
cuma aku lom berkesampaian nak attend kelas kak Imass je lagi
hope aku dapat untuk hadirkan diri satu hari nanti
email dari kak Imass membuatkan aku
teringat yang aku dah lama tinggalkan hobi ni
kalau tak dulu aku suke je jahit manik kat baju
sejak aku keje KL aku rasa cam tak der masa
nak menjahit manik di baju
mana tak nya, balik kerja dah letih..
patutla baju2 baru aku sume tak ceria
sebab tak der aksesori tambahan .. hahaha

rasa cam nak mulakan semula hobi ni
lagipun malam2 tak der aktiviti
duk sorang2 rasa boring plak
ada baiknya kalau aku mulakan semula menjahit manik
minggu ni balik rumah mak aku nak angkut bawak balik
semua peralatan menjahit manik aku.. hehe
leh wat pelahan2 kat baju2 aku yang ada tu...

nampaknya aku kene ikuti semula setiap email dan updates terbaru
yang kak imass hantar kat aku melalui email dan Facebook...

Seharian Jari Jemari Rasa Lenguh

Salam..

pagi ni aku rasa rehat skit
semalam seharian sibuk menyiapkan surat edaran
untuk pertandingan kebersihan tandas
kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan seluruh Malaysia
Bayangkan nak buat edaran untuk 147 buah PBT.. rasa nak termuntah menjelang petang
masalahnya aku kene setup balik alamat 147 PBT untuk diprint atas sampul surat
pastu kene wat adjustment untuk print kat mesin fotostat tu.
erm, mujur jari ni bleh dikatan pantas gak menaip
tak la makan masa yang banyak sangat
tapi yang aku ingat aku wat keje tu dari pagi sampai tengahari gak la.. hahaha

Tengahari surat keluar dari bilik bos
aku menyambung tugasan seperti biasa
merekod segala maklumbalas mingguan yang diterima dari 147 PBT untuk dibuat laporan
erm, letih giler rasanya...
bila la nak balik aku fikir time tu
tengok jam baru kul 3.00 petang
ader lagi satu jam setengah sebelum masa balik aku...

Tengah key-in data dan wat laporan
bos panggil aku plak..
dapat tugasan baru
kene cari tempat untuk buat kursus Kebersihan tandas kepada semua operator tandas awam di PBT seluruh Malaysia..
Mana destinasi kali ni?
Bos suggest buat kat Kuala Selangor, Melaka atau Pulau Pangkor..
so, waiting for the quotation ...
harap hari ni akan dapat semua yang aku dah call semalam...

cam tu la kesibukan yang melanda aku semalam

Friday, June 18, 2010

Cepatnya masa berlalu...

tak sedar da hari jumaat,
cepatnya masa ni berlalu dalam seminggu tu
dah setengah tahun 2010 ni
aper pembaikan yang aku da buat selama 6 bulan ni dalam hidup aku?
erm, kene fikirkan dan buat penilaian sendiri
untuk memastikan tahun ni lebih baik dari tahun sebelumnya... :-)

erm,
membebel plak aku pagi ni
actly baru kuar dari bilik pengarah
bagi report pegi meeting kat DBKL petang semalam
alhamdulillah evertything ok.

mesej utama nak disampaikan sebenarnya adalah mengenai bulan rejab
punyalah cepat masa berlalu
tak sedar rupanya rejab dah seminggu berlalu
erm, bila dapat nak puasa ni ye?
bila bulan rejab dah datang, maka bersedialah untuk persiapan ramadhan dan syawal..
hope tahun ni aku dapat mengambil peluang menempuh rejab, syaaban dan ramadhan lebih baik dari tahun sebelumnya...

ada keje skit,
nti sambung smula..
salam rejab buat semua kawan 2

Wednesday, June 16, 2010

Terima kasih semua....

salam,

terima kasih kepada semua kawan2 yang menghantar ucapan dan membuat panggilan selamat hari lahir yang tak putus2 dari pagi tadi. terharu sangat sebab masih ramai kawan2 yang mengingati diri ini.

thanks to Dura coz celebrate birthday akak harini.. best kek tu.. tapi tak dapat nak snap gambar... kamera tak bawak plak tadi.. nway.. terima kasih..

friendship never end....

Monday, June 14, 2010

salam hari Isnin buat semua.. :-)
hari ni pagi lagi aku da sibuk

pagi tadi aku ader meeting jawatankuasa penyediaan spesifikasi
untuk kapsul video Iklan Tandas Bersih
Mujur bos aku yang chair meeting
so tak der la rasa berat sangat
aku pun da memang involve pasal iklan video ni dari mula buat paperwork lagi
cuma skang ni kami menunggu sebutharga dikeluarkan je

aper nak cite lagi?
erm....
mgu lepas minggu yang agak bz
dari jumaat sampai ke ahad aku rasa cam penuh je jadual aku
jom kite tengok aper aktiviti aku sepanjang weekend aritu

Jumaat, 11 Jun 2010
Seperti biasa pagi ke pejabat sampai petang
tapi on t way balik tension skit
jalan jammed, kereta banyak sangat agaknya
aku tersekat dari Exit Bukit Mahkota
ader la jugak aku kira dalam 30km nak sampai ke Seremban
erm, lenguh kaki
Sampai umah settlekan segala kewajipan then lepas maghrib
ke putrajaya hantar barang2
thanks to Abg spupu aku sebab tolong uruskan semua ni
then kami tinggalkan jer sebab da malam

sabtu, 12 Jun 2010
pagi seperti biasa bangun dah tunaikan segala kewajipan
lepas bfast terus ngadap pc siapkan asignmnt utk presentation Subjek Sosiologi
kul 10 gerak ke KL sebab nak buat persiapan untuk presentation
tapi alangkah hampanya kami sebab turn kami ditunda ke hari ahad
oleh kerana masa dah tak cukup
huhuuhu
maghrib aku balik putrajaya
sementara tunggu mak, abah dan adik sampai
aku pun kemaslah rumah aku tu n pasang langsir
mak sampai kul 11.00mlm dengan bawak macam2 barang lagi untuk kelengkapan memasak
kemas2 barang dan borak2 aku tidur kul 2 pagi

Ahad, 13 Jun 2010
bangun pagi selesaikan kewajipan macam biasa
then bersiap2 untuk ke kelas
pagi tu aku ader perbentangan yang tak selesai semalam
habis perbentangan, ader ujian pulak
kelas habis dalam kul 2 petang dengan pelbagai pesanan dari lecturer Sosiologi
Maklumlah, semalam kelas terakhir subjek tu.. pergh.. kejap je nak abis satu sem pendek...
balik sampai rumah, kemas2 umah lagi n basuh baju
lepas asar petang semalam aku ke rumah pakcik di Kajang sampai ke malam

erm, mcm tu la serba sedikit
perjalanan hidup aku minggu ni
rasa cam robot plak.. haha

Wednesday, June 9, 2010

Sekitar Majlis Perkahwinan Sepupuku - Siri II

pic2 yang sempat aku uploadkan lagi
tak dpt amik pic byk2 sbb sibuk



( makcu yang sentiasa senyum walaupun keletihan )



( Pengantin2 kecik yang mengiringi abg sepupu n pakciknya.. hehe )


( Pengantin - Abg Sepupu aku & isterinya )


( Anak buah aku yang paling kecik, baru berusia 2 bulan - Nurin Aina )


( Inilah reaksi mohd ammar dan mohd daniel bila suruh masuk hari dah malam )

Tuesday, June 8, 2010

Sekitar Majlis Perkahwinan Sepupuku

Salam,
Jom layan picture2 sekitar majlis perkahwinan spupu aku
pada 6 Jun 2010 yang lalu
majlis telah diadakan di rumah nenek aku



(picture aku ngan anak buah - khairunnisa yg baru darjah 2 - da sama besar ngan aku.. haha )


( kek pengantin yang tak larat nak makan - sebab da keletihan yang amat sangat )


( adik sepupu aku - tokey air sepanjang majlis )


( daging2 lembu yang baru sampai )


( rumah wan yang dah tak nampak lagi sebab penuh dengan 12 buah khemah )


( adik - adikku yang nakal - tengah buang biji betik )


( anak buahku Mohd Ammar - Maklong, nah bunga ni )

Selamat Hari Lahir Buat Abah dan Adik

Selamat Hari Lahir Buat
Abah (7 Jun) dan Adik (8 Jun)
Semoga panjang umur
Semoga ditambahkan rezeki,
Semoga sihat sentiasa hendaknya


Salam

salam dan selamat pagi

erm,
harini baru start kerja
perjalanan yg sungguh selasa ke pejabat
maklumla cuti sekolah
kereta tak banyak
ramai orang amik cuti sempena anak2 cuti sekolah
so, tak terkejar2 sangat
leh memandu sambil rilekskan minda
hahahahhahahaha

kat opis pun tak ramai orang
separuh g kursus dan ada yang cuti
erm,
boring gak rasanya seminggu dua ni
tapi tak per la..
rehat skit...
tak der kerja yang terkejar2 nak kene settlekan
sebab ada masa yang banyak untuk selesaikan

skang ni
waiting for Kak Mala untuk
buat edaran dan pembahagian tugasan kumpulan
untuk subjek Sosiologi Industri
klu kak mala bagi harini boleh aku mula buat sesambil ni
hehehehee


sampai sini dulu

Friday, June 4, 2010

Steamed Orange to Cure Cough

This method had been tested by many people. One of the best methods to stop cough.


Cut off the top part of the orange, put some salt into the orange, and put back the top part. Steam it 10 minutes and eat all the fresh including the juice at the bottom of the bowl. Taste not very nice but cures your prolonged cough in days.

Cut off a little shelf of top.

Add ¦ teaspoon of salt

Place in a bowl and steam it 20 minute

Finish it

Don't forget to finish the water left in the bowl. Its taste sour and salty, good for cure.

Thursday, June 3, 2010

Thirty Steps To Be Smart And A Successful Person

1. Have trust only in God and believe only your parents and love them.
2. Love your family with certain limits and keep them happy.
3. Selective friends give you good support to dispel problems.
4. Be a good observer. Observe what's happening around you.
5. Analyze who is who and what is what.
6. Don't smile whenever you feel like instead do it whenever this society expects that from you.
7. Don't cry for yourself but for others.
8. Celebrate and enjoy others occasion, especially one who intimidates others.
9. Appreciate everything and everybody.
10. Don't be impulsive particularly in accepting negative criticisms from others.
11. Show as if you are spiritual.
12. Pretend as if you love everybody.
13. Don't speak through words instead through your eyes.
14. Be silent always.
15. Be neither generous nor stingy.
16. Don't be against anybody.
17. Don't project yourself as if you are the only one who is very loyal and straight
forward in this world.
18. Support any policy that is supported by the influential.
19. Be a very good listener.
20. Don't send any confidential matters in text messages.
21. Don't talk any important and secret matters over cell phone or telephone.
22. Don't be an open book but pose as if you are.
23. It is dangerous to tell everyone that you have enough money in your bank account so don't talk about your salary or your account balance, even to your close ones.
24. Keep your body fit.
25. Don't eat for others but for yourself.
26. Start avoiding oily and fatty stuff, especially junk foods.
27. Drink at least three liters of water everyday.
28. Don't sacrifice your sleep for anybody or anything.
29. Wake up before dawn.
30. Don't eat anything after dusk.


By Arulvel Thilagar Senthamarai

Adab Mendengar Azan - Petikan dari Sahabat

SETIAP KEJADIAN TUHAN PASTI ADA HIKMAHNYA............


Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa Dan waktunya
Yang tidak Kita ketahui.Cuba Kita amati. Mengapa
Kebanyakan orang yg nazak, hampir ajal tidak dapat
Berkata apa-apa..


Lidahnya kelu, keras Dan hanya mimik
Mukanya yang menahan kesakitan ' sakaratulmaut' .
Diriwayatkan sebuah hadis yg bermaksud: 'Hendaklah
Kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah
Akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya. '
Ini jelas menunjukkan, Kita disarankan agar mendiamkan
Diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan
Berkumandang .


Sebagai orang beragama Islam Kita wajib
Menghormati azan Banyak fadhilatnya . Jika lagu
Kebangsaan Kita diajar agar berdiri tegak Dan diamkan
Diri.
Mengapa ketika azan Kita tidak boleh mendiamkan diri?
Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah
Akan kelukan lidahnya ketika nazak .


Kita takut dengan
Kelunya lidah Kita semasa ajal hampir tiba maka Kita
Tidak dapat mengucap kalimah 'Lailahaillallah. .' yang
Mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika
Nyawanya akan dicabut Allah dgn izinNya menjanjikan
Syurga untuk mereka.


Dari itu marilah kita sama-sama
menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah
ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut.
'Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian
yang baik lagi mulia, lancarkan lidah kami mengucap kalimah 'Lailahaillallah .'
semasa sakaratul maut menghampiri kami.. Amin... amin.. amin Yarobbala'lamin. .'

Sesuatu yang tak pernah terjangkau dek akal fikiran ku ini.
Subhanallah. ..

Ketahuilah bahawa pada setiap waktu, ribuan bilal di merata dunia akan melaungkan azan, mengakui 'Bahawa Allah Sahaja Yang Patut Disembah,
dan Nabi Muhammad Adalah Rasul Allah.'Dimulakan dengan Indonesia yang terletak dibahagian timur dengan ratusan kepulauan-nya dan jumlah
penduduknya seramai 180 juta.Sebaik masuk waktu Subuh, Azan mula berkumandang dari kawasan ini dengan ribuan Bilal yang akan melaungkan
Ke-Agungan Allah S.W.T Dan Nabi Muhammad S.A.W.

Proses ini akan bergerak kearah barat kepulauan Indonesia . Perbezaan masa antara timur dan barat Indonesia adalah 1-1/2 jam.Belumpun laungan
Azan dimerata Indonesia selesai, ianya bermula pula di Malaysia.Berikutnya di-Burma dan dalam masa satu jam selepas Azan dila ungkan di-Jakarta,
tiba giliran Dacca di Bangladesh.Berikutnya laungan akan kedengaran di Calcutta dan terus ke Srinagar dibarat India.

Perbezaan waktu dikota-kota Pakistan adalah 40 minit jadi dalam jangka masa ini, Azan akan berkumandang diseluruh Pakistan.Belum berakhir
di-Pakistan, Azan akan bermula pula di Afghanistan dan Muscat.Perbezaan waktu antara Muscat dan Baghdad adalah satu jam. Dalam jangka masa
ini, Azan akan berterusan dila ungkan di UAE, Makkah, Madinah, Yaman , Kuwait dan Iraq .

Proses ini berterusan setiap detik sehingga ke pantai timur Atlantik.Jarak masa Azan mula dila ungkan di Indonesia sehingga ke pantai timur Atlantik
adalah 9-1/2 jam.Belumpun Azan Subuh berkumandang di pantai Timur Atlantik, Azan Zuhur kini sudah mula dila ungkan di Indonesia. Ini berterusan
bagi setiap waktu sembahyang, tidak putus-putus.

Subhanallah, begitu hebat dan agungnya Islam!

Kalaulah setiap kawasan boleh memasang pembesar suara (yang power habis!), akan bergegar satu dunia dengan laungan Azan tidak putus-putus.

Saya Ada satu epal, anda Ada satu epal. Kita tukar epal, anda Ada satu Dan saya tetap Ada satu.Jika anda Ada satu ilmu Dan saya Ada satu ilmu, kemudian Kita tukar ilmu tersebut, anda Ada dua ilmu Dan saya Ada dua ilmu....

Aduhai.... Ulasan Buku oh Ulasan Buku

erm,
kerja pejabat sume da settle pagi tadi
tak tau nak buat aper skang ni
hajat dihati nak terus membaca buku 'Akhlak dan kaunseling islam'
tapi mengantuknya Tuhan je yang tau
ditambah dengan sejuk air cond opis aku ni
semalam seharian tak der elektrik.
bergelap dan berpanas dalam opis .. huhu
kenapa kita rasa mengantuk bila baca buku2 macam ni?
aduhai..
apakan daya..
buku ni perlu gak aku terus baca.
kalau tak tugasan individu subjek institusi Islam tak siap
tugasan yang mencabar jiwa aku untuk membaca buku2 ilmiah ni.. haha
kerana da terlalu mengantuk aku amik keputusan untuk mengomel jap dalam blog ni
hilangkan ngantuk skit..
sementara tunggu time rehat..
jap g nak turun bawah jap cari panas matahari sambil mencuci mata tengok kain baju n tudung kat bawah ni.. hehehe...
okla.. ngantuk da hilang skit...

inilah buku Akhlak dan kaunseling Islam oelh mohd Nasir Omar yang mengandungi 225 mukasurat....haha


salam,