Thursday, January 28, 2010

Rasa nak g bercuti plak tetiba........

Salam.....

Alhamdulillah, semalam da settle aku nyer induksi khusus.. tinggal lagi induksi umum jer. menurut erma yang jaga bahagian peperiksaan dan latihan tu kata.. nama aku ader dalam senarai kursus induksi bil 1/2010 nanti.. hujung bulan 4 klu tak silapnya.. erm hopefully kali ni final exam aku tak kene pada tarikh tu.. bukan aper.. last session aku terlepas induksi ni sebab aku ader lagi 2 paper final yang tak settle masa tu. klu tak da settle da sume induksi aku. huhu..

tutup cite pasa induksi. aku rasa cam nak g bercuti jer tetiba.. tapi tak tau biler n nak g mana.. lama aku tak g jenjalan.. seingat aku, last aku g jenjalan ngan kengkawan awal tahun 2009 yang lalu.. aku g Bukit Tinggi... erm, lamanya aku tak g jalan... Ni mesti pegi jalan balik... mana yer nak pergi.. dulu aku selalu g melaka.. merehatkan minda kat sana sambil2 g shoping. Melaka tak sesak sangat macam KL. KL nak cari parking je da buat mood hilang.. huhu. Melaka kan banyak tempat n permandangan yang menarik.

teragak jugak nak g naik roller-coaster .. kene g genting, tak pun g times square.... erm, bagus gak ni.. lama tul aku x g.. rasanya zaman2 blaja dulu last aku g genting. tu pun ngan family.. sejak keje tak g pun .. Tapi klu nak g main2 ni g sorang2 tak der maknanya... tak seronok..

k.ila pulak ajak datang sabah.. nak bawak g Karambunai... best tu.. tapi tak leh nak janji.. ingat nak g dalam bulan 6, tapi k.ila nak balik cuti ke semenanjung plak.. erm, tgu la nanti.. ader rezeki insyaallah sampai.. nak g sabah ni kene set betul2.. bukan nak g balik hari... nanti ek k.ila.. klu su ader masa yang sesuai.. insyaallah su sampai sana.. tak g tahun ni lain2 kali pun boleh.. janji k.ila ader sana nak bawak su g jenjalan... huhuhu.. k.ila kan ader projek 5 tahun kat sana.. banyak g masanya.. hahaha..

nak g cameron ngan k.mai... terus membeku... tapi dimaafkan sebab k,mai ader urusan yang lagi penting.. urusan masa depan dia.. hehe.. tapi nampaknya terpaksa dibatalkan la memandangkan dia nak menamatkan zaman bujangnya tak lama lagi.. banyak persiapan yang dia kene buat untuk majlis nyer nanti.. so, buat kak mai.. tak yah la ajak saya g cameron k.. akak g ngan abang yo la nanti.. hahaha.. ( tak sabar nak tgu kat dorang ni.. hik hik hik.. )

okla.. nti sambung g..

Tuesday, January 26, 2010

Letih pulak rasanya harini..............

salam...

arini 2nd day aku induksi...... letih lak rasanya.. semalam tak terasa sangat.... arini baru terasa... erm, mujur esok last.... esok petang ader ujian penilaian lak... aper nak jawab? sume soalan pasal jabatan2 dalam KPKT....tapi tak per.. soalan objektif urusetia kata....... selamat kot... janji ingat fungsi setiap bahagian n jabatan dalam KPKT tu......

aper lagi nak cerita arinie? tak der aper yang menarik.. tengahari tadi stop kuliah aku, ayuni n kak maiza merayau kat bawah opis tu... at last sorang balik bawak satu plastik tudung.... erm, tu la pempuan kan? hahahaha.. bak kata ayuni..."beli la kak su, sementara bujang ni" pandai je ayuni... hehehe.. lupa nak tanyer ayuni apasal da kawin ti tak best g ker nak shoping2 nie? huhu... erm, actly aku ni tak ler kaki shoping pun.. tapi klu terjumpa n teringin nak beli sesuatu barang tu, aku try la cari kalau dapat n selagi aku tak rasa ia satu pembaziran...

petang kitorang masuk kuliah smula... ayuni dapat khabar berita hasya da boleh kuar... kak su pulak yang dapat rasa leganya ayuni.. mesti ayuni lagi lega.. sebab da berapa hari hasya kene tahan wad kan.. cuma tak berkesempatan nak lawat hasya kat PPUM je.. alhamdulillah hasya da kuar.. klu tak ayuni ari2 berulang dari PPUM ke Opis untuk Induksi.. tu la pengorbanan seorang ibu.. tapi tak per..ayuni beruntung, suami pun memahami... :-).. siang2 suaminya jaga.. malam2 ayuni jaga.... kesian mama n ayah hasya ni.. moga hasya sembuh seperti sedia kala. aku dengar cerita ayuni pun da tersentuh rasa.. kesian dia...

esok aku last induksi... ader ujian penilaian.. menguji sejauh mana kami semua memahami tentang Kementerian kami...huhuhuh.. moga kami sume lulus dengan cemerlang..







picture aku ngan ayuni yang da boring tahap giler pagi2 tadi sementara tunggu penceramah sampai..hahahaha...

Thursday, January 21, 2010

Aktiviti Sepanjang Hari

salam dan selamat pagi....

pagi ni rasa kurang skit demam aku... da 2 ari aku demam.. tapi semalam petang balik keje rasa tak larat sangat. aku mandi then baring.. at last aku tido dari kul 7.30pm rasanya.. sedar2 tengok jam da kul 11 lebih.. da malam rupanya.. badan aku rasa tak sedap je sehari dua nie...agaknya maybe sebab cuaca yang panas sangat.. ingat petang ni balik aku nak cari air kelapa...

semalam satu hari terkejar2 aku dibuatnya.. pagi sampai pej kene g putrajaya.. ader latihan untuk sesi kemasukan data SPP-II bagi senarai projek/program bagi RMK-10... sampai tengahari... tengahari aku singgah makan ngan kak Najwa kat Tamana Warisan.. da makan sume baru aku balik opis...

sampai je opis bos mintak tolong sedaikan justifikasi untuk penolong pegawai senibina da juruteknik senibina.. erm, dia da bagitau aku mintak tolong buat sehari sebelum tu.. tapi tak sempat nk mulakan lagi... so, masuk je opis terus discuss ngan bos jap then aku pun mulakan la buat justifikasi.. huhuhuu...

alhamdulillah... pagi ni bos masuk, bos kata justifikasi tu sume diterima oleh big boss.. syukur... hehehe... risau gak klu tak setuju... kene fikirkan aper lagi justifikasi yang sesuai.. huhu... skang keje aku da settle... arini tak der keje sangat.. just nak wat preparation untuk pembentangan borang audit tandas yang akan bos aku present depan TKP pagi besok... hope.. borang ni pun nanti akan dipersetujui oleh TKP... hehehe....

Monday, January 18, 2010

salam.......

salam...

pagi tadi ader sorang member aku tegur aku masa aku nak naik lif... dia kata nampak ceria sangat ari isnin nie... hahahhahaha.. rahsianya? hanya aku je yang tau... tak ada saper lain yang mengetahui...

arini aku sampai je opis terus ngadap PC.. buat minit mesyuarat meeting jumaat lepas.. malas nak tangguh lagi.. nanti banyak keje lain yang datang.. esok pun da ader satu lagi keje baru.. nak buat editing untuk borang audit kebersihan tandas di PBT... kalau tak siap minit arini, sok da jadi 2 keje plak... huhuhu..

alhamdulillah menjelang tengahari tadi bos aku da semak.. tinggal nak tunggu big boss tandatangan pengesahan jer... yang penting dah settle.. tak ader sebarang perubahan.. skang just tunggu discussion untun borang audit besok pagi jer... :-) lega aku...

menjelang tengahari tadi bebudak kat opis aku sibuk dengan pencarian gambar makanan.. erm, macam2 gambar makanan yang lazat2 dorang jumpa. ader pertandingan plak kat jabatan aku nie. actly aku puasa arini..sedap gak dengar macam2 masakan dorang ni.. tetiba tekak aku rasa cam nak makan kek coklat jer.. erm, bila nak buat ye? tunggu weekend la nampaknya.. weekday ni rasa cam tak sempat jer kot nak buat.. weekend ader masa skit nak siapkan bahan n buat...

Sunday, January 17, 2010

"To get something you never had, you have to do something u never did'

rupanya aku dah aplikasikan tajuk blog ni dalam idup aku last 2 week.. huhu... tak sedar... aku baru nak tutup blog ni.. tetiba terbaca tajuk blog aku.. then teringat pada sesuatu yang berlaku 2 minggu lepas. secara tak sengaja plak aku rasa....3rd Januari 2010..aku akan ingat sampai bila2 tarikh keramat nie..hehe ( dasyat gak bila ingat balik... seram sejuk badan dibuatnya.. aperpun sume tu da berlaku.. tak leh tarik balik walau sepatah perkataan pun :-). Hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui..

Seharian dengan 'Visual Basic'

salam.........

erm,... arini aku rasa nak pitam sebab seharian duk ngadap kelas 'programming'... huhu... dari pagi sampai ke petang tadi ... itu je yang aku hadap... seingat aku ader 4 latihan yang aku kena buat dalam kelas tadi... lect aku tu tak payah nak cakap la... sume tugasan nak cepat... tak bleh tahan...tapi dia baik... klu tak faham tanyer jer .. confirm dia akan tolong... tapi walaupun terkejar2, aku suke subjek ni... cumenya... da tua2 ni ingatan tak berapa kuat lagi da.. hahaha... sume nak kene ingat setiap proses dari satu step ke satu step yang berikutnya.klu tak ikut step, tak jadi hasilnya.......tu yang payah skit tu..

punyer la penatnya aku memerah otak buat programming tadi, tengahari tadi aku leh terlelap jap kat surau .. huhu.. memula tu susah gak nak tido, tapi bile sumer member2 aku dah lelap, aku pun tak sedar bila aku lelap same.. haha.. memang rasa letih sangat otak nie.. petang tadi sambung lagi... sampai time nak balik tu, rasa penatla yang teramat sangat.. rasa tak larat je nak memandu balik Seremban.tapi aku gagahkan jugak...

erm, skarang da rasa hilang penat... tu yang aku mengadap PC ni kejap.. hehe.. ok la... aku nak g siap2 keperluan untuk ke pejabat besok... jumpa lagi........

Friday, January 15, 2010

..................

da braper hari da aku tak der mood nak menaip dalam blog nie.. klu ader pun aku paste je artikel yang aku rasa agak menarik dari email tu.. huhuu.. minggu ni aku rasa cam tak der mood skit je..

ni pun time rehat aku tak tau aper nak buat. ader lagi lebih kurang satu jam sebelum mula kerja semula. tak tau aper nak buat.. dengan pejabat yang sejuk teramat ni . aku pandang je PC nie..bukak email sume mcm tak der yang menarik hati jer. member2 sume sibuk ngan aktiviti masing2 depan PC mereka.. takkan aku nak p kacau dorang plak.. naya nanti..

so, aku pun menaip la kat sini... tapi tak der idea.. erm, betul2 hilang idea tengahari ni.. nak kongsi cerita pun x der aper yang menarik dapat aku fikirkan saat nie yang boleh dikongsi ngan kengkawan sume.. rasannya nak sign out dulu la.. aku na p solat jap.. g pun kul 3 aku ader meeting unit.. aku nak wat aper2 persiapan yang patut untuk bawak masuk petang nanti... jumpa lagi..

Wednesday, January 13, 2010

Wanita Cantik Yang Suka Menangis

Wanita Cantik yg suka Menangis...

Seorang anak laki-laki kecil bertanya kepada ibunya "Mengapa engkau menangis?"

"Kerana aku seorang wanita", kata sang ibu kepadanya.

"Aku tidak mengerti", kata anak itu.

Ibunya hanya memeluknya dan berkata, "Dan kau tak akan pernah mengerti"

Kemudian anak laki-laki itu bertanya kepada ayahnya, "Mengapa ibu suka menangis tanpa alasan?"

"Semua wanita menangis tanpa alasan", hanya itu yang dapat dikatakan oleh ayahnya.

Anak laki-laki kecil itu pun lalu tumbuh menjadi seorang laki-laki dewasa, tetap ingin tahu mengapa wanita menangis.

Akhirnya ia menghubungi Tuhan, dan ia bertanya, "Tuhan, mengapa wanita begitu mudah menangis?"


Allah berfirman:


"Ketika Aku menciptakan seorang wanita, ia diharuskan untuk menjadi seorang yang istimewa. Aku membuat bahunya cukup kuat untuk menopang dunia; namun, harus cukup lembut untuk memberikan kenyamanan "
"Aku memberikannya kekuatan dari dalam untuk mampu melahirkan anak dan menerima penolakan yang seringkali datang dari anak-anaknya "
"Aku memberinya kekerasan untuk membuatnya tetap tegar ketika orang-orang lain menyerah, dan mengasuh keluarganya dengan penderitaan dan kelelahan tanpa mengeluh "
"Aku memberinya kepekaan untuk mencintai anak-anaknya dalam setiap keadaan, bahkan ketika anaknya bersikap sangat menyakiti hatinya "
"Aku memberinya kekuatan untuk mendukung suaminya dalam kegagalannya dan melengkapi dengan tulang rusuk suaminya untuk melindungi hatinya "
"Aku memberinya kebijaksanaan untuk mengetahui bahwa seorang suami yang baik takkan pernah menyakiti isterinya, tetapi kadang menguji kekuatannya dan ketetapan hatinya untuk berada disisi suaminya tanpa ragu"
"Dan akhirnya, Aku memberinya air mata untuk dititiskan.
Ini adalah khusus miliknya untuk digunakan bilapun ia perlukan."

Kecantikan seorang wanita bukanlah dari pakaian yang dikenakannya, susuk yang ia tampilkan, atau bagaimana ia menyisir rambutnya."
"Kecantikan seorang wanita harus dilihat dari matanya, kerana itulah pintu hatinya

" tempat dimana cinta itu ada."

Kejadian Wanita... ( petikan dari e-mail yang diterima )

Seorang LELAKI yg bakal menjadi SUAMI patutlah mengetahui kejadian tubuh WANITA dan SIFAT-SIFAT mereka. Kejadian wanita itu tidak sama dengan kejadian lelaki dari segi :

1. Susunan badan wanita hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak, menyebabkan wanita itu berperasaan yg keras, mudah terpengaruh oleh peristiwa suka duka, khuatir dan lainnya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yg lebih kuat pada wanita adalah sifat yg sesuai untuk mendidik anak-anak.

2. Kepala wanita dewasa lebih kecil daripada lelaki. ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan, pada wanita lebih banyak keributan dan kekacauan. Perasaan wanita jauh lebih lemah.

3. Kulit daging wanita umumnya halus dan lunak, dagingnya lemah, hujungan daging lembut, penghujung urat juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.

4. Tulang wanita terutamanya tulang dada dan punggung adalah berlainan dari lelaki. Kejadian tulang itu agak menyulitkan wanita berjalan, mengakibatkan wanita berjalan dengan cara atau lenggok tertentu

5. Anggota tubuh wanita mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka pada tubuh wanita di dapati banyak mengandungi lemak dan lebih subur

6. Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkan kumpulan urat saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya dan lebih subur.

7. Rambut wanita lebih subur dan ini menyebabkan rambut boleh tumbuh dengan panjang dan lebat, sebagai pasangan kepada akalnya yg pendek.

8. Wanita mempunyai sifat yg suka menunjuk-nunjuk akan rupa parasnya dan bentuk badannya. Suka dipuji akan kecantikannya dan suka menghiaskan dirinya untuk mendapat pujian. Maka wanita yg solih adalah lebih baik di pilih menjadi bakal isteri agar sifat-sifat ini hanya di tonjolkan kepada suaminya sahaja.

9. Wanita akan melakukan apa saja kerana perasaan sayangnya kepada suaminya dan anaknya. Perasaan ini biasannya perlu di nasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu manjakan anak, atau mengambil berat tentang hal ehwal suami yg membuatkan suami berasa kurang senang. Namun itu di lakukan atas perasaan sayang.

JADI ORG LAKI JGN JADIKAN ALASAN NAK CARIK POMPUAN LAIN LA EK PAS NI..HEHEHE.. POMPUAN SANGGUP LAKUKAN APE SAJE UTK ORG TERSYG TAU..

Buang Ayah di Tepi Jalan... (petikan dari harian metro online 13 Jan 2010 )

salam...

actly aku tak berniat nak memaip di blog ni pagi nie... aku baru je lepas kemaskan barang2 aku atas meja.. 5S sedang dikuatkuasa di Bahagian aku ni.. hehe..

siap berkemas tadi aku pun bukak la metro online yang menjadi rutin harian aku nie.. bukak - bukak je aku terbaca artikel utamanya... 'Buang Ayah di Tepi Jalan'..berkerut gak dahi aku baca tajuk artikel tu.. aku terus click nak baca cerita sepenuhnya...

tak dapat aku nak kata bila baca artikel tu... tak terfikir kat akal aku yang waras ni ader anak nak wat ayahnya begitu... sungguhpun kita tak tau keadaan sebenar, maklumla yang kita baca tu cuma artikel dalam akhbar... tapi.. sanggupkah kita sebagai anak buat ayah dan ibu kita begitu? kenapa dunia hari ni semakin kejam dan tak menngenali siapa diri? adakah ini petanda dunia akhir zaman?

mengikut artikel yang aku baca tu, anak lelakinya mengambil keputusan meninggalkan ayahnya di tepi jalan hanya kerana desakan daripada isterinya.. ( kenapa sampai macam ni jadinya yer? bukankah suami yang kita miliki tu anak kepada ayah dan ibunya? mengapa kita boleh dan hendakkan suami kita sedangkan emak dan ayahnya kite buang? bukankah kita mengahwini seseorang tu termasuk dengan seluruh anggota keluarganya sekali? ) erm, mcm2 yang aku fikirkan... ntahla... tak tau aku nak katakan apa lagi..

kesian aku tengok pakcik tu.. anak lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab menjaganya sanggup melakukan perbuatan sedemikian.. tambah lagi aku rasa tersentuh bila baca pakcik tu baru je lepas menjalani pembedahan jantung... naper anaknya tak ader perasaan langsung.. aku terfikir kalau la itu yang terjadi pada ayah dan ibu kite? macam jatuh ditimpa tangga bila aku baca lagi yang pakcik tu da batalkan penerimaan bantuannya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelun sebelum ni sebab dia mengambil keputusan untuk tingal bersama anaknya.. tapi.. akhirnya aper yang anaknya buat dan balas padanya?

moga kita yang masih ada ibu dan ayah menghargai anugerah paling berharga ini... tanpa ibu dan ayah.. tak mungkin kita hidup seperti hari nie...

Saturday, January 9, 2010

Selamat Pagi

salam.......

erm, pagi ni pepagi lagi aku da bangun... terjaga kul 4 tadi terus tak leh tido... x tau naper... aku tak der la pulak tido awal pun mlm tadi.... ye tak yer aku pun bangun... tengok TV.....huhu... orang len sume sedap tido....

tapi tengok tv nyer tak lama... tak der aper yang menarik perhatian pun.. aku masuk bilik smula n baring2.... merenung hari esok dan seterusnya..... hmmmmmm..tapi aku pun tak tau aper aku pk..hahaha... menung punya menung aku dengar orang azan suboh..... la.. kul 6 da rupanya....... aku pun terus bangun n cari bilik air......
lepas sembahyang tadi la aku duk ngadap internet jap... erm, klu ngadap internet ni kejap je masa berlalu.. ni da dekat kul 8, so.. aku nak kuar dulu k. nak ke dapur... klu weekday aku singgah je jengok dapur... sume mak da selesaikan...weekend je aku berpeluang meluangkan masa ke dapur :-) hehehe..( sementara masih single ni leh ar wat cam ni.. da kawin ti tak dapat de..sendiri kene ingatla :-) )

jumpa lagi ......

Thursday, January 7, 2010

Bestnyer Kalau dapat g Jalan...

pagi ni aku tak der keje... hehe... tadi duk baca buku, ngantuk plak rasa membaca pagi2 ni.. almaklumla dalam kesejukan aircond ni... sume orang mesti faham mcm mana rasanya.... ni aku nak ngomel jap kat sini... haha

dengar budak opis membualkan isu kes pembunuhan kejam kelmarin di Gemencheh, Negeri Sembilan... aku tertarik dan terus bukak harian metro online.. sejak sehari dua ni aku memang tertarik nak tau perkembangan terkini kisah pembunuhan kejam tu... nak2 lagi dengar dorang kata kepala yang hilang tu dah dijumpai kat shah alam.. lagi la aku terus ngadap PC aku nie... huhuhu

da settle baca aku duk tengok artikel2 lain... aku tertarik kat ruangan variasi... banyak tempat menarik dalam dunia ni kan? especially dalam malaysia.. seronoknya klu dapat g jenjalan bila da penat2 asyik keje je.. lama da aku tak g jenjalan... oh ya.. actly aku plan nak g jalan ngan kak mai ujung tahun lepas... tapi plan kene cancelled.. sebabnya kak mai nak wat preparation untuk majlis pertunangan dia. (takper kak, urusan masa depan akak ni lagi penting dari adik akak nie...hehe.. saya tumpang gembira dengan kebahagiaan akak )

aku tengok artikel tentang Bali tadi.. rasa cam tenang dan menyamankan je Bali ni..banyak sangat tempat2 menarik kat sana. bila aku dapat ke sana agaknya? tapi kekadang takut gak.. sana macam2 berlaku.. hehe.. banyak g tempat menarik yang boleh dikunjungi tul tak? takper la.. ader rezeki dan sampai masa yang sesuai.. mana tau dapat plak terbang ke sana kan?

Legoland Pertama Asia....

Artikel dipetik dari hmetro.com Khamis,7 Januari 2009
'erm.. mcm best jer artikel ni... rasa cam tak sabar plak nak g tengok.. mesti seronok tempat ni. Takper.. siap nanti ader rezeki aku nak g tengok ni...hehehe'

40 tarikan Legoland
Taman tema di Johor pertama dibina di Asia, kelima di dunia berciri unik kekalkan keindahan alam sekitar

JIKA Singapura bakal membuka taman tema Universal Studio tahun depan, Malaysia juga boleh berbangga apabila Legoland pertama di Asia sudah dibina di utara Medini, Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor yang dijadualkan siap sepenuhnya pada 2012.


Ia adalah projek pembangunan bersepadu merangkumi taman tema dengan lebih 40 tarikan, permainan interaktif dan pertunjukan sesuai untuk hiburan seisi keluarga dengan anak berusia antara dua hingga 12 tahun. Projek dengan tapak seluas 145 ekar di Medini Iskandar Malaysia itu turut menempatkan bangunan pejabat dan hotel.


Pembangunan Legoland itu bakal menjadikannya taman tema pertama seumpamanya dibina di Asia dan kelima di dunia selepas Legoland Billund di Denmark, Legoland Windsor (di luar London), Legoland California (Amerika Syarikat) dan Legoland Deutschland (Günzburg, Jerman). Jika digabungkan, empat taman itu memiliki lebih 50 permainan, pertunjukan dan hiburan keluarga.


Tarikan utamanya, Miniland yang menggunakan lebih 20 juta bata Lego bagi membina replika bangunan ikon terutama dari rantau Asia. Antara yang dijangka dibina termasuk Menara Berkembar Petronas, Taj Mahal, Angkor Wat dan patung singa Merlion yang menjadi identiti negara jiran, Singapura selain menara pencakar lain dunia.


Ada antara permainannya juga diilhamkan menerusi produk tertentu yang pernah dikeluarkan jenama itu. Ini dapat dilihat menerusi permainan popular di empat taman tema itu berdasarkan set Lego Knight's Kingdom. Selain itu, taman tema terbabit akan dilengkapi landasan kereta api mini bagi membolehkan pengunjung melihat serta menerokai sebahagian besar taman ini.


Selain itu, tarikan lain yang mendapat sambutan hebat termasuk Driving School. Menerusinya, anak kecil dapat memandu kereta elektrik mini dengan rekaan seumpama ia dibina menggunakan bata Lego di jaringan jalan raya kecil. Seperti taman tema utama lain, ia turut dilengkapi restoran termasuk rangkaian makanan segera.

Menariknya, pembinaan Legoland Malaysia turut mengambil kira faktor iklim tropika. Untuk itu, ia akan menampilkan ciri unik dengan kompleks taman dalam taman bagi melindunginya daripada bahan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Selain itu, cerun bukit tidak akan ditarah dan meminimumkan pemotongan bukit bagi melindungi alam sekitar.

Wednesday, January 6, 2010

Meeting dari Pagi Sampai Petang

Salam... huhu

arini bz je jadual kat opis.. ingatkan tengahari tadi nak mengomel jap kat blog.. tak sempat.. sudahnya mengomel kat umah je kejap..

arini pagi lagi ader meeting .. perjumpaan pertama ngan bos baru n serba sedikit pasal perjalanan organisasi untuk tahun ni... erm, tak tau la tahun ni jadi cam ner plak organisasi kat pejabat aku tu.. tengok je la...

abis meeting aku balik tempat aku tengok email dari Kementerian Alam sekitar Sabah dah masuk.......fuhhhhhhhh, lega... bukan aper .. dari bulan november 2009 rasanya aku menanti kedatangan email ni... sampai gak akhirnya... Thanks Pn Adele... kerana memberi kerjasama yang segera dengan saya... hehe... (pagi tadi call smula ingatkan dia mintak sebelum masuk meeting).. So, da terima laporan perbelanjaan untuk PBT negeri sabah.. aku aper lagi.. terus update dalam PC n key-in belanja dalam SPP... lega aku rasa... akhirnya dapat aku kumpulkan untuk satu malaysia nyer report... tahun ni bahagian aku tak habis belanja 100%.. just around 90%++ jer... hope 2010 boleg belanja sepenuhnya...

tengahari rehat jap makan... petang sambung smula keje... Bos ajak masuk skali buat persediaan untuk Senarai Projek RMK-10... 3.30pm.. masuk bilik meeting... bincang punya bincang... at last aku balik kul 6 petang tadi... sian kengkawan aku yang dtg samer satu kete ngan aku. da la mgu ni aku tak bawak kereta.. mujur dorang tak tinggalkan aku.. puas dorang tunggu aku dari kul 4.30pm sepatutnya balik.. erm,mujur dorang sume memahami... so, masing2 balik opis masing2 n sambung buat kerja dorang gak... hehe.. erm, cam ni la g keje reramai... saper ader hal.. kene la yang lain duk menunggu.....

mcm ni la serba sedikit perjalanan kerja aku arini kat opis.. rasa cam letih sangat.. bukan letih sebab buat kerja.. letih sebab memerah otak berfikir untuk dapatkan Data- data dan maklumat perancangan untuk peruntukan RMK-10.......ok la.. dari tak der kerja nak buat lagi badan sakit2....

Tuesday, January 5, 2010

Seharian Rasa Sengsara Akibat Kesejukan...

salam..

erm, arini aku rasa sengsara sangat la g keje... mana tak nyer... sejuk giler tempat aku... aircond tu betul2 kat bawah tempat duduk aku... da tak leh tahan.. semalam balik da rasa cam nak demam.. lepas maghrib aku terus tidur.. kul sepuluh baru terjaga n selesaikan apa2 yang patut..

pagi tadi bangun , badan rasa ok... sebab malam tadi aku da selimut tebal2.. hehehe... aku pun g la keje.. sampai opis ok la... aircond tak berfungsi lagi.. masuk kul 10pagi.. aku da tak leh tahan... selesema da datang menyerang... mujur demam tak menyerang sekali... tapi aku kejap2 terbersin.. aduh... mcm tu je la keadaannya sampai la ke saat ini... harap2 esok selsema baik lah.. esok aku ader meeting dengan bos baru yang masuk semalam tu... lagipun esok meeting 1st untuk tahun ni.. mcm mana pun kene attend meeting tu... huhu

Monday, January 4, 2010

Berdebar , Risau.. silih berganti.. ( saat ini paling kritikal pernah aku rasakan)

sejak malam tadi perasaan aku jadi campur baur... Risau ada.. takut ada. malu.. berani.. gembira pun ada.. sume tu silih berganti... itulah sebenarnya perasaan. Ianya tak dapat disebut dengan kata,hanya dapat dibaca dari gerak geri dan gerak hati sahaja. hanya aku yang merasainya.. dan setiap saat yang aku lalui sekarang terasa begitu lama untuk melangkah ke saat seterusnya...Inlah saat yang perlu di tunggu penghujungnya untuk mendapatkan sesuatu keputusan..

Moga 2010 membawa sinar baru dalam hidup ini...

salam,

pagi2 lagi aku nak mengomel tadi.. tapi ader plak hal nyer nak kene settlekan...
pagi ni aku sampai opis lewat..huhu.. kul 8 baru sampai... bukan aper.. accident dalam highway seremban KL tadi... ader 3 tempat accident.. dekat2 jer... banyak kereta yang terlibat....tapi kesian dengan mereka2 yang terlibat... da la arini 1stday kerja tahun baru... da ditimpa bencana...

erm, selamat kembalik bertugas buat sahabatku.. cik salwa yg cute... setahun da cuti dari bekerja kerana melanjutkan pelajaran... moga semangat baru datang bersama tahun baru ni yer.. along doakan awa cepat dapat jadi Penolong Jurutera .. hik hik hik

erm, arini start kerja di tahun baru... pagi2 lagi... bos baru da sampai.. hehehe...aper lagi.. sesi perkenalan pun bermula la ... kawan abah rupanya... tapi nampak garang jer. huhu... namapun bos kan? mesti la nampak garang.. klu tak nanti staff tak takut pulak.. huhuhu.. moga situasi kerja lebih menyeronokkan di tahun baru ni...

aper lagi nak celoteh nie? dipendekkan cerita moga tahun ni membawa sinar yang lebih terang dalam hidup aku... moga semua hajat2 ku selama ni termakbul... moga tahun 2010 ni datang membawa perubahan besar dalam kehidupan aku..Moga aper yang aku ada hari ini berkekalan selamanya... hope so.... InsyaAllah...

Sunday, January 3, 2010

Inikah Kehidupan.....

salam...

petang ni fikiran aku cam serabut jer... mcm2 yg aku fikirkan... erm,, nampaknya cepat tua la mcm ni. klu 24jam asyik fikir itu dan ini yang tiada jawapannya....

suhaila.. suhaila..

dari dulu sampai skrang tak ubah lagi dari menjadi seorang pemikir.. fikir masalah kawan2. ni la aku, sentiasa fikirkan orang lain dari diri sendiri.. masalah sendiri lagi la tak terfikir.. huhu.. nway... buat kak mai.. aku doakan semoga tabah mengharungi dugaan yang datang ni... aku simpati ngan nasibnya.. tapi percayalah.. Allah beri dugaan pada kite kerana kita mampu untuk menanggungnya..Seperit2 akak rasa dugaan tu.. rasanya saya lagi menanggung keperitan rasa.. tapi kite kene kuatkan semangat... doa padaNya... tak ada orang yang mampu bantu kite selainNYa.. saya percaya akak mampu tempuh n harungi dugaan ni.. Allah mendatangkan dugaan yang berat kepada seseorang kerana DIA sayang kepada hambanya..

DIsaat2 mcm ni, tetiba aku rasa .. alangkah seronoknya klu aku dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah.. Ingin sekali rasanya aku terbang ke sana saat ini da berdoa moga Allah kabulkan permintaan2ku.. Mengapa orang tak dapat memahami perasaan aku? mungkinkah aku yang ego dalam kehidupanku? atau aku yang silap dalam membuat semua keputusan2 hidupku hari ini? macam2 bermain di fikiran ni.. sampai bilakah harus aku berfikir dan terus berfikir? kenapa aku tak jadi mcm orang lain, membiarkan dan menurut sahaja apa kata hati? Ya Allah.. terima kasih kerana Engkau masih menyedarkan aku tentang adanya KetentuanMu dalam hidup ini. . yang mana aku seharusnya Redha dan menerima Qada & QadarMu itu..Alhamdulillah aku masih ingat akan baik dan buruk..Ya Allah, Terima kasih kerana Engkau masih sudi menjadi pendamping setiaku disaat2 aku rasa hilang keyakinan hidup. Syukur aku kehadratMu Ya Allah..

Moga aku menjadi salah seorang dari HambaMu yang terpilih... Kepadamu aku berserah dan kepadaMu jualah aku mohon pertolongan...Moga Engkau kabulkan segala hajatku. Moga Engkau kabulkan permintaan2ku. Apapun aku percaya, jika semua itu sudah tertulis dalam perjanjian semasa aku lahir ke dunia dulu.. maka ianya akan terjadi. Insyaallah....

Selamat Pengantin Baru Faizah & Hafiz


in this photo : dari kiri Azlan Zain (adik Faizah) , Hafiz & Faizah

1 Januari 2010... Faizah & Hafiz sah bergelar suami isteri... aku doakan perkahwinan mereka kekal hingga akhir hayat nanti..

gambar tak berapa cantik coz photographer yg aku lantik kurang bertauliah..nway, thanks to 'adik' coz tolong amikkan pic kak ijah nie yer. aku time ni duk kat dalam sibuk dengan persiapan majlis akad nikah.. huhu.. ( mujur adik aku nak tolong amikkan )