Thursday, January 7, 2010

Legoland Pertama Asia....

Artikel dipetik dari hmetro.com Khamis,7 Januari 2009
'erm.. mcm best jer artikel ni... rasa cam tak sabar plak nak g tengok.. mesti seronok tempat ni. Takper.. siap nanti ader rezeki aku nak g tengok ni...hehehe'

40 tarikan Legoland
Taman tema di Johor pertama dibina di Asia, kelima di dunia berciri unik kekalkan keindahan alam sekitar

JIKA Singapura bakal membuka taman tema Universal Studio tahun depan, Malaysia juga boleh berbangga apabila Legoland pertama di Asia sudah dibina di utara Medini, Wilayah Pembangunan Iskandar, Johor yang dijadualkan siap sepenuhnya pada 2012.


Ia adalah projek pembangunan bersepadu merangkumi taman tema dengan lebih 40 tarikan, permainan interaktif dan pertunjukan sesuai untuk hiburan seisi keluarga dengan anak berusia antara dua hingga 12 tahun. Projek dengan tapak seluas 145 ekar di Medini Iskandar Malaysia itu turut menempatkan bangunan pejabat dan hotel.


Pembangunan Legoland itu bakal menjadikannya taman tema pertama seumpamanya dibina di Asia dan kelima di dunia selepas Legoland Billund di Denmark, Legoland Windsor (di luar London), Legoland California (Amerika Syarikat) dan Legoland Deutschland (Günzburg, Jerman). Jika digabungkan, empat taman itu memiliki lebih 50 permainan, pertunjukan dan hiburan keluarga.


Tarikan utamanya, Miniland yang menggunakan lebih 20 juta bata Lego bagi membina replika bangunan ikon terutama dari rantau Asia. Antara yang dijangka dibina termasuk Menara Berkembar Petronas, Taj Mahal, Angkor Wat dan patung singa Merlion yang menjadi identiti negara jiran, Singapura selain menara pencakar lain dunia.


Ada antara permainannya juga diilhamkan menerusi produk tertentu yang pernah dikeluarkan jenama itu. Ini dapat dilihat menerusi permainan popular di empat taman tema itu berdasarkan set Lego Knight's Kingdom. Selain itu, taman tema terbabit akan dilengkapi landasan kereta api mini bagi membolehkan pengunjung melihat serta menerokai sebahagian besar taman ini.


Selain itu, tarikan lain yang mendapat sambutan hebat termasuk Driving School. Menerusinya, anak kecil dapat memandu kereta elektrik mini dengan rekaan seumpama ia dibina menggunakan bata Lego di jaringan jalan raya kecil. Seperti taman tema utama lain, ia turut dilengkapi restoran termasuk rangkaian makanan segera.

Menariknya, pembinaan Legoland Malaysia turut mengambil kira faktor iklim tropika. Untuk itu, ia akan menampilkan ciri unik dengan kompleks taman dalam taman bagi melindunginya daripada bahan cuaca panas dan lembap sepanjang tahun. Selain itu, cerun bukit tidak akan ditarah dan meminimumkan pemotongan bukit bagi melindungi alam sekitar.

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.