Tuesday, October 16, 2012

WOW... Tanpa DIsedari

Salam dan selamat petang semua
singgah sebentar merehatkan minda dipetang2 ni
asyik mengadap kerja je dari pagi tadi.. huhu
sambil duduk-duduk jap tadi saya terfikir
OH TIDAKKKKK....
saya telah berbelanja ribu-riban duit dalam bulan ini
tanpa saya sedari
oh En. Bajet... apa sudah jadi pada saya bulan ini???
ermmmm... adoiiiii
next week Sambutan Hari Raya Aidiladha
adakah saya akan berbelanja lagi?? dan lagi .. dan lagi ??
hanya tunggu dan lihat saja

#Sooopingsampaiduitabis

Tuesday, October 2, 2012

Am I a buzy women????

salam n selamat petang

hahahahahahhahah...
best tak tajuk kat atas tu?
huh... benarkah? betulkah?
entahlah.....

YANG NYATA...
saya memang sudah lama tidak meninjau blog saya ni
hadoiiiiiiiiiiaaaiii.
last updated dari blog saya ni pun niatnya nak berkongsi banyak cerita
tidak juga berkesempatan....
at last... arini i decided untuk tidak mengeluarkan post2 yang telah berlalu tu
bukan apa.. lama sangat dah terperap..
lebih baik ready untuk entri2 yang akan datang
lalalalalalalalalala

oklah..
ni dulu pembuka bicara setelah sekian lama menyepi
actly ni pun menjenguk sebab ada yang menegur lamanya tak mengupdate blog
hehehehe.. sorry dear...
nak wat lagu mana??? kawan hang ni bizi sebizi2nya..
hahahahaha
sehingga bertemu di lain entri.

salam ceria selalu
selamat beristirehat bersama keluarga dan teman2
sekian.

Monday, July 16, 2012

Layan Post-Post Yang Telah Basi.. Leh Ker Cam Tu???

Salam dan Selamat Petang Semua........

Waaaaaa.... lamanya tak mengupdate blog.. huhu
Bizi pun ye jugak, n macam2 aktiviti bersama keluarga pun ye jugak... haha
Saya ada banyak entri nak kongsi
TAPI.........
sumenya dah basi... kikikikiki
tapi nak jugak share dengan kawan2
walaupun dah basi.........
apa orang kata.... abadikan sebagai kenangan??
ha, lebih kurang gitu ler nampaknya....
Jom layan entri2 basi selepas ni yer....
:-)

Tuesday, June 19, 2012

salam dari pulau mutiara

salam semua, 
salam dari penang, 
menghadiri kursus kawalan dan keselamatan cerun di berjaya penang.. huhu,
hari pertama telah selesai dengan jayanya.
complete dgn aktiviti karaoke di sebelah malam.. hehehe
waiting for tomorrow programs..
site visit ke ?????
donno where to go,
just wait n see.. haha
n hopefully they took us to the markrt to buy ole2. :-)
after 

Thursday, June 14, 2012

Not Feeling Well Today

totally down today
i'm no feeling well
but alhamdulillah...
i'm still can finished all my work today
now...
waiting for my husband to pick me up
and go back home
taking a rest
hope everything will be ok
n i'll getting better soon..
hoyeh... :-)

Tuesday, May 22, 2012

Setahun Yang Lalu

Salam dan selamat petang semua
erm, di saat ini saya mencuri waktu yang ada
untuk memblogging sekejap
sebelum En.Suami pulang dari kerja...

Tidak kesempatan nak update blog pagi tadi
sebab ada kerja yang lebih penting perlu diselesaikan
petang pun petang lah kan
tapi memang seswai time nyer pun cume terlewat satu jam lebih je dari sekarang

apa dia???
Hari ini 1 REJAB
setahun yang lalu selepas solat asar
saya sah bergelar seorang isteri
meninggalkan status Cik yang saya pegang selama 27 tahun
(sambil menaip sambil mengimbas kenangan lalu)

kepada suami saya yang tersayang
terima kasih kerana hadir dalam hidup saya
mengisi kekosongan dalam hati saya
menjadi teman saya dikala susah dan senang
menjadi pendengar setia ngomelan saya
dan terima kasih atas layanan dan kasih sayang yang diberikan,
kerana menjaga saya dan membahagiakan saya
sepertimana kehidupan yang saya lalui hari ini..

SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN KITA YANG PERTAMA ABANG
SEMOGA KEBAHAGIAAN TERUS MENGIRINGI KEHIDUPAN KITA
SEHINGGA KE AKHIR HAYAT KITA...
INSYAALLAH....



Thursday, May 10, 2012

A . J . A . I .B

Salam / Selamat Petang Semua...

Hahahahahahha...
dasayat je biler tengok tajuk kat atas tu kan?
mesti korang sumer terfikir apa yang A.J.A.I. B tu?
kikikikikiki

sebenarnya tak der la ajaib apapun
sajer je bikin kecoh..
actly harini saya tension sbb saya perlu siapkan minit mesyuarat yang hanya dicatat sahaja
bukan seperti biasa saya rekod percakapan semasa mesyuarat tersebut
apa kene mengena catit minit mesyuarat dengan AJAIB tu?
jom baca...
.....
....
...
..
.

kebiasaannya saya akan rekod perbualan mesyuarat pengurusan bahagian saya
sebab..............
ini mesyuarat makan masa lama woooo
paling singkat satu jam lebih n paling lama penah pegi  3 JAM LEBIH...
korang bayangkan macam mana saya mencatat minit kalau tanpa rekod lama2 macam tu?
mesti ada minit yang akan tertinggal tul tak?
that`s y la saya akan rekod dan dengar balik perbualan mesyuarat tersebut
dan........ off coz la ia akan mengambil masa yang panjang
biler da meeting je berjam2 lamanya.. heehehehe
saya pulak kene siapakan minit tu n edarkan dalam masa 3 HARI..
huh.... berpeluh gak buatnya walaupun dengar rekod suara
(sbb selalau banyak benda yang tak penting terselit skali dalam tu.. borak2 kosong la katakan)

nak dijadikan cerita semalam saya tak bawak recoder
so, pinjam kawan nyer recorder
nak lagi tragis .. pagi tadi file tu corrupted n tak boleh bukak..
waaaaaaaaaaaaaaaaa... mau nangis pagi tadi dibuatnya
mujurlah saya ada mencatat juga walaupun da guna recoder (langkah keselamatan)
(lagipun tak der apa nak buat berjam2 lama tu kan? tulis2 ler)
saya pun oleh kerana telah kecewa teramat sangat tu
akhirnya kul 1.00pm tadi keluar g makan dulu
balik dari makan around 2.30pm saya pun mula la mengadap PC nak buat minit ni
sob..sob.. sob...
hatini sedey gak sebb takut ader yang tak lengkap...
TETAPI....... apa yang terjadi???
saya taip punya taip n rujuk pengarah apa2 yang tak catat point semalam
nah........ 4.05pm.... minit saya siap.... hahahahahahaha
Kembali ceria hati ini rasanya
dalam keadaan agak terkejut..
rupanya saya boleh menyiapkan minit yang hanya di catat tu dalam masa 1 JAM 30 MINIT
wowwwwwwwwwww.........
rupanya.......... lagi cepat..... hahahahahahha
sekian......

MOOD : Suka Hati. lalalalalalallalalalalalalala


Monday, May 7, 2012

Selamat Hari Lahir Kak Lang

salam semua n selamat pagi,
hehe
jangan terkejut plak ada post tengah2 malam ni
actly arini bizi sangta
sampai tak berpeluang nak wish birtday to my cousin
thats y la saya memblogging di tgh malam hari ni
sebelum tido..
just wanna to wish happy 29th birthday to my dear cousin
Nurul Zaime @ Kak Lang. hehe
May all your dreams come true
n happy with your family.. aminnnnn

Wednesday, May 2, 2012

New Eco Bottle

Eco Bottle baru dah menjelma !!!!
Menemui anda semua bermula 1MEI 2012 sehingga 31 JUN 2012
Saiz yang comel - 750ml
tak kecil dan tidak besar
didatangkan dengan 2 warna yang menarik 
JOM LAYAN..... :-)



Kepada ahli2 tupperware yang belum tau,
sila lah ke stokis berhampiran anda
kepada yang bukan ahli, boleh la merujuk kepada kengkawan yang merupakan ahli Tupperware Brands

SUNGGUH MENARIK !!!!

Mei Datang Lagi

Salam dan Selamat Petang Semua...

Sekejap je rasanya dah datang bulan Mei ..
ni bermakna tahun 2012 dah hampir sampai ke pertengahannya
Macam mana dengan kengkawan semua?
Saya seperti biasa... sibuk dan terus sibuk..
hahahahahahaha
Papepun hope segala perancangan dalam diari tahun 2012 kalian mengikut perancangan yang dijadualkan
saya???
erm, tak mengikut perancangan sangat
Ada yang mengikut perancangan
dan ada juga yang tidak dirancang
Apapun alhamdulillah atas apa2 yang kite perolehi
Tul Tak?
Kite seharusnya bersyukur dengan KurnianNYA

Apapun perancangan kawan2
harap semuanya mengembirakan kalian
ada lagi 7 bulan untuk mengisi tahun 2012 dengan keceriaan dan kegembiraan
:-)

Friday, April 20, 2012

Petang Jumaat Yang Mengembirakan

Salam & Selamat petang semua...
petang jumaat yang mengembirakan?
hehehehe
mengembirakan kepada para penjawat awam
kenapa???????????
slip gaji bulan April da keluar, dan......
Gaji baru dengan kenaikan 13% sudah tertera di dalam slip gaji
beserta tunggakan kenaikan 13% dari Januari 2012 juga
so, kepada kawan2 penjawat awam sekelian yang belum mengetahui
dan nak lihat sendiri akan kebenaran statement ini........
silalah ke lawan www.anm.gov.my ......
Alhamdulillah atas kenaikan ini....





ShilaSuhaila

Aktiviti Tengahari Ini

Salam tengahari semua
Apa aktiviti tengahari ni?
rehat panjang ni....hehe
Saya sedang mencari idea untuk mengisi tengahari ni
nak keluar merayau.. jauh sekali la
nak teruskan kerja..
da tak larat da rasanya.. perlukan rehat2 santai skang ni
erm...
saya nak mengupdate blog saya satu lagi
Riang Ria Bersama Tupperware Brands...
haaaaa...
kawan2 semua nanti bolehla singgah2 ke blog saya yang satu lagi ni ye
Blog yang baru nak belajar bertatih ni
sambil2 menjamu mata boleh membeli belah juga.. hehehe
dan tak ketinggalan juga
kawan2 boleh tinggalkan komen atau cadangan untuk penambahbaikan ye...
selamat melawat ke blog baru saya....


ShilaSuhaila

Thursday, April 19, 2012

Alhamdulillah. . selesai sudah :-)

selamat malam semua :-)
alhamdulillah.....
selesai sudah semua tugasan saya untu mengaudit pjbt2 kerajaan sekitar putrajaya.
macam2 hal kami tempuhi dan macam2 kepala berfikir
akhirnya tamat jugak la tengahari tadi..
tapi ....
skarang kene come out dgn report plak :-)
hehehe
hopefully bole siap minggu ni atau minggu depn.
ni la yg menjadi topik utama tugasan minggu dean
ShilaSuhail

Cat Air Ballon Yang Tersasar

salam
jom layan gambar-gambar cat air ballon yang tersasar
masa pameran belon udara panas di Putrajaya Tempoh hari
Jom Layan sambil2 buat kerja . hehe















ShilaSuhaila

Selamat Pagi

Salam
erm,   hari ni pagi lagi ada kesempatan nak mengupdate blog. hehe
sebenarnya menyambil je ni
curi beberapa minit jap
kalau nak dikirakan kerja ni memang melambak2
tak tercuri rasanya masa2 yang ada

Mood harini nampak ceria sangat dari pagi tadi
hopefully berterusan la sampai ke petang
supaya..........
kerja-kerja saya semua settle harini
esok boleh beristirehat kat opis (konon ... berangan je )

Pagi ni saya akan ke Jabatan Audit Negara
seperti biasa menjalankan pengauditan
Last destination selepas 2 bulan bertungkus-lumus bersama rakan sekerja yg lain
menghabiskan sesi pengauditan ke atas semua pejabat kerajaan
di sekitar Putrajaya
akhirnya.. hari ni tamat la sudah siri pertama tersebut
audit je tamat
tapi...... mulai esok kene come out dengan laporan la pulak..
Adoiiiiiiiiii

Apapun.. work smart....
semuanya perlu dilaksanakan dalam keadaan tenang dan selesa
mudah2an semua nya berjalan lancar....

ok la.. tu je nak citer pagi ni
ni pun dah panjang
jumpa lagi di lain entri...
tata...


ShilaSuhaila

Wednesday, April 18, 2012

Biler Lagi Agaknya Saya Akan Ke Sana??

Sementara menunggu En. Suami datang mengambil saya
saya pun menggodek2 le internet di depan mata ni
tetiba teringat pada satu kenangan yang tidak dapat saya lupakan
Kenangan Bulan Oktober 2008 tetiba kembali bermain di fikiran
ermm.. bila agaknya saya akan menjejakkan kaki ini semula ke sana?
hope satu hari nanti saya berkesempatan ke sana semula
kalau dulu bersama rakan opis, kali ni nak ke sana bersama En. Suami pula.. hehe
Ke mana ye? Jom layan gambar2 kat bawah ni...
Gambar2 ni la yg saya godek kat internet jap tadi yang membuatkan
kenangan lalu menjelma kembali... hahaha
(sume gambar ni ihsan dari google.. gambar saya snap kene cari dalam pc kat umah . hehe)


Permandangan Bosphoros Bridge pada waktu malam

shopping2 kat market street dia... macam2 ada... duit aje dibawakan.. haha

tram .. 
ala2 bukit bintang gitu kalau kite di Malaysia ni..

dolmabachee Palace
 cantik permandangannya dari kapal yang menyusuri Selat Bhosphorus...

Hagia Sopya...

Masjid Biru 
Inilah yang bermain di fikiran saya saat bos saya kata saya diberi peluang untuk membuat witness testing .. Subhanallah... cantik sungguh rekaan luar dan dalam masjid ini..


ha..... sekarang anda semua dah tau ke mana fikiran saya melayang sebentar tadi?
jauh sungguh kan? moga2 impian kedua saya untuk ke sana menjadi kenyataan.
INSYALLAH...
itu lah dia bumi ISTANBUL yang saya duduki selama lebih seminggu dan merasai awal musim sejuk di sana

kredit to
opis lama saya SAINS dan bos lama saya EN. ZUL dan KAK LIZA kerana
memberi peluang kepada saya menjejakkan kaki ke bumi ISTANBUL yang selama ini saya impikan dan
telahpun menjadi kenyataan..


Thanks a lot & Luv u all. 
ShilaSuhaila

Wajah Baru Saya

Salam dan selamat petang semua
tak ada apa yang menarik untuk dikongsi sekarang ini
cuma....
wajah baru blog saya ...
tidaklah begitu gempak sehingga membuatkan anda semua tertarik untuk membacanya
ia cuma menarik di hati saya saat ini
rasa ingin mencari ketenangan dan keselesaan
mungkin penat dengan kerja yang banyak dan
kesihatan yang tidak berapa mengizinkan
maka inilah hasilnya make up baru blog saya
hehehehehe...
apapun layan je la ye..



ShilaSuhaila

Friday, March 23, 2012

Selamat Berhujung Minggu





ShilaSuhaila

Friday, March 16, 2012

4th Putrajaya International Hot Air Ballon Fiesta 2012

Salam dan bertemu kembali
kali ni en3 nak citer pasal belon udara panas kat Putrajaya
sempena cuti sekolah ni bolehla kawan2 ke Presint 2, Putrajaya
bersama kawan2 atau bawak anak2

Tarikh       : 15 - 18 Mac 2012
Tempat     :  Presint 2, Putrajaya

Jom Beramai2 ke sana ... hehe




*p/s : gambar ihsan dari website perbadanan putrajaya...

Pratonton Iklan Kitar Semula Bersama Maya Karin.. hehe

Salam... 

ha, entri kali ni best 
citer pasal majlis pratonton untuk iklan kitar semula
yang dianjurkan oleh Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal
huhuhu...
apa yang menariknya???
sudah tentu la yang menariknya kehadiran artis terkenal Maya Karin... hehehe
saya pun tak ketinggalan la turun untuk melihat pratonton tu
jom kawan2 layan foto Maya Karin sekitar majlis pratonton tersebut...
layannn.....

Comel kan dia ... hehe

PC YB Menteri  sempena Majlis Pratonton Ikan Kitar Semula bersama Maya Karin

Snap picture ni dari tempat duduk je.. huhu

Baru Berkesempatan...

Salam dan selamat pagi semua?
harapnya kawan2 semua sihat hendaknya
lama tidak menulis di blog
seperti kebiasaan... sibuk dengan kerja ditambah pula
dengan kesihatan yang kurang baik
sudah hampir 2 minggu saya batuk tidak elok2
gatal sungguh rasa tekak ni
tu sume yang buatkan mood nak memblog ni terbantut.. huhu
tak per..
arini rasa cam ada masa skit yang terluang,
so,
jom kite ikuti serba sedikit aktiviti saya sejak dua menjak ni.. hehe
jangan lupa melihat entri2 seterusnya ya ..
mari.....

Saturday, February 18, 2012

Hujung Minggu Bersama Keluarga

Salam dan selamat malam semua :-) Minggu ni aktiviti dipenuhkan dengan cuti-cuti hujung minggu bersama keluarga en suami. Hehehe Lokasi : dekat je Port Dickson... Hahahha Lama rasanya saya tak ke sini Dulu hari2 kat sini Maklumlah belajar kat sini dulu Nampaknya port dickson banyak berubah berbanding dulu Kalau dulu pekannya mati bila hari malam, Sekarang tidak lagi :-) Dah ada mcm2 tarikan di pekan tersebut.... Tapi saya belum berkesempatan nak ronda2 time malam lagi ke sana.. Erm.. Hehe Okla..tu je nak update untuk mlm ni... Semoga bersua lagi di lain entri... Selamat malam semua :-)

Tuesday, February 14, 2012

Happy Birthday Mom....

Salam dan selamat pagi semua
harini 14 Februari 2012
Hari ulang tahun kelahiran mak saya
'Selamat Hari Lahir' buat ibunda saya yang tersayang
semoga dipanjangkan umur, diberi kesihatan yang baik dan berbahagia selalu..
Saaaaaaaaaaayang Mak...


Thursday, January 12, 2012

Mood : Tidak Berapa Baik

Selamat petang semua

erm, harini mood saya kurang baik
dari pagi tadi lagi mood saya tidak berada dalam keadaan yang baik
semua kerja tak der mood nak selesaikan
masalahnya kerja masih banyak menanti

Saya perlu selesaikan Fail Meja dan Minit Mesyuarat

Fail Meja due date petang ni
tengahari tadi saya da serahkan pada Cik Ramizan untuk upload dalam sistem
Alhamdulillah, selesai sudah Fail Meja saya
Terima kasih Cik Ramizan kerana membantu saya harini
kalau tak mesti fail meja saya tak siap jugak sebab saya tak der mood nak buat
Klu korang nak tau malam tadi saya berjaga malam nak selesaikan Fail Meja
Sampai kul 1.00pagi saya mengadap skrin sambil menonton tv..
En suami pun terlelap sudahnya menemankan saya..

Minit Mesyuarat lak,
erm... ni la yang sedang dalam tindakan saya
tapi skrang otak saya rasa da tepu sangat
lepas siap Fail Meja tengahari tadi
terus ikut kengkawan g lunch kat bangunan sebelah
balik lunch terus mengadap PC bersama Pn Normazaya plak
membuat minit mesyuarat..huhu
Minit ni perlu diedarkan dalam masa 3 hari bekerja selepas mesyuarat dijalankan
aduhhhhhhhhhhh...
harini dah hari kedua.... tak siap lagi ni.. cam ner???
semuanya tergendala akibat menyelesaikan Fail Meja ini.. waaaaaaaaaa
Sekarang saya rasa saya perlukan waktu rehat untuk beri rehat kepada otak saya
kerana itulah saya menggodek blog ini.. hehehehe
ada lagi 30 minit untuk saya mengomel kat sini
sementara menunggu jam 5.00 petang untuk waktu pulang ke rumah.. yeayyy!!!!
bole tutup citer kerja n beri tumpuan untuk rumah pula... :-)

owh.. terlupa pula,
saya nak kene settlekan satu kerja lagi sebelum balik ni
time teringat ni mesti buat dulu
jumpa lagi di lain entry....

selamat pulang ke rumah kawan2
dan selamat memasak...

Monday, January 9, 2012

Bos Baru Sudah Mula Kerja

Harini bos baru kami dah mula bertugas di sini
walaupun dia dah lapor diri pertengahan bulan disember tahun lepas,
tapi dia tangguh beberapa minggu untuk selesaikan tugasan di tempat lama
orang utara dengar khabarnya
saya pun tak tau detail tentang bos baru ni lagi
baru 2 kali berjumpa n just senyum saja sebenarnya..
saya ingatkan dia masuk kerja esok pagi
tadi sampai je opis tengok tempatnya da ada barang hehehehehehe..

macam mana kerja dengan bos baru ni???
tak sabar nak tunggu n lihat bagaimana suasana kerja dengan bos baru ni. huhu
apapun... harapan saya supaya saya dapat bekerja dengan suasana yang selesa dan ceria

erm.. terlupa pulak..
harini pun tarikh penting dalam hidup 'adik' saya di pejabat ni
Selamat Hari Lahir yang ke 26 Tahun buat Noradura Yahya..
Kaksu doakan semoga dura panjang umur, sihat tubuh badan,
ditambahkan rezeki dan berbahagia selalu disamping keluarga dan si comel alisya sofia ...

biler wish birthday kat dura..
baru saya teringat...
umur saya pun bertambah dah tahun ni adussssssss...
sudah sampai di hujung usia 20an..... hik hik hik
so, make this year full of joyness and happiness bersama suami dan keluarga tersayang....
InsyaALLAH kite jumpa di lain entry...

Mood : mencari ilham untuk dinukilkan di sini....

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Salam....
Selamat Tahun Baru 2012 kepada kengkawan semua
apa azam baru korang tahun ni?
Azam saya........... macam-macam..
antaranya adalah untuk selalu menjenguk2 blog saya ni.. huhu
kesian blog ni.. tuanya jarang sangat mengupdate citer2 terkini sejak kebelakangan ni..
hope tidak lagi untuk tahun 2012 ni...
:-)