Thursday, January 12, 2012

Mood : Tidak Berapa Baik

Selamat petang semua

erm, harini mood saya kurang baik
dari pagi tadi lagi mood saya tidak berada dalam keadaan yang baik
semua kerja tak der mood nak selesaikan
masalahnya kerja masih banyak menanti

Saya perlu selesaikan Fail Meja dan Minit Mesyuarat

Fail Meja due date petang ni
tengahari tadi saya da serahkan pada Cik Ramizan untuk upload dalam sistem
Alhamdulillah, selesai sudah Fail Meja saya
Terima kasih Cik Ramizan kerana membantu saya harini
kalau tak mesti fail meja saya tak siap jugak sebab saya tak der mood nak buat
Klu korang nak tau malam tadi saya berjaga malam nak selesaikan Fail Meja
Sampai kul 1.00pagi saya mengadap skrin sambil menonton tv..
En suami pun terlelap sudahnya menemankan saya..

Minit Mesyuarat lak,
erm... ni la yang sedang dalam tindakan saya
tapi skrang otak saya rasa da tepu sangat
lepas siap Fail Meja tengahari tadi
terus ikut kengkawan g lunch kat bangunan sebelah
balik lunch terus mengadap PC bersama Pn Normazaya plak
membuat minit mesyuarat..huhu
Minit ni perlu diedarkan dalam masa 3 hari bekerja selepas mesyuarat dijalankan
aduhhhhhhhhhhh...
harini dah hari kedua.... tak siap lagi ni.. cam ner???
semuanya tergendala akibat menyelesaikan Fail Meja ini.. waaaaaaaaaa
Sekarang saya rasa saya perlukan waktu rehat untuk beri rehat kepada otak saya
kerana itulah saya menggodek blog ini.. hehehehe
ada lagi 30 minit untuk saya mengomel kat sini
sementara menunggu jam 5.00 petang untuk waktu pulang ke rumah.. yeayyy!!!!
bole tutup citer kerja n beri tumpuan untuk rumah pula... :-)

owh.. terlupa pula,
saya nak kene settlekan satu kerja lagi sebelum balik ni
time teringat ni mesti buat dulu
jumpa lagi di lain entry....

selamat pulang ke rumah kawan2
dan selamat memasak...

Monday, January 9, 2012

Bos Baru Sudah Mula Kerja

Harini bos baru kami dah mula bertugas di sini
walaupun dia dah lapor diri pertengahan bulan disember tahun lepas,
tapi dia tangguh beberapa minggu untuk selesaikan tugasan di tempat lama
orang utara dengar khabarnya
saya pun tak tau detail tentang bos baru ni lagi
baru 2 kali berjumpa n just senyum saja sebenarnya..
saya ingatkan dia masuk kerja esok pagi
tadi sampai je opis tengok tempatnya da ada barang hehehehehehe..

macam mana kerja dengan bos baru ni???
tak sabar nak tunggu n lihat bagaimana suasana kerja dengan bos baru ni. huhu
apapun... harapan saya supaya saya dapat bekerja dengan suasana yang selesa dan ceria

erm.. terlupa pulak..
harini pun tarikh penting dalam hidup 'adik' saya di pejabat ni
Selamat Hari Lahir yang ke 26 Tahun buat Noradura Yahya..
Kaksu doakan semoga dura panjang umur, sihat tubuh badan,
ditambahkan rezeki dan berbahagia selalu disamping keluarga dan si comel alisya sofia ...

biler wish birthday kat dura..
baru saya teringat...
umur saya pun bertambah dah tahun ni adussssssss...
sudah sampai di hujung usia 20an..... hik hik hik
so, make this year full of joyness and happiness bersama suami dan keluarga tersayang....
InsyaALLAH kite jumpa di lain entry...

Mood : mencari ilham untuk dinukilkan di sini....

Tuesday, January 3, 2012

Selamat Tahun Baru 2012

Salam....
Selamat Tahun Baru 2012 kepada kengkawan semua
apa azam baru korang tahun ni?
Azam saya........... macam-macam..
antaranya adalah untuk selalu menjenguk2 blog saya ni.. huhu
kesian blog ni.. tuanya jarang sangat mengupdate citer2 terkini sejak kebelakangan ni..
hope tidak lagi untuk tahun 2012 ni...
:-)