Saturday, July 31, 2010

Ya ALLAH.. Berikan Aku Kekuatan...

Salam...

malam ni rasa terpanggil nak mengomel kat blog... dah 2 minggu kengkawan sume masuk kelas.. dan selama 2 minggu jugak lah telefon aku jadi busy line.. lepas sorang2 kawan call tanya nape aku tak datang kelas? sampai satu tahap yang aku rasa sedih dan nak gelak bila ada kawan yang kata aku tak pegi belajar sebab 'frust'.. haha.. macam2 la korang ni.. Andai ada kengkawan yang terbaca blog aku ni, diumumkan disini bahawa aku tak pergi kelas bukan sebab 'frust'.. alhamdulillah, aku ok je.. jangan lah korang sume fikirkan naper aku tak ada dalam kelas tu. aku ada jawapan aku sendiri. cuma mungkin kengkawn tertanya2 sebab aku tak pegi kelas tanpa bagitau kawan2..

erm, walaupun aku tak bagitau sesapa, ramai yang meneka.. serkap jarang je dorang tu... aku tak kisahlah.. cumanya aku tak tahan sebab ader yang marah dengan tindakan aku buat ni. aku mengerti, dorang sayangkan aku.. sebab tu dorang tak nak aku silap buat keputusan.. maafkan saya wahai sahabat2 sekalian.. korang semua mungkin tak faham apa yang bermain di fikiran ni.. biarlah aku je yang pendam sume ni.

cumanya harapan aku, moga apa yang aku lakukan ni, adalah yang terbaik untuk diri aku. aku akui.. aku takut dan besar risiko tindakan yang aku buat ni. aku cuma berserah dan berdoa moga jalan yang aku pilih ni adalah jalan yang sebenarnya. moga segala usaha aku ni diberi balasan yang baik dari ALLAH. mungkin ini jalan terbaik untuk hidup aku. aku berpegang pada prinsip rezeki ada di mana2. moga pengorbanan yang aku lakukan harini mendatangkan kebahagiaan padaku selamanya.. InsyaALLAH

Terima Kasih Pada Yang Memberi Ucapan/Pujian

Salam

kali ni aku nak uploadkan kertas - kertas ucapan dan pujian yang diterima dari kawan - kawan induksi haritu. Untuk makluman semua, masa hari kedua induksi ada slot kaunseling dan kerjaya. masa slot tu kami diminta untuk memberi ucapan/pujian kepada kawan2 dalam kelas. kemudian ucapan itu akan diberikan kepada tuan punya diri di akhir sesi induksi. aku pun tak terkecuali dari menerima ucapan/pujian dari kawan2.. yang kelakarnya.. mana la kite nak kenal kawan2 kan? baru hari kedua masa tu. aku pun hantar ucapan/pujian pada kawan2 yang aku kenal jer...hehehe.. jom kite kongsi ucapan/pujian yang dorang bagi kat aku.. cumanya tak tau saper pengirim ucapan/pujian ni.. sebab urusetia tak bagi letak nama.. ala2 'secret admire' la ni.. apapun thanks pada kawan2 yang menghantarnya kepadaku...jom layan...
































Friday, July 30, 2010

Selamat Pengantin Baru Maisarah & Azizi

salam...
selamat pengantin baru buat kak mai ngan zizi
moga berbahagia hingga ke anak cucu...amiiin

kak,
mintak maaf bebanyak sebab tak dapat tunggu lama
sebab time tu kami satu family nak singgah umah mak ngah kat kampung gak
nway... harap akak puas hati la kan.. akhirnya saya datang jugak tengok akak bersanding.. hepi tengok akak ngan zizi.. akhirnya sampaii gak jodoh...dah macam2 dugaan dan cabaran ditempuhi... penat dah gelak n nangis kan? hehehehe

kat sini aku nak abadikan kenangan ngan pengantin ..




Thursday, July 29, 2010

Thursday, July 15, 2010

Menjaga Hati

Jom Kongsi bahan bacaan ni yang di petik dari en zahir zainudin.


Setiap orang yang dilahirkan memiliki hati (qalbu). Dengan hati, kita membentuk berbagai-bagai jenis pepatah atau peribahasa yang menggambarkan keadaan seseorang. Jika dikata ‘senang hati’ tandanya gembira, happy atau dalam ‘mood yang sangat ceria’. ‘Patah hati’ bererti kecewa, gagal atau up set mungkin kerana cinta tidak berbalas. ‘Hati batu’ pula bermaksud degil, keras kepala atau stubborn. ‘Sakit hati’ ialah perasaan marah kesan daripada dihina, dimalukan atau tewas dalam pertandingan. ‘Kecil hati’ sesuai untuk orang yang sensitif. ‘Iri hati’ adalah cemburu, jealous atau boleh juga kita sifatkan sebagai tidak senang dengan kejayaan orang lain.

Hati juga menjadi perhatian masyarakat kita. Lalu banyak peribahasa yang dihiaskan dengan hati seperti ‘hati gajah sama dilapah, hati kuman sama dicecah’ yang bermaksud pembahagian yang sama rata, banyak sama-sama banyak, sedikit sama-sama sedikit. Hati gajah memang besar tetapi hati kuman kena teropong dengan mikroskop.

‘Hati bagai pelepah, jantung bagai jantung pisang’ bererti orang yang tidak ada perasaan ataupun dalam bahasa mudahnya ‘hati kering’. Bagi menyatakan sifat tidak boleh dipercayai, muncul peribahasa ‘lain di mulut, lain di hati’ iaitu yang dikatakan berlainan sama sekali dengan yang di dalam hati.

Hati juga menjadi perhatian untuk menyatakan keadaan semosi. Biasanya dalam masyarakat Melayu, emosi ini dinyatakan dalam bentuk terselindung dan penuh makna dalam bentuk pantun. Jika ada perasaan rindu, mereka akan menggarap ayat-ayat indah dan dipantunkan dengan penuh perasaan. Salah satunya berbunyi, ‘Orang Acheh pulang ke Acheh, sampai ke Acheh terus ke Bentan; hati kasih bertambah kasih, bila tak jumpa bergoncang iman.’ Maksud pantun ini ialah rindu yang bersangatan boleh memberi kesan kepada keyakinan dan kepercayaan diri.

Hati yang terdapat di dalam diri seseorang boleh jadi bercahaya, gelap, hidup, sakit ataupun mati. Seseorang yang nampak sihat tidak bermakna hatinya juga sihat, mungkin sebaliknya. Oleh kerana itulah, Rasulullah saw menyatakan jika hati cenderung kepada kebaikan, seluruh kehidupan akan menjadi baik dan sejahtera.

‘Ketahuilah di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya. Dan apabila rosak, rosaklah badan sekaliannya. Ketahuilah, itulah hati.’

Hati adalah pembentuk watak dan sifat seseorang. Hati menjadi tempat yang menggerakkan atau menhentikan, memperelok atau mencederakan. Rasulullah menjelaskan bahawa hati yang baik menjadikan pemikiran, tingkah laku dan jiwa sentiasa mengingati kebesaran Allah swt, bertindak melaksanakan perintah-Nya dan menjauhi semua perkara syubhah.

Kekuatan hati berkait rapat dengan iman seseorang. Hati menjadi pusat atau nadi keimanan. Bagi menguatkan iman, hati mestilah diluruskan kerana akal hanya mampu menguatkan keyakinan. Justeru untuk menguatkan akal, hati mesti dibetulkan dahulu.

Maksud hadis yang diriwayatkan daripada Anas, 'Tidak lurus iman seseorang hamba hingga (lurus dulu) hatinya'. Iman yang kuat dan mantap akan menggerakkan kebaikan. Kebaikan dan keburukan amat bergantung kepada hati sebagai pusat operasi kehidupan. Hati dan jiwa wajar dipelihara dan disuburkan dengan iktiqad yang benar, kepercayaan yang luhur dan keyakinan yang bersih.

BULAN SYAABAN

Jom kita kongsi info tentang bulan Syaaban. Petikan e-mail diterima dari Kak Nora x-officemate kat JBA dulu... :-)

BULAN SYAABAN (13 julai 2010 - SELASA)

Syaaban ertinya berserak-serak. Ketika ini masyarakat
arab pada zaman dahulu akan berserak-serak mencari air
di dalam bulan ini kerana pada bulan ini daerah mereka
akan mengalami alam kekeringan yakni kekurangan air.
Pada bulan ini terjadinya NISFU SYAABAN di mana Alalh
akan menurunkan rahmatNya pada hamba-hambaNya dengan
membuka 300 pintu rahmat. Setiap amalan akan diangkat
pada bulan Syaaban.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Lakukanlah amalan yang
mampu oleh kamu kerana sesungguhnya Allah tidak pernah
jemu sehingga kamu sendiri yang berasa jemu.?(Hadis
HR. Bukhari)

KELEBIHAN BERPUASA DI DALAM BULAN SYAABAN;-

1) Sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir
dalam bulan Syaaban akan diampunkan dosanya.
2) Mereka yang berpuasa pada hari khamis pertama dan
khamis terakhir bulan Syaaban, akan dimasukkan ke
dalam syurga
3) Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan
Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan
masuk Syurga.
4) Mereka yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban
dan berselawat ke atas nabi S.A.W. sebelum berbuka
puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati
rezekinya.
5) Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat
sebelum Syaaban maka akan dimudahkan Allah semasa
sakaratul maut, terlepas dari seksa kubur, ditutupkan
Allah aibnya pada hari kiamat dan diwajibkan baginya
syurga.

AMALAN-AMALAN MULIA YANG PATUT DIKERJAKAN DI BULAN
SYAABAN


1) Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban selepas solat
Isyak ataupun bersama solat sunat Qiamullail. (15hb
Syaaban bersamaan 27 Julai 2010)
2) Perbanyakkan istighfar, berselawat pada nabi dan
berzikir serta bertasbih sepanjang bulan Syaaban.
3) Perbanyakkan sedekah atau zakat pada golongan yang
tidak bernasib baik bagi memberi mereka kekuatan untuk
menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
4) Amalkan membaca Al-quran bersungguh-sungguh di awal
bulan Syaaban.

Ya Allah, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang
yang tetap mendirikan solat, Ya Allah kami,perkenankan doaku.

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan
sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali
bagi orang-orang yang khusyu?
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu
Al-Kitab (Al-Quran) dan dirirkanlah solat.
Sesungguhnya solat itu mencegah dari
perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya
mengingati Allah (solat) adalah lebih besar
(keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain.) Dan Allah
mengetahui apa yang kamu kerjakan.

Rasa Nak Jalan - Jalan, Tapi Ke Mana Ye?

keboringan yang melanda aku harini membuatkan aku tertarik untuk search tempat2 menarik yang ada dalam Malaysia ni.. teragak nak pergi jalan2 ke mana2 untuk hilangkan penat kerja tiap2 hari. terasa nak bagi ruang untuk diri ni berehat pun ada. apa kerja aku buat? hahaha. actly kalau kite tak der kerja pun kita akan terasa penat. malah lebih penat dari orang yang ada kerja... tapi ke mana ea destinasi nak dituju? bila time2 macam ni mula la fikiran aku ni teragak nak pegi ke sana sini.. erm, memandangkan Bulan ramadahan dah hampir tiba dan kemudiaannya raya akan menjelma... so, rasanya kalau nak pergi jalan2 jauh sikit ni kene tunggu lepas raya la jawabnya..tapi yang paling penting, mintak2 mak n abah izinkan kalau aku nak pergi bersendirian ni..kalau mak n abah tak izinkan aku pegi sorang2, maknanya aku tak dapat jugak la nak pergi.. huhu.. tapi takper. haritu aku kata nak g Sabah jalan2 jumpa K.Ila, mak macam benarkan jer. hehehe. skang ni yang penting plan dulu nak ke mana? tak der member nanti aku ajak la makcu ke buat kawan. heheehehe...

Apa sudah jadi????

salam dan selamat pagi

pagi ni rasa badan tak sedap jer.
tapi tak der pulak sampai tahap demam
aku boleh jer bangun, masak dan pegi keje macam biasa
cumanya, 2, 3 hari kebelakangan ni
bila malam je aku rasa cam nak demam
lepas maghrib je mula rasa cam nak demam
selalu aku boleh tahan sampai kul 12 baru tidur
tapi minggu ni paling lewat pun leh tahan sampai kul 11 cam tu jer
pagi bangun tidur baru ok...
tak tau naper..risau gak aku...
minggu depan nak g kursus lama lak tu
mudah2an tak berlarutan la sampai minggu depan
mungkin juga sebab aku kurang minum air kot minggu ni
takpun sebab keadaan cuaca yang kejap panas dan kejap hujan ni
erm,
apapun harap keadaan ni tak berlarutan lagi :-)

Wednesday, July 14, 2010

Boringnyeeeeeeeee

salam

erm, apa nak buat nie?
boring lak rasanya harini
tak der keje nak buat
pagi tadi pegi Library cari Buku2 yang disenaraikan untuk bawak g Induksi
Mujur semua ada...
pastu duk belek2 pekeliling2 terbaru
sume dah save... nanti senang nak cari kalau diperlukan..
skang ni tak tau aper nak buat dah....
any idea???

Tuesday, July 13, 2010

Biler Nak Pergi I-City Shah Alam ni?

salam...
pagi ni sampai pejabat bukak metro online
terbaca artikel tentang keindahan di I-City Shah Alam
Terus terfikir nak g tengok.. erm, tapi bila yer dapat pegi?
semalam baru cite ngan officemate pasal I-City ni
tup tup pagi ni keluar plak info tentangnya dalam Paper Metro..
hehehehehe
Aku terpanggil nak pegi tengok keindahan lampu warna warni tu
macam best jer.....
biler agaknya berkesempatan nak pegi tengok ni? :-)

Monday, July 12, 2010

Tentang Kehidupan...

salam..

pagi ni lom nampak lagi apa nak buat.
bos pun lom muncul lagi
so, terasa nak ngomel jap kat blog..

mmmmmmmmm..
bila sebut je tentang kehidupan ni
macam2 yang kita akan fikir dan tafsir
sama gak dengan diri ni
tak terlepas dari memikirkan tentang kehidupan

dalam hidup ni ada masa suka dan duka
ada masa kita rasa senangnya hidup ni
dan ada masa kita rasa sukarnya hidup ni
inilah kehidupan..

kadang - kadang aku rasa gembira sangat
dan akan ada masa aku rasa takut sangat
nak menghadapi hari2 mendatang..
apapun hanya doa yang mampu dipohon
selain usaha yang telah dilakukan.. :-)

Friday, July 9, 2010

Perhimpunan Pagi & Sambutan Hari Lahir Bulan April - Julai 2010

Salam....
hari ni ada perhimpunan pagi dan sambutan hari lahir bahagian kesihatan persekitaran
nak dijadikan cerita termasuk la aku orangnya yang sambut hari lahir tu
selalu memang kitorang buat sebulan sekali
tapi memandangkan kesibukan yang tak terjangka
perhimpunan pagi dan sambutan hari lahir terpaksa ditunda selama beberapa bulan
maka pada tarikh 9 Julai ni baru la kami semua berkesempatan semula untuk
berhimpun pepagi berasama pengarah mendengar amanat2 terkini dan pengucapan awam dari salah seorang wakil antara kami
tu memang tradisi yang dibuat sejak awal tahun haritu..

jom kite tengok gambar2 sekitar majlis sambutan pagi tadi
apapun thanks to Mohd Taufik...
kalau dia tak ada, sekeping gambar pun tak der kot aku rasa



(hasil kerja tangan Taufik menyusun gambar2 ni untuk dijadikan frame)


(sempat lagi dorang snap gambar aku gosip dengan kak zaya ni ye?)




(Barisan staff Bahagian Kesihatan Persekitaran)



(Kakitangan bahagian yang sambut hari lahir - termasuk la aku.. hehe)

Kecantikan Lelaki & Kegagahan Wanita

salam..
artikel ni dipetik dari e-mail yang diterima dari seorang sahabat
untuk kite kongsikan bersama


Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik,adalah: -
1) Lelaki yang mampu mengalirkan airmata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asa
7) Lelaki yang bijak menangani segala permasalahan

Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki.

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada Kekuatan perasaan.
Perempuan yang gagah,adalah: -
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar dipenuhi segala keinginan.

Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Thursday, July 8, 2010

Nak masak apa petang ni?

salam...

ermmmm,
boring ni tak der kerja nak ngomel jap
jam dah dekat kul 3 petang
kat fikiran ni dah berlegar2 persoalan nak masak apa petang ni
hari ni puasa lagi
semalam dah buat ayam masak paprik
harini nak masak aper yer?
tak datang plak idea nak masak lauk aper
rasa macam nak makan mee plak
mungkinkah meehon goreng? atau mee goreng?
atau meehon sup yang pastinya menjadi kegemaran tu?
rasa nak makan nasi goreng pun ada
ermmmmmmm,
mulalah selera tu merapu2.. hahaha
yang pasti tgu la balik nanti jawabnya ni
buka peti ais n keluarkan apa jer yang teragak macam semalam
hahahaha....

Wednesday, July 7, 2010

Notes dari Kak Mai ....

salam...
pagi lagi aku dah tertarik nak mengomel di blog harini
ni semua angkara note yang Kak Mai post untuk aku semalam melalui Facebook..
hehehehe...
jom kite kongsi sama2
baca n buat renungan dan panduan mana yang bersesuaian..
moga kebahagiaan mengiringi setiap langkah yang kita aturkan.. insyaALLAH...


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut.

Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Kawan yang paling baik ialah seseorang yang anda boleh duduk di dalam buaian dan berbuai bersama tanpa berkata apa-apa pun dan kemudian berjalan pulang dengan perasaan bahawa itulah perbualan yang paling hebat yang pernah dialami.

Memang benar yang kita tidak akan tahu apa yang telah kita punyai sehinggalah kita kehilangannya dan juga benar bahawa kita tidak tahu apa yang kita rindukan sehinggalah 'ia' datang.

Memberi seseorang seluruh cinta anda bukanlah satu kepastian yang mereka akan menyintai anda kembali! Jangan harapkan cinta sebagai balasan. Nantikan sahaja ia untuk mekar di dalam hati mereka tapi sekiranya ia tidak, pastikanlah ia terus mekar di dalam hati anda.

Ia cuma mengambil masa seminit untuk jatuh hati pada seseorang, satu jam untuk menyukai seseorang, satu hari untuk menyintai seseorang tetapi ia mengambil masa sepanjang hidup untuk melupakan seseorang.

Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum.

Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. Mimpilah apa yang ingin anda mimpikan, pergilah ke mana-mana yang ingin anda tujui dan jadilah apa yang anda inginkan kerana anda hanya memiliki satu kehidupan dan satu peluang untuk melakukan semua perkara yang ingin anda lakukan.

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia.

Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka.

Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka.

Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Semasa anda dilahirkan, anda menangis dan orang di sekeliling anda tersenyum. Teruskanlah hidup anda supaya apabila anda mati nanti, andalah yang akan tersenyum dan orang sekeliling anda pula yang akan menangis.

Kahwinilah orang yang lebih mencintai diri kita daripada kita mencintai diri orang itu. Itu lebih baik daripada mengahwini orang yang kita cintai tetapi tidak menyintai diri kita kerana adalah lebih mudah mengubah pendirian diri sendiri daripada mengubah pendirian orang lain.

Tuesday, July 6, 2010

Pekeliling Perkhidmatan Bil 6 Tahun 2010

salam....

tak tau nak cakap apa bila member call masa aku tgh lunch tadi
"kak, opsyen keluar untuk kite open servis bawah KKR"
tu jer perkataan yang masih terngiang2 kat telinga aku sampai saat ni
terus kenyang aku dibuatnya
selama ni dengar khabar2 angin je... bila dah keluar pekeliling ni baru la rasa di alam nyata

Alhamdulillah...
tak ada kata yang mampu diucapkan selain bersyukur kepadaNYA
akhirnya dapat jugak kami2 yang close servis ni diopenkan
menurut JPA, skang ni tunggu meeting dengan HR kementerian/jabatan terlibat
kemudian akan keluar lah opsyen dalam masa terdekat ni nanti...

Semoga pekeliling perkhidmatan bil 6 tahun 2010 ni akan
membawa sinar yang lebih terang dalam hidup aku...
moga aku terus success dengan kerjaya yang aku lalui sekarang... :
Alhamdulillah :-)

Monday, July 5, 2010

Sampai Biler La Claim Parking Ni Akan dibekukan???

salam...

aku nak mengomel jap,
aku baru je balik dari bayar parking kat metro parking
ermmmmmmmmmmmmmmmm
panjang keluhan aku petang ni...
sampai bila la kementerian aku ni nak bekukan bayaran balik claim parking?
sepatutnya dapat claim balik RM90 tiap2 bulan
kalau setakat rm20 rm30 ringgit tak der la terasa sangat
ni RM120 sebulan....
dah dua bulan claim parking dibekukan..
kementerian tak der duit aku rasa
pengsan la jawabnya kalau berterusan kene bayar RM120 sebulan ni nampaknya..
nak buat cam ner daripada kene bayar RM17 sehari.. baik lagi amik pas bulanan..
ermmmmm... pengsan.....
Salam dan selamat pagi


alhamdulillah,
setelah 4 hari aku kejap demam kejap baik
akhirnya pagi ni aku bangun rasa badan ringan
badan pun da tak panas lagi
cuma tekak je tinggal sikit lagi
tonsel bengkak aritu tapi dah makin surut
semalam aku tak makan langsung
malam tadi jer dah kul 8 malam perut rasa lapar sangat
teragak macam nak makan sup
pegi dapur n buat sup then makan dengan meehon.. huhu

semalam sedey gak g exam
kepala aku sakit sangat
terpaksa menulis sambil baringkan kepala atas meja
pluss dengan sejuk aircond aku tak leh tahan
dah pakai baju cukup punya tebal
tapi aku tak tahan jugak
sepatutnya paper aku habis kul 4.15pm
aku keluar kul 3.45pm
dah tak tahan sangat..
pastu terus balik
singgah kedai beli bahan2 untuk masak minggu ni
balik rumah terus buat air panas n makan ubat

mujur pagi tadi bangun kepala rasa ringan
alhamdulillah..
moga aku kembali sihat macam biasa...
:-)

Friday, July 2, 2010

Alhamdulillah...

Alhamdulillah,

lulus jugak paper JKR aku yg terkandas haritu.. hahaha
padan muka aku dulu gatal2 amik geoteknik
pastu tak baca buku, terkandas
bolehkan paper structure yang susah tu aku lulus

bulan 4 haritu aku tukar amik kejuruteraan awam
memang banyak skit membaca
tapi alhamdulillah
keputusan keluar baru kejap tadi member aku bagitau
mujur keputusannya LULUS..
senyum la aku..
tinggal satu je lagi .. induksi hujung bulan ni
then bleh sah jawatan... :-)

Kursus Induksi Umum Bil 1/2010 Kump 1 (Gred 27 - 41 )

salam..

erm, baca tajuk kat atas sume orang tau
kene pegi kursus induksi 11 hari...
lamanyaaaaaaaaaa
rasa cam tak nak pegi pun ada
tapi nak wat cam ner?
syarat wajib ni, kalau tak nanti tak sah jawatan..
kali ni pegi induksi tak der member
member2 opis sume dah pegi haritu
aku tak pegi sebab masa tu clash ngan jadual final semester
kali ni tak leh skip lagi, aku kene pegi jugak
nanti lambat sah jawatan pulak

so, 19 Julai ni aku kene la mulakan kursus sampai 29 Julai
tempatnya?
dekat jer.. kat Pusat Latihan Woodvalley Sungai Congkak.. hahahaha
dengar nama tempat kursus je dah dapat bayangkan kesejukan suasana kat sana...
ingatkan pegi kursus bebas dari sejuk kat pejabat
tapi dapat sejuk asli dari hutan dan gunung ganang plak nampaknya
nasib la nampaknya...
hahahahahaha

bukan main banyak lagi senarai buku nak kene bawak
guna ker tak aku tak tau la nannti tu
tapi sebagai langkah berjaga2 aku kene bawak sume2 buku tu...huhu

nampaknya aku kene pegi cari tempat ni sebelum tarikh 19hb Julai
sebabnya aku tak tau tempat ni kat mana..
supaya aku tak sesat masa hari lapor diri nanti
kalau tak nanti menganggu kelancaran perjalanan aku..
ok la, nanti sambung lagi
nak searching tempat ni jap... mana tau ada masa lapang minggu ni leh aku pegi tengok tempat...

Thursday, July 1, 2010

Harini rasa kurang sihat...

salam dan selamat pagi
pagi ni aku tak berapa bz
kerja sume aku dah selesaikan sebelum balik petang semalam
so, pagi ni rileks skit

tapinya
pagi ni aku rasa tak berapa sihat
badan rasa seram sejuk macam nak demam je
aircond opis ni sejuk sangat la pulak
lagila tambah badan rasa demam
harap2 aku dapat bertahan
aku kene minum air masak banyak2 nampaknya
mudah2an x melarat...