Thursday, July 15, 2010

BULAN SYAABAN

Jom kita kongsi info tentang bulan Syaaban. Petikan e-mail diterima dari Kak Nora x-officemate kat JBA dulu... :-)

BULAN SYAABAN (13 julai 2010 - SELASA)

Syaaban ertinya berserak-serak. Ketika ini masyarakat
arab pada zaman dahulu akan berserak-serak mencari air
di dalam bulan ini kerana pada bulan ini daerah mereka
akan mengalami alam kekeringan yakni kekurangan air.
Pada bulan ini terjadinya NISFU SYAABAN di mana Alalh
akan menurunkan rahmatNya pada hamba-hambaNya dengan
membuka 300 pintu rahmat. Setiap amalan akan diangkat
pada bulan Syaaban.

Rasulullah s.a.w. bersabda “Lakukanlah amalan yang
mampu oleh kamu kerana sesungguhnya Allah tidak pernah
jemu sehingga kamu sendiri yang berasa jemu.?(Hadis
HR. Bukhari)

KELEBIHAN BERPUASA DI DALAM BULAN SYAABAN;-

1) Sesiapa yang berpuasa pada hari Isnin yang terakhir
dalam bulan Syaaban akan diampunkan dosanya.
2) Mereka yang berpuasa pada hari khamis pertama dan
khamis terakhir bulan Syaaban, akan dimasukkan ke
dalam syurga
3) Mereka yang berpuasa sunat sehari dalam bulan
Syaaban akan diharamkan tubuhnya dari api neraka dan
masuk Syurga.
4) Mereka yang berpuasa tiga hari dalam bulan Syaaban
dan berselawat ke atas nabi S.A.W. sebelum berbuka
puasa, akan diampunkan dosanya dan diberkati
rezekinya.
5) Mereka yang dapat menyempurnakan puasa sunat
sebelum Syaaban maka akan dimudahkan Allah semasa
sakaratul maut, terlepas dari seksa kubur, ditutupkan
Allah aibnya pada hari kiamat dan diwajibkan baginya
syurga.

AMALAN-AMALAN MULIA YANG PATUT DIKERJAKAN DI BULAN
SYAABAN


1) Mengerjakan Solat Sunat Nisfu Syaaban selepas solat
Isyak ataupun bersama solat sunat Qiamullail. (15hb
Syaaban bersamaan 27 Julai 2010)
2) Perbanyakkan istighfar, berselawat pada nabi dan
berzikir serta bertasbih sepanjang bulan Syaaban.
3) Perbanyakkan sedekah atau zakat pada golongan yang
tidak bernasib baik bagi memberi mereka kekuatan untuk
menyambut kedatangan bulan Ramadhan.
4) Amalkan membaca Al-quran bersungguh-sungguh di awal
bulan Syaaban.

Ya Allah, jadikanlah aku dan anak cucuku orang-orang
yang tetap mendirikan solat, Ya Allah kami,perkenankan doaku.

Jadikanlah sabar dan solat sebagai penolongmu. Dan
sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali
bagi orang-orang yang khusyu?
Bacalah apa yang telah diwahyukan kepadamu, yaitu
Al-Kitab (Al-Quran) dan dirirkanlah solat.
Sesungguhnya solat itu mencegah dari
perbuatan-perbuatan keji dan mungkar. Dan sesungguhnya
mengingati Allah (solat) adalah lebih besar
(keutamaannya dari ibadat-ibadat yang lain.) Dan Allah
mengetahui apa yang kamu kerjakan.

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.