Saturday, July 31, 2010

Ya ALLAH.. Berikan Aku Kekuatan...

Salam...

malam ni rasa terpanggil nak mengomel kat blog... dah 2 minggu kengkawan sume masuk kelas.. dan selama 2 minggu jugak lah telefon aku jadi busy line.. lepas sorang2 kawan call tanya nape aku tak datang kelas? sampai satu tahap yang aku rasa sedih dan nak gelak bila ada kawan yang kata aku tak pegi belajar sebab 'frust'.. haha.. macam2 la korang ni.. Andai ada kengkawan yang terbaca blog aku ni, diumumkan disini bahawa aku tak pergi kelas bukan sebab 'frust'.. alhamdulillah, aku ok je.. jangan lah korang sume fikirkan naper aku tak ada dalam kelas tu. aku ada jawapan aku sendiri. cuma mungkin kengkawn tertanya2 sebab aku tak pegi kelas tanpa bagitau kawan2..

erm, walaupun aku tak bagitau sesapa, ramai yang meneka.. serkap jarang je dorang tu... aku tak kisahlah.. cumanya aku tak tahan sebab ader yang marah dengan tindakan aku buat ni. aku mengerti, dorang sayangkan aku.. sebab tu dorang tak nak aku silap buat keputusan.. maafkan saya wahai sahabat2 sekalian.. korang semua mungkin tak faham apa yang bermain di fikiran ni.. biarlah aku je yang pendam sume ni.

cumanya harapan aku, moga apa yang aku lakukan ni, adalah yang terbaik untuk diri aku. aku akui.. aku takut dan besar risiko tindakan yang aku buat ni. aku cuma berserah dan berdoa moga jalan yang aku pilih ni adalah jalan yang sebenarnya. moga segala usaha aku ni diberi balasan yang baik dari ALLAH. mungkin ini jalan terbaik untuk hidup aku. aku berpegang pada prinsip rezeki ada di mana2. moga pengorbanan yang aku lakukan harini mendatangkan kebahagiaan padaku selamanya.. InsyaALLAH

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.