Friday, October 29, 2010

8 Jam di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak..

Salam..

Erm... lama tak ngadap blog n kongsi crite ngan kengkawan blogger. sibuk sangat2... dari September haritu.. mula dengan penghakiman pertandingan tandas 1Malaysia pastu berjangkit ke Sarawak seminggu kursus n sekarang tengah sibuk buat persiapan untuk Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan hujung November nanti.. tengah2 duk rehat ni belek2 gambar g Sarawak haritu terjumpa gambar Kapal Terbang rosak.. hahaha.. teragak nak ngomel jap kat blog.. 8 jam aku duk menunggu fligt ke Kuala Lumpur.. dari kul 5.50pm tunda ker 6.50pm, kemudian 8.30pm, kemudian 9.40pm.. n akhirnya kul 11.40pm baru aku dapat terbang pulang ke Kuala Lumpur. tu pun nasib baik member opis aku ada yang dah sedia standby kat kaunter pertukaran tiket. Kalau tak kitorang terpaksa bersama2 dengan sebahagian penumpang yang lain tidur lagi semalam di Kuching.. Oh tidakkkk.. Ermmmm... dugaan betul. Minta maaf banyak2 pada si dia yang menunggu nak jemput aku di KLIA.. nak buat macam mana.. ini dugaan... menguji sejauh mana kesabaran kita kot.. hehe..Jom layan gambar flight yang mengalami masalah enjin sehingga membuatkan aku berkampung di Lapangan Terbang Kuching selama 8 jam lebih tempohari. Gambar2 lain nanti aku upload bila ada kelapangan... :-)








Tuesday, October 19, 2010

Harbour View Hotel, Kuching ~19 - 22 Oktober 2010

Salam....

Alhamdulilah dekat2 jam 2.00pm tadi aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Kuching, Sarawak... Ermmm... Kuching pulak minggu ni... Kursus.. huhu.. Actly program start esok, so, harini rehat skit.. Cadangnya nak keluar jalan2 sekitar waterfront ni.. tapi hujan pulak turun selebatnya menyambut kedatangan aku.. hahaha..so, aper lagi nak buat. nak tidur mata tak lelap, kalau kat opis time2 macam ni mesti tengah ngantuk.kat sini tak nak pulak tidur... tp tak per la..ngomel kat blog jap.. alamak... nanti sambung lagi ye.. baru dapat call ader tea break petang nie. so, aku nak pi besiap dulu.. jumpa lagi :-)

Saturday, October 16, 2010

"Kak Ya.. Harini hari kanak2 sedunia, mana hadiah Daniel?"

Salam...
hehehe..dah lama tak der mood nak menulis kat blog. Aku terlalu sibuk sejak kebelakangan ni sampaikan tak der masa untuk aku luangkan di sini. tapi ayat Daniel semalam masa aku singgah amik nenek aku kat umah dia buat aku tertarik nak jengok blog aku smula..Thanks Daniel, kalau tak kerana Daniel semalam, mesti Kak Ya tak jenguk blog ni.. huhu.. Ayat yang jadi tajuk blog aku kat atas tu.. buat aku tersenyum sepanjang perjalanan balik dari Kajang ke Seremban. Menurut makcik aku, harini ada sambutan hari Kanak-kanak Sedunia di sekolah Daniel. Erm, apa lagi, aku datang dia mintak la hadiah. hehe

Daniel ni anak bongsu pakcik aku,umurnya 6 tahun, memang dari kecik dia tak takut dengan aku, kalau datang umah aku ni dia buat macam umah dia je, pergi umah orang lain dia kurang skit beraninya. Maybe sebab mak selalu bagi je aper2 dia nak.lagipun kat umah aku tak der budak kecik. Abah dan mak suke layan dia, so maybe sebab tu dia rasa selesa. Dan aku pulak, pantang je dia nampak muka aku ni, hadiah je yang dia mintak.. kat orang lain tak der pulak dia mintak. Klu ngan aku ni, ader2 je yang di orderkannya. Dari sebesar2 barang sampai sekecik2 barang dia order jer mintak buat hadiah. hahaha... Ni dia duk tuntut ngan aku PS3.. dari hari raya haritu.. tak nak duit raya tapi nak PS3.. hahahahaha... sabar je la.bak kata ibunya.. main sedap apa teragak je dia mintak. Asal datang umah dia atau terjumpa ngan dia, PS3 jadi bahan mulut. Menurut abangnya, PS2 kat umah dia tu dah rosak. sume orang tak nak layan dia belikan yang baru.. So apalagi.. akulah mangsa terdekat dia.. Daniel.. Daniel.. Nampaknya kene la aku belikan dia kereta mainan seperti biasa untuk menutup tuntutan PS3 Daniel ni ..



-Inilah dia Mohd Daniel.Tengok tu,mesti nak berkepit sebelah aku. -

Thursday, October 7, 2010

Lamanya tak bukak blog - Kemalasan melanda diri

Salam.

Erm, setelah beberapa hari tak bukak langsung blog, akhirnya malam ni ngadap sekejap. Ni pun sebab kebetulan tak ada apa nak buat, Actly baru je sampai JB maghrib tadi. Outstation ke Melaka n JB harini n esok.Letih jugak rasanya. Semalam seharian di Sunway Pyramid Convention Centre sempena Seminar Keselamatan Makanan sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia.. harini bergegas ke Melaka n terus naik ke JB untuk tugasan esok.. minggu yang penuh padat .. Jom layan akunyer aktiviti sejak kebelakangan ni.

26 September - 29 September
-Kursus KIK di Vistana Hotel Kuantan.

30 September
-masuk pejabat settlekan sume2 kerja setelah 3 hari meninggalkan opis. Ada jamuan hari raya bahagian beserta perhimpunan pagi dah majlis perpisahan En. Mawi yang bertukar mengikut isteri balik ke Kelantan.

1 Oktober
-Sambung pengauditan dan pemarkahan tandas2 awam yang terpilih dalam pertandingan tandas bersih 1 Malaysia peringkat Kebangsaan 2010. Audit sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

2 Oktober
-Sambung buat audit sekitar Shah Alam, Bukit Jelutong dan Sabak Bernam.. Erm, letih tu.. seharian sampai ke petang..

3 Oktober
- berehat di rumah

4 Oktober
- Mula semula kerja.. Selesaikan kerja2 berkaitan dan persiapan untuk Seminar Keselamatan Makanan. Balik kerja Malam

5 Oktober
- Selesaikan kerja di pejabat sehingga petang, stay di office sebelum ke Sunway Pyramid COnvention Centre lepas maghrib untuk tengok persiapan taknikal sempena Seminar Keselamatan Makanan. Kul 12 tengah malam sampai umah.

6 Oktober
- Seharian di Sunway Pyramid Convention Centre. Seminar Keselamatan Makanan.

7 Oktober ( hari ni )
-Sambung buat audit dan pemarkahan pertandingan tandas awam - Negeri Melaka ( ALor Gajah & Jasin ). Terus ke JB lepas selesai tugas di Melaka. Sampai JB hampir jam 8 malam tadi. Sekarang tengah melepak sambil mengomel kat blog sementara tunggu time untuk tidur. hahaha.. zzzzzzzzzzz

Esok (8 Oktober 2010)
- Sambung buat audit (seharian bersama MB Johor Bahru sekitar bandaraya Johor Bahru )..

Itulah serba ringkas kerja aku yang Non-stop 2 minggu ni.. Ikutkan memang letih.. tapi semuani demi tugas... hehe.. ok la, nanti ngomel lagi.. rasa cam nak tidur jer.. cuba lelapkan mata..Nite..:-)