Thursday, April 28, 2011

Semakin Hampir

Salam

lama jugak saya tak menjenguk blog saya ni
saya sibuk sangat kebelakangan ni
sibuk dengan kerja dan persiapan menjelang hari bahagia
last week seminggu berada di Kuala Terengganu
minggu ni masuk opis sibuk dengan kerja di pejabat yang lama ditinggalkan
dengan badan yang tak berapa sihat
kepala saya ni dah berapa hari da rasa sakit jer...
mmmm.. harap tak melarat..
saya perlukan kesihatan yang baik mulai sekarang
kerana ada banyak perkara yang saya perlu selesaikan...

Minggu ni April akan berlalu meninggalkan kite semua
Mei akan menjelma.. dan itu bermakna.....
sudah tinggal beberapa minggu sahaja menjelang hari perkahwinan saya
banyak benda saya perlu selesaikan
pelbagai persiapan perlu dilakukan..
sekarang bukan masa untuk memilih dan terus memilih
sekarang masa untuk cari, pilih dan terus beli... huhu
tido malam pun adakalanya terganggu dek memikirkan macam2
dah la tak der pengalaman, ini kali pertama
saya tak ada kakak atau abang...
begitu juga dengan mak dan abah...
semuanya kali pertama dalam keluarga kami
Apapun harap semuanya berjalan lancar
dan saya boleh lakukaknnya sendiri dalam keadaan tenang
kerana .......
masih banyak perkara yang perlu saya selesaikan dan buat sendiri... :-)

Thursday, April 21, 2011

Esok Balik KL... Yeay!!!!

alhamdulillah,
tamat jugak Kursus arini.
petang ni da bleh rileks
nak tunggu esok flight balik ke KL
seminggu sudah saya berada di Kuala Terengganu kerana menjadi Urusetia Untuk Kursus Pengauditan Tandas Awam

Monday, April 18, 2011

Kuala Terengganu ~ 18.04.11 hingga 22.04.11

Salam
alhamdulillah kul 9.30am tadi saya selamat mendarat di Kuala Terengganu
minggu ini saya berada di Kuala Terengganu hingga ari Jumaat
Lokasinya? Hotel Tanjong Vista, Kuala Terengganu
mmmm..lamanya
Harini tak der program cuma petang nanti nak siapkan barang2 untuk mula kursus esok.
so, skang ni time to sleep la.. hehe
pagi tadi pagi2 lagi dah ke KLIA
thanks to En Tunang kesayangan kerana menghantar saya pagi2 tadi
terharunya saya sebab En Tunang saya terpaksa bangun awal satu jam dari biasa sebab nak menghantar saya.
Saya menghargainya :-)
Lepas hantar saya En Tunang saya terus ke Pejabat..
Harap En Tunang saya tak mengantuk harini..

Okla, nanti sambung lagi
saya nak rehatkan diri sementara tunggu waktu makan tengahari
jumpa lagi...

Friday, April 15, 2011

Whats Wrong With Me?

tidak berada dalam keadaan mood yang baik
saya rasa bosan, bosan dan bosan
saya rasa letih sangat2
saya rasa tak der mood untuk apa sahaja termasuk makan (walaupun itu kegemaran saya)
saya rasa nak pergi ke mana2 untuk berjalan2, rehat dan tenangkan fikiran

Thursday, April 14, 2011

Majlis Anuugerah Perkhidmatan Cemerlang & Jasamu Dikenang KPKT 2010

Tarikh : 12 April 2010
Masa : 7.45pm - 11.30pm (Ini yang buat saya jadi lalok semalam)
Tempat : One World Hotel, Petaling Jaya....

Thanks pada semua bos2 saya yang membuat penilaian terhadap saya,
dan kepada KPKT.. thanks atas penghargaan kali ini,


Majlis Pertunangan Siti Nadiah

salam
entry kali ni nak upload gambar2 sekitar majlis pertunangan adik sepupu saya pada 10 April yang lalu..
Jom layan beberapa picture yg saya snap dari phone dulu
nanti bleh upload gambar dari camera...
kene tunggu balik Seremban baru leh upload.. hehe
Jom Layan..


-Hantaran untuk pihak lelaki



- Acara menyarung cincin

Selamat Pengantin Baru Buat Qina & Pasangan

Walaupun dah lepas seminggu yang lepas
tapi saya still nak upload entry ni.
Selamat Pengantin Baru buat PA Pengarah bahagian saya
Pn. Sakinan binti Abdullah.. hehehe
Telah naik ke jinjang pelamin pada 8 April 2011 yang lalu
saya tak dapat hadir ke majlis pada malam itu..
Apapun semoga Qina dan pasangan akan terus berbahagia hingga ke anak cucu.
Tak sabar nak tunggu baby Qina..
mesti comel macam ibunya... hehehe
Tak lupa, thanks to Qina sebab bawakkan saya goodies walaupun saya tak datang malam tu.
Sampai je opis hari selasa haritu tengok ada something yg comel atas meja.. hehehehe....

Salam

Selamat malam
malam ni baru berkesempatan nak mengomel kat blog
lama betul tak godek2 bog ni
sibuk skit dengan kerja di pejabat.
pastu balik umah dah tak larat nak surf internet
rumah pun saya tak pedulikkan sangat
mujur la duk sorang jer. tak der sangat benda yang nak dikemaskan
Isnin lepas saya cuti
selasa pula dah tengah malam baru balik umah
semalam kepenatan n tertido awal
malam ni baru nak rehat2 sambil tengok tv..hehehe
ermmmm, jom layan beberapa entry updated tentang saya sejak kebelakangan ini...

Tuesday, April 5, 2011

April sudah datang menjelma....

salam dan selamat pagi
mmm.. da seminggu tak bukak blog langsung
bizi sungguh kat pejabat.
bila da bizi kat pejabat, balik umah mengemas umah plak
pastu tak berkesempatan nak memblogging ni..
nama je duk bujang.. tapi umah kene kemas ari2
berhabuk..

pagi ni dapat mengomel jap
sementara tunggu nak pegi kursus
saya kursus harini sampai khamis..
kat mana?
kat Seremban.... bestnyerrrrrr dapat balik umah
kikikikikiki..
so, tengahari nanti saya balik la...
lapor diri kul 2, pastu terus kuliah pertama

sementara lom pegi ni
saya bukak semua tingkap2 kat umah ni
bagi matahari masuk
slalu tertutup je
takbleh nak bukak tingkap klu pegi keje
takut hujan nanti air masuk
seronok rasa arini umah saya terang benderang disirami sinaran matahari
hehehee..

k la, nti ngomel lagi
nak sambung pegi berkemas
ni mengomel sambil bersarapan..huhu..