Wednesday, July 29, 2009

Anak Buah Baru.... 28 Julai 2009


1st off all... tahniah untuk Mawi n Ina...

Selamat menjadi ayah dan ibu kepada baby boy nie...nie pic anak buah aku yang baru je lahir semalam... jap aku kira .... erm, anak buah aku yang ke -9 rupanya... huhuhu....

baby boy nie anak adik sepupu aku .. asmawi yang baru jadi ayah semalam .erm... pasni da tak leh jadi budak2... ko dah jadi bapak budak... tahniah untuk mak ndah n pak ndah coz dapat cucu pertama...


untuk baby boy... sorry mak long blum dapat g tengok baby lagi... tunggu atuk balik outstation mak long dtg tengok baby k, bawak wan n atuk skali...


pic nie makcu sent kat aku ptg tadi... hehe... comelnye die

Tuesday, July 28, 2009

Suhaila @ My Mom, My Dad n My Lil Sis - Luv all of U

Suhaila...

Tak banyak yang menarik aku rasa tentang diri aku nie... actly aku ni simple je orangnya.. aku tak la banyak ckp sangat pun orangnya.. tapi orang kata peramah.. hehehe.. no kemen.. klu nak tau sape aku sebenar kene tanyer pada kawan2 baik aku. dorang kenal aku saper... dlm artikel 'aku insan bertuah', tengok gambar2 yang tertera kat post tu .. ha.. dorang tu sume kenal saper SUHAILA....

life aku sama je cam orang lain.. isnin hingga jumaat keje... pagi kuar petang baru balik umah.. aku still duk ngan mak n abah... almaklumla orang bujang lagi... hehehe.. tengah tunggu putera raja datang pinang la ni.. baru leh lepas dari jagaan mak ngan abah.. huhu... cuma hujung minggu je aku g study.. actly aku dulu tak nak lagi g study... nak kawin dulu pastu baru nak pk pasal study... jodoh tak ada plak... At last aku pun dah tak tau nak wat aper sabtu n ahad, aku tros apply sambung blaja.. huhu... memula aku sambung study kat Ipoh.. tiap2 minggu aku duk ulang alik ke Ipoh... dekat 2 bulan gak baru aku dapat transfer ke KL... mujur penyelaras aku baik ati uruskan pertukaran aku... Thanks alot Dr Norhazilan... jasamu ku kenang... hehe..

Hidup aku 95% dikelilingi kawan2 yang dah berkeluarga dan punya anak.. kadang2 buat aku rasa tertekan. bleh kata sume kawan2 aku da kawin n sibuk dengan family sendiri.. sometimes rasa bosan, sedey n paling teruk jeles pun ader rasa kekadang tu. erm, mana tak nya.. dulu bila boring n penat2 keje leh calling2 n kuar melepak, skang? nak wat cam ner... masa aku lom sampai... aku tumpang happy bila tengok kawan2 aku bahagia ngan family dorang. aku doakan korang sume berbahagia hingga akhir hayat nanti. hope satu ari nanti aku pun dapat rasa mcm dorang rasa... amiiiiiiiiin...

Bf? orang slalu kata aku memilih... tapi orang sume tak tau..aku tertekan dengan tuduhan yang orang berikan kat aku tu.. aku bukan memilih. aku terima ketentuan yang Allah berikan untuk aku. aku tak pernah pandang rupa, pangkat dan harta.. as long as orang tu jujur n ikhlas terima aku yang ader kelebihan dan kekurangan nie.. tapi bak kata mak aku... orang2 yang aku jumpa sebelum ni tu bukan jodoh aku. sebab tu tak jadi.. mak kata, Allah temukan aku dengan macam2 orang selama ni untuk aku belajar erti kehidupan ni, untuk aku timba banyak pengalaman dalam hidup ni.. klu tak aku tak tau yang hidup ni banyak dugaan dan cabaran. aku tak pernah rasa susahnya kehidupan nie.. so, mungkin semua ni terjadi untuk aku belajar mengatur dan menguruskan perjalanan hidup aku yang masih panjang nie..

Skang aku berkawan ngan someone.. dah dekat 5 bulan aku berkawan.. aku rasa selesa kawan dengan dia. tak ada masalah. cumanya aku sedey coz aku tak berkesempatan nak jumpa dengan dia sangat. weekday sibuk dengan kerja.. weekend aku kene attend class plak.. kene tunggu cuti n klu sanggup korbankan weekday boleh la jumpa.. actly aku tak kisah.. klu nak kuar dinner ke aper ke.. tapi aku faham keadaan dia yang semestinya penat balik kerja. erm, nanti la aku cuba cari masa untuk kami saling mengenali.. aku akan cuba usahakan. kat sini aku nak rakamkan ucapan terima kasih buatnya kerana menghulurkan salam perkenalan pada aku.. really appreciate .. tak pernah aku terfikir terbuka hati untuk berkawan lagi dengan lelaki.. nie sume angkara classmate aku le nie... ( nakal sungguh adik aku yang sorang ni ).. tak tau la apa kesudahan sume nie... hopefully Allah bagi jalan untuk tempuhi sume ni yang aku anggap unik nie.. mana tak nya. berkawan.. tapi tak jumpa.. aku harap Allah bagi aku jalan supaya sume ni terus kekal...

erm, ngantuk la plak aku rasa.. mcm tu la serba sedikit tentang diri aku nie.. kat sini aku nak share ngan kengkawan sume gambar2 aku ngan family aku..nie la tulang belakang kehidupan aku... mak, abah n adik, tanpa mereka aku tak mungkin sekuat dan setabah ini meskipun aku punya teman2 yang cukup memahami aku...erm, yang tak ada lagi.. gambar teman hidup je nie... hahahaha..sape la gerangan orangnya agaknya nie.. aku pun debar2 gak nak tengok tulang rusuk saper aku da curi selama nie... doakan cepat sampai seru k...


Gambar2 aku











Gambar Masa Convo Diploma - 2006
Dari Kiri: Mak, Abah, Adik n Wan


Mak n Wan masa g jenjalan Naik Bot Sungai Melaka. terima kasih kerana membesarkan aku sehingga jadi seperti hari ini.. jasamu tiada tandingan, tak mampu untuk aku balas


Abah ... hahahaha... thanks a lot atas pengorbanan yang dibuat untuk tengok kami berdua ( especially aku ) sentiasa gembira dan ceria dlm kehidupan seharian.


Adik ... masa g bercuti Langkawi ujung tahun lepas

Saturday, July 25, 2009

Kenangan Lalu - JBANS 05-08 / SAINS Jan 09 - Jun 09

Tetiba aku teringat lak kenagan2 sepanjang aku kat JBANS dan SAINS... kat sini la aku memulakan kerjaya aku selepas menamatkan pelajaran.. Aku masuk keje 17 Januari 2005... waktu tu aku tengah wat diploma ( last semester ). Aku punyer excited dapat keje time tu tuhan je yang tau.. maklumla.. klu aku tak salah aku budak pempuan pertama yang dapat keje gov dalam kelas aku dulu...yang len sume keje ngan swasta..macam2 peristiwa suka duka aku tempuh kat sini...( tapi yang banyaknya kenangan manis ler ) hahahaha... aku kan suka buat kecoh kat opis ..klu aku x ader sume orang leh tau.. huhu... tapi sume tu dah tinggal kenangan... aku meninggalkan SAINS pada tanggal 11 Jun 2009...


Aku pergi bukan kerana aku tak suke kat SAINS tu, tapi demi masa depan aku... ni peluang aku nak masuk semula kerajaan meskipun banyak kelebihan yang aku dapat berbanding kerjaya aku sekarang... kerjaya aku 'membesar' di SAINS... aku rindu kenangan2 aku kat SAINS... kat sini aku nak letakkan memori2 yang aku pernah rasa dan antara penglibatan aku sepanjang 4 tahun di JBANS @ SAINS.. ( nie je yg aku jumpa gambar2 die.. aku masukkan mana yang ader je nie ) korang sume takkan aku lupakan... thanks untuk orang2 JBANS @ SAINS yang sentiasa bagi sokongan pada aku... miss u all...









2005












2005 aku masuk2 je keje JBA, Negeri Sembilan Krisis Air..teruk sangat kemarau..tahun tu kitorang tak der wat program sangat coz sume sibuk .Ujung tahun baru wat program.
Ni gambar masa JTJAD. Bulan Disember 2005 . Negeri Sembilan Jadi Tuan Rumah.
Aku jadi urusetia Sukan... uruskan untuk Tournament Golf - Seremban 3






2006







Ni kalau tak silap aku pic masa kitorang g kursus bekalan air untuk staff2 teknikal baru JBANS kat Port Dickson. Aku jadi peserta merangkap urusetia.. hehehehe.. nie pic aku bagi cenderahati pada Pn Rohana ( penceramah yang kami undang ) semperna jamuan makan BBQ masa mlm last kat situ.








Nie korang tengok pun tau.. hahaha.. pic masa jamuan hari raya tahun 2006 tu.. kitorang masak sendiri... bagi2 kerja ikut daerah .. Aku seperti biasa antara orang yang sibuk n suka buat2 sibuk kacau orang... hahahahaha... tu pic aku tengah kupas bawang... nak masak kari daging lembu...





Nie la tugas aku sepanjang tahun 2006.. Aku kene ganti Pegawai Perhubungan Awam ( Mr Muniandy ) yang pencen... so, aku ambik alih jadi Pegawai Perhubungan Awam JBANS. Nie pic aper lagi... komplen tak der air la nie.. hahaha.. da seminggu dorang tak dapat air.. tu pic bos aku ( pakai baju putih bertopi ) tengah soal siasat TA2 Daerah Seremban... aper tindakan yang dorang buat... hehehehe... aku dok dengar je la... tak nampak tu... siap pakai baju kurung ngan kasut tumit tinggi lagi... ( mana aku tau jadi cam nie, aku pakai le baju kurung coz pagi tu aku ader meeting sistem aduan awam kat SUK... hehehe )





Nie pic aku masa SAKAN WISMA NEGERI.. aku mcm biasa la involve dengan bola jaring n badminton je.. menang nye tak.. yang penting amik gambar dulu..

2007


Nie plak pic masa kat tunku jaafar golf club.. lawan persahabatan ngan Hatimuda Sdn Bhd..dah penat2 gaduh time keje, nie la cara nak berbaik2 balik... aku main Mix ngan best pren aku nie Usop @ Mamat si gunjai... haha.. sorry mamat, lama tak gurau ngan ko... klu ko tengok pic nie mesti ko gelak bahak2 gak.. kwang kwang kwang... :-p


aku suka n rindu time ni.. kitorang satu bahagian g bercuti ke Langkawi.. masa ni kami sume pakat sewa satu bas n g bercuti.. letih sangat keje ... mana tak nyer .. duk stabilkan n penuhkan smula empangan sepanjang 2 tahun... at last.. dah tak der keje sangat... bos kata kite set satu tarikh n g bercuti.. huhu... aku la yang paling bahagia... memang kegemaran aku nie g jalan2..
( dari kiri : Abg Khidir, Aku, Kak KK, Abg Amran n My Bos 'En Zul' )



Sekali lagi buat jamuan raya masak2 sendiri... huhu.. cam biasa la.. aku mana ada buat keje.. duk memekak kacau orang... sana sini ... last2 duk siap2kan kelengkapan untuk masak... hehehe... tapi aku suke... time mcm ni tak kira dah... sume berkumpul tak kira pangkat ... rasa mesra sangat.. n ni la tujuan sebenar big bos kami buat cara cam ni.. masak sendiri... supaya tak ada rasa jurang antara bos ngan anak buah

2008

Ni pic peserta Bengkel Standard Operation Prosedure Bagi Pengurusan Sistem Bekalan Air JBANS.... tu la barisan2 orang harapan JBANS..



Ni pic masa karnival sukan JBANS buat kat Komplek Rakan Muda K.Pilah...

gambar ni diambil masa Tunnel Borring Machine ni baru je sampai. Consultant kami suh amik gambar dulu sebelum mechine ni mulakan operasi
( Dari kiri : Abg Mad Nor, Kak Liza n Aku.. thanks Abg Mad Nor slalu anta kitorang g site )


Gambar ni diambil masa pelancaran Skim bekalan air Triang... barisan pegawai2 JBANS bergambar kenang2an sebelum operasi dimulakan... sayangnya aku tak sempat nak tengok tunnel ni siap 12km.. masa aku tinggalkan tunnel ni baru je 7km lebih.. harap2 k.liza bagi kebenaran kat aku nak masuk tengok bile da siap nanti... boleh ek k.liza? hehehe

Ni la khidmat terakhir aku dalam menganjurkan majlis atau program untuk Jabatan.. Pic ni masa Dinner 2008. Semperna penutup Jabatan Bekalan Air N.Sembilan dan Pembukaan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd. ni antara barisan urusetia.. kan sama je baju kami tu.. hehehe... tapi sesat plak si macho sorang tu.. sebuk nak masuk skali orang amik gambar...
ni la serba sedikit perjalanan hidup aku sepanjang kat JBANS @ SAINS.... banyak g gambar tak dapat nak upload.. tak jumpa.. lagipun nanti letih pulak orang nak tengok satu2.... apapun aku tetap tak kan lupakan kenangan2 aku kat sana.. rindu nak keje mcm kerja lama aku... tapi apakan daya.. tentu ader hikmah setiap sesuatu yang berlaku atas diri kite... aku percaya pada ketentuan-Nya..

Aku Insan Bertuah..

aku sungguh bertuah rasanya kerana aku punya banyak kawan..
bila difikirkan smula.. aku tak patut rasa kesunyian... kawan2 aku sentiasa ada kat mana pun aku berada... sebut je siapa aku nak cari... dorang sentiasa ada biler aku memerlukan mereka..dorang tak pernah wat aku rasa kecewa.. n aku harap juga aku sentiasa ada saat mereke memerlukan aku.. kat sini aku share ngan korang wajah2 kengkawan yang slalu bagi sokongan pada aku....


k.liza ( x-boss aku with Ngu )
( masa kitorang g witness testing generator kat Jurong, Singapore )





izah, aku, usop n wan ( both of us are 83`s )

( Pic nie masa kitorang wakil JBANS untuk explorace kembara N9 )





sharul
( sorry tak dapat upload gambar ko ngan tunang.. aku tak der pic korang.. hehe )





Eyta
( nie pic masa kitorang buka pose tahun 2005 klu tak silap aku )





Cik Salwa @ Awa
( nie pic kat pantai belakang poli tu.. aku lupe la nama tempat nie )





Sarah, aku, aziah n izah ( both of us also 83`s )

(pic kitorang lepas koir semperna perhimpunan bulanan )



Aziah

( nie pic masa ziah ngandungkan amar. dlm bilik k.liza ni..tempat kitorang suke melepak n kacau k.liza .. bagi die tambah tension.. hahahha)

ader g gambar yang tak dapat nak masukkan nie... gambar kakak aku... kak mai... nti aku cari sampai dapat... hehehehehe

Friday, July 24, 2009

Aku kah yang silap selama ini?

firstly... eyta.... thanks 4 everything....
sume ni terjadi masa on d way balik dari keje petang tadi..
tak sangka lak aku akhirnya bukak mulut gak cite tentang hidup aku ni ngan eyta..
aku kenal eyta dari tahun 2001.. sama wat sijil, diploma, pastu eyta kawin n duk rumah yang jaraknya aku rasa x sampai 1km je dari umah aku...n takdir tuhan jugak eyta akhirnya dapat keje gov.. n samer lak ngan aku.... so.. nak ckp aper g.. memang kitorang ni jodoh kuat nie... hahaha...

eyta...
thanks atas nasihat n pandangan ko...
ko yang kenal aku ni mcm mana... da 9 tahun kite kawan.. so, aper yg ko kata tentang aku tu rasanya betul... aku akui kata2 ko... mungkin aku jadi begini kerana kesilapan diri aku sendiri..
aku yang tak pernah nak bagi peluang pada orang n aku juga yang tak pernah nak cube keluar dari ketakutan diri aku... aku akui kata2 ko... memang aku takut... aku takut pada peristiwa yang lalu... aku takut sume tu jadi lagi pada aku... tapi betul kata ko, sume yg terjadi pada aku tu kerana diri aku sendiri. aku yang tak bersungguh...aku yang tak berani nak memberi harapan pada orang dan aku tak berani mencuba... itulah kesilapan yang aku sering lakukan selama nie...

eyta... thanks skali lagi.. ko memang tak pernah nak sembunyi aper2 dari aku... aku jer yang selalu sembunyi masalah aku dengan ko.. tapi ko memang hebat... ko dapat jugak tangkap masalah yang aku hadapi... maybe jugak ko lagi banyak pengalaman dan dah makan garam dulu dari aku kot... heheheehe.... apapun eyta... aku ucapkan terima kasih yang tak terhingga kerana ko tak pernah bagi aku rasa putus semangat.. ko slalu bawak aku supaya berfikiran positif.

eyta... insyaallah... kali ni aku cuba... aku akan cube untuk teruskan aper yang aku ada sekarang.. doakan jalan aku mudah kali ni... thanks , coz ko tak pernah downkan aku... ko sentiasa tunjuk n sedarkan aku yang aku punya banyak kelebihan yang aku sendiri sembunyikan... ko slalu buat aku rasa senang ati walaupun hakikatnya aku dalam keadaan runsing..

eyta... thanks gak coz ko memahami aku .. thanks kerana ko selalu selamatkan aku dari mak... aku tau mak risau fikirkan aku... tapi eyta.. aku tak niat nak buat dia risau... cuma mungkin waktu tu tak sampai lagi.. aku tau mak sentiasa doakan aku... aku tau mak susah payah bangun tengah malam untuk aku... sume mak lakukan untuk aku... untuk tengok anak die ni gembira... untuk tengok aku hidup bahagia...ko pun tau kan mak n abah akan buat aper sajer untuk tengok aku senyum..tapi sume ni kerja TUHAN.. walaupun die akur dengan ketentuan Tuhan... macam die selalu pujuk aku bila aku kata "tak ader orang nak aku".. tapi aku tau die sedey sebenarnya...

sorry aku tak dapat nak teruskan lagi.. tetiba terharu... aperpun thanks eyta atas sokongan ko... n buat mak n abah...doakan yaya kuat menempuh semua ni.. yaya sentiasa berdoa moga Allah kabulkan doa mak n abah untuk tengok yaya gembira...... insyaallah....

Wednesday, July 22, 2009

Rimas . . .

Sampai je umah terus capai plug ... hehehe... actly aku da tak tau nak buat aper ni... da 3 ari aku rasa tak senang duduk... rimas... ntah aper yg menarik kat aku ni tak tau ler... bebudak muda suke ajer ngan aku... ke aku ni mcm budak2? tapi rasanya dunia nak terbalik la klu aku ni mcm budak2... hahaha... dah tua da pun...

ada la sorang budak kat opis aku ni.. aku pun tak tau la apa benda yang die minat sangat ngan aku nie... asyik duk ngadap aku je sejak akhir2 nie..smalam aku gelak... rasa cam geli hati bila tengok reaksi n tingkah laku dia.. tapi arini aku rasa sampai satu tahap aku tension dengan perangai die... da la aku tak der keje kat opis tu... die plak dtg semakkan fikiran aku... hangin je aku dari pagi tadi... rimas aku di buatnya...yang peliknya budak ni memang nampak pemalu sangat2.. tu yg aku terkejut die bleh dengan gentleman nya masuk kat bilik aku tu n duduk depan aku.. fuh... terperanjat besar aku buatnya semalam...

semalam aku layankan la seribu satu soalan die bagi kat aku... aku pk die budak lagi kan... maybe die nak kawan2 ngan 'kakak' die nie.. walaupun aku rasa cam semacam je tengok gaya die nie... aku fikir semalam dah dapat mcm2 jawapan, arini tak der la kacau aku... eeeeee.. rupanya sangkaanku salah kali nie.. pagi tadi aku naik lepas minum aku bukak la buku n buat asignment.., huhuh... klu korang nak tau aku sampai tak berani nak angkat muka aku nie.. takut nti die nampak die masuk kat bilik aku tu n duk ngadap aku lagi mcm semalam...hehehe... tapi dia asyik duk kuar masuk bilik die tak sudah2 lalu depan bilik aku tu... tapi as long as die tak kacau aku mcm smalam aku biarkan jer.. asalkan die bahagia...

aku ingat aku bahagia jugak... rupanya tak...tak sampai tengahari lagi die dah ngadap aku balik... tanya itu n ini... aduh dik... aper la yang adik berkenan sangat ngan akak adik nie... aku ni yang jadi malu dibuatnya... bukan aper... tak sedap lak nti orang tengok die duk ngadap aku jer .. klu kengkawan aku yang dtg tu tak kisah la.. nie die tak penah kenal aku n slama ni tak penah nak tegur aku.. nak kata ader urusan keje , aku ngan die tak sama bidang... tetiba jadi cam nie... aku ni da la staff baru kat situ... yang aku tak tahan tu die tak nak ngaku yang aku ni kakak... die nak anggap aku ni mcm sebaya2 die jer... eeeee.... semalam aku bleh gelak lagi.. arini aku jadi hangin plak.. betul2 aku rimas... aku nak buat keje pun tak selesa... takut ngan die jadinya... tu pun aku lari2 g unit sebelah kat member aku... tak sedap ati aku tengok budak nie... betul2 buat aku rasa tak selesa duk situ.. boring tul la ...

Monday, July 13, 2009

Maisarah ....

Maisarah @ Kak Mai @ Mamamiau... hahahahaha...

Nama ni memang tak penah lupa dari inbox aku, kat memana pun still ader... klu aku nak wat jahat ke nak wat baik ke aku mesti ingat nyer la kat tuan punya badan nie... maisarah ... aku slalu panggil die kak mai jer... memula masuk keje die tak ngam ngan aku.. die bajet aku ni budak skema... hahahha... lawak tul... sampaila ditakdirkan jodoh aku ngan die g induksi umum sama... setengah bulan tu bersama ... makan sama tido sebilik. baru la die kenal aku ni saper... ha.. baru die tau... dulu kata lagi aku skema.. dah jatuh cinta ngan aku baru die tau... kah kah kah kah kah...

bermula pada jun 2006 la kami mula rapat.. yang paling tak sangka tu kami leh jadi terus cam adik beradik... memang satu perkara yang mengejutkan la... sebab actly klu pandang pada zahirnya aku ngan kak mai ni totally different... tapi kitorang punya gerak ati yang sama... tu la yang membuatkan aku jadi rapat dan makin rapat dengan die...

kitorang tak sorok aper pun cerita.. tak kisah la citer aper pun kite akan kongsi sama2... walaupun kitorang keje tak sama... kak mai kat district aku kat HQ.. YM tu pengganti diri... tak cukup siang... malam belasah gak kat umah... tak tido pun tak per... ader ajer benda nak dicitekan... best... aku rindu time tu... tak sangka ...2 tahun lebih je dapat sama2... sampaikan k.mai sanggup terima lamaran bos untuk keje HQ.. sebab nak dekat slalu.. aku plak ditakdirkan pindak ke KL... kak... sorry sangat... tak sempat nak keje sama2 akak... sedey kan...

skang aku dah jauh ngan die... boleh dengar suara je.. tapi aku puas ati jumaat mgu lepas dapat lunch ngan die walaupun sekejap je... sampai kul 4... biasala time keje.. aku je cuti sebab aku peksa... hehehehehe.... hilang rasa rindu aku... tengok muke die aku mesti akan tersenyum... sebabnya kitorang ni penuh dengan kelucuan... maklumla rahsia sume dalam genggaman tangan. hahahahhaha....

yang paling aku sayang akak aku nie die tau time aku sedey n heppy... walaupun die tak nampak muka aku ni... dengar nada suara n ayat msg aku pun die dah leh klasifikasikan perasaan aku time tu... really appreciate...hehehee... mana tak nya aku suke peningkan kepala die dengan soalan2 yang menajamkan minda die dan menumpulkan otak aku... hahahha... sampai die akan kata "la, akak tak ada jawapan untuk persoalan ko"... hehehe... sweet sangat... aku suke dengar ayat die tu... yang pasti aku dapat bayangkan mcm mana muka die time cakap ayat tu... mesti dengan muka yang sedih dan berkerut... huhuhu... sayang akak....

cume satu je lom dapat tunaikan hajat die.. nak g bercuti berdua... erm, tgu ea kak... ader masa kite mesti g... skang tengah sibuk skit... mcm2 nak settlekan buat masa ni... nti janji takut tak leh nak tunaikan...erm, ok la... aku nak tido dulu.... tetiba teringat kat kak mai... tu yg aku create tentang die nie.... very nice n simple person.... luv you....

Sunday, July 12, 2009

1001 perasaan....

suhaila... suhaila.. suhaila...


sesungguhnya rasa yang amat perit tersimpan dalam ati dan sanubari ni. tak tau nak ckp mcm mana .. 1001 rasa ada di hati nie.. tak tau semua yang terjadi kat diri aku ni kerana salah n silap aku atau orang salah pengertian terhadap aku...


aku keliru dengan diri aku sendiri... aku ke yg bersalah? Ya Allah... tunjukkan jalan yang terbaik buat hambaMu ini. sesungguhnya hambaMu ini terlalu lemah.. hindarilah diri ini supaya tidak pergi jauh dari jalanMu... aku selalu merasa duka itu sentiasa ada bersamaku.. mengapa kau tak pernah pergi dari diri ini. Ya Allah, katakan padaku, apa kesalahanku sehingga aku harus menerima dugaan yang sebegini... namun aku masih bersyukur kerna diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi kesulitan ini, meskipun kesedihan itu takkan dapat disembunyikan..



pernah ku terfikir, adakah aku tidak layak untuk merasai kebahgiaan dalam hidup ini? adakah aku tidak layak untuk merasa gembira disayangi dan menyayangi? mengapa aku tidak diberi kesempatan untuk merasakan semua itu? aku cuma pernah merasakannya sementara... mengapa ia tidak terus kekal dan mekar menghiasi kehidupan ku ini?



lantaran kekecewaan, aku bawa diri menyambung pengajianku... ku harapkan disini aku dapat mencari kebahagiaan... ternyata sangkaan ku silap... aku terus diduga dan diduga.. tapi hari ini ati aku tersentuh sekali bila pensyarah matematikku menyebut tentang perngorbanan pelajar2 yang mengambil keputusan untuk berada di kelas pada setiap hujung minggu..meninggalkan keluarga dan anak2 serta masa hujung minggu yang sepatutnya diisi bersama keluarga setelah 5 hari bekerja.. tidak dinafikan kebenaran kata-katanya... aku terdiam tatkala pensyarahku menuturkan isu berkaitan pengorbanan dan orang2 disekeliling kite. aku turut terkena dan mengakui kata2nya.. mungkin orang memandang aku yang belum punya apa2 tanggungjawab terlepas dari melakukan pengorbanan. tapi sangkaan mereka silap. aku seakan berada dalam dilema memikirkan antara masa depan diriku dan cita-cita yang dikejar. silapkah aku membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ini? salahkan langkah yang telah aku buat ini? Ya Allah.. hanya Engkau yang mengetahui bagaimana perasaan yang terpendam dalam diri ini....



Antara cita - cita dan masa depan diriku ?



manakah yang harus aku pentingkan?memikirkan soal masa depan diriku, meneruskan cita2 atau memikirkan masa depan diri dan cita2 ku serentak? aku memilih untuk memikirkan masa depan diri dan cita2 ku serentak. tapi... salahkah keputusan yang ku buat ini? tamakkah aku ingin memiliki kedua-duanya sekali dalam satu masa?



dengan keadaan diri yang aku tempuhi hari ini, seolah aku perlu meninggalkan salah satu daripadanya? perlukah aku mengalah melepaskan antara satu? tidak layakkah aku untuk mengharungi kedua2 kenyataan ini sekali? Ya Allah... berikan aku jalan untuk semua ini? berikan aku petunjuk apa yang terbaik buatku... Aku percaya tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya...



hanya satu harapanku... aku akan terus memikirkan masa depan diriku dan dalam masa yang sama aku turut akan teruskan pengajianku..Aku bukan semakin muda .. umurku semakin meningkat usia.. Ya Allah, moga Engkau pertemukan aku dengan seorang yang boleh menerima keadaanku seperti sekarang.. Engkau perkuatkan la hatinya untuk melakukan sedikit sahaja pengorbanan untuk beberapa waktu. pengajianku tidak selama mana. beberapa tahun sahaja. masih ada banyak waktu dan ruang yang boleh aku bahagikan untuk semua ini... Tapi... andai semua ini tidak dapat Engkau tunaikan... aku pasrah.. aku redha dan aku terima segala ketentuanMu... aku yakin... Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buat diriku... walau perit mana sekalipun.. aku masih percaya pada kebahgiaan yang juga telah Engkau tetapkan buatku...



Ya Allah Ya Tuhanku... KepadaMu aku berserah dan kepadaMu aku mohon pertolongan....


Moga diri aku terus diberikan kekuatan dan kesabaran menempuh semua ini.....

Saturday, July 11, 2009

Morning....

11 Julai 2009...

Arini aku mula semester baru... tak sabar rasa nak g kelas nie... walaupun baru semalan abis paper untuk short sem, tapi rasa cam semangat lain plak datang arini... sem nie nak try belajar sungguh - sungguh dengan penuh ketekunan dan keazaman... ( ceh... macam yer jer aku nie ).. rindu la zaman blaja fulltime dulu.. teringat semula kisah2 lama... klu dulu study tak der la mana pun, asyik memekak je kat hostel.. memain, kacau orang, buat bising.... tapi result tetap gempak bila final exam... skang? skang aku dah kene belajar sendiri... huhuhu...buat part time mana ader masa sangat nak jumpa kawan2... kot jumpa pun discuss kerja dalam YM la nampaknya... takpun time ujung mgu masa kat kelas...hehehehe...erm, ok la... nak g bersiap2 untuk g blaja plak... ti tak dapat duk depan klu lambat sampai....hehehe...

Friday, July 10, 2009

Tiga Sahabat....


Dari kiri : Sharul, Aku n Salwa

Sharul, Suhaila, Salwa... ( 3S... tak sangka kan? ) hehehe...
Inilah insan2 yang sentiasa ada di belakang aku tak kira time senang atau time susah... dorang ni sanggup bekorban untuk bagi aku happy... tak nak tengok aku sedey... aku terharu sangat dengan persahabatan yang dorang berikan dengan aku... harapnya persahabatan kite berkekalan.
Salwa @ Awa....
Along rindu sangat2 dengan Awa... lama sangat kite tak jumpa... along sibuk dengan keje, sampai la dah pindah keje KL, Awa plak sibuk dengan study... weekend along plak study... erm... biler la dapat jumpa agaknya... nak celebrate our birthday... dua2 dah terlepas.... 24 April and 16 Jun.... nti kite set satu ari k... kite celebrate best2... huhuhu... maybe kat Cameron Highland seperti yang penah kite rancangkan? hehehe....
Skang kite dapat chating jer le nampaknya... jumpa ntah bile la... jgn sampai masa tetiba dengar dah berdua sudahla...along tak nak miss citer2 menarik sebelum berdua tu... hahahahahahha....
Along doakan awa berjaya ... tinggal lagi 1 sem nak abis kan? so, ujung tahun dah boleh masuk opis smula la? mesti rindu kat kerusi meja kat opis tu kan? hahahahahha.....
Sharul...
Ha.. ni sorang lagi kawan baik aku. walaupun lelaki tapi die terlalu memahami perasaan aku. banyak semangat n kata2 penguat dia bagi bila aku dalam kesedihan.. sebolehnya nak tengok aku senyum je tiap2 ari... tak nak dengar aku sedih...
Sebelum tu.... aku nak ucapkan tahniah kepadanya kerana bakal melangsungkan pertunangan esok, 11 Julai 2009... wow... terkejut beruk aku masa 1st time dia gtau dia amik keputusan nak bertunang. bukan apa, dia baru je kenal ngan budak pempuan tu... tapi, tu la kuasa tuhan kan... n yang paling penting tu la jodoh untuk dia.... Alhamdulillah... akhirnya Allah perkenankan seseorang yang aku dapat rasakan itulah yang terbaik untuk sahabat aku nie...Moga ko bahagia selamanya...
Aku tumpang gembira dengan pertunangan sahabat aku ni. bukan aper.. 9 tahun aku kenal die.. banyak kisah hidup n pengalaman dan dugaan yang die tempuh.. sampai pernah satu masa die kecewa n rasa gagal dalam hidup. masa tu aku pun keluar air mata tengok keadaan dia.. dia betul2 kecewa ... selama ni dia yang banyak bagi aku kata2 semangat untuk hilangkan kedukaan aku. tapi masa tu dia sendiri tak mampu nak bantu diri dia. sehinggalah akhirnya die ditemukan dengan Sul ( aku tak tau nama penuh dia apa, sebab sharul slalu gelarkan sul je .. hehe.. ) jgn marah sharul klu baca blog nie nanti...
Nway, tahniah sekali lagi... pastikan ko kawin nanti dalam cuti semester yer.. aku nak turun ke mersing meraikan... n aku mengambil kesempatan kat sini nak ucapkan terima kasih yang tak terhingga pada ko atas segala kekuatan dan semangat yang ko bagi kat aku untuk teruskan kehidupan ni. Sampai gak masa ko temui kebahagiaan akhirnya.... doakan aku plak menyusul lepas nie... doakan aku ditemukan dengan insan yang benar2 ikhlas dan jujur dengan aku....
erm, aper lagi nak tulis ea... rasanya cukup stakat nie dulu... nak tido.. besok ada kelas.... 1st sem untuk 2009/2010... moga semester ni aku akan lebih cemerlang dari semester yang lepas....thanks untuk Awa n Sharul atas persahabatan yang kalian berikan ....

Bertahun telah berlalu....

10 Julai 2009...



salam...



Rasanya tak kurang dari 2 tahun aku tinggalkan dunia blog nie... Actly, petang smlam irma yang bukak cite pasal blog. terus ingatan aku teringat smula kat something yg aku penah lekakan lebih kurang 3 tahun lepas. time tu aku baru masuk keje n banyak je idea nak aku curahkan. nak2 plak ditakdirkan masa tu terjatuh cinta... lagi la banyak benda nak luahkan dlm blog nie... huhuhu..



Tapi sume tu dah tinggal memori jer...



Smalam masa irma gtau die tengah wat blog, aku tak terfikir pun nak mulakan semula kerja lama nie... tapi, arini... balik dari exam tadi, bukak friendster n baca blog irma... jari jemari ni ringan je nak create blog baru..huhu... nway, thanks irma. hope pasni blog jadi teman setia k.su smula...