Monday, May 31, 2010

Letihnya Rasa Harini

salam,

cuaca petang ni hujan,
kat luar pejabat ni tengah hujan lebat sangat
harap2 menjelang waktu balik nanti hujan berhenti
kalau tak, confirm jalan jem teruk.

pagi tadi bangun tidur rasa malasnya nak pergi kerja
cuti dah lama lah katakan
ditambah dengan letih perjalanan selama 3 hari ronda2 negeri Perak
rasa nak tidur jer,
tapi tu la
aku bukan jenis yang boleh tidur waktu siang
kalau dah penat sangat n ngantuk sangat baru aku akan terlelap
kalau tak penat macam mana pun mata aku tak boleh lelap

nak story cerita sepanjang berada di Perak
mood lum datang
sakng ni aku masih dalam keletihan dan kepenatan
ditambah dengan tangan aku yang sakit
sebab lama pegang bakul hantaran abg sepupu aku yang berat tu
erm, aku jugak yg jadi mangsa..
sume orang tak nak bawak..
akhirnya aku mengalah,
tapi yg menyedihkan, tangan aku bengkak
sebab pegang bakul tu selama hampir setengah jam
erm, tak per la.. nak buat macam mana kan
sesekali... hehehhe

ok la, rasanya sampai sini dulu
nti sambung lagi di lain entry
aku nak hilangkan rasa ngantuk ni jer
mintak2 hujan berhenti
sebab nti takut mengantuk drive sorang2 dalam hujan yang lebat ni...

Wednesday, May 26, 2010

Kesilapan Membuat Aku Lebih Matang

Salam dan Selamat Pagi

pagi ni cuaca agak mendung
sama macam cuaca dalam diri aku
ermmmm.. rasa panjang keluhan aku time ni
aku telah lakukan kesilapan rupanya
tanpa aku sedari sebelum ini
syukur kerana aku cepat sedar aku buat silap
cuma boleh dimaafkan atau tidak.. itu diluar kemampuan aku,
Ya Allah, Engkau bukakan lah hatinya untuk memaafkan aku
bukan niat aku untuk lakukan kesilapan itu
tak niat langsung dalam hati aku untuk buat kesilapan
selama ni aku cukup menjaga semuanya
tapi aku terima kenyataan
Allah sentiasa menduga hambaNYA
diri aku tak sempurna mana
pasti aku akan buat kesilapan walaupun sedikit
aku takkan ulang lagi kesilapan lalu
aku akan lebih hati2 dalam setiap apa yg aku akan lakukan
aku terima kesilapan dan kesalahan ini
sebagai sesuatu yang mematangkan dan mendewasakan aku
untuk aku gunakan hari2 yang bakal aku lalui

Tuesday, May 25, 2010

Selamat Hari Lahir

More BIRTHDAY graphics

Salam
Selamat Hari Lahir untuk someone special dalam hidup ini
Moga Ceria dan Bergembira selalu
Moga kebahagiaan terus mengiringi hari2 yang bakal dilalui
Walau awak jauh dari pandangan mata ini,
namun awak sentiasa tersemat dihati :-)

Friday, May 21, 2010

Yesterday, Today & Tomorrow

TODAY feels like YESTERDAY,
YESTERDAY is TODAY.
I wish YESTERDAY is TOMORROW,
TOMORROW never comes.
I hear TOMORROW will be better
But I live in TODAY.
Is there a way I could escape TODAY?
I wonder if TOMORROW will ever be a different day.
There is nothing for me here in YESTERDAY.
TODAY I'm regretting YESTERDAY
And waiting for tomorrow.


More SMILE graphics

Monday, May 17, 2010

Thursday, May 13, 2010

Terima kasih Mak

salam

erm, baru malam ni aku berkesempatan nak mengomel dalam blog,
seminggu yg lepas sibuk ngan keje + dengan x berkesempatan nak lawat blog,
lama sangat aku tak jenguk blog kawan2..

sebelum aper2 aku nak ucapkan selamat hari ibu buat mak..
erm, bila la agaknya nak ada 2 org mak kan?
mesti seronok kalau dapat sambut hari ibu sekali..
mudah2an Allah permudahkan permintaan aku.. :-)

jasa mak selama 26 tahun membesarkan aku
tak mungkin dapat aku balas ..
aku cuma mampu buat yang terbaik untuk mak
dan gembirakan hari2 yang mak lalui selagi yang aku mampu

mak,
terima kasih kerana membesarkan anak mak ni
dengan tunjuk ajar dan bimbingan yang baik
sehingga anak mak ni jadi begini
terima kasih kerana mendidik anak mak ni menjadi anak
yang selalu positif dalam hidup ni
terima kasih kerana selalu menerapkan nilai2 murni
untuk digunakan dalam kehidupan harian
terima kasih mak
yaya bangga dengan asuhan yang mak beri selama membesarkan yaya

mak banyak bagi aku sokongan dan semangat
walaupun aku diduga dengan pelbagai dugaan
dalam mencari kehidupan ..
mak cukup memahami saat aku gembira dan bersedih
walau macam mana aku sembunyikan kesedihan aku
mak pasti kuat dapat merasakannya
mak teman aku ketawa dan menangis..
senyuman mak setiap hari pembakar semangat aku untuk tteruskan hidup
dengan berfikiran matang dan positif..

aku bersyukur kerana punya seorang mak yang terlalu memahami
aku senang sekali melihat mak tersenyum setiap hari

mak,
setiap baris tutur yg mak ajarkan akan yaya ikuti selagi ada hayat ni.
yaya ingat pesan mak sentiasa menyayangi orang jika kita hendak diri disayangi

cuma satu hajat mak yang belum mampu untuk yaya tunaikan
insyaALLAH mak,
dengan berkat doa dari mak, yaya yakin ketentuan itu ada...

salam sayang buat mak.......

Tuesday, May 11, 2010

Berakhir sudah peperiksaan2 dalam hidupku..

salam,

erm, akhirnya harini habis sudah peperiksaan2 yg perlu aku tempuhi
semalam settle exam JKR
harini settle MUET ( speaking )
lega rasa hati ni
lepas ni tak der aper nak pk lagi
boleh rehat dan teruskan hidup mcm biasa
tak der aper lagi nak pk lepas ni..

oh ya,
cuma skang ni sedang buat persiapan untuk rumah
aku ansurkan skit2 hantar barang ke putrajaya
nanti klu semua kelengkapan dah siap
bila2 nak duduk boleh duduk...
bila la agaknya aku dapat hidup mcm kengkawan lain
tak sabar rasanya... :-)

Tuesday, May 4, 2010

Langkawi ~ 27 April - 1 Mei ~

salam
jom ikuti perjalanan aktiviti harian aku
sepanjang seminggu di Langkawi aritu...

27 April 2010,

bertolak dari KLIA jam 11.00 pagi
sampai Langkawi jam 12.00 tghari..
terus ke hotel, lunch n rehat kat bilik..
malam baru mula pendaftaran dan taklimat bengkel...


28 APril 2010
pagi mula ceramah.. ada dua slot menjelang tengahari
petang ada lawatan teknikal ke tandas2 awam di sekitar Pulau Langkawi
ni antara toilet yang cantik dan canggih skit kat langkawi tu... hehe



lepas g lawatan teknikal kami pergi ke cable car..
mulanya aku tak nak naik lagi.. untuk kali ketiga klu tak silap aku
tu yg mcm malas nak naik.
tapi bila sume orang da naik takkan aku nak tinggal sorang
join skali la...






29 April - 30 April

Bengkel berjalan seperti biasa
bengkel tamat pada 30 April..
petang tu kami aper lagi..shoping la skit2
hehehe
aku tak shoping aper pun..
aku beli coklat jer.. lain2 tu biasa jer
kat KL pun ader..
coklat je murah skit

1 Mei 2010

Hari last kami di Langkawi
pagi tu kami g Island Hoping ke Pulau beras Basah, Pulau Singa n Pulau Dayang Bunting..
jom layan pic2 aku sekitar aktiviti Island Hoping....





















Merajuk dan Kecil Hati

salam..

pernah tak rasa merajuk atau kecik hati?
apa tindakan yg akan dilakukan?

merajuk dan kecik hati ni kekadang datang tanpa disedari
walau pun kita tak suka merajuk dan kecik hati
sesekali ia akan dtang tanpa kita ingini.
merajuk dan kecik hati dtg bila kita rasa orang tak faham perasaan kita
bila orang tak mengerti apa yang kita cuba hendak sampaikan

erm......
kekadang aku juga merasakannya
rasa merajuk dan kecik hati bila orang x faham
apa perasaan dan sesuatu yg cuba nak aku sampaikan
kadang2 nampak sesuatu benda tu kecik dan remeh
tapi bagi aku ianya berharga, sedangkan tidak bagi orang lain.

tapi tak per.
aku terima hakikatnya
kadang2 orang tak dapat nak rasa 100% apa yg kita rasa
disitu perlunya tolak ansur dan persefahaman
aku akan cuba lagi untuk jadi orang yang kuat semangat :-)
yang penting teruskan berfikiran positif.....