Wednesday, December 30, 2009

Tahniah Buat Semua.........

Salam........ nak rakamkan ucapan tahniah buat insan2 tersebut :-

1. Nurul & Nikman ( sepupu aku )
atas kelahiran cahaya mata pertama kalian... moga kehadirannya menguatkan lagi
ikatan perkahwinan yang terbina.

2. Faizah & Hafiz ( Dua pupu aku )
Selamat pengantin baru pada korang pada 1,2 dan 3 Januari 2010 ni.. Moga
berkekalan hingga ke akhir hayat..jgn sia siakan peluang yang datang ni. Hargai
setiap pemberian Tuhan.

3. Fazrin & Hafiz ( sepupu aku )
Selamat pengantin baru pada korang pada 19 Disember 2009 yang lalu.. Moga
berkekalan hingga ke akhir hayat..jgn sia siakan peluang yang datang ni. Hargai
setiap pemberian Tuhan.

4. Maisarah & Azizi ( Both are my friend )
Tahniah atas keputusan yang akak buat.. selamat mengharungi alam baru... saya
sentiasa doakan kebahagiaan akak ngan zizi... Setelah bertahun mengharungi
pelbagai dugaan dan cabaran, akhirnya Tuhan satukan akak berdua.. saya gembira
dengan keputusan yang akak berdua buat ni.. Moga berkekalan selamanya.

5. Dura & Ashraf ( my office mate )
Selamat menempuh alam baru buat adik akak dua orang ni... Moga berkekalan hingga
ke anak cucu..Akak tumpang gembira.

6. Sharul & Pasangan ( My Best Friend kat poli dulu )
Tahniah jugak buat sharul atas pertunangan aritu.Selamat menempuh alam baru.
moga berkekalan hingga ke anak cucu.. moga persahabatan kite kekal selamanya
walaupun da punya keluarga sendiri nanti.

7. Yusof & Pasangan ( Officemate kat SAINS - kami sama2 masuk kerja dulu )
Tahniah mamat atas keputusan ko nak tamatkan zaman bujang. Selamat menempuh alam
baru.. da macam2 dugaan ko tempuh kan? dah sampai masanya ko patut rasa bahagia
pulak.. moga pilihan ko kali ni membawa kebahagiaan untuk ko dan keluarga.. aku
sentiasa doakan ko.

Ni la sahabat2 aku yang menemui kebahagiaan di penghujung tahun 2009... aku tumpang gembira dengan kalian semua.... :-)

Arini start cuti

salam...

arini aku da start cuti.. saje amik cuti rehat.. kerja da settled, so.. nak cuti tak risau aper.. dulu aku slalu amik cuti bila ujung tahun.. g jalan2 dengan family.. tapi tahun ni kami tak ke mana.. coz mgu ni sepupu aku nak kawin...

tinggal sehari je lagi 2010 akan menjelang... erm, apa azam tahun baru? rasanya tahun ni aku tak nak berazam la.. just nak pastikan kerjaya aku stabil, pelajaran aku stabil n dalam masa yang sama sentiasa muhasabah diri sendiri... tahun 2010 aku nak jadi orang yang lebih kuat semangat n tabah dari tahun2 sebelum ni..moga 2010 lebih mematangkan aku dalam mencari erti kehidupan.. sesungguhnya hidup ni da diaturkan..diri kita sendiri yang perlu mencorakkannya supaya jadi baik atau sebaliknya...

teringat plak perbualan aku dengan en zul ( x boss aku kat SAINS ) mlm tadi.. chatting melalui Facebook..hehe. en zul pesan ngan aku.. kuatkan semangat n tabah hadapi aper jua dugaan tak kira kerja, belajar atau personal life.. betul kata en zul.. aper yang aku tempuhi ni walaupun berat adalah yang terbaik untuk diri aku telah Tuhan jadikan.. dalam Quran pun ader sebut 'Allah tidak akan membebani seseorang hambanya itu melainkan ia mampu untuk menanggungnya' ( lebih kurang cam tu la maknanya yang aku ingat dalam surah Al-Baqarah klu tak silap aku ).

tapi en zul tak penah miss dari bagi aku soalan bonus.. bila nak kawin? hahahaha. aku tau bos aku ni risau gak tengok aku. die pun confius agak nya fikirkan saper orang yg istimewa dalam hidup aku. ader ke tak. mst sume tu bermain dalam fikiran dia.. sebab tu dia slalu bagi aku soalan2 mengejut. nak perangkap aku konon.. hehe.. insyaallah ader rezeki, sampai seru, kawin la nanti ur x-staff nie.. huhu..mlm tadi pun en zul ada pesan... carilah seseorang itu kerana keikhlasan dia. jgn terlalu memilih. bukan nak pandang harta dan rupanya.. Insyaallah en zul... itu yang saya sentiasa sematkan dalam hati selama ni.. mudah2an Allah temukan saya dengan orang yang boleh menerima saya seadanya... mudah2an doa kalian2 semua, sampaila nanti serunya..

oh ya satu lagi en zul bagi rahsia ... orang yg ikhlas dengan kite, klu dilanda pelbagai dugaan dan cabaran pun dia akan tetap hatinya.. sepatah katanya 'umpama sebatang pokok yang kuat pangkalnya.. walaupun dilanda ribut dan taufan.. bergerak pun ia ditiup angin dan hujan... bila taufan berhenti ia akan kekal di kedudukan asalnya..

erm,, best dapat motivasi dari orang2 lama ni. thanks en zul... selalu bagi saya semangat dan motivasi.. kekadang kita tak sentiasa 100% mampu berfikir untuk diri sendiri... perlu juga pandangan orang.. hanya orang yang rapat dengan kita yang mengenali dan mengetahui siapa diri kita sebenarnya.. kita tak boleh menilai siapa kita sebenarnya...

Akhir kata salam tahun baru buat semua......... salam 2010.. moga 2010 lebih menceriakan dan membawa sinar baru dalam hidup kita semua...

Tuesday, December 29, 2009

2009 bakal berlalu.....

salam.......

lama gak tak bukak blog nie... asyik ader je benda nak buat... pastu moderm rosak plak aritu... tak leh connect internet kat umah... skang baru ok n ader masa skit... erm, tahun 2009 bakal berlalu beberapa hari je lagi..

Sebut pasal 2009 nie.. banyak gak kenangan sepanjang tahun ni.. tapi aku rasa cam baru je munculnya 2009.. tetiba tengok 2 hari je lagi nak ditinggalkan.. apapun yang berlalu biarkan berlalu.. yang datang perlu ditempuhi.. moga tahun baru 2010 membawa sinar baru dalam hidup aku... Moga 2009 membawa banyak pengalaman dan pengajaran untuk aku memperbaiki kelemahan diri..

Thursday, December 10, 2009

petang ni balik umah. . . .

bestnyer. . Ilang rasa letih layan karenah peserta kursus selama 5 ari ni. Mcm2 perangai. Bukan budak2 yg buat perangai. Org2 tua plak yg wat masalah.. Erm, nape la jd mcm ni. Btl org kata, klu nak lentur buloh tu biar dari rebungnya. Hehe.. X pe la. Sume ni pengalaman utk aku belajar mcm mana nak handle org yg mcm2 perangai. Kte mesti ambil +ve apa pun yg kte hadapi. :-) bru byk dpt blajar dlm idup ni. Yg pntg esok aku masuk pej smula.

Monday, December 7, 2009

kenapa aku rasa begini?

salam...
Da 2 ari aku rasa berdebar2 je. Nape aku rasa mcm ni pun aku x tau. Arini rasa debar2 tu kerap jugak. Wat kerje pun serba x kene. Aku x tau apa sbnarnya yang terjadi d sebalik debaran yang aku rasa ni.tp apapun, aku harap sume yang tersayang berada dlm keadaan sehat dan selamat.
Aku harap perasaan ni akan beransur kurang untuk ari2 yg mendatang.

Tuesday, November 17, 2009

Lawatan Ke Pusat Penyembelihan Ayam Syarikat Ayam Mega Sdn Bhd

Salam...

Erm... arini seawal pagi aku da bangun. kul 3.00 pagi... hehehe.. mcm tak cayer jer... bukan tak boleh tido, tapi aku ader lawatan ke Pusat Penyembelihan Ayam kat Lukut, Port Dickson. Kami berkumpul jam 4.00 pagi di Lobi Hotel sebelum dibawa dengan bas ke destinasi yang hendak dituju.. Thanks kepada MPPD sebab sediakan kenderaan untuk kami adakan lawatan ke tapak...

x penah aku terfikir sepanjang kerjaya aku, aku akan wat lawatan ke Kilang Penyembelihan Ayam. Dek kerana aku posting di Bahagian Kesihatan, secara tak langsung aku terlibat dengan aktiviti2 kesihatan dan kebersihan untuk PBT. Ekoran dari Bengkel menyediakan garispanduan untuk pusat penyembelihan ni la aku ke site...( hahah.. skarang site aku mesti ada kaitan ngan kesihatan jer) tapi korang tgk la time aku g site..kul 4.00pagi time orang tengah sedap tido lagi.. sebabnya nak tengok ayam2 di proses sebelum dihantar ke pasar untuk dijual.. dorang wat operasi antara jam 2.00-5-00 pagi..

baru aku tau,, klu tak masuk bahagian ni aku tak pernah terfikir pun.. hehe.. baru skarang aku rasa keseronokan kerja tu boleh dicari di mana2.. walaupun skop kerja aku kecil di bahagian kesihatan tu, tapi kerja aku memberi sumbangan yang besar sebenarnya.. da jadi mcm penasihat teknikal plak sudahnya kami2 orang teknikal kat bahagian tu.. memang aku tak terlibat dalam selok belok proses ayam tu.. tapi penglibatan kerja aku lebih kepada struktur bangunan dan proses -prosesnya disamping menyediakan garis2 panduan untuk digunakan di PBT. Insyaallah lepas ni tak der la lagi aku rasa kecewa pergi kerja jauh jauh2 tiap2 hari....

ok la.. aku nak rehat jap... actly baru balik dari lawatan kul 6 lebih tadi.. nak tido lepas solat tadi tak lelap plak mata... tu yg ngadap blog jap ni...

Monday, November 16, 2009

Bengkel Penyediaan Garis Panduan Bagi Pusat Penyembelihan Ayam dan Itik di PBT

Salam..

petang ni ujan je.... sejuk giler.. aku tak der aper nak buat.. so, duduk ngadap blog jap.. da lama aku tak godek blog aku ni... aritu bz ngan final exam.. then sibuk wat preparation untuk bebarapa kursus anjuran Bahagian aku. Tengah sibuk2 wat preparation tu, bos panggil suh attend bengkel wat garispanduan pulak kat Port Dickson... sampai ari rabu ni aku ader kat PD la jawabnya.. mula2 ingat nak berulang je dari Seremban..dalam setengah jam je dari umah aku ke sini. bila tengok ari ujan je.. malas plak nak ulang alik.. g pun aku tak der tanggungjawab kat umah.. klu ader family tu maybe gak ler aku balik.. hahaha.. nak settlekan family.. mak pun tak bagi aku berulang cuaca tak baik ni... so, duk menggodek internet je ler keje aku nampaknya... hahaha

jadual bengkel tak padat sangat... sampai petang jer.... lepas kul 5 da free.. ni tadi aku cadang nak g jalan2 tepi pantai amik angin petang... da siap2 nak kuar tengok luar ujan renyai2.....ni yg aku mengomel kat blog ni.. hehe.. erm, ok la.. nanti sambung lagi.. nak g wat air jap.. nak cari air panas. sejuk sangat lew.. huhuhu...

Monday, November 2, 2009

Exam JPA

27 Oktober aritu aku exam JPA.. huhu..mintak2 lulus cemerlang dengan berbekalkan buku2 sume ni.. letih tangan aku menjawab soalan tu.. daripada 10 soalan tu, aku larat menulis untuk 9 soalan je.. yang lagi satu soalan tu tak sempat abis... tangan da sakit, x leh tulis laju2... hehe



Kek Coklat.. Hahaha

salam...

Arini aku tak der class, dari pagi tadi cuaca tak berapa baik.. ujan jer.. so, aktiviti sume tergendala.. ingat nak g jogging n rehatkan minda pun tak berkesempatan... aku pun da siap2 kemas umah bukak buku.. tengahari stop sebab ke dapur.. tolong mak.. maklumla ari cuti2 cam ni je aku nak lepak2 kat dapur ngan mak.. slalu aku g kelas... weekday tak payah ckp la.. balik umah makanan sume da tersedia..

petag lepas lunch mak, abah n adik keluar.. aku tak ikut ccoz cadangnya aku nak sambung study smula.. pastu.. teragak plak nak buat kek.. hehe.. aku memang mcm ni. klu teragak trus buat.. hehe.. cari bahan2 sume da lengkap.. aper lagi aku pun terus la buat... da siap sume aku tunggu la kek tu masak. sambil2 tunggu kek masak aku bukak la buku skit.. study mana2 yang patut... sampai la petang tadi.. ujan da berhenti, sume orang dalam umah aku boring.. so, kitorang decide nak g tengok MYDIN baru bukak kat kota seriemas Nilai... aper lagi... siap2 n terus pegi... hehehe... kat sini aku letakkan gambar kek aku yang dibuat tanpa dirancang tu yer... tapi ok la... da nak habis pun da.. haha


kek masa baru sudah masak...

lepas aku letak topping ngan hiasan.. aku belasah je letak sume tu.. aper yg ada aku jumpa aku guna.. hehehe...

Thursday, October 29, 2009

Moga Mak Awak Cepat Sembuh....

Salam... :-)

dikesempatan ini saya nak kongsi kesedihan dengan awak. moga mak cepat sembuh dan kembali sehat semula... saya sentiasa doakan kesihatannya.. Niat di hati ni nak pergi melawat, cumanya mungkin tak berkesempatan... bukan saya tak nak pergi, cuma saya menghormati awak.. apapun... moga semuanya selamat... untuk awak... jgn sedeh2. jaga mak baik2 dan jaga diri....

Wednesday, October 28, 2009

Donno What to say . . . .

salam...

arini aku kurang mood skit.. dari pagi tadi... erm, aku pun x tau apa n mcm mana nak ckp... macam2 persoalan bermain kat fikiran aku skang nie.. da banyak kali pk pun aku still x dapat jawapan nya.. meh aku kongsi dengan korang apa yang bermain kat fikiran aku sepanjang arini?

1) klu korang anggap seseorang tu kawan baik/istimewa dalam life korang... aper korang buat?

2) klu korang ada masalah/sesuatu cerita siapa orang pertama yang korang bagitau?

3) klu korang sayang kat seseorang tu mcm mana korang tunjukkan?

4) klu korang hargai seseorang tu mcm mana korang nak buktikan?

5) korang kongsi tak cerita suka duka korang dengan orang yg korang sayang?

6) klu terjadi sesuatu kat family korang, korang bagitau tak orang2 penting dalam hidup korang?

7) klu korang sayang kat seseorang tu adakah korang biarkan jer tanpa yakinkan orang tu?

When a Girl.....

When a GIRL is quiet ...millions of things are running in her mind.
When a GIRL is not arguing ... she is thinking deeply.
When a GIRL looks at u with eyes full of questions ... she is wondering howlong you will be around.
When a GIRL answers ' I'm fine ' after a few seconds ... she is not at allfine.
When a GIRL stares at you she is wondering why you are lying.
When a GIRL lays on your chest .. she is wishing for you to be hers forever.
When a GIRL wants to see you everyday... she wants to be pampered.
When a GIRL says ' I love you ' .. she means it.
When a GIRL says ' I miss you ' .... no one in this world can miss you more than that.Life only comes around once make sure u spend it with the right person ....
Find a guy .. who calls you beautiful instead of hot.who calls you back when you hang up on him.who will stay awake just to watch you sleep.
Wait for the guy who ..... kisses your forehead.Who wants to show you off to the world when you are in your sweats.Who holds your hand in front of his friends.Who is constantly reminding you of how much he cares about you and how lucky he is to have you.Who turns to his friends and says,
' That's her!! '

Saturday, October 24, 2009

Selamat Pengantin Baru Buat Nurul Izzah n Zairul

Salam...
Selamat pengantin baru untuk x office mate aku 'izzah n zairul' .. ha.. dua2 x officemate.. aper maknanyer tu? hahahahha...maknanya dorang ni bertemu jodoh kat opis lama aku... aku tumpang gembira dengan perkahwinan mereka..

kat sini aku nak kongsikan sikit cite tentang persahabatan kami bertiga nie..

actly kami bertiga (aku, izzah n sarah ) memang member kepala giler2... klu jumpa memang buat pejabat jadi hingar - bingar.. x leh tahan sume orang.. tapi nak marah pun tak bleh.. sebab walaupun kitorang bising, tapi kerja beres sentiasa.. hehehe.. so, tak der point orang nak marah..big bos kami pun tau tahap mana keakraban kami satu masa dulu. kami bertiga ni sebaya... kegemaran sama.. kepala pun samer2 giler2... so, tu yang membuatkan kami boleh rapat.. kami kerja unit yang berasingan.. aku orang teknikal, sarah n izzah orang kewangan... tapi izzah di mekanikal n elektrikal n sarah plak kat perolehan.. tempat kami berjumpa biasa la .. kat opis aku.. sebab aku yang duk kat HQ...

Sarah terlebih dulu menyahut seruan untuk menamatkan zaman bujangnya pada tahun 2007.. tahun 2008 izzah mengikut plak bertunang... skang tahun 2009 izzah plak menamatkan zaman bujang... klu ikut perjanjian giler2 kami.. aku kene bertunang bila izzah da kawin... hahahahah.. tak dapek den nak tunaikan permintaan giler 'kite' satu masa dulu ni... seru aku tak sampai lagi ni... hahahahahahahaha.....tak per la... yg ada tu kite uruskan dulu... aku ni tak yah korang fikirkan la yer...

erm , aper lagi nak citer? persahabatan kami still berterusan walaupun aku bertukar kerja.. izzah n sarah still ada kat ofc lama lagi.. n dorang pun da dapat naik exec... tahniah untuk korang.. cumenya tak dapat nak celebrate . tak sempat... aku plak tolak jawatan tu sebab dapat masuk gov semula...

tu la sikit sebanyak kisah persahabatan kami... :-)

Akhirnya...

Salam..



erm, akhirnya aku ngadap smula depan pc ni nak mengomel.. rasanya dekat sebulan aku tinggalkan... kepala pusing skit.. banyak sangat pk sampai aritu aku terpaksa g klinik akibat sakit kepala.. mcm2 sangt aku pk.. pastu pk sampai tak ingat diri... tu la masalahnya 'suhaila' ni.. hehe.. tapi sume da ok smula... everything da balik jadi normal smula..



arini aku start cuti la kiranya... ikutkan mgu ni study week. final on 4th, 6th, 9th and 11th november nanti... tak sabar nak abiskan final exam ni.. nak cuti selama sebulan... seingat aku la.. dari mula aku masuk awal tahun aritu tak ader cuti sem... ni la baru nak rasa cuti semester... hahahahah...

apa lagi nak story? x tau.. idea lom dtg lagi.. nti aku ngomel dlm lain n3 plak k... sehingga bertemu kembali...

Thursday, October 1, 2009

Selamat Jalan Untuk K.Ila

salam...

arini aku dikejutkan dengan berita dari kawan sepejabat aku.. K.Ila, dia ni TA dari OSC ... ditempatkan sementera kat unit aku. Klu tak silap aku ada la dalam sebulan aku kenal dia... dorang ni staff2 dari OSC tunggu keputusan penempatan dorang hari ni tadi.. 1 oktober 2009...
nak dijadikan cerita pagi2 tadi dorang sume pun semangat la nak g tengok mana penempatan dorang.. dari unit aku ada 2 orang.. K.Ila ngan Sha... aku n Dura kat opis ni berdebar2 gak tunggu mana la penempatan dorang... tengahari aku g la lunch dengan Dura.. balik dari Lunch aku nak p Solat... Dura ntah mana perginya...dalam merayau2 tu Dura juma dengan Sha... Sha bagitau k.Ila offer diri dia untuk g Sabah... masuk PIMB... aperrrrrr? terkejut kitorang...masa aku dapat berita tu dari Dura... terkedu aku .. tak sangka K.Ila sanggup offer diri dia sampai jauh ke sana.. sedangkan orang sana pun tak nak balik Sabah....

tapi kitorang hormat keputusan k.ila... kami tau mesti ada sebab k.ila buat keputusan cam tu... Kepada K.ila selamat maju jaya di Sabah... insyaallah ada rezeki, kitorang sampai Sabah.. kitorang cari K.ila... walaupun aku baru jer kenal n kawan ngan k.ila sebulan, tapi kami da rasa mesra... maklumla kat unit aku tu tak banyak orang teknikal.. cuma kami berempat n seorang pelukis pelan... akhir kata.... selamat berangkat kepada k.ila... moga kita bertemu lagi...

Sunday, September 27, 2009

Mana Hilangnya Semangat Aku Ni....

Salam...

Malam tadi tetiba je aku rasa cam tak der mood je nak g blaja. tak tau naper. tetiba aku rasa semangat aku da tak der. Aku terfikir nak berhenti blaja. aku rasa give up sangat2.. aku sendiri pun tak tau apa yang membuatkan aku rasa sampai tahap ni.. mungkin ke aku terlalu letih sejak kebelakangan ni.. mungkihkah kerana tugasan2 yang memeningkan kepala aku? tapi aku tak pernah terfikir sampai nak berhenti blaja walau susah mcm mana pun tugasan yang diberi..Ntah la.. tak tau apa aku harus buat n tak tau kat mana aku nak cari semangat tu smula.. memang give up sangat..
nak menaip dalam blog ni pun da jadi cam tak der perasaan.. Ya Allah, kembalikanlah kekuatan diriku ini.. Kuatkan semangatku menempuh ujian dan dugaan dalam kehidupan ini. Berikanlah aku kekuatan sepertimana yang Engkau pernah berikan padaku satu masa dahulu..

Saturday, September 26, 2009

Blurrrrr

salam...

arini aku mula class smula... eh lupa.. nak wish selamat hari raya untuk kengkawan sumer... sorry la lama tak update blog nie... tak bz pun, cuma aku blurr jer seminggu dua nie... fikiran pun tak menentu... tapi tak per... aperpun yg dtg menganggu fikiran ni.. kene tempuh n terus hadapi .. mana ada orang yang tak dilanda masalah tul tak?

actly aku nak cite pasal class aku arini... 1st day class lepas hari raya... erm, kengkawan ramai yang hangin sebab nak dtg umah aku, aku tak der... hehe... sorry sangat2.. bukan tak nak tunggu korang nak datang, tapi aku kene pergi menjalankan tanggungjawab aku ... hahahahha... ayattttt... nak wat cam ner kan... dah SPACE tu wat jadual padat giler cam ni.. aduiiii.. redha jer la.. ni kira pengorbanan gak nie... terkejar2 aku dibuatnya... jemputan kengkawan kene pergi jugak... mana2 yang aku tak sempat nak g tu... korang maapkan jer ler aku nie yer... nanti ader masa aku dtg..sok, dah abis study sok jgn lak korang marah klu aku orang yg pertama sampai umah korang... hahhahahaha..

erm, balik pada cite asal, baper punyer merapu arini... maklumla dah lama tak membebel le katakan... kelas arini kelas hidraul... lect memang best... tapi otak aku yg tak best.. puas aku duk ajak otak aku ni berfikir dengan baik... tapi bengong jugak... aper ler nak jadi nie.. mujur retest tak jadi arini.. retest tu esok... klu tak tadi lagi ler aku tak tau nak jawap aper....

ok la.. tu je nak bebel ... nak g wat asignment jap.. sok nak anta,, nanti aku bebel lagi.. salam

Wednesday, September 9, 2009

Fikiran Aku Celaru

salam....

lama gak aku tak membebel kat sini. ntah la.. sejak kebelakangan ni, fikiran aku mcm celaru jer.. tak tau naper...mcm2 aku fikir.... nak cerita mcm mana pun aku tak tau.. nak g kelas pun mcm tak der mood jer..kawan2 ajak kuar buka puasa pun aku x der mood.. apa yang buat aku jadi down mcm ni aku tak tau la... banyak sangat benda aku fikir dalam satu masa.. tu yg membuatkan aku tak der mood untuk bukak blog ni nak lagi la menaip.. sume idea hilang dari kotak fikiran aku..

kenapa aku jadi mcm ni.. ari2 aku rasa hidup ni penat jer.. dalam seminggu ni aku rasa arini la aku tido lewat skit. Kalau tak kul 9 lebih aku da lelap.. rasa otak aku mcm penat sangat berfikir...

erm, k la.. idea hilang. nanti klu mood aku dtg balik aku tulis blog smula... selamat malam

Thursday, September 3, 2009

Mabuk Keje...

Salam... hehe...

Aku baru je sampai umah ni.. sampai2 umah mak kata da siap masak.. erm, aper lagi.. rehatkan diri le nampaknyer.. terus mandi n solat asar.. ni skang sementara nak tunggu time buka pose ni aku nak cerita skit pasal keje aku arinie...arini dari pagi tadi aku sibuk... masuk je opis kene sambung wat keceriaan untuk pertandingan semperna kemerdekaan... tak sudah2... da masuk 2 mgu da ni.. esok Datuk KP nak dtg bagi markah... so, arini tadi last touch up la nampaknyer..

Sesambil tu aku kene wat report bulanan Bilik Gerakan untuk hantar kat SUB - Pengurusan. Bos mintak aku siapkan report tu semalam. tapi oleh kerana bos bagi aku masa tu aku da nak balik ( pc sume da siap tutup) so, arini punya kerja la jadinya... siap report.. bos plak tak der nak mintak tandatangan... tp tak per... janji da settle... :-)

Pastu tengok fail atas meja, teringat plak nak update SPP-II. Aper lagi.. duk ngadap SPP-II la tak berhenti2.. oleh kerana SPP-II ni la aku tak dapat pindah bahagian.. huhu... aku mintak tukar bahagian lain sebab tak der keje kat bahagian kesihatan tu.. tapi bila bos aku tau aku sebelum ni wat SPP-II kat opis lama, terus dia tolak tepi permohonan pertukaran aku... kesian aku... mulai saat tu, aku kene la jadi person incharge untuk SPP-II ( ha hamik, padan muka aku,, nak lagi lari dari bahagian kesihatan tu.. hahahaha ). Leka wat SPP sampai aku tak sedar time rehat berlalu... tengok jam da kul 3pm.. dasyat giler keje aku arini.. bebudak ni pun tak masuk kat tempat aku, maklumla sume sibuk wat keceriaan pejabat. sebab tu aku tak sedar time rehat berlalu. aku pun tak buang masa terus g solat.. lepas solat, singgah kat bahagian pentadbiran tu, tengok bebudak ni ntah aper lagi nak di hias aku pun tak tau.. layankan karenah dorang jap sambil aku duk baca paper... da dekat kul 4 baru aku masuk tempat aku n wat persiapan untuk balik.. huhhhhhh.. ... ni la hari paling sibuk aku rasa sepanjang aku kerja kat situ...



ni picture pagi tadi... senyum lagi... sempat la duk amik gambar jap.. hahaha


tu dia.. korang tengok la meja tu dah jadi cam ner... sakit mata aku tengok angka banyak2 nie.. tapi kerana kerja, sume perlu dibereskan..

ha, ni muka da tak boleh blah... muke tension pun ada... hahahaha.. ni yang tak sedar jam da kul 3pm nie.. huhu

Wednesday, September 2, 2009

Test 2 Maths

Salam..

mcm mana nie?ari ahad ni ader test maths. tripple integral... huaaaaaaaa.. 3 ekor ular senduk En Mail ni bikin kepala aku jadi pusing.. pening tul la kepala aku nie.. naper la susah sangat aku nak pandai maths nie..dah ader teman setia pun aku tak pandai gak nak buat maths nie... hahaha. kan ke bagus klu sume masalah maths aku leh jawab cam tu jer.... bak kata En Mail... 'Selamber je jawab'... hahaha

aku dah tension duk study maths tapi tak faham2 gak ni..masa diploma dulu ok jer.. masa skolah lagi la aku paling suke subjek maths la.. tapi naper le skarang ni aku sengal plak kat subjek nie? hairan tul aku.. ke aku da lama tak study ? erm, tak mungkin.. tapi tak per la...aperpun terjadi aku akan teruskan usaha menelaah maths nie.. skang ni aku nak membebel le kejap kat sini... hahaha... tak per kan...

beginilah keadaan orang tension study maths.. kah kah kah.. sume ader tu. lengkap.. study sambil baring atas katil.. jap g nanti confirm zzzzzzzzzzzz.... eh lupe lak.. tu la teman sejati aku study tiap2 ari.. da dekat setahun dia temankan aku bila aku wat asignment atau study.....

k la.. aku nak g sambung study skit g.. sebelum mata ngantuk... mudah2an kali ni study bleh faham...... ameeeen...

Tuesday, September 1, 2009

Mata Tak Boleh Lelap

salam,
naper tah mata aku tak nak lelap plak mlm ni..nak kata aku tido siang tadi, tak jugak... arini sepanjang ari aku tak tido. dari bangun sahur kul 4.30 tadi, sampai la saat ni, aku tak tido pun lagi... tadi lepas berborak kat telefon, gosok baju n siapkan kelengkapan untuk esok, ingat nak tido.. dah hampir satu jam aku golek kiri kanan atas katil nie.. tapi tak bleh lelap gak mata nie... naper ntah... nak kata ader benda aku fikir, tak ada aper pun yang merunsingkan di fikiran ni... at last aku bangun n bukak pc... nak membebel skit kat sini. harap2 pasni mata ni ngantuk ler.. hehe.. jap g nak bangun sahur plak..

mgu ni eyta tak der.. so kene g keje sorang le nampaknyer.. eyta outstation g.. tadi dia singgah gtau aku dia nak ke Pahang. Bos dia call suh dia pegi jugak... erm, tak per la eyta.. demi kerja kan... kali ni mesti dia tak risau da coz dia g outstation bawak anak bujang tercinta n mak mertua sekali... senang skit ati ek eyta, anak ada depan mata... mcm tu la gayanya orang ada anak kecik..hehe... sepanjang minggu ni nampaknya aku kene memandu sorang la ari2.. slalu ader eyta.. borak2 tak der la ngantuk sangat.. klu sorang ni nampaknya aper lagi.. pasang radio kuat2 la... hahahaha...

gtu - gni da masuk 2 mgu kita puasa... aku still lum penah jejak kaki ke Pasar Ramadhan lagi.. bagus tul aku tahun nie.. hehe... klu tak tau tiap2 ari mesti g pasar ramadhan ngan adik.. skang nie balik keje da penat.. g pun mak ari2 wat makanan mcm2.. ( klu dulu ader banyak maakanan pun pegi jugak ).. tapi oleh kerana penatnya terasa, maka kerana itulah aku belum sekali pun lagi menjejakkan kaki ke pasar ramadan.. walaupun la tak jauh mana pun dari umah aku ni.. bleh g jalan kaki lagi..

aper nak ngomel lagi nie yer? study plak.. mgu ni kene study maths.. ader test 2 ari ahad mgu ni... last week ada test hidraulik.. belasah jer.. mujur dapat jawab gak la...masalhnya tak study pun.. mood tak der mgu lepas sebab batuk n selsema.. alhamdulillah skang da ok.. so, mesti kene semangat untuk study maths nie... mngu lagi satu plak ader test 1 untuk waste water... mintak2 sem ni keputusan lagi cemerlang dari sem2 sebelum nie.. chayok3x... pejam celik da dekat setahun da aku blaja... rasa mcm baru je lagi.. tak sangka da 3 semester aku tempuh.. dulu nak abiskan sem 1 tu terasa lama sangat... mudah2an lepas ni semua paper terus berjlan lancar....

erm, ok la... da dekat kul 1 pagi.. aku kene tido jugak.. takut besok pening... nak drive sensorang lak tu... ngntuk plak nanti... sampai bertemu di lain cerita... NITE

Monday, August 31, 2009

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan...

More MERDEKAgraphics

pagi tadi aku duduk2 sementara tunggu azan suboh, aku teringat pasal sambutan hari merdeka... sekarang aku da tak berkesempatan lagi nak g berbaris ramai2 kat padang MPS tu.. klu tak.. time2 cam ni aku da sibuk nak kuar dari umah.. tak sangka pulak baju colourfull tahun lepas tu baju terakhir aku pakai sebelum pencen dari masuk perbarisan tiap2 tahun.. tak sangka masin mulut aku tahun lepas sebab aku kata tahun lepas last aku masuk perbarisan.. tahun ni aku nak rehat.. ha, betul2 aku rehat n dah tak payah masuk lagi perbarisan mewakili SAINS.. hahaha.. takper, pada geng2 kawad SAINS, teruskan perjuangan korang .. pastikan kemenangan kite tiap2 tahun tu tak terlepas ke tangan orang lain.. huhuuuhuuu....

erm, tu skit memori aku masa kat JBANS dulu..

Saturday, August 29, 2009

Lamanya tak tengok blog ni..

salam... lama sungguh aku x jengok blog aku ni.. apatah lagi membebel2 kat sini.. ahahaha... sepanjang mgu ni aku tak berapa sehat.. batuk n selsema.. sampai skang ni pun still batuk ada lagi.. suara pun serak2 lagi.. erm, batuk n selsema buat mood aku hilang...lagi tambah teruk... asignment pun aku tak sentuh sepanjang mgu nie... waaaaaa... kalut jadinya... arini tadi kene anta asignment maths... esok pagi ada test hidraulik... aduh....... mcm mana ni.. rasa mcm tak der semangat jer...

arini aku abis kelas kul 6 lebih tadi.. gtu - gni... bayar parking, amik kereta... at last gerak dari yayasan selangor dalam kul 6.30pm... nak buka kat KL rasa cam awal sangat. at last amik keputusan teruskan je perjalanan... mana2 sempat nti berhenti buka... kul 7 td sampai kat Nilai... then terus masuk hentian seremban.. berbuka la di hentian Seremban... erm, selalu aku buka ngan family aku.. melainkan time study dulu memang la buka ngan kengkawan... arini tengah2 makan tadi rasa tak best jer... salu makan ngan mak, abah n adik... hehe... banyak tul pengorbanan nak belajar nie... erm, kene kuatkan semngat untuk terus berjaya... klu tak sia2 ulang2 seremban - KL tiap2 mgu g blaja nie...

erm, aper lagi nak membebel nie? actly aku ader asignment rock mechanics yang nak kene siapkan ni.. esok nak kumpulkan untuk dorang pos kat lect.. aku lom dtg feel lagi nak buat nie..pastu printer aku abis ink la plak.. nak kene g beli cartridge dulu ni.. malasnya nak kene kuar lagi .. nak g Jusco tu lagi la satu hal.. nak parking susah.. mlm2 mgu ni penuh. huh. ni yg aku duk godek blog dulu nie..nak hilangkan tekanan...

ok la... nti sambung lagi... nak siapkan asignment n nak study skit untuk test hidraulik esok... jumpa lagi...

Saturday, August 22, 2009

Yang Dicari....

erm, naper la sampai skarang aku tak dapat lagi kebahagiaan yang aku cari? aku nak sangat hidup mcm kawan2 aku yg lain..tapi tak tau la bila masa tu sume akan tiba...orang kata tak baik klu kita mengeluh.. aku bukan nak mengeluh, kekadang tu terasa mcm besar sangat dugaan yang Allah berikan pada aku.. memang benar Allah takkan bagi seseorang tu dugaan melainkan orang itu mampu untung tanggung sume dugaan tu.. tapi, kekadang aku rasa aku tak layak untuk diduga sebegitu hebat... aku bukan sekuat mana pun.. hati aku kecik.. walaupun aku selalu positif pada aper2 yang terjadi.. namun hati kecik aku tak sekuat yang aku lakukan... aku selalu bertanya pada diri aku... apa salah aku yang telah aku lakukan sehingga aku terduga begini sekali.. pujuk ati smula ingat pesan kak mai.. Allah duga kita sebab Allah sayangkan kita.. ye kak... saya yakin pada kata2 akak..
takper la.. setiap apa2 yg terjadi tu mesti ada hikmahnya. cepat lambat sesuatu tu pun mesti ada hikmahnya.. orang kata bukan senang kita nak dapat hidup senang.. mungkin rezeki kawan2 aku mcm tu. itu da tertulis.. jangan kita pikir buruknya... yang penting fikirkan benda2 yang positif jer kan? mesti kita tak rasa tertekan......:-)apapun terjadi aku tetap besyukur dengan semua pemberianNYA.. kerana bagi aku sesuatu yang terjadi pada diri aku ni, itu yang terbaik untuk kehidupan aku..

aku percaya keperitan rasa yang aku tanggung sekarang akan bagi kegembiraan dalam hidup aku suatu hari nanti...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sinar Cahaya Ayat Kursi

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis ada menyebut perihal

seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A.W.
bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun
satu ayat..."

Adakah Cinta Memerlukan Sebab

kali ni aku nak share artikel yang sahabat aku kirimkan mgu lepas.. rasa dulu aku pernah terima.. tapi.. aku nak kongsi kat sini plak kali ni. untuk pembaca2 blog nie.. kadang2 kita tak mengerti erti kehidupan ni yg sebenar..jom kita baca cerita pendek nie...

Adakah Cinta Memerlukan Sebab?? ::



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah.. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang
sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya
sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki,
semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan
syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."


::: Hati Emas :::

1st day of Ramadhan

salam semua... hehehe..
sempat g aku menggodek blog petang2 nie kan... actly arini aku tak der class.. sok baru ader kelas waste water.. so, sementera nak ke dapur semula ni aku nak mengomel jap.. huhu
tadi kul 4 aku da ke dapur ngan mak..arini adik mintak sup ayam.. so, atas persetujuan sume... petang ni nak buka pose makan sup ayam... mak kata nak wat meehoon goreng jugak... so, brang2 untuk meehoon sume aku da settlekan.. tinggal nak masak je lagi... sup ayam plak dah pun siap masak... hmmmmmm.. sedapnya aroma sup ayam tu tadi...
kawan2 buka pose aper plak 1st day puasa nie? mesti mcm2 kan? dengan bazar ramadhan nya lagi.arini aku tak der buat kuih.. so, mayba jap g abah g bazar ramadhan la tu cari kuih ngan adik.. hehe.. k la, aku nak ke dapur smula.. nak mulakan semula operasi ngan mak..kesian mak, time2 cuti ni la nak tolong. nanti da keje mesti tak sempat nak tolong mak masak.. coz aku sampai umah pun da dekat kul 6 ptg.. sure nye mak da siap2 masak untuk berbuka... jumpa lagi nanti...
selamat berbuka pose n selamat menunaikan ibadah solat sunat Tarawikh....

Friday, August 21, 2009

Tak Keje Arini...

arini aku x keje... pepagi lagi tadi kete aku buat hal.. da siap2 nak g opis... tekan alarm.. dia meraung plak sekuat ati dia... aduh......... bising tu... jiran2 dengar... bertuah la kete aku nie...tengok jam da kul 6.15am plak... nak nek bas da terlepas da nie..bas da gerak. tak der point pun kalau mak nak anta g terminal...huhu...

panic aku time tu.. tak tau nak buat aper. tak pernah kene cam ni. da la abah tak der umah...ader la 5 minit aku duk pandang jer kete aku tu berbunyi... telinga pun sakit gak dengar... hmmmmmmmm.. aper la nasib aku arini.... dah menung punya menung... teringat nak call abah... abah kata maybe bateri dia nak kong tu... mmmmmm.... mujur tak kene kat opis.. klu tak lagi haru aku dibuatnya...

Abah callkan orang kedai repair kete tu... seb bek umah orang tu kat area sini jer... datang la orang tu cabut aper2 yg patut sebelum nak bawak g kedai pagi ni nanti. orang tu kata maybe ader problem ngan salah satu pintu..erm, bertuah,.. bertuah wahai kereta... meragam plak ko arini yer...

erm, ok la..mak panggil da. orang tu da dtg nak amik kereta... aku nak g settlekan kete dulu.. tak senang ati dibuatnya klu dia meragam ni.. sambung g nanti k....

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Datang Lagi...

Salam Ramadhan...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tinggal 2 Hari lagi Insyaallah kita sume umat Islam akan sambut kedatangan bulan Ramadhan..Aku bersyukur sebab aku akan dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini.. Tahun ni aku rasa mcm ternanti2 plak kedatangannya. Aku nak cuba penuhi Ramadhan kali ni dengan memperbanyakkan lagi hubungan aku dengan Allah... DIA telah berikan aku rezeki yang berlimpah ruah dalam kehidupan aku.. Banyak perkara yang aku tak pernah impikan datang dalam hidup aku sejak kebelakangan ini.. Aku bersyukur kehadratMU ya ALLAH..


dikesempatan yang ada ni.. aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kawan2 yang membaca blog ni.. moga Ramadhan kali ini juga membawa keberkatan dalam hidup kalian...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Arini Balik Cepat...

Minggu ni aku rasa cam best jer... hahahaha... Isnin ngan Selasa exam... sure la aku bahagia tak yah duk KL tu lelama...cuma Isnin ritu je sampai umah malam skit... maklumla abis paper kul 5.00pm.. gitu - gini kul 5 lebih baru gerak dari JKR WPKL.. pastu........ aper lagi.. jem giler la kan... selasa aku exam pagi... tengahari balik terus kejar umah... rehat secukupnya...

semalam aku g keje cam biasa.. erm, mgu ni aku sorang jer... Eyta tak ada... outstation seminggu ke Pahang... cian Amsyar ibu dia outstation... erm, kekadang aku syukur gak keje kat Bahagian Kesihatan tu... jarang kene outstation... klu time bujang ni ok la g outstation.. klu da kawin nti .. mesti mcm2 benda nak pk... sian aku tengok muka eyta masa dia gtau aku last week yg mgu ni dia outstation seminggu.mesti kat fikiran dia duk bayangkan family. dengan fikirkan Amsyar yang baru setahun lebih. da la tak penah berenggang ngan dia.. nak pk ayah Amsyar lagi..hahahahaha. erm, tak per la eyta.. doa harap2 sume memahami...Sume masalah yg kite hadapi tu ader jalan penyelesaiannya...

mlm tadi lepas Isya' tetiba msg masuk kat hp aku... boss aku msg suh g bengkel SPP-II kat ICU-JPM arini... erm, ingatkan aku da pandai wat SPP leh terlepas dari g bengkel....:-p hahahahhaha... tapi, bagus gak tu... tak yah aku nak travel jejauh g KL arini... aku pun dengan bahagianya keluar lambat la dari umah tadi... hehehe.. kul 7 baru aku jalan dari umah...maklumla bengkel start 8.30am... haha...aku sampai umah tadi kul 4 lebih...best... slalu kul 5.45pm baru sampai umah... erm, best tul arini.... mgu ni asyik dapat balik cepat jer... seronok aku... dapat duk umah.. hehe.. minggu ni tinggal esok je keje... pastu sabtu da mula puasa.... Sabtu pun tak der kelas... Ahad je ader kelas waste water..

Erm, beginilah serba sedikit minggu yang membahagiakan aku... ( bukan bahagia apernya pun... bahagia dapat balik keje cepat skit dari selalu ) hehehe....

Tuesday, August 18, 2009

Remember when.. we laught, we cry together.. you and me

nice n simple... suke tengok blog akak aku ( kak mai ). hehehe... kesian die terpaksa melayan kerenah aku... aperpun... saaaaaaaaaaaayang akak... wakakakakkakaka....

aritu blog dia ni tinggal sepi je cam tu... pastu aku suh dia update blog dia. dengan paksa relanya dia pun update la blog dia tu... tapi something yg telah menarik perhatian aku... background blog dia... ader tertera kat situ..."Remember when... we laugh, we cry together.. you and me" sweet nyer..... suke3x... teringat aku sepanjang aku ngan dia kat SAINS dulu.. rindu sangat nak jumpa kak mai.. suke tengok muke dia senyum..... hehehe... patut la Mr Z akak terpikat. ( kang letak nama penuh akak marah, rahsia kene simpan .kui..kui..kui ). penat simpan rahsia nie.. tapi tak leh bocorkan selagi pengumuman rasmi tak dibuat oleh kak mai... :-p

nak jawab persoalan akak dalam blog akak tu ea..

1. bila nak p holiday?
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......klu boleh saat ni nak ajak akak g holiday... nak rehatkan otak, tenangkan fikiran... alaaaaaaa... saya mana boleh jumpa akak... mesti nangis..... tengok muka akak saya jadi sedey..erm.. tengok la nanti lepas raya... mintak2 ader masa... tapi takutnya akak ader majlis pertunangan plak... hahahahahha.... Mr Z nak datang braper hb nie? klu susah2 nanti biar saya tepon jer dia sergah... mesti cepat dia dtg bawak rombongan cik kiah...

2.bila nak kawen?
aduhh... letih ek jwb soalan orang bila nak kawen nie... dah tua sangat ke kite nie? rasa nak rekod je satu kenyataan pastu bila orang tanyer.. pasangkan... hahahahha... setuju tak kak? ... erm, mana la saya nak jawab soalan tu? saya bukan lelaki... pempuan samer cam akak... tunggu orang datang pinang nanti kawen la... tak der orang datang... membujang la... tp, akak jgn risau... tak lama lagi tu... kan Mr Z da melamar akak aritu... tunggu nak dtg bawak mak ayah dia je lagi tu.. dia kan pemalu... akak sabar k... saya slalu doakan akak...

kawen bukan benda memain.. saya pun takut... akak da tau la orangnya sape..terus terang saya kata, memang dia baik. bukan orang lain pun dengan saya.. sedara mara saya jugak.. saya tau family dia..tau latar belakang dia. mak ayah dia orang baik2.. rezeki akak kan.. klu kita sabar insyaallah Tuhan temukan kita dengan insan yang terbaik.. pepatah ader kata... orang baik akan jumpa dengan orang baik dan cam tu gak la jika sebaliknya. so, jgn risau2 lagi.. pilihan akak tu da betul da tu... insyaallah, saya doa kekal selamanya... kawan pun da lama kan? da kenal ati budi... so, tak ader aper nak risau lagi k... skang ni, wat persiapan mental n fizikal... hahahaha... ( ceh, aku lak duk nganjar akak aku nie... macam la aku ni da kawin... sengal je kan kak? )

erm... aper lagi akak tanyer? tu je yang dapat disimpulkan sebagai jawapan... jgn sedey2 n pening lagi... patutnya saya ni yang pening n risau.....mak cik n pak cik da mula bising. takut jadi anak dara tua la tu.. nak wat cam ner.. jodoh lom sampai. mujur mak n abah memahami anak dia ni. klu tak mau gak tension kot kan? .. huhu.. tapi tak per.. saya yakin pada ketentuan Allah... insyaallah.. masa saya akan sampai gak nanti.. akak doakan ea..

Sedikit Lega..

arini aku abis paper exam JKR . Semalam paper structure... banyak gak la dapat jawab. dalam 70%.. tapi tak bestnya paper arinie... pagi tadi paper geotek.. susah ler... dapat jawab 2 soalan penuh jer dari 5 soalan... lg 3 soalan sumer rongak2... huhu... soalan tak jangka kuar... so, menjawab pun secara luar jangkaan la jadinyer... hahahaha

takper la.. harap2 lulus... cume paper geotek je rasa cam susah skit nak lulus... erm, klu tak lulus tahun depan kene amik lagi skali la nampaknya... aperpun... sume da berlalu... tunggu keputusan je skang ni.. pasni kene tumpu kat exam JPA plak bulan 10 nanti.. erm, kiranya sempat dulu la nak beraya sebelum study untuk jawab exam.... :-p

Sunday, August 16, 2009

Aktiviti Minggu Ini

minggu ni aku cuti .Majlis Konvokesyen UTM.. tak der class.. sabtu minggu depan pun tak der class. Cuti semperna sambutan awal ramadhan.. kan ader negeri cuti sambut awal ramadhan..so, UTM kene cuti ler... hehehe... ini bermakna kelas aku mula balik ari ahad minggu depan...

semalam ingat aku nak kuar g jenjalan... lama aku tak kuar jalan2. tapi tak jadi... hehehe... so, aku pun duk umah je la... kemas2 bilik, selak2 buku, tengok tv n last skali sure la aku lelap depan tv tu... hehehhe... aper lagi nak buat kan.. nak merayau sensorang rasa malas plak. baik duk umah je..memula tu teragak nak tengok wayang, pk balik malas la. tak der member. so, aku just rehat2kan diri kat umah...

rasa cam tak cayer je kan dah nak puasa balik... cepat betul aku rasa masa berlalu tahun nie... kejap da dekat ujung tahun... mcm tu gak la umur aku.. peningkatan yang agak cepat selari dengan cepatnya masa berlalu... da makin tua aku.. huhuhuhu.. kekadang rasa cam life aku ni mcm kosong je... cam tak der hala tuju.. erm....... aper je la aku merepek jap g nanti... ahahahha..

actly aku tengah duk study nie.. Esok n Lusa, 17 & 18 hb aku ada Exam JKR. aku amik paper struktur n geoteknik... erm, belasah je la kali ni.. tak study sangat pun... ntah aper benda aku buat aku pun tak tau.. nak kata sibuk tak der la sangat. nota pun ader tak lengkap, tu yg aku kurang mood skit nie... hehehehe.... ni tgh duk study rasa boring lak... tu yg aku ngadap depan PC nie.... da ngadap depan pc aper lagi.. gatal je jari jemari ni nak menaip...

erm, aper nak tulis g nie.. tadi duk sembang ngan kak mai dalam ym, tetiba senyap.. ntah mana le menghilangnya kakak aku sorang nie... hehehe... agaknyer tengah sibuk... die kat opis katanya tadi... prepare untuk kursus start esok... aku plak sibuk mengacau.. erm, terima la balasan kene chating sensorang... hehehe... ok la kak.. g la buat keje.. saya pun nak sambung baca buku... sok paper structure.. kul 2 pm... doakan saya dapat jawab dengan cemerlang tau........

Saturday, August 15, 2009

Hargai Ia Selagi Ada

artikel ni kiriman e-mail dari seorang sahabat aku.. memula aku rasa cam biasa je email ni. tapi bila baca satu2.. banyak pengajaran yang kita leh dapat. aku postkan kat sini.. untuk kita kongsi sama2 k....

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN iasemula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanyaketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ........Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPANkepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamudan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL...

Thursday, August 13, 2009

2 Bulan yang membosankan...

semalam, 12 Ogos 2009... genapla 2 bulan aku kerja kat KPKT tu.. rupernya baru je 2 bulan.. aku rasa cam da berbulan2...hahahaha... mana tak nya.. aku tak ader kerja pun kat situ.. korang pk le sendiri aper je le yg aku nak buat kat bahagian kesihatan tu?

erm, semalam aku dapatla tugas baru... aku disuruh jaga bilik operasi H1N1..x tau la sampai biler aku kene jaga bilik gerakan nie.. patutnya Inspektor kesihatan ler duk situ.. senang orang nak tanyer aper2 kemusyikilan.. ni tak.. letak TA plak kat situ. ha... korang gelak la puas2 sampai guling2 pun takper... aku lagi tak ley accept.. huh... tak masuk akal langsung keje aku cam nie.. memang betul la rasanya aku nye keputusan untuk wat pertukaran dalaman. aku try apply gantikan tempat member aku kat bahagian pemantauan dan kewangan PBT.. kebetulan member aku dapat balik Kelantan... hopefully dapat la tukar... aku tak sanggup da g keje tapi tak der keje.. rasa tak berbaloi je aku dtg tiap2 ari dari Seremban, pastu tak buat aper..duk je melangok.. sambil bukak buku n buat asignment.

aritu sampai satu tahap aku tension, aku rasa aku nak resign jer.. nak balik keje kat SAINS. X boss aku pun tak putus asa meracun aku balik SAINS semula.. hahahha.. tapi aku nak menyesal pun tak bleh.. orang kata tak baik klu kite tolak takdir Tuhan.. aku pujuk ati aku balik.. hehehe... Mesti ader hikmah setiap ketentuan yang Allah tentukan pada kite kan? rezeki aku kat sini.. takper la... g pun aku tengah study.. abis ni nanti ley kuar g tempat lain plak..

ntahla.. x tau la sampai bile aku akan rasa bosannya keje .. mintak2 aku dapat tukar g bahagian kewangan tu... g pun kat sana wat pemantauan kewangan projek n report2 untuk SPP-II n ICU.. memang antara kerja aku buat masa kat SAINS dulu... mintak2 tu dapat kuatkan lagi point untuk aku masuk ke bahagian tu...

k la.. aku nak g mandi... hehehe.. sampai je umah tadi terus ngadap depan PC nak luah perasaan bosan nie.. huhuhu....

Monday, August 10, 2009

Minggu Ni Cuti...

salam.. erm, lega rasa bila da kurang panas demam aku ni. klu tak tu risau je aku rasa.. cuma tinggal batuk skit n selsema je... tapi da makin pulih.. selera makan pun da dtg balik... hehehe...

minggu ni aku tak belajar... yea..yea.. cuti... lama tu tak cuti. lepas je abis last paper short sem yg lepas ( hari jumaat) , esoknya Sabtu terus masuk sem baru... rasa tak tertanggung otak ni nak terima .. tak ada masa nak rehat langsung... memula ingat nak drop satu/dua paper sem nie.. fikir2 balik tak nak la.. sem2 akan dtg tak tau g aper akan jadi.. better aku teruskan dulu selagi mampu nie.. g pun alhmdlh, lect2 sem ni sume baik2 berlaka... tak la ikut kepala dorang jer.. so, kitorang study pun tak tertekan.. sem ni aku tengok da hampir separuh sem ni, baru ader 2 asignment... tak banyak macam sem2 lepas. pastu tarikh nak submit pun lambat lagi. tapi aku da mula buat sikit2... tak nak terkejar2 saat akhir mcm sem 1 dulu.. ader yg wat kat kelas n terus hantar. aku lagi suka klu mcm tu. balik umah tak terkejar2 nak buat asignment last minute. hehehe...

hope sem ni aku lebih baik dari sem sebelumnya. nak kejar pointer nie... cover sem 1 yg mcm orang lalok tu... hahaha.. alhamdulillah pointer sem lepas bagus jugak. walaupun tak dapat 4.00 untuk sume paper, tapi aku puas hati ngan pointer aku...

ok la.. nak stop dulu... cousin aku dtg ... nak g main ngan anak buah aku jap... hehehe. jumpa lagi lain masa...

Sunday, August 9, 2009

Ahad, 9 Ogos 2009

Arinie x officemate aku kawin..
"Tahniah Suzi ... akak doakan perkahwinan suzi kekal hingga akhir hayat"

Actly aku rancang nak g tengahari tadi .. tapi aku demam plak semalam balik dari class sampai seremban kul 8 lebih. badan aku rasa panas sangat takut gak skang nie... lepas mandi n makan, aku terus g klinik kat umah aku ni.. sampai klinik dlm kul 8.45pm.. punye la ramai orang.. aku nye giliran dlm kul 10.. korang kire le brapa lama aku kat klinik tu.. sampai aku terlelap tunggu giliran... mujur le ader adik kecik nie... ( dlm umur 4 tahun dok meleter ngan aku ).. ntah aper yg die minat sangat kat aku ni tah.. mulut die punyala boleh tahan riuhnyer.. mcm2 dia soal aku... padahal sama2 demam tu ngan aku.. mak die siap marahkan die lagi tak bagi kacau aku... hehehe.. tapi biasala budak kecik kan.. aper dia tau... :-)

balik umah makan ubat, terus baring ... godek handset jap ( wajib tu tak kira sehat ke demam ) pastu tak sedar bila masa aku lelap. sedar2 pagi tadi mak kejut tanyer aku nak g blaja ke tak arini? mulanya En Mail kata arini nak bagi kuiz maths, n kebetulan plak member ader yg tumpang aku g class..badan pun rasa ringan skit... aku pun bangun n siap2 g blaja... mujur aku g class tadi.. sebabnya arinie En Mail ajar mcm mana nak kira tiga ekor ular senduk... hahahahha... ( En Mail yang kata bukan aku )..klu aku tak g tadi confirm aku tak faham. klu tak faham , confirm la aku dah tutup buku da nie... mujur En Mail pandai tackle student die... terima kasih En Mail ( die slalu kata ngan kitorang jgn sesat ke lembah kehinaan )...

class abis kul 3.45pm tadi.. terus balik... makan ubat batuk n selsema... tido jap... maghrib tadi bangun rasa ok skit... cuma tekak gatal n badan panas skit... skang da rasa better... so, aku nak stop kat sini dulu la... mood tetiba datang plak da malam nie.. tengah baik nie... teringin nak bukak tiga ekor ular senduk En Mail... hehehe... ader asignment nak kene buat nie... jumpa dalam lain n3 plak... selamat malam semua...

Wednesday, August 5, 2009

Kenangan aku ke Turki - 2008

Menghadiri witness testing untuk butterfly valve di Izmir Turki pada Oktober 2008 antara pengalaman paling manis aku sepanjang berada di JBANS... Bagai dalam mimpi aku rasa masa En Zul maklumkan kat aku kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan nama aku sebagai salah seorang wakil JBANS untuk menghadiri ujian penyaksiaan tersebut. ( witness testing ni untuk projek aku jaga - Skim Bekalan Air Batu Hampar

So, pada 10 Oktober 2008 ( bersamaan 10 hari raya aidilfitri ) tepat jam 11.59pm aku berangkat ke Istanbul. aku pergi bersama seorang pegawai sains JBANS, wakil dari KTAK, konsultan dan kontraktor. sepanjang perjalanan mata aku tak lelap... tak boleh lelap..mcm2 benda buruk aku fikir.. perasaan takut menyelubungi diri... tak kurang rasa sayu sebab masa tu masih dalam mood raya lagi... tak sempat g beraya umah saudara mara tahun lepas.. sebab aku tak bley cuti lama.. sibuk wat persipan nak berangkat masa tu...


dalam perjalanan dari KLIA ke istanbul yang mengambil masa lebih kurang 13 jam tu, aku tak tau nak wat aper.. resah je rasa... mata langsung tak bley tido.. makan je ler... kuih raya family aku bekalkan tu aku makan lepas satu2.. hahahahha... nak pujuk ati jgn rasa takut...dah braper kali punya makan akhirnya flight transit lebih kurang 1 jam di Dubai... masa transit tu la aku terlelap sekejap... time tu jam 3.00 pagi waktu dubai....kat malaysia klu tak silap kul 7 pagi masa tu... masa flight teruskan smula perjalanan ke Istanbul, aku dapat tengok "The Palm Jumaira, Dubai"... cantik... tak sangka dapat tengok dengan mata sendiri walaupun dari dalam flight... selama ni aku tengok dalam email jer... kecanggihan yang ada kat Dubai tu... cantik... nampak sangat bentuknya.. cumanya aku tak dapat nak amik pic, sebab alat eletronik tak leh bukak masa tu, flight baru je berlepas....


destinasi seterusnya adalah Istanbul... perjalanan mengambil masa kira2 4 jam lebih dari Dubai ke Istanbul... aku sampai di Istanbul lebih kurang jam 9 pagi waktu Istanbul .. Di Istanbul kami transit selama 2 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Izmir. akhrinya aku menjejakkan kaki di Izmir lebih kurang jam 1 tengahari.... ( di malaysia dalam kul 11 pagi ). bermulalah aktiviti2 aku di sana selama hampr 10 hari ( perjalan pergi dan balik 2 hari ). kat sini aku nak kongsikan pic2 menarik sepanjang aku kat sana untuk tatapan kawan2...


tapi yang penting skali.. ( aku masih menyimpan cita2 nak ke sana semula. hehehe.. rasa cam tak puas g jalan2 d bumi turki tu . hope satu ari nanti aku dapat ke sana semula ).. insyaallah






nie hotel tempat aku tido masa kat Izmir.. tempat ni panggil Konak.


buah berangan... aku tak pernah tengok kulit dia kat Malaysia.. sengal je aku sampai Turki baru tengok.. macam ranbutan, tapi berduri.. kat sana banyak... klu malam2 makan ni la... makan masa tengah panas2 tu.. best... masa aku g tu musim sejuk.. so, dapat makanan panas2 ni mana tak best nye.



nila antara makanan aku sepanjang kat sana.. roti ngan chicken soup.. sana susah nak dapat makan nasi putih mcm kat sini. nak menangis aku rasa tak dapat makan nasi.


tak ada apa yg menarik kat pic buah labu nie.. cume saiz die je.. besar kan? nie pun aku tak pernah tengok sebesar ni kat Malaysia.. hahahha... sume yg aku tak penah tengok... sabar je la..


ni makanan aku dinner ader 1 malam tu... ikan sekor, ulam2, ngan roti... roti memang tak tinggal setiap kali time makan.. makanan asasi dorang kat sana.


roti ikan ni la aku miss sampai skarang... aku try buat kat sini tapi tak sama mcm kat sana. dlm nie ada ikan bakar, campur ngan salad n bawang.. klu nak makan n rasa best kene letak garam halus n air lemon... erm, best tau ni... klu ader rezeki aku g sana lagi, aku akan cari roti ikan nie...


buah - buahan yang fresh.. tengok la buah delima kat sana, besar2... segar dari ladang..

ni permandangan sekitar Izmir... tanah sume buat rumah.. kat sana jrg jumpa rumah bawah.. bley kata 98% rumah bertingkat2... sana harga tanah mahal sangat2... hutan lagi la aku tak nampak kat sana.. huhuhuhu... tandus... kering..

ni anggur yang baru je dorang bawak dari ladang.. nak hantar ke bandar2 untuk dijual.. klu tak silap aku anggur ni sekilo harga die duit kite RM1 je... murah tul... sedap lak tu... frangup klu makan...


nie kat area hotel tempat aku tido.. kat Istanbul.. tempat ni klu kat Malaysia ibarat Bukit Bintang...


Clock Tower... nie kat Izmir... kalau da sesat merayau kat Kemeralti... kene cari clock tower ni wat rujukan... Kemaralti tu tak ader sempadan.. sumo lorong n pelosok boleh masuk.. aku pun 3 kali sesat kat sana.. lenguh kaki cari jalan balik...


ni klu korang nak tau satu set makanan untuk 2 orang makan... banyak giler ek.. aku tak larat... yg aku ingat kitorang makan ni 6 orang... hahahahha... sume sumber berasaskan daging n roti...

laut di kepulauan Kusadasi... cantik... nampak karang2 kat dalam laut tu... scuba best ni...

ni ibarat nasi kat sana... bukan nasi tapi gandum... aku tak bley masuk.... serius... lain bley masuk.. tapi gandum ni tak jalan ngan tekak aku...

ni tempat amik air semayang kat Topkapi Palace... campuran Emas...


pizza ni untuk sorang makan... nak pengsan aku tengok saiz dia bila sampai...hahahahahahhaha

kacang2 pun banyak kat sana.... aku sentiasa ada je kacang dalam beg... wat makan2 bile g memana...

selat bhosporous.... cantik... pemisah antara benua Asia dengan Benua Eropah... permandangan cantik.. nampak mcm pagi kan.. time ni tengahari....dalam kul 11 lebih kalau tak silap aku..

library of celcius.... Ephesus

ni la runtuhan kota lama..... Ephesus... ( state of Agora ) jauh g ke belakang.. jenuh gak la berjalan masa tu...

Terima kasih JBANS ( Specially to En Zul And Kak Liza )

Erm. tak tau nak cakap aper lagi selain ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada warga JBANS especially my bos ( En Zul n K.Liza ) kerana kalian berdua telah banyak memberikan kenangan2 manis yang tak mungkin dapat aku lupakan seumur hidup ini...

4 tahun bekerja di JBANS, dengan pelbagai pengalaman dan cabaran yang dihadapi menjadikan aku faham selok belok kehidupan bekerjaya.. terima kasih kepada kedua insan ini kerana sentiasa memberi tunjuk ajar, bimbingan dan sokongan kepada aku tanpa rasa penat. Terima kasih kerana selalu mengambil berat tentang diri aku tak kira urusan kerja mahupun urusan peribadi aku..

dikesempatan ini aku ucapkan terima kasih juga kepada kedua insan ini kerana telah melayakkan aku sebagai salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kerajaan Negeri Sembilan 2008 ... pada 7 Ogos 2009 nanti.

Wednesday, July 29, 2009

Anak Buah Baru.... 28 Julai 2009


1st off all... tahniah untuk Mawi n Ina...

Selamat menjadi ayah dan ibu kepada baby boy nie...nie pic anak buah aku yang baru je lahir semalam... jap aku kira .... erm, anak buah aku yang ke -9 rupanya... huhuhu....

baby boy nie anak adik sepupu aku .. asmawi yang baru jadi ayah semalam .erm... pasni da tak leh jadi budak2... ko dah jadi bapak budak... tahniah untuk mak ndah n pak ndah coz dapat cucu pertama...


untuk baby boy... sorry mak long blum dapat g tengok baby lagi... tunggu atuk balik outstation mak long dtg tengok baby k, bawak wan n atuk skali...


pic nie makcu sent kat aku ptg tadi... hehe... comelnye die

Tuesday, July 28, 2009

Suhaila @ My Mom, My Dad n My Lil Sis - Luv all of U

Suhaila...

Tak banyak yang menarik aku rasa tentang diri aku nie... actly aku ni simple je orangnya.. aku tak la banyak ckp sangat pun orangnya.. tapi orang kata peramah.. hehehe.. no kemen.. klu nak tau sape aku sebenar kene tanyer pada kawan2 baik aku. dorang kenal aku saper... dlm artikel 'aku insan bertuah', tengok gambar2 yang tertera kat post tu .. ha.. dorang tu sume kenal saper SUHAILA....

life aku sama je cam orang lain.. isnin hingga jumaat keje... pagi kuar petang baru balik umah.. aku still duk ngan mak n abah... almaklumla orang bujang lagi... hehehe.. tengah tunggu putera raja datang pinang la ni.. baru leh lepas dari jagaan mak ngan abah.. huhu... cuma hujung minggu je aku g study.. actly aku dulu tak nak lagi g study... nak kawin dulu pastu baru nak pk pasal study... jodoh tak ada plak... At last aku pun dah tak tau nak wat aper sabtu n ahad, aku tros apply sambung blaja.. huhu... memula aku sambung study kat Ipoh.. tiap2 minggu aku duk ulang alik ke Ipoh... dekat 2 bulan gak baru aku dapat transfer ke KL... mujur penyelaras aku baik ati uruskan pertukaran aku... Thanks alot Dr Norhazilan... jasamu ku kenang... hehe..

Hidup aku 95% dikelilingi kawan2 yang dah berkeluarga dan punya anak.. kadang2 buat aku rasa tertekan. bleh kata sume kawan2 aku da kawin n sibuk dengan family sendiri.. sometimes rasa bosan, sedey n paling teruk jeles pun ader rasa kekadang tu. erm, mana tak nya.. dulu bila boring n penat2 keje leh calling2 n kuar melepak, skang? nak wat cam ner... masa aku lom sampai... aku tumpang happy bila tengok kawan2 aku bahagia ngan family dorang. aku doakan korang sume berbahagia hingga akhir hayat nanti. hope satu ari nanti aku pun dapat rasa mcm dorang rasa... amiiiiiiiiin...

Bf? orang slalu kata aku memilih... tapi orang sume tak tau..aku tertekan dengan tuduhan yang orang berikan kat aku tu.. aku bukan memilih. aku terima ketentuan yang Allah berikan untuk aku. aku tak pernah pandang rupa, pangkat dan harta.. as long as orang tu jujur n ikhlas terima aku yang ader kelebihan dan kekurangan nie.. tapi bak kata mak aku... orang2 yang aku jumpa sebelum ni tu bukan jodoh aku. sebab tu tak jadi.. mak kata, Allah temukan aku dengan macam2 orang selama ni untuk aku belajar erti kehidupan ni, untuk aku timba banyak pengalaman dalam hidup ni.. klu tak aku tak tau yang hidup ni banyak dugaan dan cabaran. aku tak pernah rasa susahnya kehidupan nie.. so, mungkin semua ni terjadi untuk aku belajar mengatur dan menguruskan perjalanan hidup aku yang masih panjang nie..

Skang aku berkawan ngan someone.. dah dekat 5 bulan aku berkawan.. aku rasa selesa kawan dengan dia. tak ada masalah. cumanya aku sedey coz aku tak berkesempatan nak jumpa dengan dia sangat. weekday sibuk dengan kerja.. weekend aku kene attend class plak.. kene tunggu cuti n klu sanggup korbankan weekday boleh la jumpa.. actly aku tak kisah.. klu nak kuar dinner ke aper ke.. tapi aku faham keadaan dia yang semestinya penat balik kerja. erm, nanti la aku cuba cari masa untuk kami saling mengenali.. aku akan cuba usahakan. kat sini aku nak rakamkan ucapan terima kasih buatnya kerana menghulurkan salam perkenalan pada aku.. really appreciate .. tak pernah aku terfikir terbuka hati untuk berkawan lagi dengan lelaki.. nie sume angkara classmate aku le nie... ( nakal sungguh adik aku yang sorang ni ).. tak tau la apa kesudahan sume nie... hopefully Allah bagi jalan untuk tempuhi sume ni yang aku anggap unik nie.. mana tak nya. berkawan.. tapi tak jumpa.. aku harap Allah bagi aku jalan supaya sume ni terus kekal...

erm, ngantuk la plak aku rasa.. mcm tu la serba sedikit tentang diri aku nie.. kat sini aku nak share ngan kengkawan sume gambar2 aku ngan family aku..nie la tulang belakang kehidupan aku... mak, abah n adik, tanpa mereka aku tak mungkin sekuat dan setabah ini meskipun aku punya teman2 yang cukup memahami aku...erm, yang tak ada lagi.. gambar teman hidup je nie... hahahaha..sape la gerangan orangnya agaknya nie.. aku pun debar2 gak nak tengok tulang rusuk saper aku da curi selama nie... doakan cepat sampai seru k...


Gambar2 aku











Gambar Masa Convo Diploma - 2006
Dari Kiri: Mak, Abah, Adik n Wan


Mak n Wan masa g jenjalan Naik Bot Sungai Melaka. terima kasih kerana membesarkan aku sehingga jadi seperti hari ini.. jasamu tiada tandingan, tak mampu untuk aku balas


Abah ... hahahaha... thanks a lot atas pengorbanan yang dibuat untuk tengok kami berdua ( especially aku ) sentiasa gembira dan ceria dlm kehidupan seharian.


Adik ... masa g bercuti Langkawi ujung tahun lepas

Saturday, July 25, 2009

Kenangan Lalu - JBANS 05-08 / SAINS Jan 09 - Jun 09

Tetiba aku teringat lak kenagan2 sepanjang aku kat JBANS dan SAINS... kat sini la aku memulakan kerjaya aku selepas menamatkan pelajaran.. Aku masuk keje 17 Januari 2005... waktu tu aku tengah wat diploma ( last semester ). Aku punyer excited dapat keje time tu tuhan je yang tau.. maklumla.. klu aku tak salah aku budak pempuan pertama yang dapat keje gov dalam kelas aku dulu...yang len sume keje ngan swasta..macam2 peristiwa suka duka aku tempuh kat sini...( tapi yang banyaknya kenangan manis ler ) hahahaha... aku kan suka buat kecoh kat opis ..klu aku x ader sume orang leh tau.. huhu... tapi sume tu dah tinggal kenangan... aku meninggalkan SAINS pada tanggal 11 Jun 2009...


Aku pergi bukan kerana aku tak suke kat SAINS tu, tapi demi masa depan aku... ni peluang aku nak masuk semula kerajaan meskipun banyak kelebihan yang aku dapat berbanding kerjaya aku sekarang... kerjaya aku 'membesar' di SAINS... aku rindu kenangan2 aku kat SAINS... kat sini aku nak letakkan memori2 yang aku pernah rasa dan antara penglibatan aku sepanjang 4 tahun di JBANS @ SAINS.. ( nie je yg aku jumpa gambar2 die.. aku masukkan mana yang ader je nie ) korang sume takkan aku lupakan... thanks untuk orang2 JBANS @ SAINS yang sentiasa bagi sokongan pada aku... miss u all...









2005












2005 aku masuk2 je keje JBA, Negeri Sembilan Krisis Air..teruk sangat kemarau..tahun tu kitorang tak der wat program sangat coz sume sibuk .Ujung tahun baru wat program.
Ni gambar masa JTJAD. Bulan Disember 2005 . Negeri Sembilan Jadi Tuan Rumah.
Aku jadi urusetia Sukan... uruskan untuk Tournament Golf - Seremban 3






2006







Ni kalau tak silap aku pic masa kitorang g kursus bekalan air untuk staff2 teknikal baru JBANS kat Port Dickson. Aku jadi peserta merangkap urusetia.. hehehehe.. nie pic aku bagi cenderahati pada Pn Rohana ( penceramah yang kami undang ) semperna jamuan makan BBQ masa mlm last kat situ.








Nie korang tengok pun tau.. hahaha.. pic masa jamuan hari raya tahun 2006 tu.. kitorang masak sendiri... bagi2 kerja ikut daerah .. Aku seperti biasa antara orang yang sibuk n suka buat2 sibuk kacau orang... hahahahaha... tu pic aku tengah kupas bawang... nak masak kari daging lembu...





Nie la tugas aku sepanjang tahun 2006.. Aku kene ganti Pegawai Perhubungan Awam ( Mr Muniandy ) yang pencen... so, aku ambik alih jadi Pegawai Perhubungan Awam JBANS. Nie pic aper lagi... komplen tak der air la nie.. hahaha.. da seminggu dorang tak dapat air.. tu pic bos aku ( pakai baju putih bertopi ) tengah soal siasat TA2 Daerah Seremban... aper tindakan yang dorang buat... hehehehe... aku dok dengar je la... tak nampak tu... siap pakai baju kurung ngan kasut tumit tinggi lagi... ( mana aku tau jadi cam nie, aku pakai le baju kurung coz pagi tu aku ader meeting sistem aduan awam kat SUK... hehehe )





Nie pic aku masa SAKAN WISMA NEGERI.. aku mcm biasa la involve dengan bola jaring n badminton je.. menang nye tak.. yang penting amik gambar dulu..

2007


Nie plak pic masa kat tunku jaafar golf club.. lawan persahabatan ngan Hatimuda Sdn Bhd..dah penat2 gaduh time keje, nie la cara nak berbaik2 balik... aku main Mix ngan best pren aku nie Usop @ Mamat si gunjai... haha.. sorry mamat, lama tak gurau ngan ko... klu ko tengok pic nie mesti ko gelak bahak2 gak.. kwang kwang kwang... :-p


aku suka n rindu time ni.. kitorang satu bahagian g bercuti ke Langkawi.. masa ni kami sume pakat sewa satu bas n g bercuti.. letih sangat keje ... mana tak nyer .. duk stabilkan n penuhkan smula empangan sepanjang 2 tahun... at last.. dah tak der keje sangat... bos kata kite set satu tarikh n g bercuti.. huhu... aku la yang paling bahagia... memang kegemaran aku nie g jalan2..
( dari kiri : Abg Khidir, Aku, Kak KK, Abg Amran n My Bos 'En Zul' )



Sekali lagi buat jamuan raya masak2 sendiri... huhu.. cam biasa la.. aku mana ada buat keje.. duk memekak kacau orang... sana sini ... last2 duk siap2kan kelengkapan untuk masak... hehehe... tapi aku suke... time mcm ni tak kira dah... sume berkumpul tak kira pangkat ... rasa mesra sangat.. n ni la tujuan sebenar big bos kami buat cara cam ni.. masak sendiri... supaya tak ada rasa jurang antara bos ngan anak buah

2008

Ni pic peserta Bengkel Standard Operation Prosedure Bagi Pengurusan Sistem Bekalan Air JBANS.... tu la barisan2 orang harapan JBANS..



Ni pic masa karnival sukan JBANS buat kat Komplek Rakan Muda K.Pilah...

gambar ni diambil masa Tunnel Borring Machine ni baru je sampai. Consultant kami suh amik gambar dulu sebelum mechine ni mulakan operasi
( Dari kiri : Abg Mad Nor, Kak Liza n Aku.. thanks Abg Mad Nor slalu anta kitorang g site )


Gambar ni diambil masa pelancaran Skim bekalan air Triang... barisan pegawai2 JBANS bergambar kenang2an sebelum operasi dimulakan... sayangnya aku tak sempat nak tengok tunnel ni siap 12km.. masa aku tinggalkan tunnel ni baru je 7km lebih.. harap2 k.liza bagi kebenaran kat aku nak masuk tengok bile da siap nanti... boleh ek k.liza? hehehe

Ni la khidmat terakhir aku dalam menganjurkan majlis atau program untuk Jabatan.. Pic ni masa Dinner 2008. Semperna penutup Jabatan Bekalan Air N.Sembilan dan Pembukaan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd. ni antara barisan urusetia.. kan sama je baju kami tu.. hehehe... tapi sesat plak si macho sorang tu.. sebuk nak masuk skali orang amik gambar...
ni la serba sedikit perjalanan hidup aku sepanjang kat JBANS @ SAINS.... banyak g gambar tak dapat nak upload.. tak jumpa.. lagipun nanti letih pulak orang nak tengok satu2.... apapun aku tetap tak kan lupakan kenangan2 aku kat sana.. rindu nak keje mcm kerja lama aku... tapi apakan daya.. tentu ader hikmah setiap sesuatu yang berlaku atas diri kite... aku percaya pada ketentuan-Nya..