Saturday, July 25, 2009

Kenangan Lalu - JBANS 05-08 / SAINS Jan 09 - Jun 09

Tetiba aku teringat lak kenagan2 sepanjang aku kat JBANS dan SAINS... kat sini la aku memulakan kerjaya aku selepas menamatkan pelajaran.. Aku masuk keje 17 Januari 2005... waktu tu aku tengah wat diploma ( last semester ). Aku punyer excited dapat keje time tu tuhan je yang tau.. maklumla.. klu aku tak salah aku budak pempuan pertama yang dapat keje gov dalam kelas aku dulu...yang len sume keje ngan swasta..macam2 peristiwa suka duka aku tempuh kat sini...( tapi yang banyaknya kenangan manis ler ) hahahaha... aku kan suka buat kecoh kat opis ..klu aku x ader sume orang leh tau.. huhu... tapi sume tu dah tinggal kenangan... aku meninggalkan SAINS pada tanggal 11 Jun 2009...


Aku pergi bukan kerana aku tak suke kat SAINS tu, tapi demi masa depan aku... ni peluang aku nak masuk semula kerajaan meskipun banyak kelebihan yang aku dapat berbanding kerjaya aku sekarang... kerjaya aku 'membesar' di SAINS... aku rindu kenangan2 aku kat SAINS... kat sini aku nak letakkan memori2 yang aku pernah rasa dan antara penglibatan aku sepanjang 4 tahun di JBANS @ SAINS.. ( nie je yg aku jumpa gambar2 die.. aku masukkan mana yang ader je nie ) korang sume takkan aku lupakan... thanks untuk orang2 JBANS @ SAINS yang sentiasa bagi sokongan pada aku... miss u all...









2005












2005 aku masuk2 je keje JBA, Negeri Sembilan Krisis Air..teruk sangat kemarau..tahun tu kitorang tak der wat program sangat coz sume sibuk .Ujung tahun baru wat program.
Ni gambar masa JTJAD. Bulan Disember 2005 . Negeri Sembilan Jadi Tuan Rumah.
Aku jadi urusetia Sukan... uruskan untuk Tournament Golf - Seremban 3






2006







Ni kalau tak silap aku pic masa kitorang g kursus bekalan air untuk staff2 teknikal baru JBANS kat Port Dickson. Aku jadi peserta merangkap urusetia.. hehehehe.. nie pic aku bagi cenderahati pada Pn Rohana ( penceramah yang kami undang ) semperna jamuan makan BBQ masa mlm last kat situ.








Nie korang tengok pun tau.. hahaha.. pic masa jamuan hari raya tahun 2006 tu.. kitorang masak sendiri... bagi2 kerja ikut daerah .. Aku seperti biasa antara orang yang sibuk n suka buat2 sibuk kacau orang... hahahahaha... tu pic aku tengah kupas bawang... nak masak kari daging lembu...





Nie la tugas aku sepanjang tahun 2006.. Aku kene ganti Pegawai Perhubungan Awam ( Mr Muniandy ) yang pencen... so, aku ambik alih jadi Pegawai Perhubungan Awam JBANS. Nie pic aper lagi... komplen tak der air la nie.. hahaha.. da seminggu dorang tak dapat air.. tu pic bos aku ( pakai baju putih bertopi ) tengah soal siasat TA2 Daerah Seremban... aper tindakan yang dorang buat... hehehehe... aku dok dengar je la... tak nampak tu... siap pakai baju kurung ngan kasut tumit tinggi lagi... ( mana aku tau jadi cam nie, aku pakai le baju kurung coz pagi tu aku ader meeting sistem aduan awam kat SUK... hehehe )





Nie pic aku masa SAKAN WISMA NEGERI.. aku mcm biasa la involve dengan bola jaring n badminton je.. menang nye tak.. yang penting amik gambar dulu..

2007


Nie plak pic masa kat tunku jaafar golf club.. lawan persahabatan ngan Hatimuda Sdn Bhd..dah penat2 gaduh time keje, nie la cara nak berbaik2 balik... aku main Mix ngan best pren aku nie Usop @ Mamat si gunjai... haha.. sorry mamat, lama tak gurau ngan ko... klu ko tengok pic nie mesti ko gelak bahak2 gak.. kwang kwang kwang... :-p


aku suka n rindu time ni.. kitorang satu bahagian g bercuti ke Langkawi.. masa ni kami sume pakat sewa satu bas n g bercuti.. letih sangat keje ... mana tak nyer .. duk stabilkan n penuhkan smula empangan sepanjang 2 tahun... at last.. dah tak der keje sangat... bos kata kite set satu tarikh n g bercuti.. huhu... aku la yang paling bahagia... memang kegemaran aku nie g jalan2..
( dari kiri : Abg Khidir, Aku, Kak KK, Abg Amran n My Bos 'En Zul' )



Sekali lagi buat jamuan raya masak2 sendiri... huhu.. cam biasa la.. aku mana ada buat keje.. duk memekak kacau orang... sana sini ... last2 duk siap2kan kelengkapan untuk masak... hehehe... tapi aku suke... time mcm ni tak kira dah... sume berkumpul tak kira pangkat ... rasa mesra sangat.. n ni la tujuan sebenar big bos kami buat cara cam ni.. masak sendiri... supaya tak ada rasa jurang antara bos ngan anak buah

2008

Ni pic peserta Bengkel Standard Operation Prosedure Bagi Pengurusan Sistem Bekalan Air JBANS.... tu la barisan2 orang harapan JBANS..



Ni pic masa karnival sukan JBANS buat kat Komplek Rakan Muda K.Pilah...

gambar ni diambil masa Tunnel Borring Machine ni baru je sampai. Consultant kami suh amik gambar dulu sebelum mechine ni mulakan operasi
( Dari kiri : Abg Mad Nor, Kak Liza n Aku.. thanks Abg Mad Nor slalu anta kitorang g site )


Gambar ni diambil masa pelancaran Skim bekalan air Triang... barisan pegawai2 JBANS bergambar kenang2an sebelum operasi dimulakan... sayangnya aku tak sempat nak tengok tunnel ni siap 12km.. masa aku tinggalkan tunnel ni baru je 7km lebih.. harap2 k.liza bagi kebenaran kat aku nak masuk tengok bile da siap nanti... boleh ek k.liza? hehehe

Ni la khidmat terakhir aku dalam menganjurkan majlis atau program untuk Jabatan.. Pic ni masa Dinner 2008. Semperna penutup Jabatan Bekalan Air N.Sembilan dan Pembukaan Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn Bhd. ni antara barisan urusetia.. kan sama je baju kami tu.. hehehe... tapi sesat plak si macho sorang tu.. sebuk nak masuk skali orang amik gambar...
ni la serba sedikit perjalanan hidup aku sepanjang kat JBANS @ SAINS.... banyak g gambar tak dapat nak upload.. tak jumpa.. lagipun nanti letih pulak orang nak tengok satu2.... apapun aku tetap tak kan lupakan kenangan2 aku kat sana.. rindu nak keje mcm kerja lama aku... tapi apakan daya.. tentu ader hikmah setiap sesuatu yang berlaku atas diri kite... aku percaya pada ketentuan-Nya..

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.