Tuesday, April 27, 2010

Pulau Langkawi 27 April - 30 April 2010

salam,


alhamdulillah,
Aku selamat mendarat di Lapangan Terbang Langkawi jam 12.oo tghari tadi,
lepas perjalanan yang agak menggerunkan kerana cuaca kurang baik..
awan tebal harini tadi buat aku rasa risau juga seketika sebaik dengar
pengumuman cuaca kurang baik dari crew yang terlibat.

skang aku tengah berehat
program mula malam nanti
so, kami semua berehat saja di bilik menunggu taklimat mula malam nanti
tak tau aper nak buat, dalam bilik seorang diri tak der member nak borak
tengok tv sambil surf internet...
nak tido mata tak ngantuk pulak...

duk sorang2 mula teringat kat orang2 tersayang dalam hidup ni.
harap semuanya dalam keadaan sehat hendaknya.
kepada sidia, moga sehat sepenuhnya,
doa dikirimkan dari jauh moga sentiasa dalam keadaan sihat dan selamat.
moga ceria menjalankan tugas setiap hari.

okla, nak stop dulu...
nak rehat jap .. (cube untuk lelapkan mata.. hehe )

Alhamdulillah.... Keputusan yang mengembirakan semester ni

salam,


alhamdulillah, lega rasa hati aku
keputusan 2 paper da keluar
semester ni aku rasa ader satu perubahan yg agak besar
selalu result aku tak berapa ok
tapi tidak kali ni
sem ni keputusan aku mampu buat aku berpuas hati
syukur alhamdulillah,
terima kasih juga kepada insan2 sekeliling yg sentiasa memberi semangat
terima kasih semua.
tinggal lagi 2 paper yang belum keluar..
harap2 keputusannya lagi cemerlang dari yang sedia ada :-)

Wednesday, April 21, 2010

Berakhir sudah semester ini...

salam,

erm, leganya rasa da habis semua paper..
paper last petang tadi geoteknik 1
rasa lapang dada ni dan boleh rehat nampaknya..

skang ni hanya nak tumpu pada kerja je
next week nak ke Langkawi seminggu..
harap semua persiapan berjalan lancar
esok ada persiapan terakhir untuk edit garispanduan
yang nak dibawa dalam bengkel nanti
harap sumer berjalan lancar esok..

jumaat aku nak cuti,
nak uruskan kuarters dan g ambik kunci
pastu boleh buat persiapan untuk lengkapkan rumah
sedikit demi sedikit..

Monday, April 19, 2010

Salam

salam dan selamat malam semua..
erm, mlm ni aku nak mengomel jap
ambil sikit waktu..

actly paper final aku sem ni tinggal lagi satu jer
pada 21hb April ni.. 2.30 petang
pastu aku da bleh rehat sepenuhnya
klu tak pun aku memang sentiasa rehat je..
kiranya tak der la aku kene bukak buku wat beberapa waktu

next week seminggu aku akan ke Langkawi
ader bengkel garis panduan kat sana
erm, klu ikutkan hati memang berat rasa nak pergi
tapi kerana tugas, aku perlu hadirkan diri
da dapat surat perlantikan sebagai fasilitator, so tak bleh lari
ader tanggungjawab nak kene settlekan..

harapnya mak sehat semula seperti sediakala
masa aku nak ke Langkawi nanti
risau gak...
time tu abah pun tak ada..
abah perlu ke Sarawak dan aku ke Langkawi
tinggal mak n adik jer..
seminggu dua ni mak tak berapa sehat
cuaca yang tak menentu ni buat mak kurang sehat..
moga mak sembuh cepat

cuti belajar pun da hampir tamat
masih ada perancangan cuti aku yang tak terlaksana
nak buat mcm mana kan
ada benda yang kita rancang dan cuba aturkan
kadang2 tak dapat nak dilaksanakan
harap akan ada waktu untuk semua tu terlaksana..

okla.. sampai sini dulu
jumpa lagi...

Thursday, April 8, 2010

Maafkan saya....

More SORRY graphics

Hari Penuh Emosi

actly da jam 7 petang..
tapi aku rasa tak der mood sangat dari pagi tadi..
tak tau nak luahkan kat saper..
better untuk aku luahkan kat sini..
at least leh buat aku tenang skit...

actly dari pagi tadi mood aku tak berapa baik
rasa nak menangis jer rasanya...
tapi nak buat aper? bukan dapat selesai masalah pun
lagipun aku baru rasa tak tenang, belum ditimpa masalah macam kawan2 yang lain
cumanya aku tak der mood jer...

on d way g keje aku layankan jer perasaan aku...
tak bercakap... aku cube lelapkan mata,
tapi tak leh jugak
mujur arini eyta yang bawak kereta..
so, aku buat2 lelap...
yang sebenarnya kepala aku berfikir jer.. bukan pun tidur
mungkin eyta rasa aku tidur sebab aku pejamkan mata ..


mencari apa penyebab aku rasa begini?
aku rasa down sangat
mcm nak keluar je air mata aku ni...
tapi aku tahan, aku kuatkan semangat aku..
aku berdoa jer moga Allah berikan aku kekuatan
bila aku kenangkan sahabat aku, aku rasa aku lagi beruntung darinya..
aku kembali kuat semangat..

Sampai pejabat,
aku terus capai aper2 surat/ kerja yang diberikan semalam
aku cuti semalam sebab aku ader paper petang semalam
belek2 surat then bila Dura sampai, aku g beli breakfast
lepas bfast aku mula mengadap PC...
ruapanya belum tenang lagi emosi aku arini..
aku tahan dan kawal emosi sedih aku.. diam sahaja
salah seorang kawan tegur aku, naper senyap jer pagi ni?
'mood kurang baik' jawabku sambil melemparkan senyuman.

aku teruskan kerja walaupun mood tak ada..
selesaikan semua kerja yang diberikan..
sampaila hampir dekat kul satu, one of my bos ajak g beli makanan
then aku, Dura n Cik Fizah lunch samer2 kat opis sambil berborak...
aku rasa lebih ok lepas lunch..

petang,
solat zohor, teruskan kerja untuk siapkan paperwork untuk buat MOU
jam pun hampir ke pukul 4 petang...
tak sedar da hampir tiba waktu balik...
selesaikan semua kerja then aku bersiap untuk balik...
sampai rumah aku terus tidur...
hampir sejam aku dapat lelapkan mata...
skang baru aku rasa better...
hope hari esok aku akan kembali ceria seperti selalu...

okla... sehingga bertemu lagi...

Moga Kau Tabah Sahabatku..

salam,


Semalam aku balik dari exam, on d way balik kawan aku call menangis2
ada masalah katanya n perlukan aku saat tu jugak
aku tunaikan permintaannya
sungguh aku simpati dengan nasib yang menimpa sahabatku
perkahwinan yang dibina selama 3 tahun lalu sedang dilanda masalah
masalah yang aku rasa semua orang akan tempuh..
aku sendiri tak dapat nak cakap apa masa mendengar setiap baris yang keluar dari mulutnya..
setiap titik air matanya yang keluar buat aku mengerti penderitaan yang dialaminya..
Aku tidak boleh masuk campur urusan keluarganya
yang mampu aku lakukan hanya meminta ia bertenang dan kuat semangat menghadapi semua ini..
Moga Allah berikan dia kekuatan dan jalan yang terbaik untuk menyelesaikan masalahnya..

bergenang air mata aku bila teringatkan sahabatku..
mana taknya, dugaan yang diterimanya itu aku rasa tidak setimpal dengan kebaikannya
Ya Allah, Engkau ampunkanlah dosa sahabatku andai semua yang terjadi padanya adalah kerana kesilapan dan dosa yang mungkin tidak disedarinya..

Aku sentiasa mendoakanmu... sahabatku...

Monday, April 5, 2010

Lama Rasanya Tak Menulis di Blog

salam semua..

rasanya lama aku tak mengomel di sini
sibuk dengan kerja yang sebetulnya..
bila balik rumah tak nak fikir pasal kerja lagi
rehat, borak2 dengan family, selesaikan aper2 yg patut then masuk tidur
itula cara aku rehatkan minda yang serabut seharian bekerja di pejabat :-)

dua tiga minggu ni aku rasa rileks skit coz aku tak der kelas
skang time cuti aku sabtu n ahad
rasa seronok sangat tak perlu g kelas..
moga aku dapat penuhi cuti ni dengan perkara2 yang mengembirakan aku
lama cuti ni... rasa lega sangat
selama ni jarang dapat cuti lama mcm nie..


semalam je sibuk skit
seharian sibuk sebab mengantar pakcik bertunang
erm, walaupun tak jauh mana(kat area seremban gak )
tapi letihnya tu macam jauh perjalanan
seronok rasa dapat kumpul ramai2 dengan family..
ader gak sedara mara yang lama tak jumpa
especially anak buah baru aku Mohd Nor Ilham...
aritu aku tengok dia baru lahir
semalam jumpa da tembam da... tak sangka da 3 bulan umurnya
rasa cam baru je g tengok dia lahir...
hehehehe..

aper lagi nak cerita?
life aku....
life aku cam ni je la... cuma skarang aku rasa lebih tenang
aku lebih yakin pada diri aku sekarang berbanding dulu
Moga Allah berikan aku kebahagiaan yang aku cari selama ni..
Syukur atas apa yang telah Allah kurniakan pada aku hari ni
Harap semuanya berkekalan sehingga akhir hayat aku..
Moga hari2 mendatang akan lebih baik dari hari2 yang telah dilalui sebelum ini...
Moga Allah sentiasa bersama aku..
Insyaallah...........

okla..
rasanya sampai sini dahulu
lain kali cerita lagi....