Thursday, July 14, 2011

Salam

Salam dan selamat pagi
hari yang mendung diawal pagi
dan hujan dibeberapa tempat sepanjang perjalanan saya ke pejabat pagi ini

harini seawal pagi sudah bangun
menghantar en suami ke KLIA nak ke Sarawak
cuaca sejuk pagi ditambah dengan angin yang agak kuat
hantar en suami, saya meneruskan perjalanan ke tempat kerja
on the way hujan lebat di highway ELITE
terpaksa perlahankan kenderaan
Sampai di KL, Hari belum hujan, tapi sudah gelap
nak hujan lebat rasanya..
dan sehingga sekarang cuaca di luar mendung sahaja..
saya di dalam opis ni kesejukannn.. oh tidak...
walaupun jam sudah menunjukkan hampir ke jam 12.00 tgh. huhu

Wednesday, July 13, 2011

Transformers?????

korang sume da tengok?
mesti da lama pi tengok kan? huhu
tinggal aku je tak berkesempatan nak pi tgk lagi
sibuk jer manjang.. balik kerja da malam
tak sempat nak ke panggung wayang.

ari sabtu lepas saya dan en suami balik kampung
ader 2 kenduri di rumah mak long saya dan mak cik en suami
lepas kenduri dan menghantar ibu mertua pulang,
kami balik ke Seremban (rindu dengan si Upin saya)
on the way balik teragak nak pegi tengok transformers
dah setelah berbincang dengan en suami,
persetujuan dibuat untuk pergi menonton bertiga bersama adikku yg sorang
gembira sungguh la si adik biler diajak menonton wayang ni..
memang ditunggu2nya pelawaan kami tu.. da paham sangat dengan perangainya..
sampai di JUSCO seremban 2, saya pun turunla untuk membeli tiket
cadangnya lepas makan malam nanti nak keluar la bertiga..

Apa jadi?????
semua tiket haritu SOLD OUT..3D pun habis dijual
adusssssssss.. keciwaaaaaa..
hancur harapan untuk keluar menonton transformers..
pulang dengan sedikit kecewa sebab tak dapat tengok transformers..
at last, lepas makan malam
saya keluar menemani en suami shooping :-)
hehehehehe..

sampai ke saat ni belum berkesempatan nak tengok transformers..huhu

Cepat ke McD... Promotion Last Harini..

Salam dan selamat pagi

korang sume dah pergi McD belum?
harini last untuk promotion Buy 1 Get 1 Free (Double Cheese Burger)
saya sudah dapatkannya semalam untuk En Suami
balik kerja petang semalam saya ikut highway Sg Besi dan berhenti di Drive Thru sebelum Tol Sungai Besi.. hehehe
Klu korang sume belum dapatkan lagi...
Apa kata korang save kupon ni then print out n pegi ke McD...
hehehehe...

Thursday, July 7, 2011

Sayu Rasa Hati Ini...

salam..

lama tidak meng update blog..
sibuk dengan kerja di pejabat
urusan kerja harian dan persiapan untuk pindah pejabat baru di Putrajaya
sebentar tadi, saya mencuri sedikit masa untuk memblogging
tapi...
terhenti seketika apabila membaca blog milik one of my best pren.. 'Miss Aini'.. Sesungguhnya saya tidak tahu dalam kegembiraan saya, rupanya sahabat saya seorang ni berada dalam kesedihan.
saya sempat berjumpa sebentar dengannya masa hari perkahwinan saya
namun tidak sempat untuk berborak ..
sekali pandang saya nampak dia ok ..
rupanya...... sahabat saya penuh dengan perasaan sayu dan sedih sekarang ini.

kepada Cik Aini...
saya sudah membaca blog kamu
saya dapat rasakan keperitan yang kamu rasai
malah saya yakin kami rasa perit yang lebih kuat dari saya cuba rasai

Cik Aini..
sesungguhnya dugaan itu bukan kesukaran hidup yang Allah berikan pada kamuu
Dugaan itu datang untuk memberi kamu lebih kekuatan dan ketabahan
Jangan kamu tangisi yang telah pergi..
Allah lebih menyayangi arwah.. kamu mesti yakin pada itu..
Saya tau beratnya rasa yang kamu tanggung
Tapi itu semua tidak bermakna hidup kamu perlu dalam kesedihan
yang telah pergi relakanlah kepemergiaannya..
Yang belum jumpa... sampai masa akan datang kepada kamu
percayalah pada kata2 saya... saya telah merasai keperitan kerana cinta
dan akhirnya... Kalau ketentuan Tuhan.. akan datang juga kebahagiaan itu..
saya sudah merasai dan menempuhnya.. Alhamdulillah...
Sabarlah dan terus berdoa ya sahabatku..
InsyaALLAH.. sampai masa n ketikanya kamu akan temui insan yang dinanti:-)
kamu perlu teruskan hidup kamu, Cita-cita kamu (termasuk harapan arwah untuk meliht kamu menjadi pendidik sepertinya)
Saat itu semakin hampir..
saya doakan kejayaan kamu.. Kamu teruskan apa yang kamu lakukan sekarang.
Mulia sungguh pekerjaan sebagai seorang pendidik..
Arwah tentu gembira dengan keputusan kamu
saya juga turut gembira..

Cik Aini...
Apapun saya cuma nak katakan satu...
Kuatkan semangat, tabah dan cekalkan hati demi masa depan kamu
Semoga kejayaan mengiringi setiap langkah kamu..
InsyaAllah.....

Salam sayang buat kamu dari saya..
p/s : Thanks coz sudi hadirkan diri ke majlis perkahwinan saya tempohari walaupun saya tau kamu terlulu sibuk hari itu.. LOL..

.... ALong.....