Tuesday, March 29, 2011

Siapa Pernah Jumpa? Hahaha

Hahahahha
saper pernah jumpa seperti dalam gambar kat bawah?
Makan keropok cicah dengan air teh
tetiba opis saya jadi kecoh dek kerana saya
heheheheehe
ye ke korang sume tak pernah jumpa orang minum teh cicah dengan keropok?
tu antara kegemaran saya... huhu
saya telah dinobatkan sebagai orang yang pelik apabila bertindak sedemikian..
picture ni diambil masa jamuan majlis perpisahan salah seorang bos di pejabat saya
saya makan keropok cicah dengan air teh.. sedap tau..
cube korang sume buat plak.. mesti tak rasa pelik.. hehe


Sepetang di Taman Saujana Hijau

Salam dan selamat malam semua..
mmmm,malam ni rajin la pulak nak mengomel kat blog..
agaknya sebab dah berkilometer jalan petang tadi kot
malam ni saya nak citer pasal pegi jalan2 petang tadi
balik kerja petang tadi saya ke Taman Saujana Hijau
bersama kakak opis saya yang tinggal dekat ngan umah saya
konon2 nya nak g jogging da... tapi pancit di tengah jalan,
so, jalan je la nampaknya... rasanya harini berjalan ada 5km kot.
panjat bukit, turun bukit.. sampai tersesat kerana keletihan..
sesat nak cari jalan pulang.. hahahaha.. lawak je kan.
selalu saya pandang je taman tu dari rumah saya
akhirnya harini kak mizan bawak saya ambil angin petang ke sana
dia selalu pegi dengan housemate nya
permandangan nya cantik..
tapi saya tak larat nak habiskan satu pusingan
besar n luas sangat kawasannya
yang paling best saya dapat tengok permandangan umah saya dari atas bukit itu.. jom layan gambar umah saya yang sempat saya snap dalam termengah2 tadi dari atas bukit kat Taman Saujana Hijau.. hehehe





Biler tekak dah mula rasa perit

salam dan selamat pagi
hari ni badan saya rasa kurang sihat
tekak saya perit sejak semalam
bercakap pun suara dah mula nak serak
mmm..
mintak2 jangan melarat la hendaknya
saya ada banyak kerja nak buat
kalau saya demam, banyak kerja yang tertangguh nanti
so, kene minum air suam banyak2
kalau tak nanti badan rasa lesu

Monday, March 28, 2011

Macam Menarik Jer..

salam dan selamat pagi :-)
hari Isnin memang susah nak mulakan kerja
kena cari mood dulu, baru bole buat kerja. hehehehe..(cam tu lak kan?)
saya pun godek la PC yang ada depan mata ni,
godek punyer godek PC, mata saya tertarik dengan perkataan ini
'Take a tour of E7'
mmmmmmm...
macam menarik jer kalau beli yang ni.. ???

Friday, March 25, 2011

Cerita tentang persiapan???

Citer tentang persiapan saya???
masanya sudah semakin hampir
berapa % kah persiapan telah dibuat?
mmmmm...
Fasa pertama persiapan yang besar2 semua telah diaturkan
sekarang telah masuk ke Fasa kedua
Ada satu lagi Fasa sebelum majlis berlangsung
nampaknya saya akan semakin sibuk
tidak boleh leka dan berlengah2 lagi
kesempatan yang datang perlu dipenuhi
dengan persiapan demi persiapan..
Apapun dan walau sibuk manapun
saya perlu senyum setiap hari
baru kelihatan muda kot? :-p
hehehe...

Jumaat Menjelma Lagi

Salam dan selamat pagi
Sekejap je dah sampai hari Jumaat
terasa begitu pantasnya masa ni berlalu tinggalkan kite

harini tak der apa aktiviti
cuma petang je ada Perjumpaan dengan Datuk KP dan Taklimat Dokumen Terperingkat
ermmm.. kul 3.00pm sampai 5.00pm pulak..
mesti jalan jammed nak balik nanti
Mujur saya dah siap packing n bawak barang2 untuk balik kampung
lepas kerja boleh cabut terus balik Seremban.. huhu

Opis saya sejuk lagi
rasa semakin hari semakin sejuk
cuaca pulak hujan je kat luar tu dalam seminggu ni
tangan dah rasa macam ais..cuma tak beku jer
saya jadi tak berapa sihat dibuatnya
semalam balik kerja rasa demam
telan panadol then lelapkan mata
bangun rasa ringan sikit..

hati ni rasa nak mengomel kat blog
tapi nak cerita apa yer?
mmmmm.. cube fikir kejap apa nak cite..
x per, kite jumpa di lain entry
sementara tunggu saya cari cerita untuk dikongsi.. hehe

Wednesday, March 23, 2011

Sarapan Pagi Bersama McD Bfast Set...

Salam dan selamat pagi semua..
mmmmmm... korang sarapan apa pagi ni?
saya sarapan McD bersama rakan2 opis
sajer nak test kupon percuma yang salah sorang officemate dapat kat email
huhuhuhu...
berjaya......
cumer berbelanja RM5 minima beli apa2.. boleh dapat 2 set bfast percuma bernilai RM13.80 klu tak silap...
korang nak try?
cube korang print picture kat bawah ni n amik kupon tu ye..

Tuesday, March 22, 2011

Siap juga Dokumen Sebutharga Saya

dah beberapa hari saya tak jenguk blog ni
sibuk skit dengan kerja
mengadap PC untuk siapkan document sebutharga
alhamdulillah,
semalam semua dah selamat ke unit perolehan
tunggu masa untuk diiklankan..
lega rasa hati ni..
satu SKT untuk tahun ni dah lepas.. hehe

sekarang ni..
saya ada satu masalah..
PC saya dah bengong.. tidakkkkkkk..
habis network orang lain masuk kat PC saya..
banyak dokumen dalam PC ini..
at last..
semalam kirim pada member beli external hard disc kat low yat.
pagi ni nak transfer, x boleh la pulak
kene install dan log in as administrator...
mmmmmm.. terpaksa panggil Orang Unit ICT untuk install dan log in
sesambil tunggu tech ICT ni sampai...
ni yang saya menggodek blog ni...
cepat la sampai harapnya dik.. akak risau PC ni meragam
sebelum ni dah banyak PC meragam kat opis
hanya PC saya je yang belum buat hal lagi
tu yang menambahkan kerisauan saya...
Dokumen nya dah tak tertanpung oleh pendrive..
mmmmmmmm...

Thursday, March 17, 2011

Rehat Sebentar... Mata sudah semakin mengecil

Salam dan selamat pagi..
dari pagi tadi sibuk mengadap pc siapkan kerja
saya perlu siapkan dokumen sebutharga untuk perkhidmatan percetakan ini dalam minggu ni
sebab x nak fikir pasal dokumen ni lagi minggu depan.
Semalam dah start buat.. so, skang ni tinggal lagi 10% untuk siap
harapnya menjelang petang ni semua dokumen ni boleh settle..
next week tak der lagi nak sentuh dokumen sebutharga
bleh tumpu pada yang lain plak
nanti biler2 masa unit perolehan mintak. dokumen dah tersedia..

skang ni berhenti rehat jap..
berpinar mata ni dari pagi tadi...
patutla rasa mata ni dah semakin mengecil..
rupanya jam dah pukul 11.00 pagi..huhu
so, perlu rehat sebentar.
rehat sambil mengomel kat blog ni..

kat kepala ni walaupun buat kerja
sambil2 tak lepas dari memikirkan tentang persiapan
persiapan, persiapan dan persiapan
Sekarang rasanya dah tak der yang nak dirisaukan lagi
Tempat, Menu, Pelamin, Doorgift, make up dan fotografi dah diconfirmkan
Kad Jemputan pun En Tunang dah cari yang baru semalam.
Hope harini En Tunang ada masa terluang untuk pergi tempah.
Sekarang saya rasa lega... :-)
Tinggal persiapan kecil2 sahaja yang belum dibuat lagi..
Harap semuanya berjalan dengan lancar dan kami diberi kesihatan untuk meneruskan persiapan majlis kami nanti... InsyaALLAH...

okla... nanti kite sambung cerita lagi
saya nak teruskan lagi sikit untuk siapkan dokumen sebutharga ini.
walau sibuk mana sekalipun yang penting...
Kite perlu senyum.......

Wednesday, March 16, 2011

2nd Anniversary

Salam
Harini, 16 Mac 2011..
Ulangtahun perkenalan saya yang ke-2 bersama En. Tunang..
Semoga hubungan ini terus berkekalan hingga akhir hayat kami
Kepada En. Tunang, terima kasih atas segalanya :-)

Tuesday, March 15, 2011

Sudah Sampai Masanya..

salam dan selamat pagi semua
tak der cerita menarik nak cerita pagi ni
maybe idea tak datang atau saya yang seolah dalam kebingungan
sekarang masa untuk bangun dan lakukan persiapan
masa tak tunggu kite malah berlalu dengan pantas meninggalkan kite
oh tidakkk... tinggal 80 hari sahaja lagi
saya perlu bertindak dengan pantas sekarang
sekarang bukan masa untuk saya buat kerja sambil rileks
nanti tak cukup masa
banyak lagi persiapan yang perlu saya selesaikan dalam masa 2 bulan ni..
ada keje skit..
nanti saya sambung mengomel lagi yer...

Monday, March 14, 2011

Petua Terus Dari Dapur

Selamat petang..
Jom saya kongsikan petua terus dari dapur anda yang saya dapat dari majalah rapi keluaran terbaru..hehe

Pupur Lobak Merah
(bagus untuk anti penuaan)

Bahan:
Sebiji lobak merah
satu sudu minyak badam
lima titis esen minyak bunga jasmin

Cara:
Parut lobak merah dan perah sehingga dapat airnya. Gaul dengan minyak badam dan minyak esen. setelah sebati, sapukan campuran ini ke wajah dan biarkan selama 10 hingga 15 minit. Cuci bersih dengan air suam..

Nanti saya bagi petua yang lain sebab...
sekarang ni time to go home...
da kul 4.30pm..
cuaca dah mendung
sebelum hujan turun, baik siap2 untuk pulang
nanti jalan jammed........
hehe.. tata

Salam dan Selamat Pagi

:-)
Pagi ni saya dari kampung..
Petang semalam tak balik putrajaya sebab dah malam
semalam program sehari bersama keluarga bakal mertua
1st time keluar bersama keluarga En Tunang..
Alhamdulillah,
saya rasa selesa dengan keluarganya.. :-)
Thanks to En Tunang
Semoga perhubungan yang terjalin ini bertambah erat dan berkekalan selamanya...
InsyaALLAH...

Friday, March 11, 2011

Now Showing........ Apa yang best ek?

Rasanya minggu ni ada banyak filem baru kat panggung..
Best jugak kalau dapat layan salah satu citer hujung2 minggu ni?
Tapi minggu ni nampak macam sibuk sedikit la..
Jom tengok antara cerita2 yang saya agak menarik untuk ditonton...

1. Hikayat Merong Mahawangsa
2. 127 Hour
3. Big Mommas: Like Father Like Son
4. Rango

So, kepada yang ada kelapangan hujung2 minggu boleh layan citer kat panggung bersama keluarga dan insan tersayang.. huhu

Jalan Tunku Abdul Rahman

Ermmmmmmm
ni la aktiviti saya tengahari tadi
start kereta ke Jalan TAR bersama office mate
niat di hati nak pergi cari tudung bawal untuk pakai ke pejabat
tapiii.. apakah yang terjadi?

Sampai Jalan TAR, parking kat SOGO then berpecah
ikut kehendak dan kemahuan masing2.. huhuhu
dalam hujan renyai2 tu merayau kat Jalan TAR
Mata rambang tengok tudung, baju, telekung n macam2 lagi la yang menarik minat mata ni nak tengok
sana sini panggil.
Akhirnya Jalan TAR tinggal cam tu jer
sebab tak der tudung yang dibawa balik

Destinasi kedua, SOGO la apa lagi
member2 ader yg dah sedia ada kat sana
Shooping... SOGO buat sale sampai 10 April.
menarik ni... survey dulu...
dari tingkat bawah, naik tingkat satu. then terus ke tingkat tiga.
kaki sakit jugak berjalan lama sangat n laju sangat kot..huhuhu
Tingkat bawah jalan2 cuci mata tengok handbag cantik2...
Oh tidak... jangan dibeli lagi. Koleksi handbag sudah cukup di rumah
cuci2 mata sahaja
Naik tingkat 2, cadangnya nak tengok kemaja/blouse..
tidak ada yang menarik perhatian mata dan hati ini
4x pusing kat ladies department tu... masih bertahan tak beli apa2
Penat di ladies deparment, terus ke tingkat 3..Nak survey cadar
pun sama juga... tiada yang berkenan di hati..
Adakah kerana sudah penat? hahaahaha..
Akhirnya saya turun ke tingkat bawah semula
dan merembat sebotol minyak wangi..
mmmmmmmmm..tidak sah kalau tidak ada plastik/beg yang dipegang kat tangan..
Itukah Perempuan ???
hahahahaha....

46th Anniversary Flyers Tupperware

kepada penggemar2 Tupperware...
Jom layan flyers ni n jangan lupe ke kedai Tupperware untuk menambah koleksi anda...



Sarapan Pagi Di BKP..

Salam dan selamat pagi semua
Harini sarapan pagi beramai2 di Deparment saya
Macam2 makanan ada..
x berkesempatan nak snap gambar..
sume orang sibuk makan, makan dan makan.. huhu
Ada nasi goreng, nasi himpit kuah kacang, rendang ayam, kek carot, telur dadar, keropk, pisang, roti sardin goreng, kuih-kuih pelbagai jenis, warna dan rasa n tidak ketinggalan puding koktail yang saya buat malam tadi.. erm.. kali ni baru pass.. dorang kata dah tak manis sangat. haritu saya bawak manis giler2.. hahahaha... tu la, swoh anak dara yang buat kan? tentulah manis cam orangnya jugak.. huhuhu...
Nway, ni la aktiviti kami yang tak berapa nak sibuk kat pejabat ni
tapi biler time sibuk, nak makan pun tak sempat...haha

Thursday, March 10, 2011

10 Minit Lagi...

lagi 10 minit jer nak pukul 4.30 petang
time to go home..
bestnyerrrrrr..
malam ni ada projek puding koktail
esok ader makan2 untuk sarapan pagi
saya kene buat puding koktail
huhuhu...
barang2 sume dah beli kat giant tengahari tadi
tinggal nak buat jer lagi
tapi ..
yang menjadi masalahnya skang ni
saya MENGANTUK...
dah berair mata ni menahan ngantuk
aishhhh.. tinggal lagi 10 minit ni la mata ni meragam pulak.
rasa sedapnya kalau dapat tidurrrrrrr..
haahhahahaha
ok la,
saya nak bersiap2 untuk pulang..

Saman oh Saman

Ermmmmm...
sampai petang ni masih belum dapat lagi nak bayar saman
Nak bayar online asyik tak dapat jer
pegi post office pun cam tu gak gayanya
esok last day...
Call makcu pulak.. dia rileks jer..
hope malam ni dapat buat bayaran online..
ni la penangan kalau lambat bayar
bukan lambat bayar, tapi sibuk skit la selama ni
pastu bile time free jer tak bleh nak bayar..
ni la sebabnya jadi cam tu..
huhuhu

Tuesday, March 8, 2011

Selamat Hari Wanita Sedunia

Selamat Hari Wanita Sedunia
kepada yang bergelar 'WANITA'

Monday, March 7, 2011

Pesona Pengantin April 2011

tak sia2 rasanya saya merembat Majalah Pesona Pengantin kat bawah tadi. Saya memang menjadi pembeli tetap semenjak penghujung tahun lepas. Bukan apa, mencari idea dan ilham untuk persiapan majlis perkahwinan nanti, disamping menambah pengetahuan mengenai alam rumahtangga yang bakal ditempuhi tak lama lagi.

Sebenarnya nak cerita kat sini, kepada bakal2 pengantin silalah beli keluaran terbaru Bulan April 2011.. banyak info berguna yang boleh memudahkan dan melancarkan persiapan perkahwinan anda semua. Yang paling penting ada tersedia Senarai Semak Perlahwinan yang saya rasa cukup lengkap disamping persiapan2 mental dan fizikal menjelang hari perkahwinan. Keluaran bulan ni saya rasa amat sesuai kepada bakal2 pengantin yang akan mendirikan rumah tangga dalam masa 2 atau 3 bulan dari sekarang.

So, apa lagi.. jagan terlepas keluaran bulan April 2011..(Buat promosi pulak kan? hehehe.. Bukan apa, ilmu tu elok la kite kongsi sama2 betul tak?). Semoga anda semua mendapat kebahagiaan selamanya.. InsyaALLAH...

Rindu Padanya...

Hahahaha..
tajukkkk... x bleh blah ek
Sekali tengok macam tajuk lagu
tapi...
sebenarnya saya rindu sama En Tunang
mengada2kah bunyinya???
mmmmmmm....
En Tunang saya outstation 4 hari..
Semalam pagi hantar ke Airport..
sekarang kalau berjauhan rasa rindu la pulak.
dulu tak pulak macam ni..
psikologi kuat betul la kan?
Apapun semoga En Tunang saya sentiasa dalam keadaan sihat dan ceria di sana
Semoga selamat kembali ke Kuala Lumpur 9hb ni :-)

Happy Monday...

Salam...
Asal hari Isnin je rasa malas sangat nak bangun pergi keje
maklum la da 2 hari cuti.. hehe
Hari ni masuk ofice tak rasa berat sangat walaupun ada keje yang menanti
sebab last friday aku dah settlekan banyak benda juga.
so, harini tak der la nak terkejar2..
gambar sume dah siap cuci.. tinggal nak buat write up tentang tandas2 yang menang haritu je
write up pun da ada. Curi n cedok dari Buku Anugerah Tandas Bersih 1Malaysia 2010 haritu jer. Benda yang sama.. Cuma nak buat dalam bentuk yang lebih cantik n menarik untuk bacaan orang ramai..

keadaan di pejabat..
Nampak tenang jer.. orang kata Monday Blues... sume orang layan perasaan masing2 sambil buat kerja nampaknya. Saya? Kesejukan.. sambil2 ni minum nesvita... nak kurangkan rasa sejuk.. huhu..

nesvita 3 in 1... sarapan pagi saya bersama 2 keping roti


Sentuh persiapan perkahwinan skit...
Mmmmm...88 hari lagi menjelang tarikh bersejarah kami. Harini saya update Kad jemputan..Calling2 ngan person incharge..Saya dijanjikan untuk tengok design kad jemputan kami dalam masa sehari dua lagi. Hope everything ok... tak der masalah.

88 hari lagi....

rasa sampai sini dulu buat masa ni. Nanti ada kelapangan, saya update cerita tentang cermin mata baru saya .. hehe...

Friday, March 4, 2011

Sambutan Hari Air Sedunia 2011

Salam dan selamat pagi...
Hari Jumaat datang lagi... bestnyerrrrrrr..
Tapi pagi ni sibuk skit.
nak buat bahan pameran sempena Sambutan Hari Air Sedunia Peringkat Kebangsaan yang akan berlangsung di Pekan, Pahang.
Bos n office mate akan pergi ke sana 12 Mac nanti
so, saya ditugaskan untuk buat persiapan bahan2 pameran
semalam dorang da tolong pergi amikkan bahan2 kat Khidmat Pengurusan
so, pagi ni nak mula buat bahan tersebut
tapi....
x bleh buat 100% sebab pagi ni nak kene pergi cuci gambar
Tandas2 Awam yang menang Anugerah Pertandingan Tandas Awam 2010 haritu
untuk dijadikan bahan pameran.
kene tunggu kedai gambar kat bawah ni bukak kul 10.30pagi ni...
sementara tu, saya nak settlekan apa2 yang patut dulu...
Jom......

Thursday, March 3, 2011

Semoga Kak Tie Cepat Sembuh..

Tengahari tadi kami satu Unit ke HKL
melawat salah seoarang staff kat Unit kami masuk hospital
Tak sanggup rasa saya melihat keadaannya...
terlantar sakit tiba2
Kak Tie disahkan mengidap batu karang pada mulanya
tu pun dapat kesan selepas dia bersalin baru2 ni
Sepatutnya bulan Disember 2010 Kak Tie dah naik kerja
tapi....
sampai sekarang dia tak stabil lagi
Kak Tie tak larat, lemah sangat.. Hilang selera makan..
Badan dah tinggal tulang jer.
makin lama kesihatannya makin menurun.
Skang da macam2 penyakit pulak dikatakan Dr.
Batu karang, Buah Pinggang n Jantung Bernanah
Dr kata Kak Tie dah pernah pengsan sekali
n kalau dia pengsan sekali lagi harapannya tipis
Semoga Kak Tie beransur sembuh dan dapat bekerja seperti biasa semula.
Amin

Kepalaku Berdenyut-denyut

Salam
Beru berkesempatan nak mengomel kat blog
pagi tadi bizi skit + ader meeting unit sekejap
kali ni nak citer pasal kepala saya yang rasa semakin berdenyut2
ni penangan bangun pukul 4 pagi tadi rasanya
Ceritanya begini..
saya tersedar dalam kul 4.00 pagi tadi akibat dentuman kuat dan sinaran petir kat luar tingkap.
kilat sabung menyabung..
tergamam jugak la masa tersedar tu.
pastu tetiba dengar bunyi siren kecemasan berbunyi kat luar umah
aduhhhh.. apa yang terjadi ni?
risau hati ni sebab tak berani nak bukak pintu + duduk sorang2 + pagi2 buta
macam mana ye?
terus bagun dengan rasa tak sedap hati.. bukak semua lampu (selama ni tak suka bukak lampu kat umah. Suka duk dalam samar2 lampu tv n lampu bilik air je)
tinjau kat tingkat tengok keadaan kat bawah tu macam terkawal jer
jengok plak dari tepi bilik, pun sama..
mmmmm.. apa yg buat siren tu bunyi yer?
tinjau kat tingkap tengok umah2 keliling ada yg gelap n ada yang pasang lampunya.
at last saya berjaga2 je dengar2 kalau2 ada pengumuman dibuat
sampai la time untuk besiap pegi keje
keluar je lift kat lobi terkejut saya tengok ada sebuah kereta bomba dan kereta polis kat ruang legar blok saya.
Sambil lalu tu menyebuk skit tanya kat En Bomba tu. Dorang pun tak tau apasal siren tu bunyi. Mungkin kerana letupan kuat petir tadi yg buat siren tu berbunyi..........
Saya tinggalkan rumah saya dengan sepasukan ahli bomba n polis....
Harap2 tak ada apa yang berlaku.....

Wednesday, March 2, 2011

BKP`s Ladies Diet Program

Wowwwwwwww...
Dasyattt!!!!
Teruja tak kamu semua?
Ni aktiviti baru kaum2 hawa di Deparment saya
Cabaran langsing gadis2 dan ibu2 dibahagian ini
Cabaran menjelang hari perkahwinan saya...
Thanks to all supporters Kak Mizan, Kak Ina, Kak Wa n Kak Mila
Kite tengok hasilnya pada penghujung bulan Mei 2011 nanti..
Berapa KG kah penurunan yang berjaya diturunkan nanti?
Kita tunggguuuuuuu.. huhu

92 Hari Lagi.....

92 hari lagi?
Oh tidak!!!
Tak lama lagi dah rupanya..
pejam celik pejam celik...
haritu rasa cam lama lagi masa untuk buat persiapan
skang da tinggal 3 bulan sahaja lagi
Kalau secara kasarnya
Dah masuk fasa terakhir untuk buat persiapan
Berapa peratus dah settle???
hmmmm... apapun perlu bertenang
Selesaikan satu2..
supaya tidak kelam kabut dan rasa tertekan
InsyaALLAH... :-)

Wajah Baru Saya...

Salam...

Bulan Mac datang lagi
ada tarikh penting dalam bulan ini.. lalala
harini saya nak tukar imej blog saya
hehehe..
yang sebenarnya saya tak tau nak buat apa kat opis ni
da la sejuk yg teramat. saya pun godek2 la blog saya ni
touchup sana sini.. n inilah hasilnya mengikut citarasa
Cik Suhaila saat ini.. huhu.
harap sedap mata memandang kepada yang singgah menjenguk blog ini...