Tuesday, September 3, 2013

Mimijumi in the house

Hihihihihi
Tu dia
Mimijumi in the house
Inilah usaha saya nak ajar anak dara kecik ni hisap susu dalam botol.
Dia langsung x nak hisap botol
Dh mcm2 bentuk botol n punting dh belikan
Sume dia reject
Adoiiiiii...
Macam mana mama nak g keje nanti ni sayang kalau kamu x nak isap susu dalam botol...
Harap2 kali ni dia nak la nyusu botol
Memandangkan org kata puntingnya tu mirip ngan bentuk nenen.
Huhuhuhu


Monday, September 2, 2013

Candy Crush Saga

Ni pulak aktiviti mengisi masa lapang sepanjabg tempoh berpantang saya...
Hahaha...
Pssssst...
Baru level 88 je pun.
Merangkak2 sbb si kecik ni tido kejap2 je...
Hihihiui

'Fisher Price'

Fisher Price...
Waaaa..
Ni lah alternative untuk tidokan anak dara kecik saya ni
Kalau tak mama boleh pengsan wooo
Huhuhu

Countdown...

Salam
Hahaha... Countdown...
Malaysia Merdeka?
Dah lepas dah pun pd 31 ogos yg lalu

Then? Apakah?
Haaaaa
Saya pula bakal merdeka beberapa hari lagi
Saya merdeka?
Iye...
Sudah hampir ke penghujung tempoh berpantang selama 44hari.
Alhamdulillah...
Bila dah nak habis ni rasa cam baru je lg saya bersalin
Pejam celik pejam celik dah sebulan lebih saya menjadi ibu. Hehehe...
Nantikan cerita2 pengalaman saya menjadi ibu di entri2 akan datang. ...


Tuesday, July 30, 2013

Alhamdulillah

seminggu selepas saya bersalin
rasa macam kejap je masa berlalu
harini followup saya di hospital utk buka plastik jahitan n checkup baby nasrin

Alhamdulillah...
baby nasrin ok.
cuma dr kata ada kuning skit je lg
saya pun dr kata bagus.
kesan jahitan sume kering dengan baik.
lega rasanya hati bile dr kata kami berdua dalam keadaan baik.

cuma tempoh berpantang perlu diteruskan lagi.
baru hari ke 8. . huhuhu
panjang lagi tempoh berpantang yg perlu ditempuhi
hehhheheeehe..

sampai sini duli entri untuk kali ini.
selamat menikmati juadah berbuka puasa buat semua pembaca blog ini.

Kekuatan mental dan fizikal

salam dan selamat pagi semua.
sesungguhnya pengorbanan dan kekuatan diri  itu penting dalam masa2 sekarang ini.
dalam keadaan diri yang lemah skrg ni
macam2 datang dan pergi silih berganti dalam diri ini.

saya dapat rasakan diri saya lemah
saya dapat rasakan tidak punya daya yg kuat spt selalu
saya kalah dengan motivasi diri yg kuat dalam waktu2 sebegini

oh Tuhan
berikan saya kekuatan seperti sediakala
untuk saya jadi lebih kuat dan bersemngat untuk jalani kehidupan seharian.
berikan saya kesihatan seperti sedia kala untuk saya dan baby saya

hingga bertemu lagi di lain entry
selamat bersahur semua

Sunday, July 28, 2013

22 Julai 2013 - 19 Oktober 2013

salam...
salam Ramadhan 2013 buat semua
lama tak menjengah blog ni..
macam2 urusan yg perlu diselesaikan kebelakangan ni.

Alhamdulillah,
akhirnya cahaya mata yg ditunggu2 selama ini
telah selamat lahir ke dunia pada tanggal 22 Julai 2013 yg lalu.
maka dengan itu secara rasminya saya telah mula cuti bersalin selama 90 hari.

hari ini hari ke7 saya berpantang.
Alhamdulillah saya dan baby sihat2 hendaknya
cuma baby ada kuning sedikit dan memerlukan pemantauan dari klinik.

rasanya stakat ini dulu buat masa ini
belum ada mood lg nak ngomel panjang
hihihi

jumpa di lain entry

Thursday, April 25, 2013

Menghilangkan Boring

salam dan selamat petang
ermmmm bengkel ptg ni dah habis.
so get ready utk presentation mlm ni pulak.
nak keluar g jln2 pekan nilai adalah satu perkara yg paling malas
so lepak je kat bilik sementara tunggu 8.30mlm ni.

apa nk buat?
layan fb, wassap, we chat, instagram sume sudah
so... skrg layan games la pulak..
games aper???
taraaaaa...
smurft village... weehuuu

Wednesday, April 24, 2013

Bengkel Post Mortem KPI Kebersihan Perumahan Awam Dan Swasta KWPKB

salam n selamat petang semua
berbengkel lg saya minggu ini
kali ni ke Nilai Spring Golf &Resort Pulak
hhihihi
sampai jumaat.
mujur dekat je ngan umah....

apapun kita layannnnn...
berkhidmat untuk negara k
program nampak padat dari pagi sampai malam
tp ok la... kerja di opis sudah selesai yg pling urgent
jd saya x risau sgt nk tinggalkan opis utk 3hari ini.

jumpa di lain entri
salam....

Bengkel Penyediaan Manual Pembersihan Tandas Awam 2013

salam n selamat tengahari
waahhh.. berbengkel lagi untuk tahun 2013
semua pasal tandas... tandas.. tandas.. tandas..
hahahahaahhaha..
kali ni ke Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur
dekat je pun... tp x leh berulang dr umah gak..
sebab jalan jammed... huhuhuhu....
apapun tinggal lagi satu hari je nak habis.

oklah..
jumpa lain entri
saya nak sambung berbengkel semula....

Tuesday, April 23, 2013

APABILA JANIN BERSENAM

Janin di dalam kandungan juga sensitif terhadap persekitaran ibunya. Sentuhan lembut tangan ibu pada bahagian perut boleh membuatkan janin bertindak balas terhadap rangsangan yang diberikan. Hal ini berlaku kerana, janin di dalam kantung rahim sebenarnya bergerak.

Gerakan pada janin ini selalunya dapat dikesan antara minggu ke-18 hingga minggu ke-22. Sudah tentu ibu begitu terharu malah gembira setiap kali merasai gerakan janin.

Secara umumnya, janin akan bergerak pada kiraan normal sebanyak 10 kali dalam satu hari atau sekali dalam satu jam. Gerakannya akan menjadi lebih aktif pada sebelah malam. Keadaan itu sebenarnya dipengaruhi oleh hormon di dalam tubuh ibu yang bertindak lebih aktif pada malam hari. Begitu juga dengan keaktifan gerakan janin juga berbeza antara satu sama lain. Sebab itulah, ibu tidak perlu membandingkan gerakan janin dengan ibu-ibu yang lainnya. Sememangnya gerakan janin itu cukup unik sifatnya.

1. Menggeliat
Setiap kali anda bangun daripada tidur, anda akan meng geliat terlebih dahulu. Janin juga begitu. Dia akan mengalami keadaan lenguh selepas beberapa jam tidur bersama ibunya. Gerakan meregangkan otot tubuh itu dilakukan beberapa kali dalam sehari. Perlu diketahui juga, janin yang menge liat di pagi hari mampu untuk membangunkan anda dari tempat tidur. Aksi janin anda akan lebih dirasai jika ibu berbaring dalam keadaan terlentang.

2. Janin Juga Melakukan Senaman
Bagaimana bentuk senaman janin? Janin akan membuat gerakan meluruskan kaki kanan ke hadapan, diikuti kaki kirinya. Ia juga akan meluruskan tangan ke depan, diikuti tangan kirinya. Ibu pula merasai seolah-olah janin membuat gerakan menendang dan menyiku, walhal janin sedang melatih otot tubuhnya untuk meregang.

3. Menghisap Ibu Jari
Gerakan ini bukan sahaja dilaku kan oleh bayi atau kanak-kanak, janin di dalam kandungan juga boleh melaku kan aksi sebegini. Selalunya janin akan memasukkan ibu jarinya ke dalam mulut apa bila ibunya menikmati makanan yang enak. Janin akan menunggu turunnya zat-zat pemakanan yang diambil ibunya untuk sampai ke aliran darahnya melalui plasenta. Indah bukan fakta ini.

4. Berpusing
Ketika anda sedang sibuk bekerja, janin juga mahu menikmatinya. Ketika itulah ia sibuk menggerakkan kedua-dua tangan. Apatah lagi, apabila ia menganggap tali pusat yang menghubungkan janin dengan ibunya adalah sesuatu benda yang menarik. Ia akan memusing-musingkan tali pusat dan menggunakannya untuk berpindah dari satu posisi ke posisi yang lain.

5. Mengetuk Janin
Keadaan ini boleh dikesan atau menerima tindak balas daripada janin apabila ia telah memasuki usia 24 minggu. Lagi pula, dalam usia ini janin sudah boleh memberi tindak balas kepada usapan tangan kerana sistem saraf pusat di seluruh tubuhnya sudah membesar sehingga ia mampu bertindak balas terhadap rangsangan sentuhan yang sedikit menekan. Tindak balas itu menandakan janin kembali menyapa salam dari ibunya.

6. Gerakan Di Tulang Rusuk
Apabila anda cuba berehat ataupun tidur, janin tidak mahu mengikut. Seolah-olah ia masih mahu bergerak dan bermain dengan cecair hangat ketuban. Gerakan itu adakalanya anda dapat rasai sampai ke bahagian tulang rusuk. Itu bermakna, janin sedang meminta ibunya memberi tindak balas agar membelai dan mengusap tubuhnya dari luar sehingga ia tertidur.

7. Aksi ‘Hormat’
Cuaca hangat di luar juga turut dirasai janin. Misalnya ketika berada di pantai yang terdedah dengan bahang mentari dengan mengenakan pakaian yang nipis dan jarang, janin akan melakukan aksi ‘hormat’ iaitu menutup mata atau kepalanya kerana silau tatkala melihat cahaya yang tembus ke dalam perut.

Fahami Kaedah Membaca Gerakan Janin
Waktu terbaik untuk anda mengamati gerakan janin adalah pada sebelah malam iaitu ketika anda sedang berehat di rumah. Apabila kandungan telah memasuki trimester tiga, bacaan yang sesuai adalah bermula daripada sebelah pagi.

Sekiranya anda merasa gerakan janin, sama ada kuat atau perlahan, bermakna janin anda dalam keadaan baik. Apabila janin anda tidak aktif seperti biasa, kemungkinan ia dalam keadaan malas. Seharusnya ibu menggerakkannya dengan mengusap perut untuk beberapa ketika. Jika janin tidak memberi tindak balas terhadap rangsangan anda dan ia berlanjutan sehingga sehari, segerakan ke hospital untuk memantau keadaannya. Kenali gerakan janin sesuai dengan usia mereka.

(sumber Pama.com)

dibawakan khas oleh Tijaaratul Abna' memudahkan anda mendapatkan produk kurma dan produk makanan sunnah.

Friday, April 12, 2013

Gigi Saya Sakit

salam n selamat petang
petang ni mood x ada
tetiba gigi saya rasa sakit berdenyut2 semula
tapi salah saya juga
sebab makan kerepek pisang lepas lunch tadi
(tak pasal2 kerepek pisang jadi mangsa)
skrg saya tgh tunggu sakit reda skit lg n nak balik umah
jom layan gambar saya yg sedang sakit gigi n gambar kerepek pisang yg terliur sangat rasa nak makan tadi... huhuhu..

Sunday, March 24, 2013

Salam dari Bandung

salam n selamat pagi semua
alhamdulillah, mendarat dengan selamat di bumi Indonesia semlm.
hujan menyambut kedatangan kami
dari jakarta sehinggalah ke bandung

hari ni... hari pertama untuk jalan2
sedang menunggu bas yg akan membawa kami berjalan2 sampai

ok lah. jumpa nanti di lain entri ya
tata :-)

Friday, March 8, 2013

International Women's Day

Morning Alls....

HAPPY INTERNATIONAL WOMEN'S DAY...
HAVE A NICE AND BEAUTIFUL DAY WITH UR FRIENDS N FAMILY....
YEAYYYYYY......
:-)

Monday, March 4, 2013

Alhamdulillah.... Separuh Perjalanan Ditempuhi

Salam dan selamat petang
harini masuk kerja dah tengahari
so, petang agak bizi skit membelek2 kerja yang ada...

Alhamdulillah,
separuh perjalanan telah ditempuhi
Mudah2an saya dan baby diberi kesihatan yang baik
untuk meneruskan lagi separuh perjalanan ini, sebelum ....
cahaya mata yang ditunggu2 lahir ke dunia... :-)

Kekadang rasa tak sabar,
Kekadang rasa gementar,
Kekadang rasa teruja,
Kekadang rasa risau,
Macam2 perasaan silih berganti di dalam diri saya

Teruja nak lihat zuriat yang bakal lahir,
selama ni tengok anak orang je
kekadang rasa macam tak percaya saya bakal menjadi seorang ibu :-)
kekadang rasa dah bersedia kah saya nak menjadi seorang ibu?
rasanya semua bakal ibu akan rasa begitu untuk menjadi ibu buat pertama kalinya
tapi, semua tu perasaan dan semua pun boleh diatasi...
banyak sumber bahan bacaan dan doktor untuk rujukan

Apapun semua bakal saya tempuh beberapa bulan sahaja lagi...
Mudah2an semuanya berjalan lancar...
InsyaALLAH...



Friday, February 8, 2013

Salam Jumaat

salam dan selamat pagi
salam hari jumaat, penghulu segala hari
hari terakhir bertugas dalam setiap  minggu
dan minggu ni best skit
sebab kita semua akan bercuti panjang...
CNY Celebrations....
Weeehooooo.... Cuti....

apa plan anda semua cuti panjang ni?
kepada yang menyambut CNY, Happy CNY saya ucapkan,
kepada yang lain2 selamat bercuti bersama keluarga
hati2 memandu di Jalan Raya yang mungkinnya akan sesak
ehehehehehe...
(gelakkan? mentang2 kalau nak balik kampung tak terlibat dengan kesesakan)

apa program saya?
hahahhaah...
semestinya cuti yang lama ni diperuntukkan untuk balik kampung..
hehehehhehe....

berhenti dulu sampai di sini,
jumpa di lain entri....
tata

Wednesday, February 6, 2013

Taklimat Pemantapan Audit Dalam 5S

Salam n selamat pagi
Owhh... 5S lagi????
Hehehe
Ni aktiviti saya harini
Menghadiri taklimat audit dalam 5S
Taklimat setengah hari
So... Layannnn
Hehehe..

Okla. Nti sambung lg.
Memblogging sambil dengar taklimat
Huhuhu

Monday, February 4, 2013

Alhamdulillah.. Selesai sudah

Salam dan selamat petang
Alhamdulillah...
selesai jugak akhirnya pengauditan 5S dari MPC
mujur tak banyak komen dari penilai MPC di department saya
tapi... ada banyak cadangan-cadangan membina untuk
menambahbaik 5S sediaada di Bahagian saya
yang lebih dikenali sebagai 'Zon Mawar' di Jabatan kami.. hehehe

Nanti ada masa sambung lagi
kerja urgent baru je sampai sebentar tadi..
tata

Sunday, February 3, 2013

Bestnyer... Tq Abang

Taraa...

Tq Abang.... Hehehe

Friday, February 1, 2013

Yeayyy... Testing 123

Salam n selamat pagi sume..
Just nak try memblogging guna Phone ni
Slama ni x der masa nk godek2 phone
Nama je tepon canggih tp x gunakan kecanggihan yg ada.. Huh
Pasni harapnya blog ni x bersawang lg la

Nice n so simple.
X yah susah2 nk bukak pc sume kan.
Tu la dia suhaila
Slalu buat diri ketinggalan zaman
Huhuhu

Nway
Selamat hari wilayah pada semua yg berkhidmat di w.p kuala lumpur, putrajaya n labuan
(termasuklah saya sendiri) wakakaka
Ok. Jumpa di lain entri.
Tata

Wednesday, January 23, 2013

Salam Maulidur Rasul

FAREEDA 'Marissa'

Hehehehe...
Nantikan kemunculannya esok...
24 Januari 2013 di Butik Fareeda ...

tapi....
pagi2 esok kene pi amik no giliran dulu...
moga En. Suami sudi menghantar saya lepas suboh pagi esok.
huhuhuhuhu....

Jom layan beberapa corak tudung FAREEDA 'Marissa' yang akan berada di pasaran mulai ESOK... hehehe





Yeay ....

Salam dan selamat petang
bestnyer arini last keje untuk minggu ni
esok dah start cuti...
cuti panjang tu..
ambil cuti rehat 1 hari dapat cuti direct 5 hari
wooooww... best kan?
hehehehe

lupakan kerja untuk 5 hari ni
saya nak pi bercuti n jalan-jalan ngan family
yeayyyy !!!!!
dah lama dah tak g jenjalan jauh2.. huhuhu
haritu tak larat nak g jalan...huhuhu
hopefully saya  ok untuk pergi jalan2
hehehehe

Mood : Happy (walaupun skarang rasa tak sedap badan)



Monday, January 21, 2013

Happy Monday

Alhamdulillah
Harini checkup tak der sebarang masalah
Syukur.. Alhamdulillah..
kalau tak tu ada je masalah nye.
Puasla mengadap jumpa Dr.
harini.. kejap je checkup
Nurse kata 'Bagus'... 
tak der apa masalah
hehehehe
saya suke.... kalau saya sihat baru boleh pegi jalan2
Bestnyer.....

Mood : Happy

Wednesday, January 16, 2013

Selamat Tahun Baru 2013

Selamat tahun baru 2013..
huhuuhuhuhu.. sedihnya la kan
dah hari ke-16 di tahun baru ni baru berkesempatan nak wish happy new year.. 
Kesian tul kan..

so, macam mana dengan azam tahun lepas?
tercapai semuanya???
azam saya untuk tahun 2012 alhamdulillah tercapai :-)
dan tahun ni come out dengan azam yang baru pulak...

Semoga azam tahun ni tercapai 
Banyak peristiwa-peristiwa manis akan berlaku InsyaALLAH tahun 2013 ni
semoga semuanya berjalan dengan lancar dan dipermudahkan perjalanannya
harapan yang sama juga buat kawan-kawan semua
Semoga tahun 2013 lebih baik dari tahun 2012 dan sebelumnya.

bertemu lagi di lain entri,
Salam