Thursday, December 30, 2010

Tahniah & Terima Kasih Malaysia

Salam..

Pagi ni mesti semua orang sampai pejabat dengan senyum lebar
Almaklumla esok diistiharkan cuti oleh PM
cuti atas kemenangan bola malam tadi..
emmmmmmmmm.. bestnyerrrrrrrrrr
saya suka esok cuti....
x payah pergi kerja n bangun pukul 5 pagi macam biasa...
hahahaahahaha..

Wednesday, December 29, 2010

Akhirnya 'Dia' Sembuh Semula

ssalam..

alhamdulillah,
setelah seminggu netbook aku ni meragam,
akhirnya dia sembuh semula
mujur ada juruteknik ICT Jabatan aku ni
Thanks ye dik tolong betulkan netbook akak

Friday, December 24, 2010

Tahniah Buat Amirah Asyura Rosli

Salam..

tahniah la buat adinda aku yang sorang atas kejayaan dalam PMR yang keluar semalam. Walaupun tak dapat straight A`s.. tapi itu usaha terbaik yang kamu telah lakukan. Usaha lagi untuk SPM yang bakal ditempuh 2 tahun lagi.. mmmm. kakaknya ni la yang pening kepala sekrang ni, sume benda dituntunya.. Entah bila aku janji ngan dia pun aku tak tau. Ni la penangan anak bongsu, janji ke tak janji ker dia kira sebagai janji jugak.. sesedap rasa jer dia tuntut itu ini dengan aku.. Mak n Abah aku lagi la pening melayan karenah dia ni.. Tapi tak per la.. dia sorang je yang sekolah. bukan ada orang lain pun lagi nak dilayan kat umah tu. Sementara dia nak membesar. sok dah besar panjang macam aku dah pandai cari duit sendiri, tak der saper nak kitorang layankan.. sebab tu la dia manja ngan kitorang ni.. so, layankan je la... Apa2 je la dik..... untuk kamu yang kami sayang... :-)

Happy Friday....

salam..

erm, dah petang baru nak cakap happy friday kan?
arini tadi pagi ada sedikit bizi..
bizi dengan kerja n personal jugak...
tapi alhamdulillah, sume under control...

dokumen kontrak pun dah selamat diberikan ke tangan production house
senang sikit rasa hati
so, dorang dah bleh proceed untuk 1st payment dorang 50%
aku klu bab2 duit ni memang risau skit
duit orang dan hak orang kan
klu dilengah2kan ni rasa cam bersalah la pulak
sebab tu aku akan risau selagi tak settle
bila dah dapat serahkan tengahari tadi
baru la rasa seronok nak cuti esok....

Thursday, December 23, 2010

Tersenyum Sensorang Dibuatnya Pagi Ni....

salam...

Pagi ni melayan kak Engku, Kril n Abg Jem berpantun kat sinar pagi
apa lagi....
tersenyum sensorang la dibuatnya dengar jawapan2 dari dorang ni...
Jom layan Sinar FM di pagi yang sejuk ni....

Wednesday, December 22, 2010

Apo la den nak buek nie ha.....

salam...

ermmm, pagi lagi sampai opis dah tak tau nak buat apa
mana taknyer.. opis ni dah tinggal 3/4 kerat jer
sume bos2 pergi retreat kat PD.. huhuhuhuhu..
keje lak dah hujung tahun ni dah tak der....
tinggal balance2 nak kira2 tekan2 kalkulator jer
boring la aku rasa arini..
alangkah bestnya kalau time ni aku dapat pergi window shoping.. huhuhu
mesti aku tak rasa boring..
tapi biler terbayangkan kereta2 kat jalanraya tu
terus musnah keinginan nak keluar dari pejabat ni
biarla kereta tu parking dan berehat kat basement tu sementara tunggu time balik ptg nanti
apa aku nak buat ni??????

Sunday, December 19, 2010

Selamat Pengantin Baru Farid & Farah, Sahara & Pasangan

Selamat Pengantin baru buat dua pupu aku (mak aku sepupu ngan ayah dia) kepada Farid dan pasangannya Farah... Moga berkekalan sehingga ke anak cucu.. Sama cantik sama padan dengan baju putih hijaunya siang tadi.. Mujur hari tak hujan.. alhamdulillah... risau aku tengok langit gelap semacam jer.. Tapi sehingga majlis selesai tadi alhamdulillah hujan tak turun...

Tak ketinggalan juga selamat pengantin baru kepada rakan sekelas aku masa tingkatan 3 dulu, siti sahara dan pasangannya yang melangsungkan perkahwinan di Labu, Negeri Sembilan harini. Maaf sangat2 sebab tak dapat nak menghadirkan diri kerana majlis serentak dengan majlis si Farid harini tadi..

Apapun moga kedua2 pasangan ni berbahagia dan berkekalan hingga ke anak cucu dan dikurniakan cahaya mata yang soleh dan solehah.. Amin...

Friday, December 17, 2010

Macam kerja dalam iglu.... huhu

Salam...

harini aku masuk opis semula setelah seharian wat data cleaning.. huhu.. tapi tak clean habis lagi sebab masih ada lagi data yang belum diterima dari PBT. Almaklumla nak melayan 149 PBT(terkini) seluruh Malaysia.. So buatla perlahan2 n try kejar dorang sume ni seboleh mungkin. Aku dah setkan dalam jadual aku semua kerja ni perlu diselesaikan by next week (before 23hb).. so, 24hb aku leh buat kerja-kerja pengemaskinian SPP-II sebelum Bahagian Pemantauan Kewangan jana Laporan Perbelanjaan 2010.. Tahun ni kene pastikan perbelanjaan melepasi 95% dalam SPP... itu target aku.. harap dapat kerjasama yang kuat dari semua PBT.. Tapi aku bersyukur jugak sebab dapat kerjasama dari semua SUK Negeri.. senang skit n cepat skit kerja aku.. hehe.. tak kira la macam mana cara sekalipun.. janji kerja siap.. tul tak?

Tapinya...
yang buat aku tak tahan skang ni kesejukan kat opis ni yang tak dapat dibendung. macam mana la aku nak atasi aku pun tak tau.. dah berapa lapis aku balut badan ni pun aku dah tak tau... dah pakai blazer ditambah pulak dengan Pashmina... ermmmmm...still terasa sejuknya.. tangan n kaki aku ni dah rasa cam rendam dalam ais.. aper la sejuk sangat agaknya.. tambahan pulak cuaca kat luar yang tak berapa nak panas... tu semua la yang buat jadi sejuk..sejuk dan sejukkkkkkk... usik hidung pun rasa sejuk.. hahahahha... sabar yo la den... nak tunggu tengahari tengok jam tu ha baru jer kul 10.15pagi... lamanyaaaaaaaaaa lagi...

sejuk ke apa ke... kerja kene teruskan... kalau tak nanti tak siap... so, kesimpulannya tahan la dari kesejukan bekerja macam dalam iglu... hahahaha... okla, nak sambung kerja lagi... nanti aku post lain2 entry klu ada ilham yang datang. hehe

Thursday, December 16, 2010

Berehat Sebentar Merilekskan Minda

Salam...
Harini aku seharian di ICU,JPM Putrajaya.. Ada sessi Data Cleaning SPP-II bersama Kementerian (KPKT) dari pagi sampai petang. ni skang time rehat, so kene la berehat sebentar sambil melayan FB, e-mail dan Blog.. huhu... Dah berpinar biji mata ni melayan nombor2 dalam SPP-II ni... almaklumla nak mengupdate kewangan untuk perbelanjaan Bahagian... sume ni kene clearkan sebelum cukup bulan (akhir tahun) sebab dorang nak jana report RMK-9 31 Disember ni... so, aper lagi... berdata cleaning la harini sehari kat JPM.... tapi rasanya cam dapat balik awal je arini sebab update sume aku dah buat kat opis sebelum ni.. tinggal nak masukkan update2 terkini yang dapat semalam jer... bestnya kalau dapat balik cepat... leh tidur sementara tunggu flight abah sampai dari KUCHING... hehehe... pastu amik abah kat KLIA then balik Seremban... leh jumpa UPIN... ni dia UPIN yang dah comot mengikut kata adik aku.. Tapi adik aku tak nak mandikan takut UPIN mengamuk... so, UPIN kene tunggu Kakya balik n baru mandi... hehehehe...



UPIN yang sungguh nakal

Wednesday, December 15, 2010

Akhirnya Datuk KP Bersetuju Juga....

Salam...
harini aku rasa lega sangat sebab....
Akhirnya Datuk KP setuju dengan proposal yang syarikat produksi yang terpilih untuk buat iklan video kempen tandas bersih tu present pagi tadi...berpeluh aku tunggu Pengarah panggil untuk bawak dorang mengadap Datuk KP, dari kul 10.30pg.. at last pengarah panggil untuk present pada jam 12 lebih tengahari.. korang bayangkan????? Actly aku kesian gak ngan dorang ni coz 1st proposal dorang after selection aritu, ditolak mentah2 oleh Datuk KP... Datuk KP nak cari something yang 'WOW' untuk diiklankan di televisyen.Datuk KP kata proposal dorang tu biasa jer... so, dalam masa seminggu dorang bertungkus-lumus siapkan beberapa opsyen proposal untuk dipresent pada Daruk KP. Ermmm... harap2 lepas ni semuanya berjalan lancar n dorang leh shooting dengan selesa. Tak sabar nak tengok Iklan tu ditayangkan di TV. Ni antara hasil kerja seorang penolong jurutera di Bahagian Kesihatan... hahahha... lawak kan?

Tuesday, December 14, 2010

Data Cleaning SPP-II Bersama Kementerian

Khamis ni 16 Disember 2010
ada Data Cleaning untuk SPP-II,
di ICU JPM Putrajaya,
so.. maknanya aku tak perlu nak pergi KL. huhu
9.00 pagi sampai 5.00 petang..
Bestnyerrrrrrr.... :-)

Rasa Macam Nak Pergi Shoping Je.....

Salam dan selamat pagi semua...
Alhamdulillah, harini mood dah ok..
Tapi.......
pagi2 lagi tadi dah terasa cam nak pergi shooping pulak
Ermmmm... Wahai Cik Suhaila... ni tengah2 bulan
bukan time untuk pergi membeli belah...
member kata esok n lusa ada JCARD Day kat JUSCO Mid Valley
Ikutkan rasa hati memang nak pergi
nak cari kasut.. dah lama tak beli kasut
pergi jalan2 pun pakai sandal jer...
kekadang rasa cam selekeh jer..
tapi bila fikir nak cari parking n jalan jammed
terus hilang keinginan tu...
nak pergi naik bus... tak tau pulak kul berapa leh sampai opis balik
kalau cam ni... nampaknya simpan dulu la hajat nak pi shooping ni
nanti2 pergi... weekend pun ada kan?
Tak lari shooping complex yg tersergam kukuh tu.. hahahahhaha

Friday, December 10, 2010

Tahniah Kepada Sahabatku Atas Kelahiran Muhammad Aiman Zafran

Salam...

Wah... sukenya hati ni dapat khabar gembira dari sahabatku Sharul... Isterinya dah selamat melahirkan cahaya mata pertama mereka 'Muhammad Aiman Zafran' kelmarin.. baru harini dapat tau.. Comelnya baby... Moga kelahiran Aiman menambahkan sinar kebahagiaan buat ibu dan ayahnya... :-)

Jumaat tiba lagi....

salam.......

baru je rasanya balik putrajaya
harini dah Jumaat semula
bila Jumaat ni aku paling suka la sebab nak balik umah.. hehe
Kalau tak tinggal sensorang je kat putrajaya
tak der kawan beborak...
ermmm... tapi tak perla..
sabar...
tak lama lagi nanti ada teman berborak :-)
so, tak der la boring lagi..
ok la.. nanti sambung lagi..
nak bfast dulu...

Wednesday, December 8, 2010

Selesai Juga Akhirnya...

salam...

Petang ni baru aku rasa lega
sebab tugasan aku yang rasanya terakhir untuk tahun ni
dah selesai...
selepas hampir 3 minggu aku menung mengadap Dokumen Kontrak,
Kehulu kehilir bawa contoh Dokumen Kontrak untuk "Perkhidmatan",
Baca ayat2 kontrak yang memeningkan,
Cari Idea sampai terlelap pun ada (kalau time malam2)
bayangkan la mana la aku nak cari ilham untuk buat kontrak perkhidmatan iklan video
tak pernah aku terfikir untuk terlibat dengan semua ni.
rupanya kat sinilah aku dapat banyak pengalaman baru yang susah untuk orang yang mempunyai basic teknikal macam aku boleh jumpa...Selalu kalau mengadap dokumen kontrak ni sure la dokumen projek kan? tetiba kene buat untuk perkhidmatan.. perkhidmatan pengiklanan pulak tu.. Aduss... memula tu down jugak rasanya..
Tapi ALhamdulillah....
Akhirnya siaplah Dokumen Kontrak bagi:-
"Perkhidmatan Penggambaran, Penyuntingan dan Adunan Akhir
Bagi Penerbitan 2 Siri Iklan Video Kempen Budaya Tandas Bersih Amalan 1Malaysia"
Baru je kejap tadi aku dah submit pada boss untuk dibawa ke Bahagian Perolehan bagi kelulusan.
Skang ni tunggu syarikat yang dilantik buat shooting dan apa2 yang patut
sebelum kite sume boleh tengok iklan tu disiarkan kat TV nanti :-)

Sunday, December 5, 2010

Selamat Pengantin Baru Ika dan Ismail

Salam..

erm.. hari ni seharian ke Banting
ada saudara sebelah abah kawinkan anak
so, kami pun pergi la menghadiri jemputan tersebut
cuaca punya la panas terik
ditambah dengan kesedapan air batu yang sedap
aku pun minum la... mana la nak baik batuk n selsema aku ni kan?
sendiri tanggung la kalau dah sendiri tak berpantang
bukan aku tak nak pantang
masalahnyer bila dah pergi tempat2 cam tu jadi pantang jumpa
nak2 pulak tengahari yang terik
lawannya air sejuk la
tapi aku tak minum banyak pun
buat syarat jer.. hehehe..
nak upload gambar tak der mood lagi
nanti2 la klu dah ada gambar nanti aku uploadkan
gambar pengantin yang ceria dengan baju sedondon hijau..
comel jer si Ika jadi pengantin..sweet. :-)

Thursday, December 2, 2010

Salam Takziah untuk sahabatku Norul Aini atas pemergian Ibunda Tercinta Pn. Hindun Hassan ke Rahmatullah semalam

Salam...
berita menyedihkan diterima malam tadi
baru jer aku nak lelapkan mata,
sms masuk menghantar khabar berita tak baik dari sahabatku salwa
tergamam aku seketika.. tak tau nak buat apa..
rasa macam baru semalam bertemu dengan pn hindun yang sihat...
Actly aku last jumpa dengan arwah sebelum arwah disahkan mengidap kanser lagi,
masa tu aku sekeluarga ke Batu Pahat beraya ke rumah pak cik aku yang kebetulan berhampiran dengan rumah aini.
Setahun yang lepas aku dikejutkan dengan berita dari aini bahawa arwah disahkan mengidap kanser
aku memang mengikuti perkembangan kesihatan ibunya..walaupun tak pernah lagi berkesempatan nak menziarahi arwah.
sejak kebelakangan ni, aku difahmkan oleh Aini, arwah semakin pulih selepas menjalani pembedahan..
aku baru bercadang nak menziarahi arwah jika ada ke Batu Pahat..
tak sempat nak bertemu dengannya.. ALLAH lebih menyayanginya...

Buat sahabatku AINI,
moga kamu tabah menghadapi ujian ALLAH ini
Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi IBU ..
Kamu redha dan restuilah pemergiaanya..
Mudah2an arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. AMIN..

AL_FATIHAH........