Tuesday, August 31, 2010

Persiapan Raya Aku

Salam...

Tengahari ni aku nak ngomel jap pasal persiapan raya tahun ni
Ekoran dari pesanan sms dan e-mail serta melalui laman FB,
rata-rata kawan2 bertanyakan persiapan raya aku.

erm, persiapan raya tahun ni macam biasa jer..
tak der la berlebih2an.. lagipun sekarang ni bukan masa untuk melakukan pembaziran
tempah baju raya 2 pasang, tapi tak siap lagi, hehe.insyaALLAH hujung minggu ni siap. Nak jahit sendiri nanti takut tak siap menjelang raya
so, bak kata ibunda tersayang,hantar je la kat makcik yang biasa aku hantar tu
pasti siapnya nanti.. dari tak der baju raya. hehe
tinggal nak beli tudung jer...
malas pulak nak keluar time2 cuti ni.. jalan confirm jammed punya
tak payah cakap KL, Seremban pun dah lebih kurang KL..
Jammed satu hal, tambah pulak nak cari parking.. aduhhhh..
erm, nanti la.. ader kelapangan aku keluar cari tudung..

semalam dan hari ni tak der ke mana
sekitar Seremban je keluar beli barang dan pergi pasar dengan mak..
Pagi tadi pergi pasar tani dengan mak di Ampangan.cari daging.. hehe
semalam aku dah buat kuih Almond London,
Harini akan buat kuih Tart Nenas pulak.. jap lagi, ni rehat sebentar hilangkan letih ke pasar tani dengan mak tadi.
2 jenis kuih ni mesti dibuat tiap2 tahun untuk bawak balik kampung dan rumah sendiri
tahun ni buat banyak sikit sebab aku nak bawak balik umah skit nanti

aper lagi ek tentang persiapan raya?
tak terfikir lagi...
nanti2 klu ada yang teragak aku post lagi..
okla, nak mula buat kuih
nanti aku ngomel lagi... hehe
Selamat bercuti ...

Selamat Hari Merdeka ke-53

Selamat Hari Merdeka ke-53 untuk seluruh rakyat Malaysia..

Monday, August 16, 2010

Tahniah Sana Sini Buat Sahabat2ku.......

Salam...

lamanya tak berkesempatan nak mengomel dalam keadaan tenang macam ni
actly tak tau nak buat apa malam ni,
jengok kat luar hujan baru berhenti
badan rasa letih maybe sebab dari jam 4.00 pagi tadi tak rehat2 lagi sampai sekarang
cuma mata ni belum nak terlelap lagi, so.. ngomel la kejap
malam ni aku nak sampaikan ucapan tahniah untuk sahabat2ku di mana2 saja

Tahniah Buat Izzah dan Suzy atas kelahiran cahaya mata pertama kalian..erm, khabarnya baby girl... tak kisahlah, janji kehadiran si comel menambah seri dan mengukuhkan rumah tangga yang dibina..Tahniah juga kepada Officemate aku kak linda atas kelahiran cahaya mata kedua.. baby girl jugak.. Tahun ni ramai babygirl girl yang lahir.. last year member2 aku ramai yang dapat baby boy.. hehe..Sume tu rezeki ALLAH dah kurniakan kepada kalian.. Syukur Alhamdulillah..

Tahniah juga buat Irma, Sharul dan juga Khairul...kalian bakal bergelar ibu dan ayah... Buat Irma, kak su doakan moga semuanya selamat. Jaga diri baik2 dan jaga kesihatan. Buat Khairul, tahniah pada kalian, seronok dengar sahabat2 bakal menimang cahaya mata..Tahniah juga buat sahabat baik aku,Sharul... Bakal menimang cahaya mata pertama insyaALLAH hujung tahun nanti.Moga semuanya selamat. Tak lupa tahniah untuk Yan, x officemate kat SAINS dulu, tahniah bakal menimang anak kedua.. akak doakan kesihatan Yan.. Thanks sebab still ingat akak lagi.

Waiting for khabar gembira dari Kak Mai dan Zizi plak lepas nie... hehehe... confirm anak akak comey macam saya... huhuhu.. :-p

Rasanya setakat ni dulu ucapan tahniah buat sahabat2ku.Nie yang dapat khabar berita dalam masa terdekat ni...Hopefully pasni banyak lagi dapat khabar gembira.. thanks pada sahabat2 semua sebab masih ingat pada aku walaupun kita dah tak kerja sama lagi...Rindu korang sumer...

Nak Masak Apa Petang Nie???

Salam

harini bermula semula berbuka dan sahur sendirian selepas 3 hari bersama keluarga..huhu.. Dah 3 hari aku tak pening kepala fikir nak masak apa sebab sume ikut perancangan menu yang mak dah setkan untuk kami sekeluarga hujung minggu lepas.Hari ni nak masak aper? di saat2 jam menunjukkan pukul 3.30 pm ni, yang bermain di fikiran aku skang ni nak masak apa menu berbuka petang ni? seingat aku yang tinggal dalam peti sejuk jumaat lepas ada ayam dan ikan.. Tapi nak masak apa? Sambal? Masam manis? Asam Pedas? Sup? Tomyam atau Buat Lauk Paprik? Ermmmm, banyaknya bermain difikiran aku? Nak makan sorang2.. hahaha, silap haribulan selera makan pun tak der..Erm, rasa macam nak makan sambal je petang ni? Ikan atau ayam masak sambal? Nak masak sotong atau udang kene tunggu esok ada Pasar Malam baru beli.. Masak dulu apa yang ada dalam peti sejuk tu... hehe

Friday, August 13, 2010

Akhirnya Aku Luahkan Segalanya...

Salam

Sekian lama tersirat dalam hati, akhirnya aku luahkan juga semalam. Bimbang disalah ertikan,aku buat keputusan untuk berterus terang. Sebelum jadi lebih celaru dan hati si dia panas membara, baiklah aku luahkan kegusaran yang melanda diri selama ni. Sekarang diri ini rasa lega sangat kerana dah tak ada yang tersirat dihati lagi. Kini aku yakin si dia mengerti dan memahami sangat2 kenapa aku jadi begitu selama ini. Percayalah, bukan diri ni tak memahami tapi ada yang menggusarkan fikiran dan hati. Moga kita sama2 kuat untuk menghadapi dugaan dan cabaran perhubungan ini. Buat si dia yang bertahta di hati, terima kasih atas pengorbanan yang terlalu banyak untuk diri ini. Semua tu akan dijaga sebaiknya untuk hari ini dan masa depan.. InsyaALLAH :-)

Thursday, August 12, 2010

Boringnya sensorang....

Salam

Erm, dah hampir 3 bulan aku duk sorang2, baru semalam aku rasa boring dan sunyi.. selama ni orang tanya aku ok ke duk sorang? tak boring dan sunyi? aku tak pernah rasa semua tu selama ni. sungguh.. aku rasa selesa sebab tak ada orang tau aku gembira ke sedih ker. aku sorang je yang tau. Aku rasa selesa sendirian..tapi petang semalam, bila aku duduk tunggu azan maghrib untuk buka puasa, aku terasa sebenarnya aku keboringan dan kesunyian. cuma mungkin selama ni aku tak fikirkan semua tu.tetiba rasa cam duk kat perantauan lak. haha.. lawak pun ada..Baru sekarang aku akui yang sebenarnya rasa sunyi dan boring tu ada dalam diri aku. cuma aku tak fikirkan semua tu,aku fikir positif jer selama ni. Maka positif dapat mengatasi rasa sunyi dan boring tu. Apapun aku kene tempuh jugak. Ni pilihan yang aku buat.. Mungkin baru2 puasa ni je aku rasa cam tu kot. Harap harini n seterusnya aku tak rasa sunyi lagi. Mudah2an...InsyaALLAH

Wednesday, August 11, 2010

1st Day Sahur Sendirian...

Salam

Harini dah start puasa.. First day dalam hidup aku bersahur sendirian.. Selama ni aku bersahur dengan family.. kalau time study dulu bersahur dengan kawan2. lagi la seronok macam2 perangai ada kami bangun sahur.. teringat kenangan zaman study dulu bersahur 5 sahabat.. Aini, Ziera, Salwa, AKu dan Angah..Makan nyer tak ler banyak mana, kecoh nya je lebih.. maklumla berlima sekawan.. (tersenyum aku seketika terkenangkan kenangan bersama dorang )so, harini lah aku sahur sendirian.. erm, apa perasaan aku? ader gak rasa sedih skit dalam hati ni. kene tempuh semua ni. apapun kita fikir positif.. tul tak? Pagi lagi mak dah call. kul 4.30am, takut aku tak bangun.. masa mak call aku tengah panaskan lauk n jerang air. Lauk pun malam tadi baru masak sebab petang semalam sampai umah dah kul 7 ptg. Singgah pasar malam beli bahan2 mentah n sayur2an. lepas Isyak baru fikir nak masak apa untuk sahur. Last2 aku buat tomyam ayam.. senang, habis cerita.. makan sorang kan? kalau dah ada keluarga tak leh la wat camtu..kene la masak ikut selera orang tersayang. jadinya, pagi tadi aku bersahur dengan tomyam dan roti kosong bersama susu tepung.. tak berapa selera nak makan ngan nasi.. lagipun stakat nak masak nasi sikit tu rasa cam membazir jer. hehe.. macam tu la serba sedikit pengalaman aku hari pertama bersahur sendirian...

Tuesday, August 10, 2010

Salam Ramadhan..

salam
Selamat berpuasa buat semua. moga kedatangan Ramadhan tahun ni memberi lebih peluang untuk kita melakukan amal ibadat kepadaNYA..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Wednesday, August 4, 2010

Siapa Ketuk Pintu Rumah Aku Malam Tadi???

erm...
disebabkan dah jem tadi aku terlupa sesuatu

malam tadi dalam kul 9.30 malam ada orang ketuk pintu rumah aku. mula2 aku ingat rumah orang lain, masa tu aku kat dapur kemas2 dapur lepas masak dan makan malam. Aku dengarkan betul2... lama jugak dan banyak kali jugak orang tu ketuk.. Aku boleh dengar jelas sebab TV kat ruang tamu tu perlahan jer aku bukak volumenya. Aku dengarkan betul2 sah bunyi ketukan tu dari pintu umah aku. berdebar2 gak aku rasa, sape pulak yang datang umah aku malam2 tanpa call/sms sebelum datang.. nak kata maksu aku tak mungkin. mesti dia call aku sebelum datang.. nak kata kawan2 tak ramai yang tau umah aku yang mana satu. seorang dua jer kawan2 aku yang tau n kalau dorang nak datang pun mestilah dorang call dulu bagitau... macam2 yang bermain di fikiran aku. terfikir pasal banci penduduk seluruh Malaysia yang sedang berjalan skang ni. tapi...... sampai malam ke dorang buat kerja? fikir smula mungkin dorang datang malam sebab siang2 orang kerja.. tapi lagiiiiiii... naper dia tak bagi salam? Aduhhhhhh serabut fikiran aku fikirkan saper orang yang ketuk pintu rumah aku tu? last2 aku tinjau melalui bawah pintu. aku nampak bayang dua kaki berdiri depan umah aku tu.. bunyi lagi ketukan.. aku matikan diri je.. tak berani nak bukak dan aku memang takkan bukak.. ader la dalam 5 mnit agaknya akhirnya aku nampak bayang tu jalan pergi arah ke lift.. kurang sikit rasa debar jantung aku?

aku pergi amik fon dan sms jiran yang sama duk setingkat ngan umah aku.. tanya klu2 ada orang ketuk pintu umah dia.. dia kata tak perasan sebab dia sedang jemur baju n tv bunyi kuat.. akhirnya kami amik keputusan untuk sama2 hati2.. aku pun dah tak jadi nak buat kerja sebab terkejut.. aku duduk je depan TV sambil tunggu kot2 orang tu datang ketuk lagi pintu umah.. memula aku nak call tanya abah ada ke orang buat bancian malam2 ni? tapi tak jadi call sebab aku tak nak mak risau.. nanti mak susah hati kalau aku cerita macam tu. tak senang duduk pulak mak nanti. mesti dia risaukan aku duk sorang2 nanti. erm, last2 aku tunggu je la sambil layan cerita kat tv. tapi fikiran aku melayang fikir saper orang yang ketuk rumah aku tu? kalau betul orang yang niatnya baik, mesti dia bagi salam dan call aku.. tapi tidak.. cuma bunyi ketukan pintu jer dan bayang2 aku nampak dari bawah pintu.. moga2 harini tak der lagi macam tu...

Harini Masuk Pejabat Lewat..

Salam dan selamat pagi

pagi yang sejuk dan mendung ni... aku lewat masuk opis.. kul 8.10 baru sampai pejabat... ermmmmmmmmmmmm... sebab apa? sebab ada lori rosak kat TUDM tu. kalau korang nak tau.. dari exit kuchai lama (highway MEX) nak sampai ke Jalan Istana amik masa dekat satu jam..aku turun kat exit tu dalam kul 6.50am, selalunya aku akan sampai pejabat kul 7.15am. huhu. harini? cubalah bayangkan.. tension betol pagi tadi.. tapi nak buat cam ner.. aku tak salah dan lori tu pun bukannya nak buat2 rosak.. tul tak? kene la ngadap perangai pemandu yang macam2 ni.. simpang siur kereta nak masuk sana sini.. lagi la tambah jalan tu jem. sampai pejabat..ada yang dah gelakkan aku.. sebab dorang dah sampai dulu sebelum aku sampai.. yang naik motor memang la selamat kan? bawak kereta macam ni la nasibnya..

tapi tak per la.. janji dah selamat sampai opis kan? sampai opis tadi terus capai PC n buat surat untuk edar sticker dan poster pada PBT2 seleuruh Malaysia. Alhamdulillah, keje aku dah settle untuk setakat ni. Tinggal nak sain surat n buat packing untuk edaran poster dan sticker tu..banyak tu.. nak edar ke 147 buah PBT satu Malaysia...

Ok la, sampai sini dulu.. jumpa lagi nanti

Tuesday, August 3, 2010

Macam - macam perangai kengkawan kat opis nie...

salam

petang ni aku nak ngomel jap
ngantuk la...
orang tak der kat opis ni
tinggal beberapa kerat jer
yg lain pi kursus
patutnya aku pun ader kursus
tapi aku tolak
jauh sangat nak p kelantan sorang2
nak booking tiket flight pun dah tak sempat
kawan aku bgtau ari jumaat aritu
nak pegi hari Ahad
erm.. melepas aku kursus MASMA
takper la.. hope nanti dapat pegi lagi..

aku nak cite pasal budak opis aku ni
kengkawan selalu buli dia
sebab dia ni jenis lurus bendul n tak malawan orangnya
dia ni ramai makwe... maklum la muka hensem
tapi selalu kawan je putus.. kawan je putus..
aku pun tak tau la naper ngan budak sorang ni
agaknyer makwe dia tak tahan dia lurus bendul agaknya

kekadang aku pun suka sakat dia
dia layan jer usikan kitorang
tapi kesian jugak..
dia ni kira pangkat adik2 la kat aku
duk depan meja aku ni..
dia ni rajin MC, kalau dia MC je alamat kitorang sume sakat la dia
mesti malam sebelumnya tu kuar dating sampai tengah malam
kesian adik aku sorang ni...
nak buat cam ner...
dorang suke sangat buli
kekadang aku pulak disabitkan sekali
sabar je la
mentang2 aku bujang lagi.
n orang ingat aku tak der pakwe
maka aku pulak dijadikan bahan
sabar je la ngan budak2 opis aku ni

apapun....
sume tu hiburan kat pejabat ni
'takper fiz, nanti nak raya aku mintak maaf ngan ko'
hahahaha
ok la, aku nak siap2 nak balik umah
ngantuk pun dah hilang sebab dapat ngomel
korang layan la ngomelan merapu aku petang ni...
jom balik....

Upin Yang Nakal...

Upload2 gambar terjumpa gambar ni
tersenyum aku sorang bila ingatkan keletah Upin yang manja ni
teringat mak kata tiap2 petang dia duk kat pintu pagar tunggu aku balik
erm, setiap hari jumaat bila aku sampai je umah mak, Upin akan ngajuk
agaknya ngajuk sebab aku tak balik tiap2 petang.. hehe
ni gambar Upin tengah nyenyak tidur dengan kasut kesayangan dia tu
kasut nie key chain beg skolah adik..
Upin ambik buat main dan jadikan hak milik dia..
dan gambar ni semestinya adik punya angkara
dia suka kacau kucing ni tidur.

Kek Lobak Merah

Hari Ahad yang lepas,aku buat kek Lobak Merah.. resipi ni aku amik dalam majalah saji keluaran terbaru yang ada kat umah. dari haritu mak sibuk cakap dah lama tak buat kek, aku pun teragak gak nak buat kek, dah lama tak buat kek sebenarnya. cadangnya nak buat kek coklat lembab yang biasa aku buat tu, tapi mak cadangkan supaya aku buat kek Lobak merah. Mak kata try buat ikut resipi dalam majalah tu. Aku pun pegi la kedai dan beli barang2 yang tak ada kat umah.. maka terhasillah kek lobak merah macam dalam gambar tu.. hahahaha.. resipi? nanti ada free aku uploadkan.. (lupa lak sebab dalam majalah saji kat umah mak. Kalau kawan2 ada majalah saji keluaran terbaru yang warna hijau penuh dengan resipi kuih raya tu, cuba belek2 dalam tu.. mesti jumpa.. )


(Lobak merah yang telah disagat)


(kulit oren yang disagat.. amik kuning sahaja, kalau sampai kat putih tu nanti pahit )




(ni lah kek yang dah siap. opss, tapi tak cun sebab nampak bahagian kerak bawahnya pulak, terbalik sebab telangkupkan untuk keluarkan kek.. haha )

Monday, August 2, 2010

Kembali bertugas ......

salam...

harini aku kembali ke pejabat semula
setelah 2 minggu menghadiri kursus induksi
erm, malasnya nak pergi keje harini....
nak tak nak bangun jugak le kul 5 lebih pagi tadi..huhu

sampai pejabat..
macam2 cerita dengar
hahahaha
maklumla 2 minggu tinggalkan pejabat..
bermula la rutin harian seperti biasa

ok la..
tak der idea lagi nak ngomel pagi ni
nti2 sambung smula..
selamat bekerja buat kawan2 semua