Wednesday, August 4, 2010

Harini Masuk Pejabat Lewat..

Salam dan selamat pagi

pagi yang sejuk dan mendung ni... aku lewat masuk opis.. kul 8.10 baru sampai pejabat... ermmmmmmmmmmmm... sebab apa? sebab ada lori rosak kat TUDM tu. kalau korang nak tau.. dari exit kuchai lama (highway MEX) nak sampai ke Jalan Istana amik masa dekat satu jam..aku turun kat exit tu dalam kul 6.50am, selalunya aku akan sampai pejabat kul 7.15am. huhu. harini? cubalah bayangkan.. tension betol pagi tadi.. tapi nak buat cam ner.. aku tak salah dan lori tu pun bukannya nak buat2 rosak.. tul tak? kene la ngadap perangai pemandu yang macam2 ni.. simpang siur kereta nak masuk sana sini.. lagi la tambah jalan tu jem. sampai pejabat..ada yang dah gelakkan aku.. sebab dorang dah sampai dulu sebelum aku sampai.. yang naik motor memang la selamat kan? bawak kereta macam ni la nasibnya..

tapi tak per la.. janji dah selamat sampai opis kan? sampai opis tadi terus capai PC n buat surat untuk edar sticker dan poster pada PBT2 seleuruh Malaysia. Alhamdulillah, keje aku dah settle untuk setakat ni. Tinggal nak sain surat n buat packing untuk edaran poster dan sticker tu..banyak tu.. nak edar ke 147 buah PBT satu Malaysia...

Ok la, sampai sini dulu.. jumpa lagi nanti

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.