Monday, September 27, 2010

Vistana Kuantan - 26/09/10 hingga 29/09/10

Salam dan selamat pagi...

pepagi dah terjaga malam tadi sampai kuantan kul 1 pagi check in dan gosok baju sume ditambah ngan mata tak nak lelap aku tidur dalam kul 3pagi. huhuhu.. pagi tadi kul 6pagi aku dah terjaga. tak tau nak buat apa, bukak email, FB dan ni aku ngomel jap sementara tunggu jap lagi nak bersiap.

Minggu ni aku di Kuantan. Ada kursus KIK sampai 29hb nanti.. Pagi ni kata urusetia ada Lawatan ke Majlis Perbandaran Kuantan dulu.Petang baru start kursus.. Macam2 la.. Lama aku tak pegi Kuantan ni..Last pergi tahun 2008 rasanya. ikut abah ada tugas di sini.Pastu tak der pergi lagi. Malam tadi sampai lom nampak apa2 lagi sebab dah tengah malam. AL-maklumla dekat kul 9pm dari KL semalam. Pastu berhenti makan di Genting Sempah.. Gitu gini kul 10 lebih baru gerak ke Kuantan.

Erm,pepagi ni tak der idea sangat nak citer la.. nanti kita sambung lagi ye, AKu nak pergi bersiap n bfast. Nanti kene tinggalkan pulak kat dorang.. hahaha.. Jumpa lagi :-)

Monday, September 20, 2010

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

Salam,

Rasanya belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya buat semua. Raya yang agak bizi dan aku bercuti panjang tahun ni. Beraya sakan aku.. tapi bila dah naik kerja n tinggal sorang2 kat umah ni, baru terasa penatnya... hehe.. takper la, dah seronok seminggu beraya sakan kan? Walaupun baju raya siap last2 minute dan tak sempat nak memanikkannya, raya tetap raya.. cume kurang glamour skit ler kakak sorang nie.. huhu.. tp sume tu tak penting, yang penting.. saat2 bersama kaum keluarga tu saat2 manis sepanjang raya ni.. hilang penat walaupun dari seawal pagi hingga ke tngah malam buat kerja tanpa henti.. mmmmmmm... gambar2 rya tak sempat lagi nak upload. lagipun tak banyak amik sebab sibuk melayan tetamu dan berada di dapur jer..

hari ni aku mula kerja, masuk je opis ada meeting, almaklumla aku tak tau sebab dah seminggu straight cuti.. hehe... Start minggu ni Audit Tandas Awam di PBT akan bermula. Nama aku pulak yang pertama naik dalam senarai untuk pergi ikut panel hakim yang dilantik (Asst. Prof Dr Asiah dari UIA) buat Audit di Pulau Langkawi. Mujur ada 2 Tandas Awam je yang terpilih di MP Langkawi.. So, mengikut jadual Khamis ni aku kene flight ke Pulau Langkawi nampaknya. Pergi pagi n balik petang.. Hope semuanya berjalan lancar.

Mata ni rasa mengantuk la pulak, idea pun dah beku nak menaip.. sambung kemudian nanti.. jumpa lagi n selamat malam semua...

4 The Rest Of My Life - Maher Zain




I praise Allah for sending me you my love
You found me home and sail with me
And I'm here with you
Now let me let you know
You've opened my heart
I was always thinking that love was wrong
But everything was changed when you came along
OOOOO
And there's a couple words I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart
I feel so blessed when I think of you
And I ask Allah to bless all we do
You're my wife and my friend and my strength
And I pray we're together eternally
Now I find myself so strong
Everything changed when you came along
OOOO
And there's a couple word I want to say
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you. loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart now that you're here
Infront of me I strongly feel love
And I have no doubt
And I'm singing loud that I'll love you eternally
For the rest of my life
I'll be with you
I'll stay by your side honest and true
Till the end of my time
I'll be loving you.loving you
For the rest of my life
Thru days and night
I'll thank Allah for open my eyes
Now and forever I I'll be there for you
I know that deep in my heart

Tuesday, September 7, 2010

Kesiankanla Aku Wahai Sahabat2 Sekalian...

Salam,
Masuk pulak keje pagi ni,
bukak e-mail dan FB kengkawan sume mula la chatting ucapkan selamat hari raya
Rasa tak sabar nak menyambut kedatangan Syawal
tapi dalam pada gembira tu, tetiba emosi aku kurang stabil smula bila soalan2 bonus keluar dari mulut kengkawan........
Adussssssssss.. wahai kawan2ku sekelian.. tak kesian ke kalian dengan aku ni?
berhenti la mengusik aku nak2 time nak raya ni... syahdu aku kalian buatkan

Sahabat2 sekalian,
bukan aku marah/tak suka bila kalian cakap, tanya dan desak aku dengan soalan2 yang aku tak mampu nak jawab,tapi bagi la sahabatmu ni ruang untuk rasa selesa..
kalau hari2 biasa kalian suke usik aku, bagi la aku rasa happy skit nak raya ni..
Aku tau kalian sume sayangkan aku.. nak tengok aku gembira dan bahagia..
tapi bukan cara macam ni..
Ketahuilah sahabatmu ni normal dan masih waras lagi
sama je macam kalian sume, ada hati ada perasaan...
nak hidup berkeluarga macam kalian sume... tapi belum rezeki dan belum sampai masanya untuk sahabatmu ni rasa semua tu..
InsyaAllah, berbekalkan doa kalian semua, satu hari nanti aku akan ikut jejak langkah kalian semua..
jangan la kalian risau... aku ada perasaan lagi, tak seperti yang kalian bimbangkan..
Aku pun ada keinginan nak punya keluarga, suami dan anak2.. sama macam kalian. kekadang tu memang jeles tengok korang ngan family. tapi masa untuk aku rasa semua tu belum sampai...

so,
buat sahabat2ku sekalian, terima kasih atas ingatan kalian walaupun kita semua berjauhan, Aku terharu dengan persahabatan kalian, harap persahabatan kite berkekalan selamanya.. Terima kasih juga sentiasa mengambil tentang diri aku.
Maaf aku pinta andainya ada soalan2 yang tak boleh aku jawab buat masa ini. Tak ada niat untuk berahsia dengan kalian, cuma ingin menjaga hati banyak pihak..InsyaAllah, sampai masa dan ketikanya, kalian sume akan bergembira nanti..

Dikesempatan ni, aku mohon ampun mohon maaf kalau ada yang kalian tak berpuas hati dengan aku. Macam aku kata tadi, tak der niat untuk berahsia dengan kalian.. tapi berilah aku peluang untuk menjaga hati semua pihak...InsyaALLAH, doakan la yang terbaik untuk sahabat kalian ini. Moga kegembiraan dan kebahagiaan yang kalian doakan akan menjadi kenyataan. INSYAALLAH....

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin buat sahabat2ku sekalian...

Kesian Abah.... Moga Abah cepat baik

salam,

lama aku tak mengomel kat sini
klu ada pun sekadar paste artikel2 dari e-mail untuk kongsi dengan kengkawan
ermmmmmm... akhirnya pagi ni aku luangkan masa sekejap..
eh, jam dah 12.00 tghari, pagi baru je ditinggalkan..

emosi aku kurang stabil harini
semalam aku tak masuk office, habis taklimat aku terus balik rumah
malam tadi pun tak sempat nak bukak e-mail coz hantar abah pegi Klinik
Abah tak sihat.. kesian abah

erm,, kesian abah
petang semalam abah sampai time nak berbuka puasa dah.. abah lewat balik semalam sebab pergi menziarahi staffnya yang meninggal akibat kanser hati di hospital selayang. dari pagi semalam bila dapat panggilan yang mengatakan arwah tenat, abah dan kawan2 ke Hospital selayang.. dalam perjalanan mereka arwah menghembuskan nafas terakhir.so, abah dan kawan2 tunggu sampai selesai urusan jenazah sebelum di bawa balik ke kampung di Muar. Oleh kerana berdiri terlalu lama, kaki abah yang sedia sakit akibat Gout tu apa lagi. membengkak la...

sampai je rumah, abah kata kakinya sakit. dah lama tak datang penyakitnya tu, dia pun tak kisah la ubat tahan sakitnya habis. Lepas je buka pose n solat maghrib aku pergi klinik dengan mak belikan ubat abah, tapi nak dijadikan cerita klinik tutup pulak malam tadi. Dr Zaidi ada hal. Apa lagi aku dan mak terus balik n bawak abah ke cawangan yang satu lagi. Mujur ada Dr lain disitu. Orang ramai pulak.. kaki abah semakin berdenyut katanya.. Kesian aku tengok abah malam tadi. dah lama kaki nya tak sakit sebab abah selalu jaga makan. Maybe semalam akibat terlalu lama berdiri dengan memakai kasut, bengkak kakinya makin bertambah.

kesian aku tengok abah. hari nak raya ni.. tapi aku bangga dengan abah. walau sakit macam mana pun selagi boleh bangun abah akan pergi kerja. pagi tadi bangun sahur, abah kata dia tetap akan pergi kerja. dia mesti selesaikan kerja2 yang ada sebelum bercuti hari raya. Mudah2an kaki abah makin baik bengkaknya.

Friday, September 3, 2010

30 Perkara Perempuan Tak Sempat Bagitau Lelaki

Petikan dari Facebook by Cik Mas Mona....


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diriwanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akanlakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan tak sampai sepuluh minit,semua rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa.