Monday, September 20, 2010

Selamat Hari Raya, Maaf Zahir & Batin

Salam,

Rasanya belum terlambat nak ucapkan selamat hari raya buat semua. Raya yang agak bizi dan aku bercuti panjang tahun ni. Beraya sakan aku.. tapi bila dah naik kerja n tinggal sorang2 kat umah ni, baru terasa penatnya... hehe.. takper la, dah seronok seminggu beraya sakan kan? Walaupun baju raya siap last2 minute dan tak sempat nak memanikkannya, raya tetap raya.. cume kurang glamour skit ler kakak sorang nie.. huhu.. tp sume tu tak penting, yang penting.. saat2 bersama kaum keluarga tu saat2 manis sepanjang raya ni.. hilang penat walaupun dari seawal pagi hingga ke tngah malam buat kerja tanpa henti.. mmmmmmm... gambar2 rya tak sempat lagi nak upload. lagipun tak banyak amik sebab sibuk melayan tetamu dan berada di dapur jer..

hari ni aku mula kerja, masuk je opis ada meeting, almaklumla aku tak tau sebab dah seminggu straight cuti.. hehe... Start minggu ni Audit Tandas Awam di PBT akan bermula. Nama aku pulak yang pertama naik dalam senarai untuk pergi ikut panel hakim yang dilantik (Asst. Prof Dr Asiah dari UIA) buat Audit di Pulau Langkawi. Mujur ada 2 Tandas Awam je yang terpilih di MP Langkawi.. So, mengikut jadual Khamis ni aku kene flight ke Pulau Langkawi nampaknya. Pergi pagi n balik petang.. Hope semuanya berjalan lancar.

Mata ni rasa mengantuk la pulak, idea pun dah beku nak menaip.. sambung kemudian nanti.. jumpa lagi n selamat malam semua...

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.