Tuesday, November 17, 2009

Lawatan Ke Pusat Penyembelihan Ayam Syarikat Ayam Mega Sdn Bhd

Salam...

Erm... arini seawal pagi aku da bangun. kul 3.00 pagi... hehehe.. mcm tak cayer jer... bukan tak boleh tido, tapi aku ader lawatan ke Pusat Penyembelihan Ayam kat Lukut, Port Dickson. Kami berkumpul jam 4.00 pagi di Lobi Hotel sebelum dibawa dengan bas ke destinasi yang hendak dituju.. Thanks kepada MPPD sebab sediakan kenderaan untuk kami adakan lawatan ke tapak...

x penah aku terfikir sepanjang kerjaya aku, aku akan wat lawatan ke Kilang Penyembelihan Ayam. Dek kerana aku posting di Bahagian Kesihatan, secara tak langsung aku terlibat dengan aktiviti2 kesihatan dan kebersihan untuk PBT. Ekoran dari Bengkel menyediakan garispanduan untuk pusat penyembelihan ni la aku ke site...( hahah.. skarang site aku mesti ada kaitan ngan kesihatan jer) tapi korang tgk la time aku g site..kul 4.00pagi time orang tengah sedap tido lagi.. sebabnya nak tengok ayam2 di proses sebelum dihantar ke pasar untuk dijual.. dorang wat operasi antara jam 2.00-5-00 pagi..

baru aku tau,, klu tak masuk bahagian ni aku tak pernah terfikir pun.. hehe.. baru skarang aku rasa keseronokan kerja tu boleh dicari di mana2.. walaupun skop kerja aku kecil di bahagian kesihatan tu, tapi kerja aku memberi sumbangan yang besar sebenarnya.. da jadi mcm penasihat teknikal plak sudahnya kami2 orang teknikal kat bahagian tu.. memang aku tak terlibat dalam selok belok proses ayam tu.. tapi penglibatan kerja aku lebih kepada struktur bangunan dan proses -prosesnya disamping menyediakan garis2 panduan untuk digunakan di PBT. Insyaallah lepas ni tak der la lagi aku rasa kecewa pergi kerja jauh jauh2 tiap2 hari....

ok la.. aku nak rehat jap... actly baru balik dari lawatan kul 6 lebih tadi.. nak tido lepas solat tadi tak lelap plak mata... tu yg ngadap blog jap ni...

Monday, November 16, 2009

Bengkel Penyediaan Garis Panduan Bagi Pusat Penyembelihan Ayam dan Itik di PBT

Salam..

petang ni ujan je.... sejuk giler.. aku tak der aper nak buat.. so, duduk ngadap blog jap.. da lama aku tak godek blog aku ni... aritu bz ngan final exam.. then sibuk wat preparation untuk bebarapa kursus anjuran Bahagian aku. Tengah sibuk2 wat preparation tu, bos panggil suh attend bengkel wat garispanduan pulak kat Port Dickson... sampai ari rabu ni aku ader kat PD la jawabnya.. mula2 ingat nak berulang je dari Seremban..dalam setengah jam je dari umah aku ke sini. bila tengok ari ujan je.. malas plak nak ulang alik.. g pun aku tak der tanggungjawab kat umah.. klu ader family tu maybe gak ler aku balik.. hahaha.. nak settlekan family.. mak pun tak bagi aku berulang cuaca tak baik ni... so, duk menggodek internet je ler keje aku nampaknya... hahaha

jadual bengkel tak padat sangat... sampai petang jer.... lepas kul 5 da free.. ni tadi aku cadang nak g jalan2 tepi pantai amik angin petang... da siap2 nak kuar tengok luar ujan renyai2.....ni yg aku mengomel kat blog ni.. hehe.. erm, ok la.. nanti sambung lagi.. nak g wat air jap.. nak cari air panas. sejuk sangat lew.. huhuhu...

Monday, November 2, 2009

Exam JPA

27 Oktober aritu aku exam JPA.. huhu..mintak2 lulus cemerlang dengan berbekalkan buku2 sume ni.. letih tangan aku menjawab soalan tu.. daripada 10 soalan tu, aku larat menulis untuk 9 soalan je.. yang lagi satu soalan tu tak sempat abis... tangan da sakit, x leh tulis laju2... hehe



Kek Coklat.. Hahaha

salam...

Arini aku tak der class, dari pagi tadi cuaca tak berapa baik.. ujan jer.. so, aktiviti sume tergendala.. ingat nak g jogging n rehatkan minda pun tak berkesempatan... aku pun da siap2 kemas umah bukak buku.. tengahari stop sebab ke dapur.. tolong mak.. maklumla ari cuti2 cam ni je aku nak lepak2 kat dapur ngan mak.. slalu aku g kelas... weekday tak payah ckp la.. balik umah makanan sume da tersedia..

petag lepas lunch mak, abah n adik keluar.. aku tak ikut ccoz cadangnya aku nak sambung study smula.. pastu.. teragak plak nak buat kek.. hehe.. aku memang mcm ni. klu teragak trus buat.. hehe.. cari bahan2 sume da lengkap.. aper lagi aku pun terus la buat... da siap sume aku tunggu la kek tu masak. sambil2 tunggu kek masak aku bukak la buku skit.. study mana2 yang patut... sampai la petang tadi.. ujan da berhenti, sume orang dalam umah aku boring.. so, kitorang decide nak g tengok MYDIN baru bukak kat kota seriemas Nilai... aper lagi... siap2 n terus pegi... hehehe... kat sini aku letakkan gambar kek aku yang dibuat tanpa dirancang tu yer... tapi ok la... da nak habis pun da.. haha


kek masa baru sudah masak...

lepas aku letak topping ngan hiasan.. aku belasah je letak sume tu.. aper yg ada aku jumpa aku guna.. hehehe...