Monday, August 31, 2009

Merdeka ! Merdeka ! Merdeka !

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan...

More MERDEKAgraphics

pagi tadi aku duduk2 sementara tunggu azan suboh, aku teringat pasal sambutan hari merdeka... sekarang aku da tak berkesempatan lagi nak g berbaris ramai2 kat padang MPS tu.. klu tak.. time2 cam ni aku da sibuk nak kuar dari umah.. tak sangka pulak baju colourfull tahun lepas tu baju terakhir aku pakai sebelum pencen dari masuk perbarisan tiap2 tahun.. tak sangka masin mulut aku tahun lepas sebab aku kata tahun lepas last aku masuk perbarisan.. tahun ni aku nak rehat.. ha, betul2 aku rehat n dah tak payah masuk lagi perbarisan mewakili SAINS.. hahaha.. takper, pada geng2 kawad SAINS, teruskan perjuangan korang .. pastikan kemenangan kite tiap2 tahun tu tak terlepas ke tangan orang lain.. huhuuuhuuu....

erm, tu skit memori aku masa kat JBANS dulu..

Saturday, August 29, 2009

Lamanya tak tengok blog ni..

salam... lama sungguh aku x jengok blog aku ni.. apatah lagi membebel2 kat sini.. ahahaha... sepanjang mgu ni aku tak berapa sehat.. batuk n selsema.. sampai skang ni pun still batuk ada lagi.. suara pun serak2 lagi.. erm, batuk n selsema buat mood aku hilang...lagi tambah teruk... asignment pun aku tak sentuh sepanjang mgu nie... waaaaaa... kalut jadinya... arini tadi kene anta asignment maths... esok pagi ada test hidraulik... aduh....... mcm mana ni.. rasa mcm tak der semangat jer...

arini aku abis kelas kul 6 lebih tadi.. gtu - gni... bayar parking, amik kereta... at last gerak dari yayasan selangor dalam kul 6.30pm... nak buka kat KL rasa cam awal sangat. at last amik keputusan teruskan je perjalanan... mana2 sempat nti berhenti buka... kul 7 td sampai kat Nilai... then terus masuk hentian seremban.. berbuka la di hentian Seremban... erm, selalu aku buka ngan family aku.. melainkan time study dulu memang la buka ngan kengkawan... arini tengah2 makan tadi rasa tak best jer... salu makan ngan mak, abah n adik... hehe... banyak tul pengorbanan nak belajar nie... erm, kene kuatkan semngat untuk terus berjaya... klu tak sia2 ulang2 seremban - KL tiap2 mgu g blaja nie...

erm, aper lagi nak membebel nie? actly aku ader asignment rock mechanics yang nak kene siapkan ni.. esok nak kumpulkan untuk dorang pos kat lect.. aku lom dtg feel lagi nak buat nie..pastu printer aku abis ink la plak.. nak kene g beli cartridge dulu ni.. malasnya nak kene kuar lagi .. nak g Jusco tu lagi la satu hal.. nak parking susah.. mlm2 mgu ni penuh. huh. ni yg aku duk godek blog dulu nie..nak hilangkan tekanan...

ok la... nti sambung lagi... nak siapkan asignment n nak study skit untuk test hidraulik esok... jumpa lagi...

Saturday, August 22, 2009

Yang Dicari....

erm, naper la sampai skarang aku tak dapat lagi kebahagiaan yang aku cari? aku nak sangat hidup mcm kawan2 aku yg lain..tapi tak tau la bila masa tu sume akan tiba...orang kata tak baik klu kita mengeluh.. aku bukan nak mengeluh, kekadang tu terasa mcm besar sangat dugaan yang Allah berikan pada aku.. memang benar Allah takkan bagi seseorang tu dugaan melainkan orang itu mampu untung tanggung sume dugaan tu.. tapi, kekadang aku rasa aku tak layak untuk diduga sebegitu hebat... aku bukan sekuat mana pun.. hati aku kecik.. walaupun aku selalu positif pada aper2 yang terjadi.. namun hati kecik aku tak sekuat yang aku lakukan... aku selalu bertanya pada diri aku... apa salah aku yang telah aku lakukan sehingga aku terduga begini sekali.. pujuk ati smula ingat pesan kak mai.. Allah duga kita sebab Allah sayangkan kita.. ye kak... saya yakin pada kata2 akak..
takper la.. setiap apa2 yg terjadi tu mesti ada hikmahnya. cepat lambat sesuatu tu pun mesti ada hikmahnya.. orang kata bukan senang kita nak dapat hidup senang.. mungkin rezeki kawan2 aku mcm tu. itu da tertulis.. jangan kita pikir buruknya... yang penting fikirkan benda2 yang positif jer kan? mesti kita tak rasa tertekan......:-)apapun terjadi aku tetap besyukur dengan semua pemberianNYA.. kerana bagi aku sesuatu yang terjadi pada diri aku ni, itu yang terbaik untuk kehidupan aku..

aku percaya keperitan rasa yang aku tanggung sekarang akan bagi kegembiraan dalam hidup aku suatu hari nanti...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sinar Cahaya Ayat Kursi

SINAR CAHAYA AYAT KURSI

Dalam sebuah hadis ada menyebut perihal

seekor syaitan yg duduk diatas pintu rumah.
Tugasnya ialah utk menanam keraguan di hati
suami terhadap kesetiaan isteri di rumah dan
keraguan dihati isteri terhadap kejujuran suami di
luar rumah.
Sebab itulah Rasulullah tidak akan masuk
rumah sehinggalah Baginda mendengar jawaban
salam daripada isterinya.
Disaat itu syaitan akan lari bersama-sama
dengan salam itu.


Hikmat Ayat Al-Kursi mengikut Hadis-hadis:


1) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
apabila berbaring di tempat tidurnya, Allah SWT
mewakilkan dua orang Malaikat memeliharanya
hingga subuh.


2) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir setiap sembahyang Fardhu, dia akan berada
dlm lindungan Allah SWT hingga sembahyang
yang lain.


3) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap sembahyang,tidak menegah akan dia
daripada masuk syurga kecuali maut dan barang
siapa membacanya ketika hendak tidur, Allah
SWT memelihara akan dia ke atas rumahnya,
rumah jirannya dan ahli rumah-rumah disekitarnya.


4) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir tiap2 sembahyang fardhu, Allah SWT
menganugerahkan dia setiap hati orang
yg bersyukur,setiap perbuatan orang yg
benar,pahala nabi2 serta Allah melimpahkan
padanya rahmat.


5) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi
sebelum keluar rumahnya, maka Allah SWT
mengutuskan 70,000 Malaikat kepadanya - mereka
semua memohon keampunan dan mendoakan
baginya.


6) Barang siapa membaca ayat Al-Kursi di
akhir sembahyang Allah SWT akan mengendalikan
pengambilan rohnya dan dia adalah seperti
orang yang berperang bersama Nabi Allah
sehingga mati syahid.


7) Barang siapa yang membaca ayat Al-Kursi
ketika dalam kesempitan nescaya Allah SWT
berkenan memberi pertolongan kepadanya.


Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah S..A.W.
bersabda,Sampaikanlah pesanku biarpun
satu ayat..."

Adakah Cinta Memerlukan Sebab

kali ni aku nak share artikel yang sahabat aku kirimkan mgu lepas.. rasa dulu aku pernah terima.. tapi.. aku nak kongsi kat sini plak kali ni. untuk pembaca2 blog nie.. kadang2 kita tak mengerti erti kehidupan ni yg sebenar..jom kita baca cerita pendek nie...

Adakah Cinta Memerlukan Sebab?? ::



Dalam satu kisah percintaan yang menarik. Sepasang suami isteri berjalan di tepi sebuah tasik yang indah.. Kemudian mereka berhenti di sebuah bangku yang disediakan di tepi tasik. Kemudian si isteri bertanya kepada si suami. Ini dialog mereka

Isteri : Mengapa abang menyukai saya? Mengapa abang cintakan saya?

Suami : Abang tidak boleh menerangkan sebabnya, namun begitu abang memang
menyayangi dan mencintai Sayang!

Isteri : Abang tak boleh terangkan sebabnya? Bagaimana abang boleh katakan abang
sayang dan cintakan saya sedangkan abang tidak boleh menerangkannya.

Suami : Betul! Abang tak tahu sebabnya tetapi abang boleh buktikan bahawa
abang memang cintakan Sayang!

Isteri : Tak boleh beri bukti! Tidak! Saya hendak abang terangkan kepada saya
sebabnya. Kawan-kawan saya yang lain yang mempunyai suami dan teman lelaki,
semuanya tahu menerangkan mengapa mereka mencintai. Dalam bentuk puisi dan
syair lagi. Namun begitu abang tidak boleh terangkan sebabnya

Si suami menarik nafas panjang dan dia berkata "Baiklah! Abang mencintai Sayang sebab sayang cantik, mempunyai suara yang merdu, penyayang dan mengingati abang selalu. Abang juga sukakan senyuman manis dan setiap tapak Sayang melangkah, di situlah cinta Abang bersama Sayang!"

Si isteri tersenyum dan berpuas hati dengan penerangan suaminya tadi.Namun begitu selang beberapa hari si isteri mengalami kemalangan dan koma.

Si suami amat bersedih dan menulis sepucuk surat kepada isterinya yang disayangi. Surat itu diletakkan di sebelah katil isterinya di hospital.Surat tersebut berbunyi begini :

"Sayang!Jika disebabkan suara aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau bersuara? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika disebabkan kasih sayang dan ingatan aku mencintai mu...sekarang bolehkah engkau menunjukkannya? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan senyuman aku mencintai mu... sekarang bolehkah engkau tersenyum? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu.Jika disebabkan setiap langkah aku mencintai mu.... sekarang bolehkah engkau melangkah? Tidak! Oleh itu aku tidak boleh mencintai mu. Jika cinta memerlukan
sebabnya, seperti sekarang. Aku tidak mempunyai sebab mencintai mu lagi. Adakah cinta memerlukan sebab? Tidak! Aku masih mencintai mu dulu, kini, selamanya dan cinta tidak perlu ada sebab. Kadangkala perkara tercantik dan terbaik di dunia tidak boleh dilihat, dipegang. Namun begitu... ia boleh dirasai dalam hati."


::: Hati Emas :::

1st day of Ramadhan

salam semua... hehehe..
sempat g aku menggodek blog petang2 nie kan... actly arini aku tak der class.. sok baru ader kelas waste water.. so, sementera nak ke dapur semula ni aku nak mengomel jap.. huhu
tadi kul 4 aku da ke dapur ngan mak..arini adik mintak sup ayam.. so, atas persetujuan sume... petang ni nak buka pose makan sup ayam... mak kata nak wat meehoon goreng jugak... so, brang2 untuk meehoon sume aku da settlekan.. tinggal nak masak je lagi... sup ayam plak dah pun siap masak... hmmmmmm.. sedapnya aroma sup ayam tu tadi...
kawan2 buka pose aper plak 1st day puasa nie? mesti mcm2 kan? dengan bazar ramadhan nya lagi.arini aku tak der buat kuih.. so, mayba jap g abah g bazar ramadhan la tu cari kuih ngan adik.. hehe.. k la, aku nak ke dapur smula.. nak mulakan semula operasi ngan mak..kesian mak, time2 cuti ni la nak tolong. nanti da keje mesti tak sempat nak tolong mak masak.. coz aku sampai umah pun da dekat kul 6 ptg.. sure nye mak da siap2 masak untuk berbuka... jumpa lagi nanti...
selamat berbuka pose n selamat menunaikan ibadah solat sunat Tarawikh....

Friday, August 21, 2009

Tak Keje Arini...

arini aku x keje... pepagi lagi tadi kete aku buat hal.. da siap2 nak g opis... tekan alarm.. dia meraung plak sekuat ati dia... aduh......... bising tu... jiran2 dengar... bertuah la kete aku nie...tengok jam da kul 6.15am plak... nak nek bas da terlepas da nie..bas da gerak. tak der point pun kalau mak nak anta g terminal...huhu...

panic aku time tu.. tak tau nak buat aper. tak pernah kene cam ni. da la abah tak der umah...ader la 5 minit aku duk pandang jer kete aku tu berbunyi... telinga pun sakit gak dengar... hmmmmmmmm.. aper la nasib aku arini.... dah menung punya menung... teringat nak call abah... abah kata maybe bateri dia nak kong tu... mmmmmm.... mujur tak kene kat opis.. klu tak lagi haru aku dibuatnya...

Abah callkan orang kedai repair kete tu... seb bek umah orang tu kat area sini jer... datang la orang tu cabut aper2 yg patut sebelum nak bawak g kedai pagi ni nanti. orang tu kata maybe ader problem ngan salah satu pintu..erm, bertuah,.. bertuah wahai kereta... meragam plak ko arini yer...

erm, ok la..mak panggil da. orang tu da dtg nak amik kereta... aku nak g settlekan kete dulu.. tak senang ati dibuatnya klu dia meragam ni.. sambung g nanti k....

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Datang Lagi...

Salam Ramadhan...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Tinggal 2 Hari lagi Insyaallah kita sume umat Islam akan sambut kedatangan bulan Ramadhan..Aku bersyukur sebab aku akan dipertemukan lagi dengan bulan yang penuh keberkatan ini.. Tahun ni aku rasa mcm ternanti2 plak kedatangannya. Aku nak cuba penuhi Ramadhan kali ni dengan memperbanyakkan lagi hubungan aku dengan Allah... DIA telah berikan aku rezeki yang berlimpah ruah dalam kehidupan aku.. Banyak perkara yang aku tak pernah impikan datang dalam hidup aku sejak kebelakangan ini.. Aku bersyukur kehadratMU ya ALLAH..


dikesempatan yang ada ni.. aku nak ucapkan Selamat Berpuasa kepada semua kawan2 yang membaca blog ni.. moga Ramadhan kali ini juga membawa keberkatan dalam hidup kalian...


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Arini Balik Cepat...

Minggu ni aku rasa cam best jer... hahahaha... Isnin ngan Selasa exam... sure la aku bahagia tak yah duk KL tu lelama...cuma Isnin ritu je sampai umah malam skit... maklumla abis paper kul 5.00pm.. gitu - gini kul 5 lebih baru gerak dari JKR WPKL.. pastu........ aper lagi.. jem giler la kan... selasa aku exam pagi... tengahari balik terus kejar umah... rehat secukupnya...

semalam aku g keje cam biasa.. erm, mgu ni aku sorang jer... Eyta tak ada... outstation seminggu ke Pahang... cian Amsyar ibu dia outstation... erm, kekadang aku syukur gak keje kat Bahagian Kesihatan tu... jarang kene outstation... klu time bujang ni ok la g outstation.. klu da kawin nti .. mesti mcm2 benda nak pk... sian aku tengok muka eyta masa dia gtau aku last week yg mgu ni dia outstation seminggu.mesti kat fikiran dia duk bayangkan family. dengan fikirkan Amsyar yang baru setahun lebih. da la tak penah berenggang ngan dia.. nak pk ayah Amsyar lagi..hahahahaha. erm, tak per la eyta.. doa harap2 sume memahami...Sume masalah yg kite hadapi tu ader jalan penyelesaiannya...

mlm tadi lepas Isya' tetiba msg masuk kat hp aku... boss aku msg suh g bengkel SPP-II kat ICU-JPM arini... erm, ingatkan aku da pandai wat SPP leh terlepas dari g bengkel....:-p hahahahhaha... tapi, bagus gak tu... tak yah aku nak travel jejauh g KL arini... aku pun dengan bahagianya keluar lambat la dari umah tadi... hehehe.. kul 7 baru aku jalan dari umah...maklumla bengkel start 8.30am... haha...aku sampai umah tadi kul 4 lebih...best... slalu kul 5.45pm baru sampai umah... erm, best tul arini.... mgu ni asyik dapat balik cepat jer... seronok aku... dapat duk umah.. hehe.. minggu ni tinggal esok je keje... pastu sabtu da mula puasa.... Sabtu pun tak der kelas... Ahad je ader kelas waste water..

Erm, beginilah serba sedikit minggu yang membahagiakan aku... ( bukan bahagia apernya pun... bahagia dapat balik keje cepat skit dari selalu ) hehehe....

Tuesday, August 18, 2009

Remember when.. we laught, we cry together.. you and me

nice n simple... suke tengok blog akak aku ( kak mai ). hehehe... kesian die terpaksa melayan kerenah aku... aperpun... saaaaaaaaaaaayang akak... wakakakakkakaka....

aritu blog dia ni tinggal sepi je cam tu... pastu aku suh dia update blog dia. dengan paksa relanya dia pun update la blog dia tu... tapi something yg telah menarik perhatian aku... background blog dia... ader tertera kat situ..."Remember when... we laugh, we cry together.. you and me" sweet nyer..... suke3x... teringat aku sepanjang aku ngan dia kat SAINS dulu.. rindu sangat nak jumpa kak mai.. suke tengok muke dia senyum..... hehehe... patut la Mr Z akak terpikat. ( kang letak nama penuh akak marah, rahsia kene simpan .kui..kui..kui ). penat simpan rahsia nie.. tapi tak leh bocorkan selagi pengumuman rasmi tak dibuat oleh kak mai... :-p

nak jawab persoalan akak dalam blog akak tu ea..

1. bila nak p holiday?
waaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.......klu boleh saat ni nak ajak akak g holiday... nak rehatkan otak, tenangkan fikiran... alaaaaaaa... saya mana boleh jumpa akak... mesti nangis..... tengok muka akak saya jadi sedey..erm.. tengok la nanti lepas raya... mintak2 ader masa... tapi takutnya akak ader majlis pertunangan plak... hahahahahha.... Mr Z nak datang braper hb nie? klu susah2 nanti biar saya tepon jer dia sergah... mesti cepat dia dtg bawak rombongan cik kiah...

2.bila nak kawen?
aduhh... letih ek jwb soalan orang bila nak kawen nie... dah tua sangat ke kite nie? rasa nak rekod je satu kenyataan pastu bila orang tanyer.. pasangkan... hahahahha... setuju tak kak? ... erm, mana la saya nak jawab soalan tu? saya bukan lelaki... pempuan samer cam akak... tunggu orang datang pinang nanti kawen la... tak der orang datang... membujang la... tp, akak jgn risau... tak lama lagi tu... kan Mr Z da melamar akak aritu... tunggu nak dtg bawak mak ayah dia je lagi tu.. dia kan pemalu... akak sabar k... saya slalu doakan akak...

kawen bukan benda memain.. saya pun takut... akak da tau la orangnya sape..terus terang saya kata, memang dia baik. bukan orang lain pun dengan saya.. sedara mara saya jugak.. saya tau family dia..tau latar belakang dia. mak ayah dia orang baik2.. rezeki akak kan.. klu kita sabar insyaallah Tuhan temukan kita dengan insan yang terbaik.. pepatah ader kata... orang baik akan jumpa dengan orang baik dan cam tu gak la jika sebaliknya. so, jgn risau2 lagi.. pilihan akak tu da betul da tu... insyaallah, saya doa kekal selamanya... kawan pun da lama kan? da kenal ati budi... so, tak ader aper nak risau lagi k... skang ni, wat persiapan mental n fizikal... hahahaha... ( ceh, aku lak duk nganjar akak aku nie... macam la aku ni da kawin... sengal je kan kak? )

erm... aper lagi akak tanyer? tu je yang dapat disimpulkan sebagai jawapan... jgn sedey2 n pening lagi... patutnya saya ni yang pening n risau.....mak cik n pak cik da mula bising. takut jadi anak dara tua la tu.. nak wat cam ner.. jodoh lom sampai. mujur mak n abah memahami anak dia ni. klu tak mau gak tension kot kan? .. huhu.. tapi tak per.. saya yakin pada ketentuan Allah... insyaallah.. masa saya akan sampai gak nanti.. akak doakan ea..

Sedikit Lega..

arini aku abis paper exam JKR . Semalam paper structure... banyak gak la dapat jawab. dalam 70%.. tapi tak bestnya paper arinie... pagi tadi paper geotek.. susah ler... dapat jawab 2 soalan penuh jer dari 5 soalan... lg 3 soalan sumer rongak2... huhu... soalan tak jangka kuar... so, menjawab pun secara luar jangkaan la jadinyer... hahahaha

takper la.. harap2 lulus... cume paper geotek je rasa cam susah skit nak lulus... erm, klu tak lulus tahun depan kene amik lagi skali la nampaknya... aperpun... sume da berlalu... tunggu keputusan je skang ni.. pasni kene tumpu kat exam JPA plak bulan 10 nanti.. erm, kiranya sempat dulu la nak beraya sebelum study untuk jawab exam.... :-p

Sunday, August 16, 2009

Aktiviti Minggu Ini

minggu ni aku cuti .Majlis Konvokesyen UTM.. tak der class.. sabtu minggu depan pun tak der class. Cuti semperna sambutan awal ramadhan.. kan ader negeri cuti sambut awal ramadhan..so, UTM kene cuti ler... hehehe... ini bermakna kelas aku mula balik ari ahad minggu depan...

semalam ingat aku nak kuar g jenjalan... lama aku tak kuar jalan2. tapi tak jadi... hehehe... so, aku pun duk umah je la... kemas2 bilik, selak2 buku, tengok tv n last skali sure la aku lelap depan tv tu... hehehhe... aper lagi nak buat kan.. nak merayau sensorang rasa malas plak. baik duk umah je..memula tu teragak nak tengok wayang, pk balik malas la. tak der member. so, aku just rehat2kan diri kat umah...

rasa cam tak cayer je kan dah nak puasa balik... cepat betul aku rasa masa berlalu tahun nie... kejap da dekat ujung tahun... mcm tu gak la umur aku.. peningkatan yang agak cepat selari dengan cepatnya masa berlalu... da makin tua aku.. huhuhuhu.. kekadang rasa cam life aku ni mcm kosong je... cam tak der hala tuju.. erm....... aper je la aku merepek jap g nanti... ahahahha..

actly aku tengah duk study nie.. Esok n Lusa, 17 & 18 hb aku ada Exam JKR. aku amik paper struktur n geoteknik... erm, belasah je la kali ni.. tak study sangat pun... ntah aper benda aku buat aku pun tak tau.. nak kata sibuk tak der la sangat. nota pun ader tak lengkap, tu yg aku kurang mood skit nie... hehehehe.... ni tgh duk study rasa boring lak... tu yg aku ngadap depan PC nie.... da ngadap depan pc aper lagi.. gatal je jari jemari ni nak menaip...

erm, aper nak tulis g nie.. tadi duk sembang ngan kak mai dalam ym, tetiba senyap.. ntah mana le menghilangnya kakak aku sorang nie... hehehe... agaknyer tengah sibuk... die kat opis katanya tadi... prepare untuk kursus start esok... aku plak sibuk mengacau.. erm, terima la balasan kene chating sensorang... hehehe... ok la kak.. g la buat keje.. saya pun nak sambung baca buku... sok paper structure.. kul 2 pm... doakan saya dapat jawab dengan cemerlang tau........

Saturday, August 15, 2009

Hargai Ia Selagi Ada

artikel ni kiriman e-mail dari seorang sahabat aku.. memula aku rasa cam biasa je email ni. tapi bila baca satu2.. banyak pengajaran yang kita leh dapat. aku postkan kat sini.. untuk kita kongsi sama2 k....

Jika kamu memancing ikan....Setelah ikan itu terlekat di mata kail,hendaklah kamu mengambil ikan itu....Janganlah sesekali kamu LEPASKAN iasemula ke dalam air begitu saja....Kerana ia akan SAKIT oleh kerana bisanyaketajaman mata kailmu dan mungkin ia akan MENDERITA selagi ia masih hidup.
Begitulah juga ........Setelah kamu memberi banyak PENGHARAPANkepada seseorang...Setelah ia mulai MENYAYANGIMU hendaklah kamu MENJAGA hatinya....Janganlah sesekali kamu meninggalkannya begitu saja....Kerana dia akan TERLUKA oleh kenangan bersamamudan mungkin TIDAK dapat MELUPAKAN segalanya selagi dia mengingatmu. ...

Jika kamu menadah air biarlah berpada,jangan terlalu mengharap pada takungannya dan janganlah menganggap ia begitu teguh....cukuplah sekadar KEPERLUANmu. ..Apabila sekali ia retak.... tentu sukar untuk kamu menampalnya semula.... Akhirnya ia dibuang....Sedangkan jika kamu cuba memperbaikinya mungkin ia masih dapat dipergunakan lagi....
Begitu juga jika kamu memiliki seseorang,TERIMALAH seadanya....Janganlah kamu terlalu mengaguminya dan janganlah kamu menganggapnya begitu ISTIMEWA....Anggaplah dia manusia biasa. Apabila sekali dia melakukan KESILAPAN bukan mudah bagi kamu untuk menerimanya. ...akhirnya kamu KECEWA dan meninggalkannya.Sedangkan jika kamu MEMAAFKANNYA boleh jadi hubungan kamu akan TERUS hingga ke akhirnya....

Jika kamu telah memiliki sepinggan nasi...yang kamu pasti baik untuk dirimu.Mengenyangkan. Berkhasiat.Mengapa kamu berlengah,cuba mencari makanan yang lain..Terlalu ingin mengejar kelazatan.Kelak, nasi itu akan basi dan kamu tidak boleh memakannya. Kamu akan MENYESAL.
Begitu juga jika kamu telah bertemu dengan seorang insan.....yang pasti membawa KEBAIKAN kepada dirimu.MENYAYANGIMU. .. MENGASIHIMU. ..Mengapa kamu berlengah,cuba MEMBANDINGKANNYA dengan yang lain.Terlalu mengejar KESEMPURNAAN.Kelak, kamu akan KEHILANGANNYA apabila dia menjadi milik orang lain..Kamu juga yang akan MENYESAL...

Thursday, August 13, 2009

2 Bulan yang membosankan...

semalam, 12 Ogos 2009... genapla 2 bulan aku kerja kat KPKT tu.. rupernya baru je 2 bulan.. aku rasa cam da berbulan2...hahahaha... mana tak nya.. aku tak ader kerja pun kat situ.. korang pk le sendiri aper je le yg aku nak buat kat bahagian kesihatan tu?

erm, semalam aku dapatla tugas baru... aku disuruh jaga bilik operasi H1N1..x tau la sampai biler aku kene jaga bilik gerakan nie.. patutnya Inspektor kesihatan ler duk situ.. senang orang nak tanyer aper2 kemusyikilan.. ni tak.. letak TA plak kat situ. ha... korang gelak la puas2 sampai guling2 pun takper... aku lagi tak ley accept.. huh... tak masuk akal langsung keje aku cam nie.. memang betul la rasanya aku nye keputusan untuk wat pertukaran dalaman. aku try apply gantikan tempat member aku kat bahagian pemantauan dan kewangan PBT.. kebetulan member aku dapat balik Kelantan... hopefully dapat la tukar... aku tak sanggup da g keje tapi tak der keje.. rasa tak berbaloi je aku dtg tiap2 ari dari Seremban, pastu tak buat aper..duk je melangok.. sambil bukak buku n buat asignment.

aritu sampai satu tahap aku tension, aku rasa aku nak resign jer.. nak balik keje kat SAINS. X boss aku pun tak putus asa meracun aku balik SAINS semula.. hahahha.. tapi aku nak menyesal pun tak bleh.. orang kata tak baik klu kite tolak takdir Tuhan.. aku pujuk ati aku balik.. hehehe... Mesti ader hikmah setiap ketentuan yang Allah tentukan pada kite kan? rezeki aku kat sini.. takper la... g pun aku tengah study.. abis ni nanti ley kuar g tempat lain plak..

ntahla.. x tau la sampai bile aku akan rasa bosannya keje .. mintak2 aku dapat tukar g bahagian kewangan tu... g pun kat sana wat pemantauan kewangan projek n report2 untuk SPP-II n ICU.. memang antara kerja aku buat masa kat SAINS dulu... mintak2 tu dapat kuatkan lagi point untuk aku masuk ke bahagian tu...

k la.. aku nak g mandi... hehehe.. sampai je umah tadi terus ngadap depan PC nak luah perasaan bosan nie.. huhuhu....

Monday, August 10, 2009

Minggu Ni Cuti...

salam.. erm, lega rasa bila da kurang panas demam aku ni. klu tak tu risau je aku rasa.. cuma tinggal batuk skit n selsema je... tapi da makin pulih.. selera makan pun da dtg balik... hehehe...

minggu ni aku tak belajar... yea..yea.. cuti... lama tu tak cuti. lepas je abis last paper short sem yg lepas ( hari jumaat) , esoknya Sabtu terus masuk sem baru... rasa tak tertanggung otak ni nak terima .. tak ada masa nak rehat langsung... memula ingat nak drop satu/dua paper sem nie.. fikir2 balik tak nak la.. sem2 akan dtg tak tau g aper akan jadi.. better aku teruskan dulu selagi mampu nie.. g pun alhmdlh, lect2 sem ni sume baik2 berlaka... tak la ikut kepala dorang jer.. so, kitorang study pun tak tertekan.. sem ni aku tengok da hampir separuh sem ni, baru ader 2 asignment... tak banyak macam sem2 lepas. pastu tarikh nak submit pun lambat lagi. tapi aku da mula buat sikit2... tak nak terkejar2 saat akhir mcm sem 1 dulu.. ader yg wat kat kelas n terus hantar. aku lagi suka klu mcm tu. balik umah tak terkejar2 nak buat asignment last minute. hehehe...

hope sem ni aku lebih baik dari sem sebelumnya. nak kejar pointer nie... cover sem 1 yg mcm orang lalok tu... hahaha.. alhamdulillah pointer sem lepas bagus jugak. walaupun tak dapat 4.00 untuk sume paper, tapi aku puas hati ngan pointer aku...

ok la.. nak stop dulu... cousin aku dtg ... nak g main ngan anak buah aku jap... hehehe. jumpa lagi lain masa...

Sunday, August 9, 2009

Ahad, 9 Ogos 2009

Arinie x officemate aku kawin..
"Tahniah Suzi ... akak doakan perkahwinan suzi kekal hingga akhir hayat"

Actly aku rancang nak g tengahari tadi .. tapi aku demam plak semalam balik dari class sampai seremban kul 8 lebih. badan aku rasa panas sangat takut gak skang nie... lepas mandi n makan, aku terus g klinik kat umah aku ni.. sampai klinik dlm kul 8.45pm.. punye la ramai orang.. aku nye giliran dlm kul 10.. korang kire le brapa lama aku kat klinik tu.. sampai aku terlelap tunggu giliran... mujur le ader adik kecik nie... ( dlm umur 4 tahun dok meleter ngan aku ).. ntah aper yg die minat sangat kat aku ni tah.. mulut die punyala boleh tahan riuhnyer.. mcm2 dia soal aku... padahal sama2 demam tu ngan aku.. mak die siap marahkan die lagi tak bagi kacau aku... hehehe.. tapi biasala budak kecik kan.. aper dia tau... :-)

balik umah makan ubat, terus baring ... godek handset jap ( wajib tu tak kira sehat ke demam ) pastu tak sedar bila masa aku lelap. sedar2 pagi tadi mak kejut tanyer aku nak g blaja ke tak arini? mulanya En Mail kata arini nak bagi kuiz maths, n kebetulan plak member ader yg tumpang aku g class..badan pun rasa ringan skit... aku pun bangun n siap2 g blaja... mujur aku g class tadi.. sebabnya arinie En Mail ajar mcm mana nak kira tiga ekor ular senduk... hahahahha... ( En Mail yang kata bukan aku )..klu aku tak g tadi confirm aku tak faham. klu tak faham , confirm la aku dah tutup buku da nie... mujur En Mail pandai tackle student die... terima kasih En Mail ( die slalu kata ngan kitorang jgn sesat ke lembah kehinaan )...

class abis kul 3.45pm tadi.. terus balik... makan ubat batuk n selsema... tido jap... maghrib tadi bangun rasa ok skit... cuma tekak gatal n badan panas skit... skang da rasa better... so, aku nak stop kat sini dulu la... mood tetiba datang plak da malam nie.. tengah baik nie... teringin nak bukak tiga ekor ular senduk En Mail... hehehe... ader asignment nak kene buat nie... jumpa dalam lain n3 plak... selamat malam semua...

Wednesday, August 5, 2009

Kenangan aku ke Turki - 2008

Menghadiri witness testing untuk butterfly valve di Izmir Turki pada Oktober 2008 antara pengalaman paling manis aku sepanjang berada di JBANS... Bagai dalam mimpi aku rasa masa En Zul maklumkan kat aku kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan nama aku sebagai salah seorang wakil JBANS untuk menghadiri ujian penyaksiaan tersebut. ( witness testing ni untuk projek aku jaga - Skim Bekalan Air Batu Hampar

So, pada 10 Oktober 2008 ( bersamaan 10 hari raya aidilfitri ) tepat jam 11.59pm aku berangkat ke Istanbul. aku pergi bersama seorang pegawai sains JBANS, wakil dari KTAK, konsultan dan kontraktor. sepanjang perjalanan mata aku tak lelap... tak boleh lelap..mcm2 benda buruk aku fikir.. perasaan takut menyelubungi diri... tak kurang rasa sayu sebab masa tu masih dalam mood raya lagi... tak sempat g beraya umah saudara mara tahun lepas.. sebab aku tak bley cuti lama.. sibuk wat persipan nak berangkat masa tu...


dalam perjalanan dari KLIA ke istanbul yang mengambil masa lebih kurang 13 jam tu, aku tak tau nak wat aper.. resah je rasa... mata langsung tak bley tido.. makan je ler... kuih raya family aku bekalkan tu aku makan lepas satu2.. hahahahha... nak pujuk ati jgn rasa takut...dah braper kali punya makan akhirnya flight transit lebih kurang 1 jam di Dubai... masa transit tu la aku terlelap sekejap... time tu jam 3.00 pagi waktu dubai....kat malaysia klu tak silap kul 7 pagi masa tu... masa flight teruskan smula perjalanan ke Istanbul, aku dapat tengok "The Palm Jumaira, Dubai"... cantik... tak sangka dapat tengok dengan mata sendiri walaupun dari dalam flight... selama ni aku tengok dalam email jer... kecanggihan yang ada kat Dubai tu... cantik... nampak sangat bentuknya.. cumanya aku tak dapat nak amik pic, sebab alat eletronik tak leh bukak masa tu, flight baru je berlepas....


destinasi seterusnya adalah Istanbul... perjalanan mengambil masa kira2 4 jam lebih dari Dubai ke Istanbul... aku sampai di Istanbul lebih kurang jam 9 pagi waktu Istanbul .. Di Istanbul kami transit selama 2 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Izmir. akhrinya aku menjejakkan kaki di Izmir lebih kurang jam 1 tengahari.... ( di malaysia dalam kul 11 pagi ). bermulalah aktiviti2 aku di sana selama hampr 10 hari ( perjalan pergi dan balik 2 hari ). kat sini aku nak kongsikan pic2 menarik sepanjang aku kat sana untuk tatapan kawan2...


tapi yang penting skali.. ( aku masih menyimpan cita2 nak ke sana semula. hehehe.. rasa cam tak puas g jalan2 d bumi turki tu . hope satu ari nanti aku dapat ke sana semula ).. insyaallah






nie hotel tempat aku tido masa kat Izmir.. tempat ni panggil Konak.


buah berangan... aku tak pernah tengok kulit dia kat Malaysia.. sengal je aku sampai Turki baru tengok.. macam ranbutan, tapi berduri.. kat sana banyak... klu malam2 makan ni la... makan masa tengah panas2 tu.. best... masa aku g tu musim sejuk.. so, dapat makanan panas2 ni mana tak best nye.



nila antara makanan aku sepanjang kat sana.. roti ngan chicken soup.. sana susah nak dapat makan nasi putih mcm kat sini. nak menangis aku rasa tak dapat makan nasi.


tak ada apa yg menarik kat pic buah labu nie.. cume saiz die je.. besar kan? nie pun aku tak pernah tengok sebesar ni kat Malaysia.. hahahha... sume yg aku tak penah tengok... sabar je la..


ni makanan aku dinner ader 1 malam tu... ikan sekor, ulam2, ngan roti... roti memang tak tinggal setiap kali time makan.. makanan asasi dorang kat sana.


roti ikan ni la aku miss sampai skarang... aku try buat kat sini tapi tak sama mcm kat sana. dlm nie ada ikan bakar, campur ngan salad n bawang.. klu nak makan n rasa best kene letak garam halus n air lemon... erm, best tau ni... klu ader rezeki aku g sana lagi, aku akan cari roti ikan nie...


buah - buahan yang fresh.. tengok la buah delima kat sana, besar2... segar dari ladang..

ni permandangan sekitar Izmir... tanah sume buat rumah.. kat sana jrg jumpa rumah bawah.. bley kata 98% rumah bertingkat2... sana harga tanah mahal sangat2... hutan lagi la aku tak nampak kat sana.. huhuhuhu... tandus... kering..

ni anggur yang baru je dorang bawak dari ladang.. nak hantar ke bandar2 untuk dijual.. klu tak silap aku anggur ni sekilo harga die duit kite RM1 je... murah tul... sedap lak tu... frangup klu makan...


nie kat area hotel tempat aku tido.. kat Istanbul.. tempat ni klu kat Malaysia ibarat Bukit Bintang...


Clock Tower... nie kat Izmir... kalau da sesat merayau kat Kemeralti... kene cari clock tower ni wat rujukan... Kemaralti tu tak ader sempadan.. sumo lorong n pelosok boleh masuk.. aku pun 3 kali sesat kat sana.. lenguh kaki cari jalan balik...


ni klu korang nak tau satu set makanan untuk 2 orang makan... banyak giler ek.. aku tak larat... yg aku ingat kitorang makan ni 6 orang... hahahahha... sume sumber berasaskan daging n roti...

laut di kepulauan Kusadasi... cantik... nampak karang2 kat dalam laut tu... scuba best ni...

ni ibarat nasi kat sana... bukan nasi tapi gandum... aku tak bley masuk.... serius... lain bley masuk.. tapi gandum ni tak jalan ngan tekak aku...

ni tempat amik air semayang kat Topkapi Palace... campuran Emas...


pizza ni untuk sorang makan... nak pengsan aku tengok saiz dia bila sampai...hahahahahahhaha

kacang2 pun banyak kat sana.... aku sentiasa ada je kacang dalam beg... wat makan2 bile g memana...

selat bhosporous.... cantik... pemisah antara benua Asia dengan Benua Eropah... permandangan cantik.. nampak mcm pagi kan.. time ni tengahari....dalam kul 11 lebih kalau tak silap aku..

library of celcius.... Ephesus

ni la runtuhan kota lama..... Ephesus... ( state of Agora ) jauh g ke belakang.. jenuh gak la berjalan masa tu...

Terima kasih JBANS ( Specially to En Zul And Kak Liza )

Erm. tak tau nak cakap aper lagi selain ucapan terima kasih yang tak terhingga kepada warga JBANS especially my bos ( En Zul n K.Liza ) kerana kalian berdua telah banyak memberikan kenangan2 manis yang tak mungkin dapat aku lupakan seumur hidup ini...

4 tahun bekerja di JBANS, dengan pelbagai pengalaman dan cabaran yang dihadapi menjadikan aku faham selok belok kehidupan bekerjaya.. terima kasih kepada kedua insan ini kerana sentiasa memberi tunjuk ajar, bimbingan dan sokongan kepada aku tanpa rasa penat. Terima kasih kerana selalu mengambil berat tentang diri aku tak kira urusan kerja mahupun urusan peribadi aku..

dikesempatan ini aku ucapkan terima kasih juga kepada kedua insan ini kerana telah melayakkan aku sebagai salah seorang penerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kerajaan Negeri Sembilan 2008 ... pada 7 Ogos 2009 nanti.