Wednesday, August 5, 2009

Kenangan aku ke Turki - 2008

Menghadiri witness testing untuk butterfly valve di Izmir Turki pada Oktober 2008 antara pengalaman paling manis aku sepanjang berada di JBANS... Bagai dalam mimpi aku rasa masa En Zul maklumkan kat aku kerajaan Negeri Sembilan telah meluluskan nama aku sebagai salah seorang wakil JBANS untuk menghadiri ujian penyaksiaan tersebut. ( witness testing ni untuk projek aku jaga - Skim Bekalan Air Batu Hampar

So, pada 10 Oktober 2008 ( bersamaan 10 hari raya aidilfitri ) tepat jam 11.59pm aku berangkat ke Istanbul. aku pergi bersama seorang pegawai sains JBANS, wakil dari KTAK, konsultan dan kontraktor. sepanjang perjalanan mata aku tak lelap... tak boleh lelap..mcm2 benda buruk aku fikir.. perasaan takut menyelubungi diri... tak kurang rasa sayu sebab masa tu masih dalam mood raya lagi... tak sempat g beraya umah saudara mara tahun lepas.. sebab aku tak bley cuti lama.. sibuk wat persipan nak berangkat masa tu...


dalam perjalanan dari KLIA ke istanbul yang mengambil masa lebih kurang 13 jam tu, aku tak tau nak wat aper.. resah je rasa... mata langsung tak bley tido.. makan je ler... kuih raya family aku bekalkan tu aku makan lepas satu2.. hahahahha... nak pujuk ati jgn rasa takut...dah braper kali punya makan akhirnya flight transit lebih kurang 1 jam di Dubai... masa transit tu la aku terlelap sekejap... time tu jam 3.00 pagi waktu dubai....kat malaysia klu tak silap kul 7 pagi masa tu... masa flight teruskan smula perjalanan ke Istanbul, aku dapat tengok "The Palm Jumaira, Dubai"... cantik... tak sangka dapat tengok dengan mata sendiri walaupun dari dalam flight... selama ni aku tengok dalam email jer... kecanggihan yang ada kat Dubai tu... cantik... nampak sangat bentuknya.. cumanya aku tak dapat nak amik pic, sebab alat eletronik tak leh bukak masa tu, flight baru je berlepas....


destinasi seterusnya adalah Istanbul... perjalanan mengambil masa kira2 4 jam lebih dari Dubai ke Istanbul... aku sampai di Istanbul lebih kurang jam 9 pagi waktu Istanbul .. Di Istanbul kami transit selama 2 jam sebelum meneruskan perjalanan ke Izmir. akhrinya aku menjejakkan kaki di Izmir lebih kurang jam 1 tengahari.... ( di malaysia dalam kul 11 pagi ). bermulalah aktiviti2 aku di sana selama hampr 10 hari ( perjalan pergi dan balik 2 hari ). kat sini aku nak kongsikan pic2 menarik sepanjang aku kat sana untuk tatapan kawan2...


tapi yang penting skali.. ( aku masih menyimpan cita2 nak ke sana semula. hehehe.. rasa cam tak puas g jalan2 d bumi turki tu . hope satu ari nanti aku dapat ke sana semula ).. insyaallah






nie hotel tempat aku tido masa kat Izmir.. tempat ni panggil Konak.


buah berangan... aku tak pernah tengok kulit dia kat Malaysia.. sengal je aku sampai Turki baru tengok.. macam ranbutan, tapi berduri.. kat sana banyak... klu malam2 makan ni la... makan masa tengah panas2 tu.. best... masa aku g tu musim sejuk.. so, dapat makanan panas2 ni mana tak best nye.



nila antara makanan aku sepanjang kat sana.. roti ngan chicken soup.. sana susah nak dapat makan nasi putih mcm kat sini. nak menangis aku rasa tak dapat makan nasi.


tak ada apa yg menarik kat pic buah labu nie.. cume saiz die je.. besar kan? nie pun aku tak pernah tengok sebesar ni kat Malaysia.. hahahha... sume yg aku tak penah tengok... sabar je la..


ni makanan aku dinner ader 1 malam tu... ikan sekor, ulam2, ngan roti... roti memang tak tinggal setiap kali time makan.. makanan asasi dorang kat sana.


roti ikan ni la aku miss sampai skarang... aku try buat kat sini tapi tak sama mcm kat sana. dlm nie ada ikan bakar, campur ngan salad n bawang.. klu nak makan n rasa best kene letak garam halus n air lemon... erm, best tau ni... klu ader rezeki aku g sana lagi, aku akan cari roti ikan nie...


buah - buahan yang fresh.. tengok la buah delima kat sana, besar2... segar dari ladang..

ni permandangan sekitar Izmir... tanah sume buat rumah.. kat sana jrg jumpa rumah bawah.. bley kata 98% rumah bertingkat2... sana harga tanah mahal sangat2... hutan lagi la aku tak nampak kat sana.. huhuhuhu... tandus... kering..

ni anggur yang baru je dorang bawak dari ladang.. nak hantar ke bandar2 untuk dijual.. klu tak silap aku anggur ni sekilo harga die duit kite RM1 je... murah tul... sedap lak tu... frangup klu makan...


nie kat area hotel tempat aku tido.. kat Istanbul.. tempat ni klu kat Malaysia ibarat Bukit Bintang...


Clock Tower... nie kat Izmir... kalau da sesat merayau kat Kemeralti... kene cari clock tower ni wat rujukan... Kemaralti tu tak ader sempadan.. sumo lorong n pelosok boleh masuk.. aku pun 3 kali sesat kat sana.. lenguh kaki cari jalan balik...


ni klu korang nak tau satu set makanan untuk 2 orang makan... banyak giler ek.. aku tak larat... yg aku ingat kitorang makan ni 6 orang... hahahahha... sume sumber berasaskan daging n roti...

laut di kepulauan Kusadasi... cantik... nampak karang2 kat dalam laut tu... scuba best ni...

ni ibarat nasi kat sana... bukan nasi tapi gandum... aku tak bley masuk.... serius... lain bley masuk.. tapi gandum ni tak jalan ngan tekak aku...

ni tempat amik air semayang kat Topkapi Palace... campuran Emas...


pizza ni untuk sorang makan... nak pengsan aku tengok saiz dia bila sampai...hahahahahahhaha

kacang2 pun banyak kat sana.... aku sentiasa ada je kacang dalam beg... wat makan2 bile g memana...

selat bhosporous.... cantik... pemisah antara benua Asia dengan Benua Eropah... permandangan cantik.. nampak mcm pagi kan.. time ni tengahari....dalam kul 11 lebih kalau tak silap aku..

library of celcius.... Ephesus

ni la runtuhan kota lama..... Ephesus... ( state of Agora ) jauh g ke belakang.. jenuh gak la berjalan masa tu...

2 comments:

  1. wah..bestnya along g jln2.. angah x penah pun naik flight, ni kan g oversea.. tgk flight penah ler..

    ReplyDelete
  2. takper..
    kumpul duit nanti belanja hubby g jenjalan...
    g Turki... best... tapi g during winter tau...
    mesti angah tak nak balik... hahahhaha

    ReplyDelete

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.