Tuesday, September 7, 2010

Kesian Abah.... Moga Abah cepat baik

salam,

lama aku tak mengomel kat sini
klu ada pun sekadar paste artikel2 dari e-mail untuk kongsi dengan kengkawan
ermmmmmm... akhirnya pagi ni aku luangkan masa sekejap..
eh, jam dah 12.00 tghari, pagi baru je ditinggalkan..

emosi aku kurang stabil harini
semalam aku tak masuk office, habis taklimat aku terus balik rumah
malam tadi pun tak sempat nak bukak e-mail coz hantar abah pegi Klinik
Abah tak sihat.. kesian abah

erm,, kesian abah
petang semalam abah sampai time nak berbuka puasa dah.. abah lewat balik semalam sebab pergi menziarahi staffnya yang meninggal akibat kanser hati di hospital selayang. dari pagi semalam bila dapat panggilan yang mengatakan arwah tenat, abah dan kawan2 ke Hospital selayang.. dalam perjalanan mereka arwah menghembuskan nafas terakhir.so, abah dan kawan2 tunggu sampai selesai urusan jenazah sebelum di bawa balik ke kampung di Muar. Oleh kerana berdiri terlalu lama, kaki abah yang sedia sakit akibat Gout tu apa lagi. membengkak la...

sampai je rumah, abah kata kakinya sakit. dah lama tak datang penyakitnya tu, dia pun tak kisah la ubat tahan sakitnya habis. Lepas je buka pose n solat maghrib aku pergi klinik dengan mak belikan ubat abah, tapi nak dijadikan cerita klinik tutup pulak malam tadi. Dr Zaidi ada hal. Apa lagi aku dan mak terus balik n bawak abah ke cawangan yang satu lagi. Mujur ada Dr lain disitu. Orang ramai pulak.. kaki abah semakin berdenyut katanya.. Kesian aku tengok abah malam tadi. dah lama kaki nya tak sakit sebab abah selalu jaga makan. Maybe semalam akibat terlalu lama berdiri dengan memakai kasut, bengkak kakinya makin bertambah.

kesian aku tengok abah. hari nak raya ni.. tapi aku bangga dengan abah. walau sakit macam mana pun selagi boleh bangun abah akan pergi kerja. pagi tadi bangun sahur, abah kata dia tetap akan pergi kerja. dia mesti selesaikan kerja2 yang ada sebelum bercuti hari raya. Mudah2an kaki abah makin baik bengkaknya.

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.