Wednesday, December 8, 2010

Selesai Juga Akhirnya...

salam...

Petang ni baru aku rasa lega
sebab tugasan aku yang rasanya terakhir untuk tahun ni
dah selesai...
selepas hampir 3 minggu aku menung mengadap Dokumen Kontrak,
Kehulu kehilir bawa contoh Dokumen Kontrak untuk "Perkhidmatan",
Baca ayat2 kontrak yang memeningkan,
Cari Idea sampai terlelap pun ada (kalau time malam2)
bayangkan la mana la aku nak cari ilham untuk buat kontrak perkhidmatan iklan video
tak pernah aku terfikir untuk terlibat dengan semua ni.
rupanya kat sinilah aku dapat banyak pengalaman baru yang susah untuk orang yang mempunyai basic teknikal macam aku boleh jumpa...Selalu kalau mengadap dokumen kontrak ni sure la dokumen projek kan? tetiba kene buat untuk perkhidmatan.. perkhidmatan pengiklanan pulak tu.. Aduss... memula tu down jugak rasanya..
Tapi ALhamdulillah....
Akhirnya siaplah Dokumen Kontrak bagi:-
"Perkhidmatan Penggambaran, Penyuntingan dan Adunan Akhir
Bagi Penerbitan 2 Siri Iklan Video Kempen Budaya Tandas Bersih Amalan 1Malaysia"
Baru je kejap tadi aku dah submit pada boss untuk dibawa ke Bahagian Perolehan bagi kelulusan.
Skang ni tunggu syarikat yang dilantik buat shooting dan apa2 yang patut
sebelum kite sume boleh tengok iklan tu disiarkan kat TV nanti :-)

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.