Thursday, December 2, 2010

Salam Takziah untuk sahabatku Norul Aini atas pemergian Ibunda Tercinta Pn. Hindun Hassan ke Rahmatullah semalam

Salam...
berita menyedihkan diterima malam tadi
baru jer aku nak lelapkan mata,
sms masuk menghantar khabar berita tak baik dari sahabatku salwa
tergamam aku seketika.. tak tau nak buat apa..
rasa macam baru semalam bertemu dengan pn hindun yang sihat...
Actly aku last jumpa dengan arwah sebelum arwah disahkan mengidap kanser lagi,
masa tu aku sekeluarga ke Batu Pahat beraya ke rumah pak cik aku yang kebetulan berhampiran dengan rumah aini.
Setahun yang lepas aku dikejutkan dengan berita dari aini bahawa arwah disahkan mengidap kanser
aku memang mengikuti perkembangan kesihatan ibunya..walaupun tak pernah lagi berkesempatan nak menziarahi arwah.
sejak kebelakangan ni, aku difahmkan oleh Aini, arwah semakin pulih selepas menjalani pembedahan..
aku baru bercadang nak menziarahi arwah jika ada ke Batu Pahat..
tak sempat nak bertemu dengannya.. ALLAH lebih menyayanginya...

Buat sahabatku AINI,
moga kamu tabah menghadapi ujian ALLAH ini
Sesungguhnya ALLAH lebih menyayangi IBU ..
Kamu redha dan restuilah pemergiaanya..
Mudah2an arwah ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman.. AMIN..

AL_FATIHAH........

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.