Friday, March 11, 2011

Jalan Tunku Abdul Rahman

Ermmmmmmm
ni la aktiviti saya tengahari tadi
start kereta ke Jalan TAR bersama office mate
niat di hati nak pergi cari tudung bawal untuk pakai ke pejabat
tapiii.. apakah yang terjadi?

Sampai Jalan TAR, parking kat SOGO then berpecah
ikut kehendak dan kemahuan masing2.. huhuhu
dalam hujan renyai2 tu merayau kat Jalan TAR
Mata rambang tengok tudung, baju, telekung n macam2 lagi la yang menarik minat mata ni nak tengok
sana sini panggil.
Akhirnya Jalan TAR tinggal cam tu jer
sebab tak der tudung yang dibawa balik

Destinasi kedua, SOGO la apa lagi
member2 ader yg dah sedia ada kat sana
Shooping... SOGO buat sale sampai 10 April.
menarik ni... survey dulu...
dari tingkat bawah, naik tingkat satu. then terus ke tingkat tiga.
kaki sakit jugak berjalan lama sangat n laju sangat kot..huhuhu
Tingkat bawah jalan2 cuci mata tengok handbag cantik2...
Oh tidak... jangan dibeli lagi. Koleksi handbag sudah cukup di rumah
cuci2 mata sahaja
Naik tingkat 2, cadangnya nak tengok kemaja/blouse..
tidak ada yang menarik perhatian mata dan hati ini
4x pusing kat ladies department tu... masih bertahan tak beli apa2
Penat di ladies deparment, terus ke tingkat 3..Nak survey cadar
pun sama juga... tiada yang berkenan di hati..
Adakah kerana sudah penat? hahaahaha..
Akhirnya saya turun ke tingkat bawah semula
dan merembat sebotol minyak wangi..
mmmmmmmmm..tidak sah kalau tidak ada plastik/beg yang dipegang kat tangan..
Itukah Perempuan ???
hahahahaha....

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.