Thursday, March 3, 2011

Kepalaku Berdenyut-denyut

Salam
Beru berkesempatan nak mengomel kat blog
pagi tadi bizi skit + ader meeting unit sekejap
kali ni nak citer pasal kepala saya yang rasa semakin berdenyut2
ni penangan bangun pukul 4 pagi tadi rasanya
Ceritanya begini..
saya tersedar dalam kul 4.00 pagi tadi akibat dentuman kuat dan sinaran petir kat luar tingkap.
kilat sabung menyabung..
tergamam jugak la masa tersedar tu.
pastu tetiba dengar bunyi siren kecemasan berbunyi kat luar umah
aduhhhh.. apa yang terjadi ni?
risau hati ni sebab tak berani nak bukak pintu + duduk sorang2 + pagi2 buta
macam mana ye?
terus bagun dengan rasa tak sedap hati.. bukak semua lampu (selama ni tak suka bukak lampu kat umah. Suka duk dalam samar2 lampu tv n lampu bilik air je)
tinjau kat tingkat tengok keadaan kat bawah tu macam terkawal jer
jengok plak dari tepi bilik, pun sama..
mmmmm.. apa yg buat siren tu bunyi yer?
tinjau kat tingkap tengok umah2 keliling ada yg gelap n ada yang pasang lampunya.
at last saya berjaga2 je dengar2 kalau2 ada pengumuman dibuat
sampai la time untuk besiap pegi keje
keluar je lift kat lobi terkejut saya tengok ada sebuah kereta bomba dan kereta polis kat ruang legar blok saya.
Sambil lalu tu menyebuk skit tanya kat En Bomba tu. Dorang pun tak tau apasal siren tu bunyi. Mungkin kerana letupan kuat petir tadi yg buat siren tu berbunyi..........
Saya tinggalkan rumah saya dengan sepasukan ahli bomba n polis....
Harap2 tak ada apa yang berlaku.....

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.