Thursday, March 17, 2011

Rehat Sebentar... Mata sudah semakin mengecil

Salam dan selamat pagi..
dari pagi tadi sibuk mengadap pc siapkan kerja
saya perlu siapkan dokumen sebutharga untuk perkhidmatan percetakan ini dalam minggu ni
sebab x nak fikir pasal dokumen ni lagi minggu depan.
Semalam dah start buat.. so, skang ni tinggal lagi 10% untuk siap
harapnya menjelang petang ni semua dokumen ni boleh settle..
next week tak der lagi nak sentuh dokumen sebutharga
bleh tumpu pada yang lain plak
nanti biler2 masa unit perolehan mintak. dokumen dah tersedia..

skang ni berhenti rehat jap..
berpinar mata ni dari pagi tadi...
patutla rasa mata ni dah semakin mengecil..
rupanya jam dah pukul 11.00 pagi..huhu
so, perlu rehat sebentar.
rehat sambil mengomel kat blog ni..

kat kepala ni walaupun buat kerja
sambil2 tak lepas dari memikirkan tentang persiapan
persiapan, persiapan dan persiapan
Sekarang rasanya dah tak der yang nak dirisaukan lagi
Tempat, Menu, Pelamin, Doorgift, make up dan fotografi dah diconfirmkan
Kad Jemputan pun En Tunang dah cari yang baru semalam.
Hope harini En Tunang ada masa terluang untuk pergi tempah.
Sekarang saya rasa lega... :-)
Tinggal persiapan kecil2 sahaja yang belum dibuat lagi..
Harap semuanya berjalan dengan lancar dan kami diberi kesihatan untuk meneruskan persiapan majlis kami nanti... InsyaALLAH...

okla... nanti kite sambung cerita lagi
saya nak teruskan lagi sikit untuk siapkan dokumen sebutharga ini.
walau sibuk mana sekalipun yang penting...
Kite perlu senyum.......

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.