Sunday, July 12, 2009

1001 perasaan....

suhaila... suhaila.. suhaila...


sesungguhnya rasa yang amat perit tersimpan dalam ati dan sanubari ni. tak tau nak ckp mcm mana .. 1001 rasa ada di hati nie.. tak tau semua yang terjadi kat diri aku ni kerana salah n silap aku atau orang salah pengertian terhadap aku...


aku keliru dengan diri aku sendiri... aku ke yg bersalah? Ya Allah... tunjukkan jalan yang terbaik buat hambaMu ini. sesungguhnya hambaMu ini terlalu lemah.. hindarilah diri ini supaya tidak pergi jauh dari jalanMu... aku selalu merasa duka itu sentiasa ada bersamaku.. mengapa kau tak pernah pergi dari diri ini. Ya Allah, katakan padaku, apa kesalahanku sehingga aku harus menerima dugaan yang sebegini... namun aku masih bersyukur kerna diberikan kekuatan dan kesabaran menghadapi kesulitan ini, meskipun kesedihan itu takkan dapat disembunyikan..



pernah ku terfikir, adakah aku tidak layak untuk merasai kebahgiaan dalam hidup ini? adakah aku tidak layak untuk merasa gembira disayangi dan menyayangi? mengapa aku tidak diberi kesempatan untuk merasakan semua itu? aku cuma pernah merasakannya sementara... mengapa ia tidak terus kekal dan mekar menghiasi kehidupan ku ini?



lantaran kekecewaan, aku bawa diri menyambung pengajianku... ku harapkan disini aku dapat mencari kebahagiaan... ternyata sangkaan ku silap... aku terus diduga dan diduga.. tapi hari ini ati aku tersentuh sekali bila pensyarah matematikku menyebut tentang perngorbanan pelajar2 yang mengambil keputusan untuk berada di kelas pada setiap hujung minggu..meninggalkan keluarga dan anak2 serta masa hujung minggu yang sepatutnya diisi bersama keluarga setelah 5 hari bekerja.. tidak dinafikan kebenaran kata-katanya... aku terdiam tatkala pensyarahku menuturkan isu berkaitan pengorbanan dan orang2 disekeliling kite. aku turut terkena dan mengakui kata2nya.. mungkin orang memandang aku yang belum punya apa2 tanggungjawab terlepas dari melakukan pengorbanan. tapi sangkaan mereka silap. aku seakan berada dalam dilema memikirkan antara masa depan diriku dan cita-cita yang dikejar. silapkah aku membuat keputusan untuk menyambung pelajaran ini? salahkan langkah yang telah aku buat ini? Ya Allah.. hanya Engkau yang mengetahui bagaimana perasaan yang terpendam dalam diri ini....



Antara cita - cita dan masa depan diriku ?



manakah yang harus aku pentingkan?memikirkan soal masa depan diriku, meneruskan cita2 atau memikirkan masa depan diri dan cita2 ku serentak? aku memilih untuk memikirkan masa depan diri dan cita2 ku serentak. tapi... salahkah keputusan yang ku buat ini? tamakkah aku ingin memiliki kedua-duanya sekali dalam satu masa?



dengan keadaan diri yang aku tempuhi hari ini, seolah aku perlu meninggalkan salah satu daripadanya? perlukah aku mengalah melepaskan antara satu? tidak layakkah aku untuk mengharungi kedua2 kenyataan ini sekali? Ya Allah... berikan aku jalan untuk semua ini? berikan aku petunjuk apa yang terbaik buatku... Aku percaya tiada masalah yang tiada jalan penyelesaiannya...



hanya satu harapanku... aku akan terus memikirkan masa depan diriku dan dalam masa yang sama aku turut akan teruskan pengajianku..Aku bukan semakin muda .. umurku semakin meningkat usia.. Ya Allah, moga Engkau pertemukan aku dengan seorang yang boleh menerima keadaanku seperti sekarang.. Engkau perkuatkan la hatinya untuk melakukan sedikit sahaja pengorbanan untuk beberapa waktu. pengajianku tidak selama mana. beberapa tahun sahaja. masih ada banyak waktu dan ruang yang boleh aku bahagikan untuk semua ini... Tapi... andai semua ini tidak dapat Engkau tunaikan... aku pasrah.. aku redha dan aku terima segala ketentuanMu... aku yakin... Engkau sentiasa memberikan yang terbaik buat diriku... walau perit mana sekalipun.. aku masih percaya pada kebahgiaan yang juga telah Engkau tetapkan buatku...



Ya Allah Ya Tuhanku... KepadaMu aku berserah dan kepadaMu aku mohon pertolongan....


Moga diri aku terus diberikan kekuatan dan kesabaran menempuh semua ini.....

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.