Wednesday, December 30, 2009

Arini start cuti

salam...

arini aku da start cuti.. saje amik cuti rehat.. kerja da settled, so.. nak cuti tak risau aper.. dulu aku slalu amik cuti bila ujung tahun.. g jalan2 dengan family.. tapi tahun ni kami tak ke mana.. coz mgu ni sepupu aku nak kawin...

tinggal sehari je lagi 2010 akan menjelang... erm, apa azam tahun baru? rasanya tahun ni aku tak nak berazam la.. just nak pastikan kerjaya aku stabil, pelajaran aku stabil n dalam masa yang sama sentiasa muhasabah diri sendiri... tahun 2010 aku nak jadi orang yang lebih kuat semangat n tabah dari tahun2 sebelum ni..moga 2010 lebih mematangkan aku dalam mencari erti kehidupan.. sesungguhnya hidup ni da diaturkan..diri kita sendiri yang perlu mencorakkannya supaya jadi baik atau sebaliknya...

teringat plak perbualan aku dengan en zul ( x boss aku kat SAINS ) mlm tadi.. chatting melalui Facebook..hehe. en zul pesan ngan aku.. kuatkan semangat n tabah hadapi aper jua dugaan tak kira kerja, belajar atau personal life.. betul kata en zul.. aper yang aku tempuhi ni walaupun berat adalah yang terbaik untuk diri aku telah Tuhan jadikan.. dalam Quran pun ader sebut 'Allah tidak akan membebani seseorang hambanya itu melainkan ia mampu untuk menanggungnya' ( lebih kurang cam tu la maknanya yang aku ingat dalam surah Al-Baqarah klu tak silap aku ).

tapi en zul tak penah miss dari bagi aku soalan bonus.. bila nak kawin? hahahaha. aku tau bos aku ni risau gak tengok aku. die pun confius agak nya fikirkan saper orang yg istimewa dalam hidup aku. ader ke tak. mst sume tu bermain dalam fikiran dia.. sebab tu dia slalu bagi aku soalan2 mengejut. nak perangkap aku konon.. hehe.. insyaallah ader rezeki, sampai seru, kawin la nanti ur x-staff nie.. huhu..mlm tadi pun en zul ada pesan... carilah seseorang itu kerana keikhlasan dia. jgn terlalu memilih. bukan nak pandang harta dan rupanya.. Insyaallah en zul... itu yang saya sentiasa sematkan dalam hati selama ni.. mudah2an Allah temukan saya dengan orang yang boleh menerima saya seadanya... mudah2an doa kalian2 semua, sampaila nanti serunya..

oh ya satu lagi en zul bagi rahsia ... orang yg ikhlas dengan kite, klu dilanda pelbagai dugaan dan cabaran pun dia akan tetap hatinya.. sepatah katanya 'umpama sebatang pokok yang kuat pangkalnya.. walaupun dilanda ribut dan taufan.. bergerak pun ia ditiup angin dan hujan... bila taufan berhenti ia akan kekal di kedudukan asalnya..

erm,, best dapat motivasi dari orang2 lama ni. thanks en zul... selalu bagi saya semangat dan motivasi.. kekadang kita tak sentiasa 100% mampu berfikir untuk diri sendiri... perlu juga pandangan orang.. hanya orang yang rapat dengan kita yang mengenali dan mengetahui siapa diri kita sebenarnya.. kita tak boleh menilai siapa kita sebenarnya...

Akhir kata salam tahun baru buat semua......... salam 2010.. moga 2010 lebih menceriakan dan membawa sinar baru dalam hidup kita semua...

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.