Thursday, September 3, 2009

Mabuk Keje...

Salam... hehe...

Aku baru je sampai umah ni.. sampai2 umah mak kata da siap masak.. erm, aper lagi.. rehatkan diri le nampaknyer.. terus mandi n solat asar.. ni skang sementara nak tunggu time buka pose ni aku nak cerita skit pasal keje aku arinie...arini dari pagi tadi aku sibuk... masuk je opis kene sambung wat keceriaan untuk pertandingan semperna kemerdekaan... tak sudah2... da masuk 2 mgu da ni.. esok Datuk KP nak dtg bagi markah... so, arini tadi last touch up la nampaknyer..

Sesambil tu aku kene wat report bulanan Bilik Gerakan untuk hantar kat SUB - Pengurusan. Bos mintak aku siapkan report tu semalam. tapi oleh kerana bos bagi aku masa tu aku da nak balik ( pc sume da siap tutup) so, arini punya kerja la jadinya... siap report.. bos plak tak der nak mintak tandatangan... tp tak per... janji da settle... :-)

Pastu tengok fail atas meja, teringat plak nak update SPP-II. Aper lagi.. duk ngadap SPP-II la tak berhenti2.. oleh kerana SPP-II ni la aku tak dapat pindah bahagian.. huhu... aku mintak tukar bahagian lain sebab tak der keje kat bahagian kesihatan tu.. tapi bila bos aku tau aku sebelum ni wat SPP-II kat opis lama, terus dia tolak tepi permohonan pertukaran aku... kesian aku... mulai saat tu, aku kene la jadi person incharge untuk SPP-II ( ha hamik, padan muka aku,, nak lagi lari dari bahagian kesihatan tu.. hahahaha ). Leka wat SPP sampai aku tak sedar time rehat berlalu... tengok jam da kul 3pm.. dasyat giler keje aku arini.. bebudak ni pun tak masuk kat tempat aku, maklumla sume sibuk wat keceriaan pejabat. sebab tu aku tak sedar time rehat berlalu. aku pun tak buang masa terus g solat.. lepas solat, singgah kat bahagian pentadbiran tu, tengok bebudak ni ntah aper lagi nak di hias aku pun tak tau.. layankan karenah dorang jap sambil aku duk baca paper... da dekat kul 4 baru aku masuk tempat aku n wat persiapan untuk balik.. huhhhhhh.. ... ni la hari paling sibuk aku rasa sepanjang aku kerja kat situ...



ni picture pagi tadi... senyum lagi... sempat la duk amik gambar jap.. hahaha


tu dia.. korang tengok la meja tu dah jadi cam ner... sakit mata aku tengok angka banyak2 nie.. tapi kerana kerja, sume perlu dibereskan..

ha, ni muka da tak boleh blah... muke tension pun ada... hahahaha.. ni yang tak sedar jam da kul 3pm nie.. huhu

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.