Thursday, May 13, 2010

Terima kasih Mak

salam

erm, baru malam ni aku berkesempatan nak mengomel dalam blog,
seminggu yg lepas sibuk ngan keje + dengan x berkesempatan nak lawat blog,
lama sangat aku tak jenguk blog kawan2..

sebelum aper2 aku nak ucapkan selamat hari ibu buat mak..
erm, bila la agaknya nak ada 2 org mak kan?
mesti seronok kalau dapat sambut hari ibu sekali..
mudah2an Allah permudahkan permintaan aku.. :-)

jasa mak selama 26 tahun membesarkan aku
tak mungkin dapat aku balas ..
aku cuma mampu buat yang terbaik untuk mak
dan gembirakan hari2 yang mak lalui selagi yang aku mampu

mak,
terima kasih kerana membesarkan anak mak ni
dengan tunjuk ajar dan bimbingan yang baik
sehingga anak mak ni jadi begini
terima kasih kerana mendidik anak mak ni menjadi anak
yang selalu positif dalam hidup ni
terima kasih kerana selalu menerapkan nilai2 murni
untuk digunakan dalam kehidupan harian
terima kasih mak
yaya bangga dengan asuhan yang mak beri selama membesarkan yaya

mak banyak bagi aku sokongan dan semangat
walaupun aku diduga dengan pelbagai dugaan
dalam mencari kehidupan ..
mak cukup memahami saat aku gembira dan bersedih
walau macam mana aku sembunyikan kesedihan aku
mak pasti kuat dapat merasakannya
mak teman aku ketawa dan menangis..
senyuman mak setiap hari pembakar semangat aku untuk tteruskan hidup
dengan berfikiran matang dan positif..

aku bersyukur kerana punya seorang mak yang terlalu memahami
aku senang sekali melihat mak tersenyum setiap hari

mak,
setiap baris tutur yg mak ajarkan akan yaya ikuti selagi ada hayat ni.
yaya ingat pesan mak sentiasa menyayangi orang jika kita hendak diri disayangi

cuma satu hajat mak yang belum mampu untuk yaya tunaikan
insyaALLAH mak,
dengan berkat doa dari mak, yaya yakin ketentuan itu ada...

salam sayang buat mak.......

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.