Saturday, October 16, 2010

"Kak Ya.. Harini hari kanak2 sedunia, mana hadiah Daniel?"

Salam...
hehehe..dah lama tak der mood nak menulis kat blog. Aku terlalu sibuk sejak kebelakangan ni sampaikan tak der masa untuk aku luangkan di sini. tapi ayat Daniel semalam masa aku singgah amik nenek aku kat umah dia buat aku tertarik nak jengok blog aku smula..Thanks Daniel, kalau tak kerana Daniel semalam, mesti Kak Ya tak jenguk blog ni.. huhu.. Ayat yang jadi tajuk blog aku kat atas tu.. buat aku tersenyum sepanjang perjalanan balik dari Kajang ke Seremban. Menurut makcik aku, harini ada sambutan hari Kanak-kanak Sedunia di sekolah Daniel. Erm, apa lagi, aku datang dia mintak la hadiah. hehe

Daniel ni anak bongsu pakcik aku,umurnya 6 tahun, memang dari kecik dia tak takut dengan aku, kalau datang umah aku ni dia buat macam umah dia je, pergi umah orang lain dia kurang skit beraninya. Maybe sebab mak selalu bagi je aper2 dia nak.lagipun kat umah aku tak der budak kecik. Abah dan mak suke layan dia, so maybe sebab tu dia rasa selesa. Dan aku pulak, pantang je dia nampak muka aku ni, hadiah je yang dia mintak.. kat orang lain tak der pulak dia mintak. Klu ngan aku ni, ader2 je yang di orderkannya. Dari sebesar2 barang sampai sekecik2 barang dia order jer mintak buat hadiah. hahaha... Ni dia duk tuntut ngan aku PS3.. dari hari raya haritu.. tak nak duit raya tapi nak PS3.. hahahahaha... sabar je la.bak kata ibunya.. main sedap apa teragak je dia mintak. Asal datang umah dia atau terjumpa ngan dia, PS3 jadi bahan mulut. Menurut abangnya, PS2 kat umah dia tu dah rosak. sume orang tak nak layan dia belikan yang baru.. So apalagi.. akulah mangsa terdekat dia.. Daniel.. Daniel.. Nampaknya kene la aku belikan dia kereta mainan seperti biasa untuk menutup tuntutan PS3 Daniel ni ..



-Inilah dia Mohd Daniel.Tengok tu,mesti nak berkepit sebelah aku. -

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.