Thursday, October 7, 2010

Lamanya tak bukak blog - Kemalasan melanda diri

Salam.

Erm, setelah beberapa hari tak bukak langsung blog, akhirnya malam ni ngadap sekejap. Ni pun sebab kebetulan tak ada apa nak buat, Actly baru je sampai JB maghrib tadi. Outstation ke Melaka n JB harini n esok.Letih jugak rasanya. Semalam seharian di Sunway Pyramid Convention Centre sempena Seminar Keselamatan Makanan sempena Sambutan Hari Habitat Sedunia.. harini bergegas ke Melaka n terus naik ke JB untuk tugasan esok.. minggu yang penuh padat .. Jom layan akunyer aktiviti sejak kebelakangan ni.

26 September - 29 September
-Kursus KIK di Vistana Hotel Kuantan.

30 September
-masuk pejabat settlekan sume2 kerja setelah 3 hari meninggalkan opis. Ada jamuan hari raya bahagian beserta perhimpunan pagi dah majlis perpisahan En. Mawi yang bertukar mengikut isteri balik ke Kelantan.

1 Oktober
-Sambung pengauditan dan pemarkahan tandas2 awam yang terpilih dalam pertandingan tandas bersih 1 Malaysia peringkat Kebangsaan 2010. Audit sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

2 Oktober
-Sambung buat audit sekitar Shah Alam, Bukit Jelutong dan Sabak Bernam.. Erm, letih tu.. seharian sampai ke petang..

3 Oktober
- berehat di rumah

4 Oktober
- Mula semula kerja.. Selesaikan kerja2 berkaitan dan persiapan untuk Seminar Keselamatan Makanan. Balik kerja Malam

5 Oktober
- Selesaikan kerja di pejabat sehingga petang, stay di office sebelum ke Sunway Pyramid COnvention Centre lepas maghrib untuk tengok persiapan taknikal sempena Seminar Keselamatan Makanan. Kul 12 tengah malam sampai umah.

6 Oktober
- Seharian di Sunway Pyramid Convention Centre. Seminar Keselamatan Makanan.

7 Oktober ( hari ni )
-Sambung buat audit dan pemarkahan pertandingan tandas awam - Negeri Melaka ( ALor Gajah & Jasin ). Terus ke JB lepas selesai tugas di Melaka. Sampai JB hampir jam 8 malam tadi. Sekarang tengah melepak sambil mengomel kat blog sementara tunggu time untuk tidur. hahaha.. zzzzzzzzzzz

Esok (8 Oktober 2010)
- Sambung buat audit (seharian bersama MB Johor Bahru sekitar bandaraya Johor Bahru )..

Itulah serba ringkas kerja aku yang Non-stop 2 minggu ni.. Ikutkan memang letih.. tapi semuani demi tugas... hehe.. ok la, nanti ngomel lagi.. rasa cam nak tidur jer.. cuba lelapkan mata..Nite..:-)

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.