Wednesday, January 13, 2010

Buang Ayah di Tepi Jalan... (petikan dari harian metro online 13 Jan 2010 )

salam...

actly aku tak berniat nak memaip di blog ni pagi nie... aku baru je lepas kemaskan barang2 aku atas meja.. 5S sedang dikuatkuasa di Bahagian aku ni.. hehe..

siap berkemas tadi aku pun bukak la metro online yang menjadi rutin harian aku nie.. bukak - bukak je aku terbaca artikel utamanya... 'Buang Ayah di Tepi Jalan'..berkerut gak dahi aku baca tajuk artikel tu.. aku terus click nak baca cerita sepenuhnya...

tak dapat aku nak kata bila baca artikel tu... tak terfikir kat akal aku yang waras ni ader anak nak wat ayahnya begitu... sungguhpun kita tak tau keadaan sebenar, maklumla yang kita baca tu cuma artikel dalam akhbar... tapi.. sanggupkah kita sebagai anak buat ayah dan ibu kita begitu? kenapa dunia hari ni semakin kejam dan tak menngenali siapa diri? adakah ini petanda dunia akhir zaman?

mengikut artikel yang aku baca tu, anak lelakinya mengambil keputusan meninggalkan ayahnya di tepi jalan hanya kerana desakan daripada isterinya.. ( kenapa sampai macam ni jadinya yer? bukankah suami yang kita miliki tu anak kepada ayah dan ibunya? mengapa kita boleh dan hendakkan suami kita sedangkan emak dan ayahnya kite buang? bukankah kita mengahwini seseorang tu termasuk dengan seluruh anggota keluarganya sekali? ) erm, mcm2 yang aku fikirkan... ntahla... tak tau aku nak katakan apa lagi..

kesian aku tengok pakcik tu.. anak lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab menjaganya sanggup melakukan perbuatan sedemikian.. tambah lagi aku rasa tersentuh bila baca pakcik tu baru je lepas menjalani pembedahan jantung... naper anaknya tak ader perasaan langsung.. aku terfikir kalau la itu yang terjadi pada ayah dan ibu kite? macam jatuh ditimpa tangga bila aku baca lagi yang pakcik tu da batalkan penerimaan bantuannya dari Jabatan Kebajikan Masyarakat sebelun sebelum ni sebab dia mengambil keputusan untuk tingal bersama anaknya.. tapi.. akhirnya aper yang anaknya buat dan balas padanya?

moga kita yang masih ada ibu dan ayah menghargai anugerah paling berharga ini... tanpa ibu dan ayah.. tak mungkin kita hidup seperti hari nie...

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.