Sunday, January 3, 2010

Inikah Kehidupan.....

salam...

petang ni fikiran aku cam serabut jer... mcm2 yg aku fikirkan... erm,, nampaknya cepat tua la mcm ni. klu 24jam asyik fikir itu dan ini yang tiada jawapannya....

suhaila.. suhaila..

dari dulu sampai skrang tak ubah lagi dari menjadi seorang pemikir.. fikir masalah kawan2. ni la aku, sentiasa fikirkan orang lain dari diri sendiri.. masalah sendiri lagi la tak terfikir.. huhu.. nway... buat kak mai.. aku doakan semoga tabah mengharungi dugaan yang datang ni... aku simpati ngan nasibnya.. tapi percayalah.. Allah beri dugaan pada kite kerana kita mampu untuk menanggungnya..Seperit2 akak rasa dugaan tu.. rasanya saya lagi menanggung keperitan rasa.. tapi kite kene kuatkan semangat... doa padaNya... tak ada orang yang mampu bantu kite selainNYa.. saya percaya akak mampu tempuh n harungi dugaan ni.. Allah mendatangkan dugaan yang berat kepada seseorang kerana DIA sayang kepada hambanya..

DIsaat2 mcm ni, tetiba aku rasa .. alangkah seronoknya klu aku dapat menjejakkan kaki ke Tanah Suci Makkah.. Ingin sekali rasanya aku terbang ke sana saat ini da berdoa moga Allah kabulkan permintaan2ku.. Mengapa orang tak dapat memahami perasaan aku? mungkinkah aku yang ego dalam kehidupanku? atau aku yang silap dalam membuat semua keputusan2 hidupku hari ini? macam2 bermain di fikiran ni.. sampai bilakah harus aku berfikir dan terus berfikir? kenapa aku tak jadi mcm orang lain, membiarkan dan menurut sahaja apa kata hati? Ya Allah.. terima kasih kerana Engkau masih menyedarkan aku tentang adanya KetentuanMu dalam hidup ini. . yang mana aku seharusnya Redha dan menerima Qada & QadarMu itu..Alhamdulillah aku masih ingat akan baik dan buruk..Ya Allah, Terima kasih kerana Engkau masih sudi menjadi pendamping setiaku disaat2 aku rasa hilang keyakinan hidup. Syukur aku kehadratMu Ya Allah..

Moga aku menjadi salah seorang dari HambaMu yang terpilih... Kepadamu aku berserah dan kepadaMu jualah aku mohon pertolongan...Moga Engkau kabulkan segala hajatku. Moga Engkau kabulkan permintaan2ku. Apapun aku percaya, jika semua itu sudah tertulis dalam perjanjian semasa aku lahir ke dunia dulu.. maka ianya akan terjadi. Insyaallah....

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.