Monday, January 10, 2011

Aktiviti Hujung Minggu

salam
oleh kerana petang ni aku rasa ngantuk sangat. meh aku mengomel jap. nak borak tak tau nak citer apa. idea tak ada. jom layan aktiviti aku hujung minggu lepas.

Sabtu 8 Januari 2011

Awal pagi ke City-Park, Seremban 2 jogging bersama bonda dan ayahanda..hehe.. dah lama tak kuar bertiga mcm ni. Sejak Kerja KL, aku tak der pergi jogging. Hari Sabtu ahad adalah masa untuk tidur.huhu. adik aku biasala.tido kat umah. tinggal bersama nenda.

Lepas sarapan,Keluar ronda2 ke bandar bersama ibunda tersayang sambil hantar tempah baju. huhu.. dah lama kak liza bagi baju tu sempena hari lahir aku yang ke 27 haritu. Aku tak hantar2. Actly aku tengah fikir apa fesyen baju yang aku nak buat dengan kain tu. Akhirnya aku tempah baju kurung moden je. Senang... tak payah fikir n boleh pakai ke mana sahaja.

hampir tengahari kami balik, teragak nak makan beriani gam pulak. Kebetulan nenda tersayang ada di rumah. (makanan fav nenek aku ni) so, apa lagi.. berhenti sekejap beli nasi beriani... tengahari kami dah tak payah nak masak. hehehe... Abah pulak keluar hantar servis kereta anakanda dia ni.. huhu(anakanda dia ni tak pernah pergi servis kereta sendiri). So, tengahari tu kami sekeluarga layan beriani gam la.

Petang... keluar dengan tunang tersayang.. tak ke mana pun, cuma jalan2 di JUSCO je. Thanks pada tunang tersayang aku kerana sudi temankan pegi beli handbag. Handbag ke pejabat aku dah xelok. nak pakai handbag biasax bleh, sebab ke pejabat ni banyak barang nak bawak.so, kene beli beg yg saiznya besar.

Ahad,9 Januari 2011

Awal pagi keluar jogging ke City-Park semula. tapi harini satu family pergi. nenda juga nak ikut. nak jalan2 sambil tengok ikan kat tasik tu. Lepas jogging pergi sarapan dan terus ke Port Dickson (pergi pasar). Balik tolong bonda kemas2 barang yg dibeli dan masak di dapur..

Petang... membuat kek coklat moist yg diminta oleh ibu mengandung sempena hari lahirnya harini. Alhamdulillah, kek coklat moist tu menjadi walaupun dah lama tak buat.

selesai semua, kemas2 barang n balik ke Putrajaya... tu la aktiviti aku minggu lepas... huhu

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.