Thursday, February 4, 2010

Kuatkan Semangat Buat Sahabat

salam...

pertamanya aku mengambil kesempatan ni mengucapkan selamat pengantin baru kepada bakal pengantin juga sahabat baik aku masa di poli dulu yang akan melangsungkan perkahwinan hujung bulan nanti.

aku tau saat ni fikiran dia bercelaru.. mendengar keluhan dia dan juga kata2nya dalam email, aku dapat rasakan sume tu.. aku kenal siapa dia.. 9 tahun usia persahabatan kami.. mustahil aku tak tau siapa sahabat aku sendiri.. tapi yang membuat aku tertarik untuk meluahkan di sini adalah kerana aku risau tengok keadaan dia sejak kebelakangan ni.. semua benda dia fikirkan.. ntahla.. mungkin belum kene pada diri aku sendiri. tapi sebagai manusia biasa... aku tau ada benda yang dia cuba nak sampaikan pada aku.. tapi tak terluah dengan kata2nya.. aku tau dia risau memikirkan hari2 yang bakal datang. nak2 lagi menjelang tarikh yang hampir tiba..

baru sebentar dia dia menghubungi aku.. ceritakan masalah sebenarnya.. baru aku tau.. bergenang air mata aku mendengarnya.. buat sahabat.. aku tau, kiranya kau ada masa dan terbaca coretan aku ni.. aku harap kau kuatkan semangat.. tabahkan ati.. lama lagi kau akan tempuh alam perkahwinan yang belum pun lagi bermula ..kau perlu terima pasangan kau tu seadanya.. baik buruk perangainya.. itulah pasangan terbaik yang Allah da lahirkan buat kau.. kita doa same2... Aku sentiasa doakan kau.. anggaplah semua dugaan yang datang tu.. untuk mendewasakan kita.. untuk kau melangkah ke alam rumahtangga.. memang senang aku bercakap, bukan pada diri aku .. tapi percayalah.. sebagai sahabat.. aku merasai aper keperitan yang ko rasa.. aku doakan kalian berbahagia sehingga ke akhir hayat.. yang penting jgn ada ego dalam perhubungan.. tolak ansur bersama.. dan saling jga hati... sematkan dalam diri kalian saling percaya dan mempercayai.. kejujuran pentng dalam rumah tangga.. insyaallah.. semua tu ada.. macam mana masalah pun ader jalan selesainya...

aperpun... selamat menempuh alam rumah tangga buatmu.. sahabatku..

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.