Thursday, February 11, 2010

Macam tak berapa sehat jer arinie

salam..

erm, arini aku tak der keje kat opis, bos sume tak der.. bos aku yang tinggal pun MC arinie..so, kira arini ari rileks sedunia la... tak der keje nak buat.. tunggu Pegawai dari Pejabat Kebajika Daerah Petaling call untuk fedback nak bagi dorang poster.. sampai skarang ni dia tak call aku smula.. last week aku call dia cuti.. mgu ni dari selasa aritu aku call, talian fon dorang rosak aku rasa.. langsung tak dapat nak masuk line.. at last aku email jer la.. gunakan teknologi terkini yang ada.. malangnya sampai saat ni aku tak dapat lagi fedback dari pegawai tu.. takper..

tengahari tadi tetiba rasa tekak aku perit sangat.. makin lama makin perit rasanya.. erm,waktu lunch tadi aku pun g farmasi beli ubat sakit tekak.. jgn la demam... aku da lama tak demam teruk ni. seingat aku last skali demam tahun lepas dalam bulan 5. tu pun sebab da teruk sangat kerja jaga site banyak sangat.. boleh dikatakan tiap ari berulang Jelebu, Rembau dan Port Dickson. tu la keje aku tiap2 ari. lepas tu aku tak demam teruk sampai sekarang. klu demam tu pun setakat telan panadol sebiji aku elok la smula. nanti klu demam sume aktiviti tergendala.. :-(

lepas lunch tadi aku tak tau aper nak buat.. at last aku bukak buku statistik.. kebetulan aku bawak pagi tadi.. sebab aku da agak aku tak der keje arinie.. hehehe.. tu yg aku standby buku aku tuk.. memang tepat ramalan aku.. huhuuhu.. aku pun bukak la buku.. aku study bab 3 yang memeningkan kepala aku tu ( estimation ).. erm, baru setengah yang aku faham.. ader setengah lagi yang perlu aku fahami.. ni aku benti rehat jap.. letih.. (sebenarnya aku rehat ni sebab tension wat kira2 tapi tak dapat jawapan yang sama ngan dalam buku ) tu yang aku mengomel dalam blog ni jap.. hehehe.. erm ok la.. aku nak sambung smula kira.. x puas ati tul aku jawapan dia tak samer.. sedangkan aku guna formula yang betul.. erm, pening.. pening... time semangat nak buat ni tak dapat jawapan la pulak :-(

No comments:

Post a Comment

Apa Komen Anda? :-)

Note: Only a member of this blog may post a comment.